Isnin, 14 April 2014

PANASS!! Pekarja Hotel 5 Bintang Di Larang Tutup Aurat? @DSJamilKhir

Gambar hiasan
Saya didatangi pekerja hotel bertaraf lima bintang, berusia sekitar lingkungan pertengahan dua puluhan.

"Ketika mula bertugas di hotel kira-kira 5 tahun lalu, saya tidak bertudung. Kesedaran timbul dan saya kemudian cuba untuk menutup aurat. Malangnya bekerja sebagai front liner, pihak pengurusan hotel tidak membenarkan saya bertudung ketika bertugas," ujar 'Lia'.


"Larangan dibuat secara bertulis?," soal saya.


"Tidak, lisan," balasnya.


Tambah Lia, beberapa rakan sekerja juga mendepani halangan sama.


"Kami tidak berpeluang untuk menutup aurat ketika bertugas sebagai front liners. Setiap hari, sebelum pulang ke rumah, kami bertudung. Sebenarnya kami tidak faham mengapakah pihak pengurusan melarang kakitangan beragama Islam bertudung? Adakah prestasi kerja menurun sekiranya kami menutup aurat tatkala melayan pelanggan hotel? Tentunya tidak. Pelik, Islam dinobatkan sebagai agama rasmi Malaysia namun masih wujud segelintir majikan mengamalkan diskriminasi agama," ujar Lia kesal.


"Kebebasan beragama termaktub dalam perlembagaan negara," celah saya.


"Tidak di hotel tempat kami bekerja biarpun hotel itu dimiliki individu beragama Islam," balas Lia pantas.

Saya difahamkan, majoriti individu berjawatan tinggi hotel, bukan beragama Islam. Barangkali pemilik hotel itu tidak menyedari masalah menghimpit sebilangan kakitangan hotel terbabit.

Saya kemudian meminta Lia menghubungi persatuan hotel negeri dan mengemukakan perincian kes.

Lia dan rakan hanya memenuhi tuntutan agama Islam.


Izinkanlah.

Amat molek juga jika menteri bersuara dalam hal ini sekaligus mengeluarkan arahan tegas, melarang pemilik sebilangan hotel meneruskan diskriminasi melampau.


Datuk Seri Jamil Khir Baharom?


Kudis jangan dibiarkan, kelak bernanah.


Sumber

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah bernanah dah pun. Macam mana menteri nak ambil tindakan?

Kudis ni pun asal dari tarbiayah barisan sejak merdeka dululah. Islam hanya alat permainan dan lakonan. Macamana nak minta bukan Islam hormat?

Asyik nak ambil tindakan. Tindakan. Tindakan. Itupun kalau betul nak cover line je.

Kalau betul Islam dihormati. Tak perlu suruh buat tindakan sana sini.

Macamana nak hormat. Kata arak haram. Tapi pemimpin Melayu Islam ada share. Yang minum pun ramai kat disko kl. Yang terbaru mati kena dadah dalam konsert

Tanpa Nama berkata...

Tapi lagi terok klw rampas arak lepas tu kena pulang balik..
Dimana tu yaa???

Tanpa Nama berkata...

Mcm ni pown ada ka...nk kta org tgok n prbtul la dri 2 dlu...kes tdung pown nk jdi isu...

Unknown berkata...

Bila akta pekerjaan bnyak gray area, pihak dn badan2 eksekutif dn legislatif bertanggung jwb sepenuhnya. Bila menteri kurang matang beri statement atas perkara2 yg libatkn rakyat trutama bangsa melayu dn islam, ia ibarat berikn pisau utk rodok dr semua arah... Walaupun swasta, kerajaan spt toothless utk amik tindakan dn tak teratur badan ato jab mana yg perlu brtindak dgn segera... Sensitif gini kerajaan perlu peka n take action asap... Barulah rakyat respect. Makin lama kita lihat wakil rakyat dn menteri spt tak ada personaliti dn tak tau buat keje dlm bidang masing2 mcm nak kena sergah baru nk gerak.... So frustating.... Nasib pekerja dgn union dah mcm masuk peti ais pulak jika staff dikategorikn sbg mgmt. Dgn pihak atas kena cucuk idung dn dgn union tak boleh minta tolong... Sedihnya kategori gini mmg banyak org melayu.... Umno utk melayu wajib menyeluruh dlm semua aspek terutama kpd golongan bawah dn middle mgmt. Mentri sumber ngapa tak komen dn brtindak?

FatCat berkata...

i think she has bigger problem than tudung. she knowingly working in a place that serve alcohol. is she going to be content if she can wear tudung but still working under the roof of business that serve alcohol? permanent solution is quit job and seek employment elsewhere where she can wear tudung and free from khamar.