Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Pr Kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pr Kedah. Papar semua catatan

Rabu, 4 April 2012

PANASS LAGI!! Johari Abdul MENIPU Dalam Parlimen!! Desak Tindakan diambil!! #saveKedah


Petikan dari kenyataan YB Dato Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam wawancaranya dengan akhbar The Wall Street Journal pada 26hb Januari 2012 adalah seperti berikut :

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

Ahad, 11 Disember 2011

PANAS!! SAMPAI MAMPUH PUN AKU NOK JADI MB JUGOK!! - NIK AZIZ!!

Mu ambik ni, ni duit tambang gi Syorga..


Kenyataan balas Nik Aziz ni lawak la bebenor. Orang tanya pendapat beliau mengenai saranan Tun Dr Mahatir yang mahu beliau bersara. Namun si orang tua ni jawab gapo? "Saya lawan dia, nak ikut dia macam mana". he he he..

Tun Dr M suruh Nik Aziz bersara tu, sebab kesian tengok Nik Aziz dah tua macam ni pun masih dok kena kuda dengan Dap. Sudah-sudah la tu, takkan nak mati masa kat pejabat MB kot. Kan baik pada umur sekarang ni dihabiskan dengan amal ibadat.

Isnin, 19 September 2011

TUDIAA!! Semart Kerata Baru Ustaz Azizan noo.. hangit mampuih..




Pergh! Penulis sangkakan selama ini MB Kedah, Menteri Besar negeri kelahiran Penulis adalah seorang MB yang terbaik di antara MB-MB Pakatan yang lain. Selama ini selain dari sifat "che'ge" (pemarah) nya, Penulis tidak nampak apa kekurangan yang ada padanya. skandal dan gossip jauh sekali.

Namun maklumat yang Penulis dapat amat mengejutkan. MB Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak yang Rakyat Kedah mesra memanggilnya Ustaz Azizan membuat satu kejutan besar. Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Ustaz Azizan telah membeli kereta rasmi untuk MB Kedah dengan harga lebih kurang RM600,000.

Rupa-rupanya ulama-ulama PAS bernafsu juga ye hendak memakai kereta besar? Nombor plet satu digit pulak tu! Sebenarnya tidak salah nak pakai kereta apa sekalipun asalkan ianya datang dari titik peluh sendiri. Masalahnya kereta berkenaan dibeli dengan wang perbendaharaan negeri dan didaftarkan atas nama Kerajaan Negeri Kedah. Yang menyedihkan, setelah kereta ini dibeli, ianya takut hendak digunakan kerana takut ianya akan dijadikan isu. Tak ke membazir namanya tu!!!

Artikel ni Mc ambil kat CTS.

Amboihh.. Ustaz Jijan, pelan-pelan kayuh noo.. sudah pandai nak mengebat naik kereta merc. Dok tengok Nik Aziz naik merc, dia pun pulun order satu. Dulu puak ni yang dok bising kata kerajaan perabih duit pakai kereta mahal. Mau kena tang depa, boleh pulak buat diam sepi noo..

Lepas pada keluar wad, agaknya Ustaz Jijan ni dah buang tebiat nak naik merc kot. Kami rakyat Kedah ni tak dengki ehh.. malah bangga tengok MB kami naik kereta besaq. Cuma Mc ni nak tergelak laa.. Dulu depa maki orang UMNO lumat dalam bab ni. Sekarang depa jadi kerajaan pun, dok nampak lebih kurang sama la.

Takpa la Ustaz Jijan, jangan la dok mengelupoq, orang UMNO bukan pedengki serupa dengan orang Pas. Cuma nak tanya ni.. kereta tu guna duit kerajaan ka, duit sendiri. Kalau guna kerajaan negeri, nanti bila kalah pulang balik la noo.. hehehe..

McTheory:
Smart kereta Ustaz, nombot plet tu, rasa-rasanya dalam rm60,000 atau rm70,000..

Selasa, 13 September 2011

GEMPAR!! Akibat Geram dengan Mat Sabu dan Anwar, Stadium Darul Aman jadi Mangsa Conteng!!

Stadium Darul Aman Alor Setar

Conteng luah perasaan geram pada Mat Sabu dan Anwar

Mat Sabu dengan Anwar punya pasal, pengurusan stadium jadi pening nak cat

Mc tak tahu kerja conteng dinding stadium ni kerja orang UMNO ka atau orang Pas sendiri yang nak tuduh UMNO. Tapi kalau dah sampai meluahkan perasaan kat dinding-dinding ni memang dha tahap parah la. Kalau bukan orang UMNO pun mungkin rakyat Kedah yang dah mula menyampah dengan Mat Sabu dan Anwar. Biasa la perangai memang spesis komunih.

Tapi bagi puak Pas. Apabila jadi perkara macam ni, depa terus tuduh UMNO. Apa hal? Belum ada bukti, belum ada saksi, tiba2 UMNO kena? Ohh betul la, kalau mengikut hukum Islam Pas, yang jahat segalanya dari UMNO, kalau yang baik tu, tentunya datang dari Pas. Betul tak?

Rasanya, rakyat Kedah yang conteng tu. Mungkin tak tau nak luahkan perasaan macam mana, tu yang depa bantai tulih kat dinding stadium tu.

Namun apa yang pasti, rakyat dah memang menyampah dengan Mat Sabu dan Anwar.

McTheory:
Sebab dua ekor ni, Pakatan boleh gulung tikar terus!

Sabtu, 6 Ogos 2011

PANAS!! EXCO KEDAH DAPAT SURAT UGUTAN BUNUH!!

Lim Soo Nee

KULIM 5 Ogos - Exco Kerajaan Negeri Kedah, Lim Soo Nee menerima kejutan hari ini apabila menemui sepucuk surat mengandungi nota ugutan dan sebutir peluru di pejabatnya, di Taman Kemuning di sini.

Ketua Polis Daerah Kulim Supritendan Ghuzlan Salleh berkata, ahli dewan undangan negeri (ADUN) kawasan Kulim itu, menemui surat tersebut di atas tangga menuju ke pejabatnya kira-kira 9.45 pagi tadi.

"Soo Nee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan ketika itu mahu naik ke pejabatnya di tingkat atas bangunan dua tingkat dan menemui sampul surat yang tertulis ”kepada ADUN” di atas tangga.

"Beliau kemudian mengambil surat itu lalu membawanya ke pejabat sebelum membuka dan menemui nota serta peluru tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini. - Bernama




McTheory:
Sapa la agaknya nak bunuh dia ni?? Atau saja nak expose diri??

Ahad, 19 Jun 2011

TERGELIAT!! JAWAPAN PALING JUJUR DARI MB KEDAH aka MB BALAK!!



1. Sejauh manakah kerajaan Kedah berjaya mencapai matlamatnya untuk mensejahterakan rakyat?
"Begini, pada tahun 2008 hasil balak hanya RM32 juta, setahun kemudian meningkat kepada RM35 juta dan tahun lalu melambung menjadi RM56 juta."

2. Bagaimana dengan dakwaan kerajaan Kedah gagal mengatasi pelbagai gejala sosial sebagai sepatutnya. Apa usaha yang telah, sedang dan akan diambil?
"Sebenarnya peningkatan hasil balak daripada RM35 juta kepada RM56 juga merupakan satu pencapaian yang luar biasa."

3. Adakah kerajaan Kedah berpuas hati dengan pencapaian-pencapaian setakat ini dalam usaha mem'Belanda'kan Kedah?
"Ya, ya...dengan hasil balak RM56 juta, kita memang boleh buat macam-macam. Daripada RM35 juta kepada RM56 juta memang satu peningkatan besar.


4. Dalam tempoh tiga tahun terakhir ini, apakah usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan Kedah untuk membasmi kemiskinan tegar?
"Dalam sejarah Kedah, belum pernah hasil balak mencecah angka RM56 juta."

5. Bagaimana dengan masa depan Pakatan Rakyat di Kedah?
"Dengan hasil balak RM56 juta, ya RM56 juta...bla...bla...bla..."

Demikianlah adanya. Sesiapa juga yang mengenterbiu atau berbual dengan puak pakatan merapu meraban di Kedah ni, bersedialah mendengar perkataan-perkataan 'balak' dan 'RM56 juta' . Kalau sebut sehari lima enam ratus kali pun depa tak jemu...hehehe

Jom Godam

McTheory:
balak.. balak.. bala nak datang..

Ahad, 12 Jun 2011

KASI PANAS!! APABILA KETUA CAWANGAN UMNO JADI SPY PAS!!


Merujuk pada cerita di blog pembangkang dari negeri Kedah, nak baca boleh klik sini. Mc mengambil ini sebagai kes yang amat serius!!. Ini bukan perkara main-main. Jika benar ada ketua cawangan UMNO yang menjadi spy Pas dalam UMNO dan mematahkan segala aktiviti UMNO. Ini adalah perkara berat! baca petikan cerita dibawah.

MK tertarik dengan isi ceramah Haji Zul sebab sentuh isu UMNO Bahagian Alor Setar. Katanya orang kita (maksudnya orang PAS) dah ada dalam UMNO Alor Setar. Setiap program dalaman UMNO laporan sampai dekat PAS. Begitu jugak kata Haji Zul dalam Keda pun berlambak orang kita, sampai boleh hadir dalam semua program dalaman depa. Kalau Mat Kering dok tempat Mat Bashah pun pening jugak, licik permainan PAS sampai dalam sarang depa pun PAS dah boleh masuk. 


Kalau benar bagai dikata, Ahmad Bashah perlu lakukan sesuatu untuk mencabut duri dalam daging. Mengikut apa yang mereka cuba sampaikan, UMNO cawangan Taman wira juga telah berpaling tadah kepada Pas. UMNO Kedah terutamanya UMNO Alor Setar perlu menyiasat perkara ini dengan teliti dan sulit kerana mungkin telah ramai ahli UMNO sudah hilang wibawa jadi UMNO dan terhegeh nak jadi Pas.


Atau?

Ini mungkin juga perang psiko dari puak Pas untuk menghilangkan keyakinan UMNO di Kedah. Namun apa yang pasti, rakyat Kedah sudah muak dengan Pas. Cuma UMNO Kedah kena pandai mengambil hati mereka semula. Tawan semula Kedah dari tangan Pas dan Dap!

Masa untuk Pas di Kedah sudah Tamat!

McTheory:
Expired date on time for Pas!

Khamis, 2 Jun 2011

EDISI PRIHATIN!! PAS KEDAH AMAT MEMAHAMI MASALAH RAKYATNYA!! KARAOKE TAK CUKUP KAT ALOR SETAR RUPANYA!!

Nak baca klik bagi besar..

Lanjutan kisah blog Aloq Staq mempertikaikan kewujudan pusat karaoke yang bersepah-sepah di Alor Setar. Pada yang belum baca klik sini . Kerajaan Pas Kedah sudah pun memberi jawapan balas kepada persoalan demi persoalan. Namun apakah relevan jawapan yang mereka berikan?

Baca jawapan dari mereka. Mc bagi isi penting dari apa yang diterangkan oleh Ir Phahrolrazi.

Ir Phahrolrazi menyebut : "Ia diwujudkan mengikut keperluan, jika terlalu banyak pusat karaoke pun mereka tak boleh hidup jika tiada permintaan," ujarnya.
Beliau tidak nampak keperluan untuk mengharamkan karaoke sepenuhnya kerana setakat ini pihak berkuasa agama tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa ianya haram. Ia berbeza, katanya, dengan pusat hiburan lain yang turut menjual arak.


Kiranya kerajaan Kedah sekarang ni prihatin tahap teruk terhadap rakyatnya. Hinggakan keperluan membuka pusat karaoke pun kerajaan Kedah tau. 


Untuk pengetahuan semua, kebanyakkan pusat karaoke yang dibuka tu, dikawasan melayu. Sudah la kegiatan sosial dan penagihan dadah dikalangan remaja Kedah amat membimbangkan. Ditambah pula dengan kemunculan pusat-pusat karaoke yang bersepah-sepah. Tentunya ia lebih menyumbangkan kearah keburukkan dari kebaikkan.


Apa relevannya buka pusat karaoke? Nak lahirkan artis popular dari Kedah ke? Nak galakkan remaja masuk AF? tak dak faedahnya pusat karaoke ni. Apa yang Mc tahu, ia boleh mengalakkan maksiat dikalangan remaja. Dalam bilik gelap, pintu pula ditutup, berlainan jantina, macam-macam boleh jadi. Kalau Anwar, sama jantina pun jalann... Janji sedap!


Soo.. Mc rasa kalau pusat karaoke itu satu keperluan, macam tak logik saja pun. Sudah la Pas Kedah. Rakyat Kedah bukannya bodoh. Cakap je la, kamu nak kutip cukai hiburan, lagi banyak pusat karaoke, lagi banyak duit kamu dapat.


Apa kerajaan Kedah sekarang dah takdak duit ka? Pikiaq duit, rakyat rosak pun takpa la noo..


Dulu kalau UMNO yang buat macam ni, berturutla hangpa maki, berepisod dan bersiri, mai kena muka sendiri, baru hangpa tau langit tinggi ka rendah. Bukan senang nak jadi kerajaan..


P/s: dulu buat kerja pakai mulut, memang la senang..


McTheory:
Pas hanya tau cakap saja, buat kerja lingkup..

Rabu, 1 Jun 2011

KASI PANAS!! PAS KEDAH RANCANG ALOR SETAR JADI HUB HIBURAN??


Satu pendedahan yang terperinci dari sebuah blog Utara Tanah Air. Dulu semasa pemerintahan BN, Alor Setar cuma ada dua kelab malam. Itu pun betul-betul dikawasan cina. Kini apa yang didedahkan oleh blog Aloq Staq ni, memang mengejutkan Mc. Wow! Alor Setar sudah maju dibawah pemerintahan Pas. Tak sangka, parti yang dok mengaku lebih Islam dari UMNO ni, rupanya ada hati nak buat Alor Setar jadi Hub Hiburan baru.

Tahniah ler Pas! Masjid satu pun tak buat, rumah rakyat banyak dirobohkan, gerai melayu hangpa lingkup, student hangpa buang. Kelab malam hangpa boh banyak-banyak! Ini memang satu petanda bagus untuk Pas Kedah!

Nak baca pendedahan Blog Aloq Staq klik SINI.

Lepas ni rakyat Kedah nak pilih Pas lagi ka?

McTheory:
Mc masih pengundi dikawasan Mahfuz, tak sabaq nak sepak Mahfuz kasi mampus!

Selasa, 31 Mei 2011

PANAS!! 17 AHLI MAJLIS SUNGAI PETANI MOGOK !!


Sekumpulan ahli majlis menggesa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak campurtangan bagi menolak pengerusi bagi kawasan perbandaran Sungai Petani.

Mereka mengaku sudah hilang keyakinan pada pentadbiran Rozaina Radzi.

Semalam, seramai 17 daripada ahli majlis itu bertindak keluar daripada mesyuarat kewangan bulanan semalam akibat tidak puas hati.

Difahamkan, perasaan tidak puas hati yang mendalam itu berpunca daripada perobohan 16 gerai penjaja berhampiran Kelab Cinta Sayang pada Khamis lalu.

Menurut seorang ahli majlis, Simon Ooi (kanan), kumpulan 17 orang itu memutuskan tidak akan hadir dalam sebarang majlis sehingga Rozaina dan setiausaha majlis digugurkan. sumber sini

Dengar kata depa tak puas hati sebab si Rozaina ni langsung tak dengar cakap orang bawah. Malahan perobohan gerai penjaja juga telah dibantah oleh ahli majlis namun diteruskan juga oleh Rozaina.

Untuk menunjukkan rasa tak puas hati, terpaksa la mereka mogok!

Dengan harapan kot-kot la Ostaz Azizan datang menjenguk masalah kat Sungai Petani ni. Namun apa yang tidak menyedapkan telinga, apabila puak-puak Pas sana nu, dok menuduh, kata UMNO menghasut ahli majlis suruh mogok.

Perkara macam ni pun hangpa tuduh UMNO. Lantak pi kat hangpa la. Takpa hangpa pegang dulu, Insyallah nanti kami ambil balik. Sendiri tak pandai buat kerja, dok tuduh orang lain juga yang salah.. takpa ambil semua kat hangpa!

P/s: malas nak layan..

McTheory:
Ni semua Joe Bedul la.. dia la banggang sangat.. he he..

Isnin, 30 Mei 2011

KEJAMNYA KERAJAAN PAS KEDAH!! cakap tak serupa bikin..



Kerajaan PAS Kedah telah memecat seorang Timbalan Dekan dan 6 orang pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang didakwa terlibat dalam demonstrasi membantah kelemahan pentadbiran KUIN dan kerajaan negeri.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak boleh menerima sebarang teguran. Ini berbeza semasa mereka menjadi pembangkang, setiap saat setiap hari pelbagai kutukan dan kritikan mereka lemparkan kepada pentadbiran kerajaan negeri di bawah BN. Tetapi kini apabila mereka sudah berkuasa, baru mereka rasa bagaimana susahnya menjadi pemerintah. Dan paling penting, mereka tidak tahan mendengar kritikan.

Itulah sikap pembangkang. Mereka melaung-laungkan slogan kebebasan bersuara. Mereka kononnya berjuang memartabatkan demokrasi di negara ini. Namun, apabila terkena batang hidung sendiri, mereka ibarat cacing kepanasan. Cakap tak serupa bikin.

Keengganan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak menemui pelajar-pelajar KUIN tersebut juga memperlihatkan betapa tidak rasionalnya pembangkang dalam menangani kecaman. Bagi mereka, apabila rakyat berdemonstrasi menentang kerajaan BN itu dinamakan demokrasi, tapi apabila mereka pula berkuasa dan rakyat mengkritik mereka, ia tidak demokratik dan perlu diambil tindakan tegas. sambung baca sini


cara budak ni cakap, macam KUIN ni Pas yang punya!


Namun permintaan SMM yang mahu Presiden Pas Hadi Awang campur tangan juga telah ditolak mentah-mentah oleh Ostaz Azizan. Malah Ostaz Azizan mengatakan Insaniah bukan hakmilik PAS tapi hakmilik kerajaan negeri yang diperintah oleh Menteri Besar. Oleh itu presiden Pas tidak mempunyai hak untuk masuk campur.

Jika dulu Pas menentang AUKU, tetapi kini Mc ingin tahu apa sebenarnya pandangan PAS sendiri tentang AUKU, adakah terdapat double standard di antara pandangan peringkat Pusat dengan pengaplikasiannya di peringkat negeri. Mungkin selepas menjadi kerajaan, baru Pas sedar betapa penting akta AUKU membendung pelajar dari membuat kacau didalam Kolej ataupun Universiti.

Jika pelajar berdemontrasi dengan niat hanya untuk menegur pentadbiran kolej dan negeri pun dihukum buang Universiti, bagaimana pula dengan pelajar unversiti yang membuat rusuhan di ibu negara? Salahkah selama ini kerajaan pusat menyuruh pihak Universiti menghukum pelajar univerisiti yang membuat rusuhan politik? Cakap memangla senang, bila kena diri sendiri, baru tahu betapa sakitnya.

P/s: cakap tak serupa bikin..

McTheory:
Ostaz Azizan ni tak boleh bawa berbincang.. sombong..

Rabu, 25 Mei 2011

PANAS!! JOE BEDUL NAIK STIM, MARAH ESKAY SEBAB TAK BAGI DIA DUIT!!


Marah sungguh Joe Bedul ni pada Eskay. Dulu semasa Eskay ajak datang tengok video seks Anwar. Joe Bedul ni lah yang sanggup buat segala-gala untuk Eskay bagi menumbangkan Anwar. Tapi bila hajatnya nak minta duit berjuta-juta tak tercapai, membuatkan Joe Bedul ni naik angin dan sampai sekarang hentam Eskay kaw-kaw punya.

Selama Mc berada di Kedah, Joe Bedul ni langsung Mc tak kenal. Dia ni bukanlah orang popular di kalangan rakyat Kedah. Namun dia menang Parlimen Sungai Petani disebabkan gelombang rakyat menolak kerajaan BN yang terdahulu. 

Pada masa itu, bukan kata orang macam Joe Bedul ni menang. Taukeh cina jual kangkong pun rakyat pilih, sebab masa tu rakyat menyampah benar dengan BN.

Habis semua melayu pangkah Dap, sebab geram kat BN. Sedangkan calon Dap tu haram cakap melayu pun taktau, macam mana la nak jadi adun?

Kini masa telah berubah, Kerajaan BN dibawah pimpinan DS Najib, lebih berjiwa 'kerakyatan'.

Pada Joe Bedul, Mc nasihatkan 'get ready' untuk diusir keluar dari Sungai Petani. Sudah la hang tak buat kerja. Dok mengampu Anwar sana-sini. Hang ingat Anwar bos hang ka? Bos yang sebenar ialah rakyat Sungai Petani. Kalau depa tak pilih hang, bukan kata nak pakai kemeja, nak pakai t-shirt pagoda pun belum tentu hang mampu.

Orang macam si Joe Bedul ni tunggu masa saja.

Kita tunggu dan lihat.

P/s: tengok muka dah menyampah..

McTheory:
Kalau letak muka dia kat kertas undi, orang tak pangkah kotak kosong, orang pangkah muka dia.. ha ha ha..

Ahad, 22 Mei 2011

KASI PANAS!! KERAJAAN PAS KEDAH SONGLAP DUIT PERUNTUKKAN PUSAT??


Makin lama makin banyak pendedahan terhadap kelemahan kerajaan Pas Kedah yang dikatakan lemah dalam pentadbirannya.

Kementerian Kerja Raya mendedahkan Kerajaan Kedah antara kerajaan negeri yang didapati menyalahgunakan dana untuk membaiki jalan negeri yang disalurkan Kerajaan Pusat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, dana tersebut sepatutnya digunakan untuk menyelenggara jalan negeri tetapi telah diselewengkan untuk membiayai kos membina jalan-jalan baru di kampung-kampung.

"Di Kedah saya pasti perkara sebegini ada berlaku namun, saya masih belum menerima laporan lengkap mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Dewan Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini, hari ini.

Shaziman berkata, kementerian kesal dengan perkara itu kerana setiap peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat perlu digunakan dengan betul oleh kerajaan negeri.

Sabtu, 21 Mei 2011

KASI PANAS!! ORANG KEDAH DAH MENYAMPAH DENGAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT!


Mc ni orang Kedah, tapi bermastautin kat luar. Mencari rezeki, sebab tu Mc agak kurang tahu mengenai negeri kesayangan Mc ni. Walaupun kita merantau tapi asal diri mesti kita ingat. Sedih bila Mc tengok rakyat Kedah menderita dibawah pemerintahan Pas Kedah. Malah ada yang tak sabar-sabar nak tunggu PRU ke 13 untuk tukar kerajaan ke BN. Tak percaya? baca artikel dari blog Aloq Staq

Mungkin Hadi Awang tak tahu betapa rakyat Kedah dah cemuih dengan pentadbiran PAS walaupun belum habis satu penggal ... tak da apa-apa perubahan langsung demi kesejahteraan rakyat Kedah ... tak dirasai pun beza dan nikmat pemerintahan PAS berbanding BN dahulu ...
|
Jadi kemungkinan untuk PAS Kedah pertahankan negeri Kedah untuk PRU-13 bagi aku cuma 50-50 ... Sentimen rakyat Kedah nampaknya kembali sedar betapa ruginya satu musim pilihanraya mereka hanya kerana tersalah pilih pada Mac 2008 lalu ...


Kali ini tidak lagi ... InsyaAllah!


Tapi, yang pasti, UMNO dan BN Kedah kenalah kuat mempertahankan sentimen kebencian rakyat Kedah terhadap PAS ni ... Semua peringkat UMNO/BN Kedah jangan leka , teruskan usaha untuk kembali menambat hati rakyat serta tambat hati pengundi baru/pengundi muda ! INI YANG PALING UTAMA ! Pedulikan apa jua kata Hadi Awang mahupun Anwar Pandi Kutty atau siapa sahaja !


Soo.. UMNO Kedah teruskan usaha, kuatkan usaha untuk kekangkan Pakatan di Kedah. Sememangnya Pakatan kat Kedah ni tak berguna pun. Rakyat pun dah meluat, cuma kita perlu tambah sikit-sikit lagi untuk bagi rakyat meluat dan terus menyampah.


P/s: Ustaz Azizan tau tak? kompom dia tak tau... he he he..


McTheory:
kembalikan Kedah kepada BN!!

Ahad, 8 Mei 2011

KERAJAAN PAS KEDAH ROBOHKAN RUMAH RAKYAT??


Siapa yang bersalah jika kejadian sedih seperti ini berlaku? Kerajaan negeri? Kerajaan pusat? PTG (pejabat tanah dan galian)?, MBAS (Majlis Bandaraya Alor Setar)? atau Ostat Azizan yang masih lagi taktau cerita tentang nasib rakyatnya. Mc tak tuduh sesiapa, tapi cubalah fikir sendiri..

McTheory:
Layan angguk dengar lagu, tapi penuh bermaksud..

Isnin, 4 April 2011

KASI PANAS!! KERAJAAN PAS KEDAH MEMBOHONG RAKYAT LAGI?? Rumah Rakyat masih jadi batu!!


Pas Kedah dulu masa nak mengundi, sembang makk aii.. pung pang pung pang. UMNO jahat, UMNO tak bela rakyat, UMNO tu UMNO ni. Lepas tu Pas Kedah buh janji sana, buh janji sini, konon kalau menang nak bela rakyat. Allah maha kuasa! Tiba mai hangpa takeover, pehh.. apa pun tarak. Lagi teruk ada la. Kes terbaru apabila perumahan rakyat yang dijanjikan 3 tahun dulu tak nampak-nampak lagi pun.

Takkan dok jadi plan lagi kot? Atau masih dok kutip bata untuk buat rumah? Ustaz Azizan tak ka pasal ni? Atau dulu main janji ikut dan saja? Biasa la, cakap main semboq, senang la, bila mai nak kena tunai janji, hangpa elak sana sini. Nak tau kisah ni secara detail meh klik SINI.

P/s: cakap senang, nak buat payah!

Mctheory:
Nak mengundi balik dah pun.. janji haram tak buat!

Selasa, 16 November 2010

Isnin, 15 November 2010

TERGOLEK!! MARI KITA LIHAT APA YANG OSTAT AZIZAN TAU, YANG KITA TAKTAU!!

Ostat menganas lagi!



Sakit perut gelak tengok video ni. Hasil kreatif dari PadiJantan.

Mctheory:
Ishh.. tak tau ka? buat semak perut ja.

Jumaat, 12 November 2010

APA YANG MENARIK PASAL GAMBAR NI??


Satu Projek oleh Kerajaan Barisan Nasional. Oooops! Tersilap kerana selalu sangat terjumpa perkataan seperti ini apabila meronda ke kampung-kampung dan sebagainya.

Seperti biasa segala kutukan dan cacian terhadap UMNO dikeluarkan kerana meletakkan ayat tersebut. Itupun atas nama kerajaan Barisan Nasional, bukan atas nama UMNO.

Tetapi kini kutukan tersebut sudah kembali kepada diri sendiri. "Sumbangan Kerajaan PAS"... lebih teruk lagi hanya nama PAS saja yang ada. Mana dia kerajaan Pakatan Rakyat?

Bila tanya bila nak buat hukum Islam, jawaban mereka ini bukan kerajaan PAS tetapi kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi bila timbul tentang perkara yang boleh menguntungkan mereka, "ini sumbangan kerajaan PAS".

Inilah Pakatan Rakyat. Masing-masing cuba mempergunakan antara satu sama lain. PKR memperalatkan kekuatan jentera PAS; DAP memperalatkan PAS untuk undi melayu; DAP mempergunakan PKR untuk tari Melayu Liberal.

Tetapi nampaknya yang paling untuk besar ialah DAP. PAS dan PKR menjadi bola yang boleh digolek ke sana ke mari. Yang untung hanya DAP aka PAP, yang rugi adalah orang Melayu. PAS hanya untung apabila boleh letak "Sumbangan Kerajaan PAS' di papan tanda seperti di atas.

Sumber Kedah Times

P/s: Pakatan Rakyat aka Pakatan Haram ni, takdak makna pun. Cuma wayang gambar semata.

Mctheory:
Pakatan Reput atau Pakatan Rapuh.