Khamis, 4 Jun 2015

HOT! Allah tak suruh Pas lawan UMNO? - Pemuda Pas Perak


Dalam video diatas seorang pembahas Perwakilan Pemuda PAS Perak Mohd Syakirin Hussein berucap menyentuh perjuangan Pas menentang UMNO.

Kata beliau, perjuangan PAS lebih untuk menegakkan syiar Islam dan bukan semata-mata kerana perbedaan politik dengan DAP mahupun Umno.

"Maka sama-sama kita jaga ketulenan perjuangan kita, sebab itu tuan-tuan, saya hendak menyebut, jangan sekali-kali mudah mengatakan kita lawan kerana apa? kerana Umno? Kita tentang kerana apa? Kerana Umno?

"Kita lawan DAP kerana apa? kerana Umno? Islam tidak mengajar kita lawan kerana Umno tetapi Allah mengajar kita melawan kerana Allah SWT, dan apa yang kita perjuang hari ini, kita mesti lawan dan berjuang kerana Allah, kita tidak lawan Umno sekiranya selagi Allah tidak suruh kita lawan Umno," katanya dalam rakaman video itu.


Tapi kata-kata Syakirin telah dimanupulasikan oleh Wartawan TMI.

Laporan TMI itu memetik Syakiran sebagai mendakwa PAS tidak harus menentang Umno selagi Allah tidak menyuruh menentang parti berkenaan.

"Kita tentang Umno sebab Allah suruh kita tentang Umno. Kita tidak tentang Umno selagi Allah tidak suruh kita lawan Umno,"

TMI tidak memaparkan kenyataan penuh, Syakirin semasa sesi perbahasan Pemuda PAS pagi semalam.

"Jangan tuduh konflik 1MDB kerana Umno, kita lawan bukan kerana Umno tetapi kita lawan kerana Allah, kita lawan Umno kerana Allah, kita lawan Umno kerana Allah suruh kita lawan Umno," Syakirin dilaporkan berkata dalam portal TMI.

Syakirin berkata akibat laporan itu, beliau dikecam dan dihina oleh pelayar internet.

Nampaknya bukan hanya Umno jadi mangsa TMI. Tapi Pas pun mula terasa, permainan portal pro yahudi ini.

3 ulasan:

HAMIDIsP berkata...

Parti yang kononnya memperjuangkan Islam walhal sebenarnya memutar belit kebenaran dan agama jauh lebih teruk dari kafir laknatullah..

Tanpa Nama berkata...

Padam muka... baru cai2 pas tauu...

Tanpa Nama berkata...

UMNO,PKR dan PAS sama aje masing-masing seronok berpolitik, hentam sesama sendiri, puak lain bertepuk tangan, baik dalam Pakatan dan BN, masing-masing syok sendiri, puak-puak lain tunggu nak ngap aje.