Khamis, 17 September 2015

SPAD Teruskan Operasi Cegah Salahlaku Teksi


Berdasarkan laporan awam dan siasatan mengenai kesalahan dan salahlaku pemandu teksi. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) yang bertanggung jawab keatas pengangkutan awam seperti teksi, bertindak melalui Ops Tegas bagi mencegah perkara tersebut dari terus berlaku.

Pada 13 September yang lalu. SPAD menjalankan Ops Tegas dan empat teksi disita, dalam operasi di sekitar ibu kota. Operasi tersebut bermula seawal jam 10 pagi, melibatkan sembilan anggota SPAD untuk menjalankan Ops Tegas di sekitar kawasan Pudu.

Menurut jurucakap SPAD, empat pemandu teksi terbabit ditahan, kerana didapati tidak mengunakan meter, selain gagal menjalankan pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Dua daripada pemandu teksi yang ditahan, menutup meter mereka dengan mengunakan kain dan mendakwa meter berkenaan tidak boleh terdedah kepada cuaca panas.

Sifat tamak yang mahu mengaut keuntungan yang lebih menyebabkan pemandu teksi seperti mereka sengaja tidak mengunakan meter. Tambahan pula, ditengah bandaraya Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan pelancong asing, ia memudahkan mereka menipu pelancong dengan menetapkan kos tertentu (sangat tinggi) bagi lokasi yang mahu dituju oleh pelancong tersebut.

Perbuatan seperti ini harus dicegah segera kerana ia boleh memburukan imej negara dimata pelancong asing.

Jadi Ops Tegas yang dijalankan oleh SPAD, harus diteruskan bagi mencegah perbuatan seperti itu berlaku.

Tiada ulasan: