Rabu, 11 November 2015

Berbeza Kaum Tidak Bererti Kita Tidak Boleh Bersatu



Negara kita Malaysia terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum. Tak kisah la apa pun perayaan, kita sebagai warga negara Malaysia tetap menyambutnya dengan meriah. Presiden MCA, Datuk Sri Liow Tiong Lai turut mengambil kesempatan dihari baik Pesta Cahaya kaum India dengan mengharapkan setiap kaum perlu menghormati antara satu sama lain dan menolak perpecahan kaum. Biarpun berbangsa Cina, Datuk Sri Liow mengingatkan bahawa kekuatan Malaysia terletak kepada perpaduan yang erat antara kaum.

Perayaan DEEPAVALI disambut meriah dalam keadaan harmoni oleh kaum India di Malaysia hari ini. Siang tadi, Rumah Terbuka Deepavali telah diadakan di pekarangan tapak pelancongan terkenal Batu Caves.

Majlis yang dianjurkan MIC siang tadi telah dihadiri YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Malah turut kelihatan pada majlis berkenaan ialah Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong. Sepanjang majlis berkenaan, para tetamu telah disajikan dengan pelbagai persembahan serta makanan tradisional kaum India sepeti Aloo Gobi, Inji Puli, Vadal dan Prathaman.



Sebagai Menteri Pengangkutan, Liow juga berpesan kepada semua rakyat Malaysia yang bercuti dan pulang ke kampung supaya berhati-hati. Jangan jadikan hari yang bahagia ini sebagai medan berair mata.

Inilah keunikan Malaysia, tak kira perayaan apa sekalipun, kita tetap menyambutnya dengan hati yang terbuka. Ternyata perselisihan faham dalam politik tak mampu menyekat persaudaraan sesama rakyat Malaysia.
Disebab keunikan inilah kita Malaysia masih kekal bersatu dan InshaAllah akan terus hingga menjadi negara maju

Tiada ulasan: