Memaparkan catatan dengan label Ds Najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ds Najib. Papar semua catatan
Rabu, 2 Julai 2014
HOT!! PM @NajibRazak Ucap Takziah Pada Keluarga Kakitangan Awam Meninggal di pasar Ramadhan !
Semalam berlaku satu kejadian yang mengejutkan apabila seorang penjawat awam meninggal dunia akibat gagal melompat dari longkang dan kepalanya terhantuk ditebing longkang.
Menerima berita yang menyedihkan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga kakitangan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Muhammad Kamal Salle Hodin yang meninggal dunia di Pasar Ramadan, Presint 3, Putrajaya semalam.
Najib juga turut meluahkan rasa sedih beliau ke atas kejadian yang menimpa mangsa itu.
"Berita kematian seorang penjawat awam di Bazar Ramadan Putrajaya semalam menyedihkan saya.
"Takziah kepada keluarga Muhammad Kamal, Al-Fatihah," kata Najib melalui akaun twitternya. Semalam, Allahyarham meninggal dunia kerana kepalanya terhantuk di tebing longkang di tepi pasar itu. Sebelum itu, beliau dikatakan gagal melompat longkang berkenaan.
Mangsa juga dikatakan kepenatan kerana terpaksa berjalan mendaki cerun yang agak tinggi sebelum dapat pergi ke pasar itu yang terletak sedikit tinggi dari paras jalan raya.
Beberapa keping gambar Allahyarham yang terbaring menerima rawatan kecemasan tersebar di laman sosial dan internet hari ini. Polis mengesahkan Allahyarham Muhammad Kamal meninggal dunia di tempat kejadian.
Masyallah.. kejadian ini merupakan peringatan bahawa nyawa kita bila-bila masa boleh ditarik mengikut kehendak Allah Swt
Sabtu, 9 Mac 2013
PANASS!! Pembangkang di Amerika Pun Tak Seburuk Pakatan Haram - PM @NajibRazak #pray4Sabah
MELAKA 9 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara Amerika Syarikat (AS) walaupun mempunyai parti pembangkang namun mereka tidak sama sekali mempersoalkan atau mempolitikkan soal keselamatan negara.
Perdana Menteri berkata, berlainan dengan Malaysia apabila parti-parti pembangkang mempolitikkan usaha pasukan keselamatan yang berjuang mempertahankan keselamatan di Sabah daripada ancaman penceroboh.
"Pakatan pembangkang sanggup mempolitikkan pencerobohan puak bersenjata daripada Filipina dengan menuduh insiden di Sabah adalah sandiwara UMNO.
"Di AS walaupun ada perbezaan ideologi politik Demokrat dan Republikan tetapi mereka tak eksploitasi isu-isu keselamatan," katanya. - UTUSAN ONLINE
Ahad, 24 Februari 2013
GEMPAR!! Lagi Ugutan Bunuh Terhadap PM @NajibRazak
Semalam terkejut Mc apabila dihubungi oleh blogger Keris7Lok, kata beliau ada ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri yang amat kita sayangi.
Ya Allah! Apa masalahnya ni sampai perlu ugut PM? Ini negara demokrasi! Jika ada apa-apa ubahlah diatas kertas undi. Bukan dengan perangai macam ini. Semalam lebih kurang pukul 12 tengahari sebuah balai polis telah menerima sepucuk surat melalui pos.
Daripada surat bersaiz A4 itu ada tertulis :
""URGENT
Please Protect PM,
Dr T** M*** KU** (NCSM) & buddy group got planning to kill him after 22th feb 2013.""
Namun begitu kesahihan surat tersebut masih disiasat memandangkan ini bukan kali pertama YAB Perdana Menteri menerima ugutan sebegitu. Cuma kita sebagai rakyat Malaysia berdoa agar keselamatan beliau sentiasa dilindungi oleh Allah.
Kita tunggu dan
lihat sahaja apa yang bakal berlaku. Mc percaya kepada pihak polis
dan pihak keselamatan yang akan menyiasat serta memastikan sekirang
wujud sebarang rancangan untuk berbuat demikian akan dipatahkan dengan
segera.
McTheory:
Kejadian ugut ni bukan pertama kali!
Ahad, 10 Februari 2013
PANASS!! Deris Hitam Kata DS Najib Lemah Sebab Takut Bini?
Apa masalah dengan mamat Deris Hitam ni. Dalam haramkah dia kata Najib banyak masalah. Tapi bila tengok alasan yang dia bagi, semuanya cerita lama yang dah settle. Paling mengarut bila dia sentuh bab DS Rosmah. Katanya banyak menjadi buah mulut.
Siapa yang bawa mulut sampai ia menjadi buah mulut ni?
Bukankah puak pembangkang yang selalu mengumpat pasal Rosmah hinggakan mereka cerita pelbagai fitnah semata-mata nak jatuhkan reputasi DS Rosmah. Pembangkang Malaysia, adalah pembangkang paling huduh dalam dunia.
Tak mampu nak menyerang DS Najib, mereka menyerang DS Rosmah. Patutnya pembangkang menyerang dasar kerajaan atau kesalahan yang kerajaan buat. Bukannya menyerang peribadi yang tak ada kena mengena dengan pentadbiran.
Lagi satu, Deris Hitam ni ungkit pasal Altantuya, Mc dah penat nak jelaskan pasal ni. Apa kata bagi YB Zul Kulim pula yang jelaskan..
McTheory:
Pembangkang Malaysia, sudah la hudoh, Bodoh pula tu!
Sabtu, 9 Februari 2013
PANASS!! Megat Spy DEDAHKAN Video DS Najib diSABOTAJ Pembangkang!! @NajibRazak

Nampaknya Megat Spy datang lagi. Kali ni siasatannya mengenai video Gong Xi Fa Cai, DS Najib yang telah disabotaj oleh cai-cai pembangkang.
Baca apa Megat Spy kata,
Perghhh..memang mantap video Dato Najib dalam ni..sempoi wa cakap lu..ini la yang dikatakan Pemimpin! Bersama rakyat tidak mengira kaum..tahniah la gua ucapkan..
Tapi macam biasa la jumlah dislike kat Youtube tu mesti lagi banyak dari jumlah like..apasal ek?
Pastu kalau korang jumlahkan bilangan LIKE dan DISLIKE tu sama tak dengan jumlah viewer kat atas tu..919 (jumlah like) + 1,506(jumlah dislike) = 2425 (jumlah viewer)..tak sama kan..
Jumlah viewer tu 2156 tapi total 2425...terlebih 269 lak?mana datang lebih 269 ni?? Youtube salahkira ke atau gua yang salah kira? setakat ni gua rasa gua belum bodoh matematik lagi..hahaha
Tak lama lepas tu gua tengok lagi video tu..TUDIA!!!MAKIN BERTAMBAH-TAMBAH JUMLAH DISLIKE dan Sekali lagi yang MAGIKNYE JUMLAH VIEWER TU TAK BERGERAK-GERAK!!HAhahha...kelakar la puak pembangkang ni buat keje..agak-agak la nak tipu orang der!! nampak desperate giler wa cakap lu!!
Nampak tak permainan permbangkang yang menggunakan taktik kotor untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap rakyat?kalau kerajaan nak main kotor baik jumlah like yang lagi banyak ye tak?
Kalau lu orang yang baca ni penyokong Dato Najib JOM LIKE VIDEO NI RAMAI-RAMAI!! Kita kasi sailang sama dorang...hahahaha!!!!Hidup Dato Najib!!
Taktau camne nak like? pastikan sign in dulu kat youtube pastu klik je logo youtube kat atas tu dan otomatik ada button like kat page youtube tu nanti! Selamat Meng"LIKE"!!
Komen Mc:
Punyalah busuk perut cai pembangkang ni, sampaikan video nak ucap Gong Xi Fa Cai pun dorang nak sabotaj? Apa salah video tu? Kalau korang tak puas hati, suruh la Anwar buat video lagi satu. Bersaing la cara sihat.
Dah nama kata pembangkang tu, memang keji la perangai. Perut busuk serupa bangkai laa..
McTheory:
Dengan video pun takut ka? adoii laa..
Ahad, 3 Februari 2013
PANASS!! PM @NajibRazak Pakai Baju 'CINA MATI' Untuk Gong Xi Fa Cai?
Betul ke DS Najib pakai baju cina mati. Mula-mula Mc pun rasa sangsi, tapi setahu Mc, bila cina mati, baju yang boleh dipakai ialah warna hitam. Mana ada cina mati pakai baju merah? Sebab merah lebih berkait rapat dengan kegembiraan. Sebab tu bila raya cina, orang cina pakai baju merah.
Haa.. dah baca kan. Kod pakaian untuk orang mati warna hitam. Apa la nak jadi dengan puak Pakatan haram ni. Tak sudah-sudah kantoi menipu. Kalau selalu menipu, nanti dah takdak orang nak percaya. Tapi yang peliknya, macam Anwar, walaupun selalu menipu, tapi tetap ada cai-cai Pakatan yang percaya, kenapa ya?
Orang kata kali sekali kena tipu tu kita bengang! Tapi kalau selalu kena tipu tu, orang panggil BANGANG!!
McTheory:
Maknanya cai-cai tu Bangang la.. he he he..
Jumaat, 1 Februari 2013
PANASS!! PM @NajibRazak TOLONG Pas Kedah Tunaikan Janji Palsu!! #TukarKedah
Pada PRU12 yang lalu, PAS Kedah telah berjanji kepada golongan muda yang mempunyai minat kepada pemotoran, PAS akan bina litar lumba untuk golongan muda di Kedah sekiranya PAS berjaya menawan Kedah.
Namun hampir lima tahun berlalu, janji tinggal janji, malah janji berkenaan tidak pernah di tepati PAS Kedah setelah menjadi Kerajaan Negeri.
Sehubungan dengan itu, YAB DS Najib Razak telah membuat pengumuman yang agak mengejutkan. Perdana Menteri akan menunaikan janji palsu Pas pada golongan muda. Sesungguhnya BN tidak pernah mungkir janji.
Janji berkenaan akan di masukan dalam Manifesto BN Kedah pada PRU13 ini.
Selepas Perdana Menteri mengumumkan pembinaan litar lumba khas kepada golongan belia yang minat berlumba secara halal. Pas Kedah pun kelam kabut 'kembali' berjanji untuk masukan benda yang sama ke dalam manifesto mereka. Ceh muka tak malu siot.. dulu janji, bila menang tak buat pun.
Kali ni janji lagi, puiii.. pergi terjun sungai la.
McTheory:
Sapa percaya cakap Pas lagi, memang bodoh tahap gaban la..
Selasa, 29 Januari 2013
PANASS!! Video Sambutan PM Pulang Dari GAZA Memang Menarik!
Alhamdulillah.. Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana Perdana Menteri kita, DS Najib Razak bersama rombongannya selamat pergi dan selamat pulang dari Gaza, Palestin.
Rabu, 23 Januari 2013
TUDIAA!! Anwar Ibrahim Bab Berjoget Memang Terbaik!!
Ini taghechei sudah naik stim tengok Anwar berjoget, sampai naik atas pentas berjoget sekali dengan Anwar.. heheh..
Perghh.. Anwar bab berjoget memang takde orang boleh lawan der.. memang terbaik gilaa.. hilang segala penyakit sakit belakang, tulang belakang bengkok, kencing berdiri, kentut berdarah, batang bengkok dan sebagainya. he he.. Syabas.. inilah bakal PM yang kita mahukan!! Tahniah.. syabas bete, inspektor shahab bombay polis station!
hahahaha.. mereng dengan Mc sekali..
McTheory:
Najib berjuang di GAZA, Anwar berJOGET di Malaysia!! heheh..
PANASS!! Apa Ustaz Nasha Buat Bersama PM Najib Razak di Palestine?
Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berdoa dihadapan bangkai kereta Almarhum Ahmed Al-Jaabari yang terbunuh akibat dibom oleh Israel.
Semalam Mc sudah melaporankan kehadiran DS Najib Tun Razak disambut meriah oleh Palestine. Untuk rujukan klik SINI.
Namun apa yang lebih memeranjatkan ialah kehadiran bersama bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa disana, bersama DS Najib, dan Menteri Luar Dato' Seri Anifah Aman, Menteri di JPM Jamil Khir Baharom
Dalam masa yang sama, kehadiran Nashiruddin Mat Isa bersama Najib Razak sudah pasti mendatangkan resah kepimpinan parti PAS seperti ketika Najib Razak di Mekah sebelum ini.
Menurut Perdana Menteri Palestin, Najib Razak merupakan pemimpin utama pertama daripada luar Timur Tengah yang melawat negara itu.
Sebagai rakyat Malaysia, Mc berasa bangga dengan keberanian yang ditonjolkan oleh DS Najib Razak dan isterinya. Tindakan yang cukup berani dan hebat!
McTheory:
Tunggu geng jihad tak kena tempat berani pi tak Palestine ni..
PANASS!! Najib Razak Buat Kacau di GAZA??
Hari ini DS Najib Tun Razak dan Datin Rosmah Mansor yang selama ini di maki hamun dan di FITNAH bermacam-macam oleh puak-puak pembangkang telah berada di bumi Palestin mengadakan lawatan kemanusiaan.
Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40petang waktu Malaysia).Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu.Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin.
Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55 KM dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.Selepas memeriksa kawalan kehormat, Perdana Menteri dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah.
Di Gaza, beliau akan melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk Ismail.
Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.
Sumber asal klik Pejuang Bangsa
Selasa, 22 Januari 2013
PANASS!! Lawatan ke Gaza Najib Razak BIKIN Israel Ketar Lutut!!
![]() | |
| http://www.timesofisrael.com |
Apahal akhbar Israel ni sibuk sangat PM Malaysia nak pergi Gaza? Siap buat liputan muka depan? Apakah mereka risau dengan Malaysia yang selalu bantu umat Islam di seluruh dunia? atau mereka tak suka DS Najib pergi ke Gaza untuk bantu Palestine?
Apa pun Mc tabik kat PM kerana menjaya mengerunkan Israel. Bukan semua pemimpin Islam berjaya mengerunkan Israel, hanya negara Islam seperti Malaysia saja yang mampu mengetarkan lutut pemimpin Israel.
Lagi satu, Najib Razak dah sampai ke Gaza, bila pulak pemimpin puak Pakatan nak pergi ke sana? Ada berani ka? Sibuk jerit jihad dan syahid, takkan takut mati?
McTheory:
Setakat berani takbir di Malaysia.. simpan telor lu orang baik-baik.. he he
Khamis, 13 Disember 2012
TUDIAA!! PM @NajibRazak Di HINA Lagi, Kurang Ajar Puak Ni!!
![]() |
| kurang ajar!! |
Kurang ajar dan biadap. Ini bukan kali pertama mereka menghina Perdana Menteri, namun semakin hari semakin melampau. Sudah tiba masanya ISA dihidupkan semula. Peduli dengan mereka, yang bising pun letak sekali dalam ISA. Ops Lalang buat balik kerana mereka semua menghasut!
Berkenaan apa yang belaku pagi tadi di JPN, ini adalah laporan oleh Double Y :
Tindakan meletakkan nama orang Islam sebagai (anak/lelaki) adalah satu pembunuhan karakter secara melampau oleh PKR.
Ia mengingatkan saya dengan satu pendedahan yang dibuat oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam satu forum bahawa terdapatnya rancangan halus, terancang dan berterusan oleh pihak tertentu bagi menghapuskan identiti bangsa, status agama dan gelaran Bin Binti seperti tertera dalam MyKad.
Benar jika disemak kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan, penggunaan istilah bin dan binti tidak melibatkan hukum Islam. Namun penggunaan bin/binti di Malaysia ianya merujuk kepada bangsa Melayu dan tindakan meletakkan nama seorang Melayu/Islam sebagai (anak/lelaki) dilihat sebagai biadap!
MP Kapar Menghasut & Cuba Cetuskan Ketegangan Kaum
Selain itu seorang rakan Twitter saya @cikgushasi telah terjemahkan ucapan dari MP Kapar S.Manikavasagam bermula pada minit 1.22
Baca selanjutnya di SINI untuk lihat video
McTheory:
Kaum India berjuta kali nak kena tipu dengan Anwar? Tak serik ka?
Selasa, 27 November 2012
TUDIAA!! PM @NajibRazak Bagi 'HINT' Bila Nak PRU?
Nampaknya PM sedang bermain dengan tarikh PRU. Mungkin ini satu pembayang yang boleh kita jangkakan? Atau PM sengaja mahu lawannya berteka-teki lagi?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan pada Disember ini, walaupun negara dilanda musim tengkujuh.
Beliau yakin walaupun musim tengkujuh, jentera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang kemungkinan.
"Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya.
Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.
Najib, yang juga Presiden Umno, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada tahun depan jika ia tidak diadakan pada bulan depan.
"Kalau bulan Disember tak ada pilihan raya umum, tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini," katanya.
Ha ha ha.. memang best la PM buat tarik tali, tak kisah la bila pun. Jentera Unit Media Baru sentiasa bersiap siaga!!
Tak sabar nak tumbangkan Pas kat Kedah ni.. dah menyampah sangat tengok 'malaun-malaun' Pas dok bermaharajalela kat atas wisma tu.
McTheory:
PRU ke 13, masa untuk #TukarKedah
Rabu, 14 November 2012
GEMPAR!! Bob Lokman Kata Artis Mana Yang Sokong Najib Tu Tak Waras?
Pengacara, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman berkata, pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya untuk tarik sokongan golongan itu kepada BN.
Katanya, Umno terbukti semakin parah kerana sanggup menjanjikan habuan demi kepentingan politik.
“Ini janji tak ikhlas, kenapa baru sekarang nak bagi kepada artis. Adakah kerana tiada penyokong, baru nak gunakan artis.
“Ini semua tindakan terdesak mereka. Selama ini siapa yang pandang artis, kami hanya digelar sebagai penghibur, tiada kepentingan,” tempelaknya.
Najib melancarkan YA1M itu semalam sebagai langkah menarik sokongan golongan seni yang semakin peka dengan isu politik kepada BN.
Dalam ucapannya, beliau berjanji kepada golongan seni menyokong kerajaan akan mendapat bantuan lebih banyak kelak jika BN meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Najib turut mengumumkan sumbangan RM2 juta kepada YA1M pada tahun ini dan RM3 juta pada tahun depan di samping akan menimbang untuk menyediakan skim perlindungan insurans kepada golongan seni.
“Kalau dah buat macam-macam, takkan artis tak boleh fikir, mesti ada muslihat di sebalik janji-janjinya. Kalau mereka waras, mereka tak akan sokong perkara ini. Kalau tak boleh baca lagi, maknanya mereka tak normal.
“Tapi kalau mereka tidak bermaruah, orang itu pastinya mudah ditipu,” tegasnya ketika dihubungi.
Pada hakikatnya kita mengetahui bahawa, artis dari dulu hingga kini dijaga oleh kerajaan. Hinggakan nak buat filem pun ada pinjaman kewangan hingga berjuta ringgit.
Kalau artis tak boleh cari makan, kenapa kebanyakkan artis berkereta besar dan mewah? Kadang-kadang, kerajaan tidak perlu tunjuk untuk salurkan sesuatu kepada rakyat. Negara yang aman, sejahtera dan stabil sudah cukup untuk membantu rakyatnya membina sumber dan rezeki sendiri.
Kalau yang malas tu kita tak payah kira la. Baik suruh dia terjun lombong saja.
McTheory:
Rezeki ada dimana-mana, malas dengan rajin saja bob oii..
Sabtu, 3 November 2012
PANASS!! Jangan Memilih Pemimpin Munafik Khususnya Pemimpin Pakatan Haram - PM @NajibRazak
Jangan memilih pemimpin yang selalu berbohong dan tidak tunaikan janji. Sama sebiji macam Anwar dan Azizan Razak! Cakap saja pandai, tapi habuk pun tarak! Tolong la tolak pemimpin munafik macam depa dua orang ni!
Rabu, 4 Julai 2012
TUDIAA!! Boleh Menangis PM @NajibRazak Bila Tengok Video Ni!!
Terharu bila Mc tengok video ni. Taktau la apa perasaan DS Najib bila tengok video ucapan ikhlas dari pakcik yang benar-benar menyanjungi DS Najib. Kalau Mc la confirm keluar air mata!
McTheory:
Meremang bolu roma den..
Jumaat, 15 Jun 2012
TUDIAA!! Kisah Benar Menarik mengenai Menantu Hantu PM Najib Razak!!
Bakal menantu PM DS Najib Razak didakwa terlibat dengan skandal penipuan AS$20 juta heboh diperkatakan oleh pemimpin hinggalah penyokong totok pembangkang.
Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada PM malah Pemuda PAS pula turut tampil menyatakan perasan 'bimbang' mereka di laman Malaysiakini :
Yang paling kelakar adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor di laman Malaysiakini semalam. Katanya beliau bimbang DS Najib Razak dijatuhkan hanya kerana isu remeh dan peribadi.
Jika PAS menganggap isu ini sebagai isu peribadi - kenapa pula Harakahdaily & Malaysiakini begitu ghairah mensensasikan berita ini?
Ironinya dari kenyataan beliau - ianya menggambarkan keadaan sebaliknya kerana jelas dilihat portal PAS turut mensensasikan isu ini seolah-olah ianya melibatkan soal pentadbiran politik negara. Walhal jika difikirkan Daniyar Nazarbayev langsung tiada kaitan malah tidak memegang apa-apa jawatan penting dalam pentadbiran negara.
Malah tajuk yang digunakan oleh Harakahdaily juga jelas memperlihatkan betapa ghairahnya mereka mensensasikan berita yang dianggap sebagai isu peribadi oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS :
![]() |
| [Capaikan Artikel] |
Soal pemuda ini bersalah atau tidak, itu biarlah mahkamah Manhattan yang tentukan. Tetapi keghairahan pembangkang melalui Malaysiakini dan Harakahdaily memainkan berita yang ditulis oleh Dareh Gregorian dari The New York Post menunjukkan bahawa pembangkang memang tidak putus-putus cuba memusnahkan reputasi imej PM di peringkat antarabangsa.
Siapa Penulis Bernama Dareh Gregorian dari The New York Post?
Kita tahu bahawa The New York Post merupakan sebuah media yang pro Israel, dan amat membenci Demokrat. Serta kebanyakkan penulis serta wartawan akhbar ini merupakan mereka yang berfahaman liberal.
Selain itu kebanyakkan berita yang dilaporkan mereka berbentuk gossip dengan menggunakan tajuk-tajuk yang sensasi. Malah wartawan mahkamah iaitu Dareh Gregorian sebelum ini merupakan penulis gossip sebelum beliau menulis beralih arah sebagai wartawan mahkamah.
Walaupun beliau beralih sebagai penulis berita dari mahkamah, kebanyakkan berita yang ditulis oleh beliau semuanya berbentuk sensasi malah unsur-unsur gossip turut diselitkan. Ini terbukti apabila kebanyakkan pembaca berita yang dilaporkannya meninggalkan komen-komen negatif setiap kali beliau mengeluarkan laporan.
Kita lihat laporan berita mahkamah yang biasa ditulis oleh Dareh Gregorian, kebanyakkan beritanya menggunakan tajuk sensasi dan kes mahkamah yang ditulis oleh beliau kebanyakkan kes yang melibatkan selebriti dan juga individu terkenal di US : klik untuk baca lebih lanjut lagi
Selasa, 12 Jun 2012
PANASS!! Ucapan PM di Kedah Buat Pas Kedah Kecut Teloq!!
Video Ucapan YAB PM semasa program Majlis Janji Ditepati di Kulim Kedah.
Jumaat, 8 Jun 2012
PANASS!! Rakyat Kedah JOM Serbu Program Janji Di Tepati, Jumpa PM @NajibRazak
Penduduk sebelah utara dijemput beramai-ramai merasai kehangatan Jelajah Janji Ditepati peringkat Kedah yang akan diadakan di kawasan Peindustrian Berteknologi Tinggi Kulim, esok.
Pelbagai pameran, persembahan artis, segmen khas tentang keselamatan dan pelbagai acara diadakan dari pagi sehinggalah ke malam.
Kemuncak acara adalah perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 3 petang yang dijangka dihadiri puluhan ribu masyarakat.
Perdana Menteri akan tiba di Kulim pada pukul 12.30 tengah hari untuk bersolat Jumaat di Majid Air Merah dan kemudian beliau akan bersama para jemaah menikmati jamuan tengah hari di perkarangan masjid berkenaan diikuti dengan majlis perasmian Jelajah Janji Ditepati.
Selepas majlis perasmian, Perdana Menteri mengadakan pertemuan tertutup dengan Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Barisan Nasional Kedah di Kulim Golf Club. Pada sebelah malam Najib akan menyampaikan amanat penting kepada 1,500 ahli BN Kedah pada majlis makan malam di Kulim Golf Club
Langgan:
Catatan (Atom)





















