Rabu, 25 Jun 2014

INFO!! Malaysia Berjaya Tembusi Pasaran Halal China! @IsmailSabri60 #DSIS


Semasa lawatan saya ke China baru-baru ini bersama YAB PM, beliau telah arahkan MOA untuk membawa masuk produk halal ke Xian, China. Sebuah supermarket di China juga sudah bersetuju untuk membawa masuk 3000 produk Malaysia ke China.

Selain itu, produk-produk pertanian kita juga akan cuba menembusi pasaran di Hong Kong, Dubai dan Jepun.

Jadi, saya harap ramai usahawan industri asas tani akan menyahut peluang emas ini, baik usahawan baru mahupun yang sedia ada, dan kita akan menembusi pasaran negara-negara yang saya sebut sebentar tadi.

Sebanyak 3,000 produk halal buatan tempatan berasaskan pertanian akan menembusi pasaran China mulai tahun depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kini hanya 232 jenis produk halal tempatan dijual di wilayah Xian, China iaitu di sebuah pasar raya bernama “Sam Bao”.

“Kira-kira 1,000 lagi produk halal akan memasuki pasaran China sebelum akhir tahun ini dan sebanyak 3,000 produk halal akan memasuki pasaran negara terbabit tahun depan.

“China yakin dengan keluaran produk halal negara kita kerana ia bersih dan bermutu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Informasi Jelajah Usahawan Pahang, di sini hari ini.



Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin.

Ismail Sabri berkata, Malaysia mempunyai masa depan cerah untuk memasarkan produk halal di China kerana permintaan tinggi daripada masyarakat Islam di negara itu, khususnya di wilayah Xian.

Anggota Parlimen Bera itu berkata, satu seminar mengenai Produk Halal Malaysia akan diadakan di wilayah tersebut yang akan disertai pemimpin agama dan kaum negara berkenaan.

“Pengeluar produk halal di negara ini perlu lebih agresif merebut peluang daripada peningkatan permintaan daripada masyarakat Islam di sana,” katanya.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan Agro Bazar pertama yang diadakan di luar negara di Singapura 26 Jun ini.

“Empat buah kedai telah disewa di Arab Street yang akan menjual pelbagai barangan berasaskan pertanian dan buah-buahan tempatan seperti nangka madu, rambutan, manggis dan durian,” katanya.

Tiada ulasan: