Memaparkan catatan dengan label 1Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1Malaysia. Papar semua catatan
Isnin, 6 September 2010
FAHAMI APA ITU GAGASAN 1MALAYSIA DAN PERLEMBAGAAN!
Penulis telah diundang untuk menyampaikan ceramah atau syarahan tentang gagasan 1Malaysia cetusan idea Datuk Seri Najib Tun Razak lebih kurang 10 kali. Kami di Gapena mengambil pendirian menyokong gagasan ini kerana pegangan kukuhnya kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan falsafah Rukun Negara. Penulis sendiri pernah menghadiri satu penjelasan yang disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri bertempat di IKIM, kira-kira dua bulan selepas gagasan itu disebut.
Apakah gagasan 1Malaysia ini merupakan kesinambungan satu perjuangan, retorik politik, substantif, dan relevan? Yang pasti, kita perlu menterjemahkannya ke dalam kehidupan kita berbangsa satu dan bernegara yang satu ini, yakni satu Malaysia. Apakah kefahaman rakyat menyeluruh tentang makna gagasan itu dari segi konsep, slogan dan formulanya yang mendokong ciri-ciri tersendiri atau dibiarkan bebas ditafsirkan mengikut selera sesiapa juga tanpa berpedomankan aspirasi sumber asalnya?.
Jika semua lapisan rakyat menghayatinya dalam konteks kita bernegara dan berbangsa, berpedomankan Perlembagaan hasil daripada kemerdekaan 1957 yang sama-sama kita terima sebagai kontrak sosial sejak awal, penulis tidak fikir kecelaruan tafsiran konsep gagasan itu boleh terjadi. Mereka yang berfikiran serong atau ada agenda tersendiri sahaja bertindak akan mencampuradukkan dan memesongkan segala-galanya ke dalam satu bekas yang bukan acuannya.
Kerja mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencipta kekeliruan. Acuan yang sedemikian akhirnya tidak akan dapat membezakan antara hak-hak negara dan hak- hak kaum.
Penulis kerap kali menggunakan analogi dengan sebuah rumah. Kita semua berada dan tinggal bersama di dalam rumah itu. Maka tentu ada peraturan dan keteraturannya. Kita memiliki bilik-bilik sendiri atas nama Melayu, Cina dan India. Mereka itu bebas menganut kepercayaan dan mengamalkan budaya hidup masing-masing. Ia termasuk juga rakyat Malaysia daripada etnik Kadazandusun, Bajau, Iban, Bidayuh dan puluhan suku bangsa lain.
Mereka itu rakyat asal negara ini dan tergolong ke dalam rumpun Melayu. Rakyat Malaysia pula berbeza agama, budaya, adat resam, bahasa pertuturan, dialek dan cara hidup, misalnya kalau di sana ada yang makan daging babi, sedangkan di sini tidak makan daging lembu. Itulah wajah kepelbagaian kita yang mesti ada penerimaannya sebagai satu hakikat. Kita mahu bina sebuah perpaduan dan kesatuan bangsa yang jitu iaitu 'Kesatuan Dalam Kepelbagaian'.
Kita hanya boleh bersatu sekiranya kita berkongsi persamaan khususnya nilai-nilai hidup yang sama, antaranya seperti yang digariskan sebagai nilai-nilai 1Malaysia. Katakan, di rumah kita ada balai atau ruang besar tempat bertemu, berbicara, berunding mengatur program kehidupan dan sebagainya, maka di situlah kita berkongsi peraturan-peraturan yang sama.
Jadi, bagi maksud negara bangsa, peraturan-peraturan sedemikian itulah namanya Perlembagaan dan undang-undang yang digubal berpandukan keluhurannya.
Di balai besar itu, kita tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya mengikut keinginan sendiri. Misalnya, makanan atau minuman yang haram tidak boleh dijadikan hidangan rasmi.
Maka istilah rasmi digunakan. Lalu di sebuah negara berdaulat, ketetapan sebuah bahasa sebagai bahasa rasmi bertaraf negara menjadi bahasa penyatuan mereka, walaupun bahasa sendiri atau dialek diguna dalam konteks tertentu.
Sebuah negara bangsa mendokong makna a single nation in a single state, satu bangsa (bangsa Malaysia) untuk negara Malaysia. Kita terdiri daripada berbagai masyarakat tetapi kita adalah satu bangsa iaitu bangsa Malaysia. Kita memerlukan perkongsian sistem-sistem kehidupan bersama demi kestabilan politik, kemakmuran ekonomi, kehidupan sosial dan amalan kebudayaan yang tinggi.
Matlamat utama negara dan kenegaraan ialah perpaduan, jati diri, dan keseimbangan kemajuan fizikal dengan kerohanian. Ukurannya sebagaimana disebut dengan prinsip-prinsip penerimaan dan keadilan. Gagasan 1Malaysia itu merupakan satu kesinambungan wawasan, gagasan dan dasar-dasar yang bersandarkan Perlembagaan.
Kini, telah mula kedengaran ada orang menolak Perlembagaan kerana memperjuangkan 'kesamarataan', satu konsep alamat buruk kepada hidup mati sebuah negara bangsa seperti Malaysia.
Parah akibatnya kelak akan hanya membawa konflik sosial yang lebih besar dan perbalahan. Perlembagaan sekarang adalah formula terbaik untuk Malaysia kerana kerasionalannya tanpa mengetepikan sejarah, realiti lampau dan semasa.
Slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' menunjukkan keutamaan layanan dan prestasi cemerlang yang mahu dicapai. Jangan pula kita keliru untuk menyamakan semua aspek kehidupan. Kita kena tahu status sesuatu sebagai hak negara dengan hak kaum. Di situlah letak duduknya konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, status bahasa rasmi, agama negara, kedudukan istimewa Melayu dan bumiputera, kewarganegaraan, pembahagian kuasa Persekutuan dengan negeri dan sebagainya.
Apakah susah benar mahu kita fahami? Agaknya kerana sengaja tidak mahu faham, maka timbullah tuntutan perkauman, bukannya demi negara dan kenegaraan, hatta boleh datang ganggu gugat dari parti komponen kerajaan sendiri.
Penulis sekadar mahu mengingatkan bahawa bumi asal atau pertiwi Melayu dan tanah air suku bangsa serumpunnya ini, dengan budi dan murah hati, mereka telah menjadi negara kita bersama.
Kita hanya ada satu negara dan satu bangsa yakni negara bangsa Malaysia. Maknanya perpaduan dan kesatuan kita hanya untuk satu Malaysia. Jadi, bersyukurlah dan pertahankan negara yang satu ini. Perlembagaan itulah yang mengikat kita. Sistem kita tidak sama dengan sistem negara lain.
Ingatlah bahawa tumpah darah dan hidup mati kita di sini. Sebab itu wujud ungkapan 'Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung'. Orang keturunan Cina dan India, bukannya lagi bertaraf pendatang.
Maka sebagai rakyat dan warga 1Malaysia, mari kita berganding bahu melangkah sederap serentak menuju 'gunung yang tinggi sama didaki, lurah yang dalam sama dituruni', dan jangan biarkan minda kita terjerat ke perangkap mereka yang mahu saksikan kita runtuh dalam tempoh tidak sampai satu abad sesudah Malaysia mencapai kemerdekaan.
Datuk A Aziz Deraman ialah Mantan Ketua Pengarah DBP dan Mantan Ketua Pengarah Kebudayaan.
Sumber Malaysia Instinct
MctHeory:
Masih ramai rakyat Malaysia tidak memahami apa itu 1Malaysia, amacam? dah jelas?
Jumaat, 2 April 2010
APA DOSANYA 1 MALAYSIA?

1Malaysia adalah slogan dan cara hidup baru yang mahu Ds Najib tekankan kepada semua rakyat Malaysia. Bukannya Ds Najib mahu semua rakyat Malaysia bergaduh, berbunuh dan benci sesama sendiri. Apa yang dibawa oleh 1Malaysia ialah untuk semua rakyat Malaysia bersatu dibawah satu label iaitu bangsa Malaysia.
Walaupun kita berlainan bangsa, tetapi hakikatnya kita sudah dapat menerima cara kehidupan dan budaya di Malaysia. Jadi ada masalah ke dengan cara hidup 1Malaysia? Apa yang Pakatan Haram kecohkan sangat? Jika 1Malaysia membawa semua rakyat Malaysia kejalan yang satu iaitu bersatu padu, adakah itu satu masalah? Apa kena mengena 1Malaysia kita dengan negara luar? Takdak kena mengena pun.
Sedarlah wahai kita rakyat Malaysia, bahawa ada racun yang selalu cuma mencemari minda kita dengan perkara-perkara buruk. Dulu dikitakan 1Malaysia ciplak Dap Malaysian Malaysia. Sekarang kata pula 1Malaysia tiru Israel dan berbagai lagi perkara buruk yang cuba dikaitkan dengan 1Malaysia.
Kita rakyat Malaysia mudah memahami 1Malaysia. Tak pula ada perkara buruk yang ditekankan dalam 1Malaysia, yang ada semuanya membawa kearah kebaikkan. Tapi apa yang buruknya dan dosanya pasal 1Malaysia ni?
Buruk dan dosanya 1Malaysia pada Pakatan Haram apabila rakyat dapat menerima seruan Ds Najib bagi menyahut jiwa 1Malaysia supaya tersemat dihati mereka. Bila rakyat sudah senang dengan slogan 1Malaysia dan cara hidup 1Malaysia. Maka susahlah Pakatan Haram aka Pembangkang untuk cuba memujuk rakyat memilih mereka. Kerana rakyat sudah selesa dengan Ds Najib dan pimpinannya.
Sesungguhnya Anwar dan Pakatan Haramnya tidak pernah suka negara kita ini aman damai. Ada saja salah dan silap yang akan dicari untuk cuba meracun pemikiran rakyat. Pelbagai tohmahan dan fitnah disebarkan bagi menganggu gugat kedamaian dan keharmonian negara. Semua ini hanyalah kerana mahu negara ini tidak stabil dan bagi memenuhi nafsunya yang sekian lama mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Apakah kita rakyat Malaysia perlu bersubahat dengan nafsu anwar yang sememangnya songsang ini? Sebagai rakyat kita semestinya mahu hidup aman damai dan tenteram. Serta ekonomi dan politk yang stabil. Jadi perlukah kita pertaruhkan masa depan kita dan anak cucu kita kepada peliwat tegar ini? Yakin kah anda kepadanya?
MctHeory:
Dah nama pun Perosak Rakyat! Habis negara digadainya jika mereka berkuasa kelak!
Sabtu, 23 Januari 2010
1 MALAYSIA PUNDEK!

Itulah perkataan yang Mc terima sebagai jawapan daripada pemandu teksi yang Mc terlanggar semalam. Mc agak terkejut dengan jawapan yang diberi, cuma Mc sabar je la. Memang salah Mc apabila terlanggar belakang teksinya, Mc pun dah mengaku salah dan Mc rela membayar ganti rugi, cuma si pemandu teksi berketurunan india tu masih marah-marah. Mc hanya kata "alaa.. jangan la marah-marah, kitakan 1Malaysia" terus dia jawab "tuihh! 1 Malaysia pundek!" dan terus pergi. Dibelakang teksinya ada sticker 'People Power!'. Faham-faham jela.
Mengeletar badan Mc menahan marah. Apa yang Mc boleh buat, bawa la bersabar, beristifar banyak-banyak. Mc bukan nak ceritakan berkenaan dengan pengalaman Mc ni. Mc cuma kecewa dengan sesetengah pihak yang masih lagi tidak memahami apa itu erti gagasan 1Malaysia. Mc akan cuba terangkan, mengikut apa yang Mc faham dan Mc akan cuba beri contohnya.
Mungkin kita tidak sedar bahawa kita rakyat Malaysia memang sudah diasuh dari kecil hingga besar dengan semangat 1Malaysia. Kita memang berbeza agama, bahasa dan budaya. Walaupun kita berbeza, kita masih lagi mengaku kita ini warganegara Malaysia, kita tidak pernah nafikan.
Semasa kecil kita sukar membezakan, perbezaan kaum. Mungkin ada, tapi kita masih bergaul semasa kita dan bermain bersama tanpa rasa berbeza. Mungkin bila semuanya dah sudah besar. Masing-masing sudah kenal dengan wang, politik dan kuasa. Semuanya dah berubah. Masing-masing mempunyai agenda sendiri. Walaupun kita berbeza bangsa, tapi satu yang kita tidak pernah lupa. Bahawa kita ini anak Malaysia.
Kenapa Mc kata begitu? Semasa kita melihat pasukan negara dalam perlawanan sukan. Tidak kira, bola sepak, badminton, hoki, skuash dan lain-lain sukan lagi. Adakah kita pernah berfikir, perbezaan atlit yang mewakili negara, atau kita hanya sekadar mengharapkan kemenangan kepadanya kerana dia mewakili Malaysia?

Contohnya badminton, Lee Chong Wei pemain nombor 1 negara. Sedang berlawan dengan pasukan China. Kita rakyat Malaysia tidak kira bangsa, hanya menyokongnya untuk kemenangan milik negara kita Malaysia. Kenapa kaum cina tidak menyokong pasukan dari negara China? sebab jiwa kaum cina di Malaysia adalah anak Malaysia dan diajar dan sebati dengan Malaysia.
Bolasepak, majoriti diwakili oleh kaum melayu dan india. Semasa kita berlawan dengan pasukan dari negara India. Adakah kaum india negara kita menyokong pasukan India? Tidak! mereka menyokong pasukan Malaysia. kalau kalah pun, mereka aku kutuk pasukan Malaysia. Mereka tidak akan berpaling kepada pasukan India kerana India bukan negara mereka. Mereka India Malaysia. Mereka anak Malaysia!
Sama juga dengan kaum melayu. Jika pasukan negara diwakili atlit kaum india atau cina. Malaysia lawan Indonesia. Adakah kita melayu nak sokong Indonesia hanya kerana dia melayu? Sama sekali tidak! Kita hanya menyokong rakyat Malaysia yang mewakili Malaysia tidak kira bangsa atau agama.
Kenapa dalam sukan kita boleh bersatu, tetapi tidak dalam perkara lain? Kenapa bila Mc katakan kepada pemandu teksi semalam mengenai 1Malaysia, dia maki Mc balik? Apa yang tidak kena dengan negara kita sekarang? Kenapa gagasan 1Malaysia ciptaan Ds Najib yang sepatutnya disambut baik oleh semua rakyat Malaysia, dipandang sinis oleh golongan-golongan tertentu?
Ini benda baik. Semangat 1Malaysia sebenarnya sudah berada didalam didiri kita. Hanya kita yang perlu menyemainya selalu. Biar kita berbeza agama, bangsa dan fahaman politik. Demi negara kita Malaysia yang tercinta, demi masa depan generasi kita. Kita perlu bersatu dengan semangat 1Malaysia.

MctHeory:
Jangan hanya fikirkan perbezaaan. Cuba fikirkan persamaan antara kita!
Sabtu, 16 Januari 2010
1MALAYSIA: MISSION 1st BERJAYA! GENDANG PERANG BAGI BN, GENDANG KIAMAT BAGI PR!

Sila baca berita dibawah dan cuba fahamkannya. Berita ini dipetik dari Berita Harian. Isu ini disiasat dan selidik oleh MctHoery. Mesti Baca!
KUALA LUMPUR: Satu tinjauan pendapat yang dikendalikan kerajaan tahun lalu menunjukkan kira-kira 60 peratus daripada tujuh juta khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya setakat ini, memahami maksud gagasan 1Malaysia.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengumumkan hasil kajian itu di sini, semalam, berkata 40 peratus lagi meminta kerajaan memberi lebih penerangan mengenai pengisian gagasan berkenaan.
"Kementerian bekerjasama dengan beberapa syarikat telekomunikasi dan menghantar tinjauan pendapat kepada rakyat Malaysia secara rawak. Soalan yang ditanya adakah rakyat faham konsep 1Malaysia.
"Hasilnya, kita menerima 14 juta maklum balas. Daripada jumlah itu, 7 juta sudah diproses dengan 60 peratus darinya memahami gagasan 1Malaysia, manakala 40 peratus lagi meminta penjelasan lanjut," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Sepetang Bersama Pegawai Kanan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dari seluruh negara di Angkasapuri.
Rais berkata, kementeriannya juga mengadakan menemuduga terus rakyat mengenai pemahaman masyarakat mengenai gagasan 1Malaysia. "Sejumlah 12,212 responden ditemuduga dan kira-kira 62 peratus mengatakan mereka faham dan maklum mengenai maklumat dan matlamat murni gagasan 1Malaysia.
"Jadi kedua-dua kumpulan data ini akan kita buat satu pangkalan dan kemudian kita buat satu cerakinnya supaya lebih mudah bagi kita menentukan aspek mana 1Malaysia ini yang harus kita beri penumpuan lebih daripada sekarang," katanya.
Ini adalah 1 berita baik bagi Barisan Nasional, manakala bagi Pakatan Haram, petanda kiamat baginya sudah dekat. Kenapa Mc kata begitu?
Statistik yang ditunjukkan tadi adalah statistik secara rawak melalui ujian sms kepada seluruh rakyat Malaysia. Kita semua tahu bahawa ada 27 juta rakyat Malaysia. Bagi pengundi berdaftar SPR ada hampir 15 juta semuanya dan 300 ribu pengundi baru yang akan mengundi pada PRU ke 13.
Apa kaitan diantara statistik pertama dengan kedua? Statistik pertama menunjukkan kementerian penerangan berjaya dalam misinya menyebar maklumat dan matlamat gagasan 1Malaysia kepada rakyat, kemudian rakyat memberi respon yang baik.
Ingatkah kita pada PRU ke 12? Dimana BN hampir tergelincir disebabkan gelombang rakyat yang mahu pentadbiran Pak Lah ditamatkan perkhidmatan dengan segera. 15juta pengundi berdaftar dan hampir setengah daripadanya menolak BN dan mengundi PR.
Maknanya sebanyak 50% pengundi di Malaysia menolak BN semasa itu. Sekarang Rais Yatim telah mengumumkan bahawa, sebanyak 60% rakyat memberi respon yang baik mengenai 1Malaysia dan 30% lagi berminat untuk mengetahuinya, bukankah ini bermakna Ds Najib dah berjaya dalam misi memujuk rakyat Malaysia supaya setia dengan Kerajaan BN dan menyokong perlaksanaan kerajaan pada misi seterusnya.
Ini merupakan berita yang amat baik bagi BN. Pada pilihanraya yang lepas. BN ditolak disebabkan kesilapan pemerintah. Pimpinan Pak Lah tidak pandai merancang strategi untuk memancing rakyat. Lagipun dia dikelilingi menantu dan pembodek-pembodek yang diibarat sokongan yang membawa rebah.
PRU ke 12 dibuat semasa rakyat sedang panas hati dengan harga minyak naik, hindraf sedang kecoh dengan tuntutannya, kuil hindu sedang dipolitikan dan kaum cina diracun otaknya oleh Anwar bahawa Pak Lah hanya jaga ekonomi Melayu dan kroni. Semestinya BN akan kalah sebab PRU tidak tepat pada masa dan semua isu tidak dapat diselesaikan dengan baik.
Mc masih ingat lagi kata-kata Tun Dr Mahathir bahawa rakyat Malaysia sebenarnya penyokong setia BN, cuma mereka agak tertekan dengan pemimpin yang terdahulu (Pak Lah), yang tidak pandai menjaga rakyat, menyebabkan rakyat menolak BN.
Sekarang Ds Najib sudah berjaya membawa Malaysia dan BN kelandasan yang sebenar dan diharapkan Ds Najib teruskan dengan perancangannya untuk menumpaskan terus PR dari muka bumi Malaysia, sekaligus kebumikan Anwar, N.ajis, Kit Siang dan sekutu-sekutu haram jadahnya!
MctHeory: Mission pertama berjaya! Next mission wait n see beb! hehe.
Langgan:
Catatan (Atom)
