Isnin, 2 Januari 2017

Propa Melayu Mudah Ditipu Si Pencuri!


Manusia lebih mudah terpengaruh dengan emosi. Tak kiralah takut atau marah. Sebab itu jentera propaganda lebih suka mengunakan perkara yang berkaitan dengan emosi untuk mempengaruhi manusia.

Jangan pandang rendah dengan jentera propa Parti Dacing ni. Senjata utama mereka ialah mewujudkan politik takut untuk pemimpin mereka terus berkuasa dan merompak.

Mereka mengunakan TV, Radio, Akhbar dan sosial media untuk sebarkan propa ketakutan pada orang ramai.

'Takut' merupakan senjata utama orang melayu. Sejak dari dulu lagi, kita dimomok dengan faktor takut bagi membendung orang kita.

Contohnya propa orang dulu. Jangan lambung kain nanti harimau masuk kampung, jangan buka payung dalam rumah, nanti ular masuk, Jangan nyanyi di dapur nanti kahwin orang tua, jangan makan beralih tempat, nanti kahwin ramai dan pelbagai lagi.

Sebab itu mereka ini juga mengunakan cara yang sama.

Propaganda busuk yg mereka buat sekarang ialah:

- Dikalangan orang Istana, mereka menyebar kononnya jika Pakatan Pembangkang memerintah, Istana akan ditutup, dan negara akan jadi sistem republik.

- Dikalangan Ilmuan Islam pula, mereka katakan Agama Islam bukan lagi agama rasmi Persekutuan jika Pakatan Pembangkang memerintah kelak.

- Dikalangan pasukan keselamatan, mereka mainkan, Malaysia akan huru-hara jika mereka tidak memerintah.

- Dikalangan orang luar bandar, mereka disogok dengan cerita betapa dasatnya Dap dan segala bantuan untuk orang melayu dan dikampung-kampung akan tiada, jika pakatan pembangkang memenangi pilihanraya.

Tidak dilupa, mereka sering melaungkan kononnya jika mereka kalah, Dap (orang cina) akan memerintah.

Nampak tak permainan takut yang cuba mereka serapkan diminda kita.

Mereka mengunakan jika itu jadi ini, ini yang akan berlaku. Jika ini jadi itu, ini yang akan jadi.

Sedangkan pertukaran Kerajaan adalah proses biasa bagi sebuah negara demokrasi berparlimen. Perlembagaan kita sudah menetapkan:

Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia:

(a) Pemerintahan berdasarkan prinsip demokrasi

(b) Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan tetapi kebebasan amalan agama-agama lain dibenarkan.

(c) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

(d) Kedudukan setiap rakyat adalah sama di sisi undang-undang

(e) Yang Di-Pertuan Agung memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera.

Jadi segalanya telah dijamin dan terpelihara.

Kita hanya mahu menukar Kerajaan yang tidak telus, kuropsi, tak amanah, tiada integriti dan tidak lagi dahulukan rakyat.

Kita hanya mahu orang yang seleweng duit rakyat ditangkap dan didakwa di Mahkamah.

Tiada kena mengena dengan agama dan perkauman. Sesiapa juga jadi Kerajaan. Agama Islam, Melayu dan sistem Raja Berpelembagaan akan dipertahankan. Jangan terpedaya dengan propa takut yang cuba dicetuskan.

Lihatlah apa jadi dengan FELDA? 1MDB? SRC? KWAP dan lain-lain GLC yang diseleweng dananya ke tempat tidak sepatutnya.

Dana negara diseleweng, dana yang sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat disalahguna oleh pemerintah. Kesannya kita yang tanggung dengan pelbagai kenaikkan harga barang dan GST.

Inikah Kerajaan bercirikan Islam? Hutang duit, aniaya rakyat? Dia seleweng RM1,000,000,000.00 dia bagi kita RM1200?

Kita sebagai rakyat kena bijak, orang curi duit kita takkan kita nak pilih dan sokong lagi? Pencuri ni sebelum dia mencuri, dia pasti pandai berbohong.

Kalau tak, tak wujudlah pantun dua kerat.

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Berapa lama dia dah bohong kononnya melayu akan hilang kuasa jika dia tak perintah. Sedangkan, sebenarnya dia takut kena tangkap.

Jadi takkan kita nak percaya si pembohong dan pencuri ni lagi?

Sudah-sudahlah ya.

Masa untuk berubah, kearah Malaysia yang lebih baik!

#TaknakBN

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tu je..Emm Cuba lg

Tanpa Nama berkata...

dah cukup bagus artikel ni utk membuka mata dan minda melayu
diminta saudara renung balik sikap tidak apa generasi dulu
kita kena buang takut dan bersaing dgn semua dan termasuk bersaing dgn diri sendiri utk jd lebih baik

Tanpa Nama berkata...

hihihi

John Doe berkata...

Itu ja?

Itu pun dah memang terbaik tuan admin.

Keep it up and on.

Tanpa Nama berkata...

Support admin!

Taktik umno menakutkan org melayu, termasuk mengecop dap sebagai komunis.

Org kampung pun dah tak caya lagi propa umno nih, inikan pula anak2 muda zaman sekarang ni.

PRU 14, kita bungkus dan talkinkan umno yg dah busuk dengan pelbagai penyakit ni.

Kita bina umno baru yg berkhidmat hanya untuk rakyat dan bukan untuk tembolok masing2.