Pagi tadi berlangsung Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2014.
Pada tahun ini Kementerian Pertanian dan Asas Tani mensasarkan seramai 3.5 juta pengunjung datang ke pameran MAHA pada tahun ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pameran yang diadakan dua tahun sekali itu mencatatkan seramai 3.3 juta pengunjung pada 2012.
“Jika pada tahun 2012, seramai 3.3 juta pengunjung telah hadir ke pameran ini, maka saya harap lebih pertambahan untuk tahun ini.
“Oleh itu promosi dan kempen besar-besaran akan diteruskan untuk mempromosikan MAHA ke seluruh negara,” katanya ketika ditemui di Majlis Pra Pelancaran MAHA 2014 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), hari ini.
Di dalam perlancaran tersebut, Ismail Sabri turut merasmikan Program Road To MAHA yang akan mempromosikan MAHA di beberapa negari terpilih seperti di Pulau Pinang, Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu, Kedah, Sabah, Melaka dan Johor.
“Road To MAHA yang kita adakan di setiap negeri, sehingga hari ini kita dah pun anjurkan di empat negeri iaitu di Pahang, Pulau Pinang, Perak dan Johor.
“Kita akan teruskan ekspo Mini MAHA ini di setiap negeri sehinggalah sehingga bulan Oktober nanti,” katanya.
Dalam pada itu, kempen promosi MAHA akan turut diperluaskan pada pengangkutan awam, seperti teksi, Kereta Api Tanah Melayu (KTM), Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), dan bas ekspres.
Di dalam majlis itu juga, maskot dan tagline MAHA 2014 turut dilancarkan.
Menggunakan tema ‘Agroteknologi- Pemangkin Tranformasi’, pameran itu akan berlangsung pada 20 hingga 30 November ini di MAEPS.
Ini sejajar dengan hasrat kerajaan mewujudkan industri pertanian yang lestari sebagai pemangkin kemajuan ekonomi, serta untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.
Berasaskan inisiatif untuk memperkayakan sektor pertanian dan membangunkan 'Pertanian Baru', MAHA 2014 menggariskan beberapa objektif:
1. Mempamerkan perkembangan terkini industri asas tani dan agro makanan di Malaysia.
2. Meningkatkan pemahaman tentang arahtuju pembangunan pertanian dan perniagaan industri agro makanan.
3. Menyediakan satu landasan bagi pembangunan dan peluang perniagaan di dalam dan luar negara.
4. Menggalak dan mendorong penglibatan belia dan generasi muda di dalam agro makanan dan industri asas tani.
5. Menjadikan MAHA sebagai pameran perdagangan yang dapat menarik penyertaan sektor swasta.
Berbekalkan dengan promosi secara besar-besaran, malah MAHA 2014 juga mengutamakan capaian 5 objektif utama. Kemungkinan besar MAHA 2014 akan menjadi lebih meriah. Malah pameran MAHA akan tetap menjadi sumber rujukan utama kepada petani dan rakyat Malaysia yang berkecimpung dalam industri pertanian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan