Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Azizan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Azizan. Papar semua catatan

Ahad, 8 Mei 2011

KERAJAAN PAS KEDAH ROBOHKAN RUMAH RAKYAT??


Siapa yang bersalah jika kejadian sedih seperti ini berlaku? Kerajaan negeri? Kerajaan pusat? PTG (pejabat tanah dan galian)?, MBAS (Majlis Bandaraya Alor Setar)? atau Ostat Azizan yang masih lagi taktau cerita tentang nasib rakyatnya. Mc tak tuduh sesiapa, tapi cubalah fikir sendiri..

McTheory:
Layan angguk dengar lagu, tapi penuh bermaksud..

Ahad, 7 November 2010

PANAS!! MB KEDAH YANG PELIK TAPI BENAR!!

Hari ni kita bercerita mengenai MB Kedah yang sedang tidor, terus tidor dan tak bangun2.

MB Ostat yang pejamkan mata dan langsung tak peduli nasib rakyat. Dia buat bodoh dan bagaikan tiada apa2 yang berlaku. Bila rakyat dah bising baru nak bertindak.

Hal itu terjadinya di Kedah, apabila negeri Kedah dilanda banjir paling buruk dalam sejarah 100 tahun ini. Kiranya hampir separuh negeri Kedah tengelam dilanda banjir. Memang la bencana alam tidak dapat kita jangka, akan tetapi sebagai kerajaan negeri, peruntukkan untuk bencana alam patutnya ada. Disimpan khas bagi kegunaan kecemasan untuk bantu rakyat.

Apakah kerajaan Kedah langsung takdak peruntukkan untuk bencana alam?

Kerajaan negeri hanya mengharapkan dari agensi2 kerajaan pusat untuk membantu rakyat. Manakala kerajaan negeri dan agensinya, terus tidor tanpa sedarkan diri. Apabila rakyat mengetahui perihal kerajaan negeri yang tidak ambil peduli, rakyat Kedah terus menekan supaya kerajaan negeri memberi bantuan kepada mereka.

Hasilnya ialah, kerajaan negeri memperuktukkan ringgit Malaysia tiga ratus ribu ringgit untuk empat puluh ribu orang mangsa banjir. RM300,000.00 untuk 40,000 orang. Tiga ratus ribu macam banyak, tapi cuba kira kalau dibahagikan kepada 40,000 orang, seorang dapat berapa? Lebih kurang rm7.50 sahaja. Hah! Peruntukkan banjir kerajaan negeri hanya RM7.50 seorang? Wahh.. ini memang pelik tapi benar.

Apa yang anda boleh lakukan dengan rm7.50? Sendiri fikirla. Tapi itu yang terjadi di Kedah. Ini bukan cerita bohong, ini betul2 punya cerita, jangan terkejut.

Mc minta kerajaan pusat turunlah bantu rakyat Kedah, kesian rakyat Kedah yang dibiarkan menderita begitu sahaja. Bila Tuanku Sultan nak turun melawat rakyat, barulah terhegeh2 puak Pas nak mengikut nak melawat rakyat sekali, puak ni wayang memang tinggi.

Kalau Ostat Azizan dah malas nak jaga Kedah, turun je takhta MB tu, bagi orang lain pulak ganti. Jangan menyusahkan rakyat dengan kerajaan negeri yang sebegini. Dulu janji jaga rakyat, sekarang? janji tinggal janji.

P/s: dengar cerita, peruntukkan tu hanya diberikan pada yang terpilih sahaja? benarkah? geng2 Pas saja kot yang dapat.

Mctheory:
Orang macam ni tak layak jaga negeri, jaga kawasan pun belum tentu layak.

Rabu, 10 Mac 2010

KARENAH DAN HELAH AZIZAN DI KEDAH!


Mc tertarik dengan blog Duke Of UMNO yang banyak mengutarakan cerita mengenai MB Kedah Azizan dan taichi. Mc kurang dapat mengorek rahsia PR Kedah kerana Mc berada di kawasan KL dan Selangor sahaja. Oleh sebab itu Mc dapat maklumat ini dari blog kawan-kawan dari Kedah. Meh la kita tengok apa pula perkembangan terbaru dari Kedah dan karenah Azizan di Kedah!

Baru-baru ni Pas Kedah ada membuat projek Kolej Universiti Insaniah, Azizan ni memang berbangga dapat melaksanakan projek "kampus baru Kolej Universiti Insaniah". Memang benar. Kampus baru Kolej Universiti Insaniah itu projek Kerajaan PAS Azizan Razak. Namun, Azizan sedikit pun tidak memberikan kredit kepada "pengasas penubuhan" Kolej Universiti itu. Siapakah yang menubuhkan Koleh Universiti itu dan dimanakah letaknya? Bukankah letak kampus asalnya ialah di kawasan perumahan yang bakal di sita bank hasil ehsan Kerajaan Negeri PAS? Sekadar menyambung perkara baik yang BN mulakan, siapa pun boleh!

Tapi, takkan setakat kampus baru yang hanya digunapakai oleh segelintir rakyat Kedah, maka Azizan boleh "mendabik dada"? Apa lagi jasa dan kerja Azizan selama jadi MB di Kedah? Satu sahaja? Satu sahaja pembangunannya jika mahu dibandingkan dengan pembangunan-pembangunan yang telah BN laksanakan. Itupun Azizan tidak malu untuk meneruskan projek-projek BN termasuklah projek penapisan minyak di Yan yang dahulunya ditentang keras oleh puak-puak PAS? Dulu tentang, sekarang kenapa teruskan pula?

Pada isu "takdak ayaq" di Kedah, Azizan dengan "selamba"nya mengatakan bahawa masalah "air tiada" merupakan "masalah biasa" yang melanda Kedah setahun sekali. Dan Azizan mengatakan bahawa pentadbirannya kurang pengalaman mengatasi masalah ini memandangkan bahawa ini adalah "pertama kali" mereka mentadbir Kedah. Sekali lagi saya akui perkara ini. Memang di Kedah akan dilanda kemarau setahun sekali. Namun, ketika BN memerintah, BN sentiasa prihatin dan "beringat" tentang perkara ini.

Lori air dan pelbagai mekanisma untuk membantu rakyat telah dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini kerana BN sedar bahawa air merupakan kemudahan asas kehidupan rakyat Kedah. Tapi Kerajaan Azizan Razak pula gagal mengatasinya dengan alasan "pertama kali"? Apakah Azizan tidak maklum bahawa Kedah akan dilanda kemarau setahun sekali? Apakah perkara ini "baru" kepada Azizan? Apakah Azizan tinggal di Australia atau UK selama ini sehingga tidak tahu "kebiasaan" di negeri sendiri? Apa punya jawapan la MB ni...reti ke tak reti ni? Sadis sungguh jawapan...

Bila ditanya mengenai 'manifesto PAS PRU12', Azizan mengatakan bahawa pentadbirannya telah melakukan 'lebih' dari manifesto yang dibentangkan pada PRU yang lalu. Malah mengakui bahawa setelah dia mentadbir, "baru"lah dia sedar bahawa tak semua benda yang dimanifestokan itu mampu dilaksanakan. Azizan dengan "bangga"nya mengakui bahawa selama ini 'tidak tahu' bahawa manifestonya itu dulu tidak boleh dilaksanakan! Apa punya pemimpin la macam ni! Menipu rakyat! 'Telan rakyat hidup-hidup'!

Bayangkanlah jika BN berjanji sakan pada rakyat Kedah. Janji-janji manis seperti RM10,000 hadiah kepada anak Kedah yang berjaya ke Universiti, 'parking free' di mana-mana sahaja di dalam Kedah, bantuan beg sekolah dan baju sekolah kepada yang layak, rumah percuma kepada rakyat Kedah yang berpendapatan RM1000 sebulan, air dan elektrik percuma seumur hidup, elaun suri rumah RM500 sebulan, sebuah kereta percuma untuk setiap keluarga di Kedah dan mengerjakan haji secara percuma untuk anak Kedah.

Pergggghhh!!! Pastinya BN akan memerintah! Tapi lepas menang PRU, BN terangkan pada rakyat Kedah bahawa tak semua manifesto itu boleh dilaksana. Hanya "bantuan beg dan baju sekolah untuk yang layak" sahaja yang boleh dilaksanakan, yang lain kerajaan negeri tak mampu". Apa rasa rakyat? Apa rakyat akan kata? Penipu! Nampak sangat PAS penipu! Nama saja parti Islam, tapi berbohong pada rakyat Kedah! Lidah bercabang, madah berhelah!

Alahh.. biasalah stail Pakatan Haram, masa belum memerintah, mereka janji bulan dan bintang. Tapi bila dah boleh memerintah, habis mereka kikih tinggal habuk je negeri tu. Jangan mimpi janji-janji yang pernah dihamburkan akan ditunai. Jangan mimpi la.

MctHeory:
Alah bisa, tegal biasa beb! itu memang stail pakatan!