Untuk memartabatkan industri teksi, 1000 orang pemandu teksi berkumpul di perkarangan Perkarangan Platinium Sentral. Perhimpunan tersebut disertai oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Albar yang mana menyaksikan pemandu teksi turut melafaskan ikrar 4 resolusi memartabatkan industri teksi.
"Aku Janji Memartabatkan Industri Teksi", mengandungi 4 resolusi.
4 resolusi tersebut ialah:
1) Berganding bahu, dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, dalam memajukan Industri Teksi di negara ini.
2) Mematuhi segala peraturan, dan undang-undang yang telah ditetapkan, oleh Pihak Berkuasa.
3) Bekerja dengan penuh rasa tanggungjawab, bagi memberikan, perkhidmatan yang terbaik, kepada pengguna
4) Berazam, untuk meningkatkan, kualiti perkhidmatan teksi.
Pertemuan beberapa jam ini telah membuka mata pemandu teksi betapa pentingnya pemandu teksi berinteraksi dengan agensi berkaitan seperti SPAD bagi menyelesaikan permasalahan yang berkaitan industri ini.
Sebelum ini sebarang masalah yang berlaku dalam kalangan pemandu teksi telah berjaya diselesaikan dengan cara toleransi melalui pertemuan, perbincangan, mesyuarat dengan SPAD.
Pertemuan yang dibuat hampir setiap bulan boleh dikatakan membuahkan hasil kerana ianya menyelesaikan banyak perkara diantara SPAD dan pemandu teksi.
Pemandu teksi mengisi borang soal selidik yang disediakan SPAD.
Pemandu teksi tak pernah dipinggirkan oleh SPAD. Malah semenjak SPAD ditubuhkan, telah banyak perkara dilakukan untuk membela pemandu teksi seperti bantuan tayar TR1M, pengecualian cukai jalan duti eksais dan baru-baru ini penyelarasan kadar tambang teksi.
Seharusnya pemandu teksi juga perlu bekerjasama dengan pihak SPAD bagi menyelesaikan perkara yang berbangkit. Kerjasama rapat memudahkan SPAD bertindak keatas segala masalah dan musibah yang dihadapi oleh pemandu teksi.
Namun, katanya ada segelintir pemandu teksi yang didalangi oleh pihak tertentu mahu melakukan himpunan jalanan dalam minggu ini. Rasanya tak perlu dilakukan demotrasi atau himpunan kerana perbuatan tersebut, tak pernah menyelesaikan masalah.
Berjumpa dan berbincang adalah cara yang lebih baik dari menjerit dijalanan meluahkan perasaan.
Penulis percaya mengenai himpunan tersebut, ada pihak yang sengaja mahu lakukan sebegitu atas kerana mahu menunjuk bahawa industri Teksi di negara kita terlalu teruk dan tidak terkawal. Kerana pada 18 November ini negara kita bakal menerima tetamu pemimpin negara ASEAN yang akan berkampung di Ibu Kota 18-22 November bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa ASEAN Summit.
Tiada masalah yang boleh diselesaikan dengan menjerit dijalanan.
Lagi gambar perjumpaan pemandu teksi dengan SPAD semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan