Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umno. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Mac 2017

Bila Konvoi Sukarelawan PPBM Jerlun Bertembung konvoi Penerangan Umno



1. Pada 10 Mac 2017, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Jerlun meneruskan program Srikandi Prihatin kali ke 11 dan kali ini di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Padang Sera.

Kebetulan Konvoi bermotosikal PPBM Jerlun berselisih jalan dengan Konvoi UMNO di hadapan rumah Cikgu Bidin di Kg Kubang Menerong.

Mungkin kerana berselisih jalan ini maka UMNO Jerlun menganggap Konvoi PPBM Jerlun sedang mengawasi pergerakan Tan Sri Annuar Musa dan konvoi mereka.

Untuk makluman, program "Srikandi Prihatin" ialah program Khidmat Masyarakat dimana PPBM Jerlun telah menziarahi 35 orang warga emas yang uzur dan terlantar sakit di PDM Padang Sera.

PPBM Jerlun juga turut menziarahi seorang warga emas yang telah meninggal dunia pada hari tersebut.

PPBM Jerlun memilih konvoi menggunakan motosikal dari rumah ke rumah di 3 buah kampung iaitu Pekan Padang Sera, Kg Tanjung dan Kg Kubang Menerong.

PPBM Jerlun telah menyerahkan sumbangan hamper berupa barangan dapur kepada 35 orang warga emas bagi meringankan bebanan kos sara hidup yang semakin tinggi. Malah turut menyumbangkan Kerusi Roda kepada beberapa orang warga emas yang terlantar sakit.






2. Berkenaan sticker PPBM yang dilekatkan pada pintu belakang Van Skuad Sayang UMNO Jerlun, itu adalah sebagai cenderahati.

Pada 9 Mac 2017, Van Skuad Sayang UMNO telah menziarahi Pejabat PPBM Jerlun di Pekan Padang Sera.

Walaupun mereka masih ahli UMNO di Jerlun, mereka menyatakan sokongan penuh kepada PPBM namun secara diam kerana tidak mahu diambil tindakan oleh pihak atasan UMNO.

Tambahan pula dikalangan ahli akar umbi UMNO dan ahli PPBM Jerlun saling mengenali serta mempunyai hubungan yang rapat.

Van Skuad Sayang UMNO yang ditugaskan membawa kotak hamper BARAKAH telah berhenti rehat di Pejabat PPBM Jerlun, Pekan Padang Sera dan mengambil peluang bermesra bersama kawan-kawan di pejabat PPBM setelah lama tidak berjumpa.

Sticker PPBM dilekatkan pada pintu belakang Van Skuad Sayang UMNO bukanlah tindakan nakal memandangkan ahli UMNO di peringkat akar umbi memang menyokong penuh PPBM Jerlun.

3. Namun yang lebih penting, UMNO Jerlun perlu mendapatkan kembali feedback daripada penerima-penerima sumbangan Kotak BARAKAH yang disampaikan oleh Tan Sri Annuar Musa.

Kerana katanya mereka telah mendapat brochure pengenalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Jerlun, disebalik sumbangan tersebut, benarkah?



sumber MMFC News

Isnin, 6 Februari 2017

Semakin Lama Menunggu, Pas Makin Mengada-gada!


Di dalam dunia ini rasanya tidak ada parti lain yang begitu mengada-ngada selain daripada Pas. Hanya kerana menggunakan nama Islam, Pas selalu beranggapan mereka sentiasa benar dan orang lain harus tunduk kepada mereka.

Atas nama Islam, mereka boleh berjuang untuk menentang kemungkaran, tetapi dengan nama Islam juga Pas tidak kisah bersekongkol dengan pemimpin mungkar, malah menawarkan diri ingin menjadi penasihat kepada orang jahat.

Atas nama Islam, Pas menjaja hudud sejak sekian lama, tetapi kemudian menukarnya keada negara kebajikan sambil mengatakan elemem hudud turut terkandung di dalamnya.

Kemudian menggugurkan negara kebajikan dan kembali kepada hudud semula. Akhirnya hudud entah ke mana, tetapi seolah-olah sudah cukup bersyurga dengan Akta 355 saja.

Yang menggelikan hati, Pas kini cukup berbangga dapat bekerjasama dengan UMNO yang dulunya mereka kafirkan, assabiyahkan, sembelihannya dikatakan haram dimakan, imam sembahyang tidak boleh dimakmumkan dan yang sudah kahwin pula ada yang berantakan.

Episod mengada-ngada Pas ini berterusan lagi apabila dalam masa mereka berbaik-baik dengan UMNO, ia juga terbuka untuk berunding dan bekerjasama dengan Bersatu.

Di sebalik mengatakan menolak keras DAP, Pas masih juga duduk dalam mesyuarat Exco Selangor yang jelas ada DAP di dalamnya.

Maka benarlah makan keliling namanya.

Rundingan dengan Bersatu dengan Pas sepatutnya sudah berakhir pertengahan Januari lalu, tetapi dilanjutkan lagi kepada 1 Februari. Walaupun selepas rundingan pada tarikh tetsebut, ada dikeluarkan kenyataan bersama oleh Mukhriz Mahathir dan Tuan Ibrahim Tuan Man, ia kemudian dikatakan hanya jumpa-jumpa, sembang-sembang dan makan-makan saja.

Maklumlah jumpa pun di Bangsar, tempat lepak-lepak dan santai-santai yang memang dikenali ramai.

Belum pun hasil pertemuan itu kononnya mahu dihalusi sebelum ia dimuktamadkan, mengada-ngada Pas muncul apabila Ketua Dewan Ulamanya, Mahfodz Mohamed mensyaratkan bahawa tiada kerjasama dapat dijalinkan antara kedua-dua parti selagi Bersatu tidak memutuskan hubungannya dengan DAP dan Amanah.

Sekali lagi, mentang-mentang berjawatan Ketua Dewan Ulama, cakapnya seolah-olah fatwa dan hukum belaka. Pengikut bawahan Pas yang tidak tinggi ilmu agama tentu dengan sendirinya akan menerima kata-kata itu sedangkan DAP di Pulau Pinang tidaklah meminggirkan Islam dan permusuhan Pas dengan Amanah pula tidak sama-sekali berkaitan dengan agama, sebaliknya hanya kerana politik dan kuasa.

Jika benar Pas ikhlas ingin bekerjasama dengan Bersatu, kenapa diletakkan syarat mesti tinggalkan DAP dan Amanah sebelum rundingan dimuktamadkan?

Bukankah lebih baik cakap terus-terang tidak mahu bekerjasama, bahkan tidak perlu pun membuang masa mengadakan pertemuan dengan Bersatu?

Apakah watak tidak konsisten dan berbolak-balik itu ciri-ciri "king maker"?

Hari ini, Naib Presiden Pas, Mohd Amar Abdullah meneruskan sikap mengada-mengada Pas dengan meminta Bersatu dan PKR meninggalkan Pakatan Harapan untuk menyertai blok ketiga, Gagasan Sejahtera yang setakat ini dianggotainya bersama dengan Ikatan.

Kata beliau, jika Bersatu dan PKR sedia berbuat demikian, kekuatan pembangkang akan meningkat berkali ganda serta memberi lebih harapan untuk menumbangkan UMNO dan BN.

Entah dari sudut mana beliau membaca sifir politik kali ini. Sesuatu yang tidak logik sebenarnya, PKR dan Bersatu kini berada dalam liga satu iaitu Pakatan Harapan, tiba-tiba diminta keluar untuk menyertai liga dua yang lebih kecil, Gagasan Sejahtera.

Siapa pula jadi ketua Gagasan Sejahtera nanti jika PKR dan Bersatu sedia menyertainya?

Bacaan paling mudah untuk menumbangkan UMNO dan BN ialah dengan Pas sedia bergabung bersama semua parti-parti pembangkang, sama ada Pakatan Harapan atau membentuk gabungan baru yang diberi nama lain dan bukannya mewujudkan dua kumpulan pembangkang.

Jika mensyaratkan Bersatu meninggalkan DAP dan Amanah pun pasti  menjadikan kekuatan pembangkang bertambah lemah, meminta Bersatu dan PKR meninggalkan Pakatan Harapan untuk menyertai Gagasan Sejahtera, ia sebenarnya jauh lebih melemahkan pembangkang.

Katalah idea Pas itu diterima, bermakna pembangkang akan ada dua kumpulan. Satu yang dianggotai oleh Bersatu, PKR, Pas dan Ikatan, manakala satu lagi akan dianggotai oleh DAP dan Amanah.

Dengan wujudnya dua kumpulan pembangkang seperti itu, kedudukan pembangkang lebih teruk berbanding adanya Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP, Amanah dan Bersatu seperti sekarang ini serta ditambah dengan Gagasan Sejahjera yang dianggotai Pas bersama Ikatan.

Rakyat akan bertambah keliru dan tidak yakin. Akhirnya, siapa yang mereka mahu pilih untuk menggantikan UMNO dan BN?

Setidak-tidaknya Pakatan Harapan sekarang, walaupun tidak disertai oleh Pas, ia lebih baik dan besar berbanding Gagasan Sejahtera. Jika pengundi yang menolak UMNO dan BN mahu membuat pilihan, Pakatan Harapan akan lebih diutamakan.

Menerima idea Mohd Amar seperti meminggirkan pengundi bukan Melayu. Ia mungkin menyebabkan mereka kembali menyokong MCA, MIC dan Gerakan kerana gabungan yang hanya dianggotai oleh DAP dan Amanah tidak mungkin dapat membentuk kerajaan.

Jika pun pengundi bukan Melayu terus menyokong DAP dan gabungan baru yang diideakan oleh Mohd Amar itu pula mendapat kerusi melebihi UMNO, apakah ketika itu Pas masih sedia untuk bekerjasama dengan DAP dan Amanah?

Tidakkah disedari bahawa sekadar gabungan Pas, Bersatu, PKR dan Ikatan saja, jika tanpa sokongan bukan Melayu, adalah mustahil untuk membentuk kerajaan?

Akhirnya, sama ada Pas kekal dengan Gagasan Sejahtera bersama Ikatan atau cubaan mengajak Bersatu dan PKR menyertai mereka dan meninggalkan Pakatan Harapan, maksud tersiratnya ialah Pas ingin memberi kelebihan dan keselesaan kepada Najib, UMNO dan BN terus berkuasa serta berkleptokrasi di negara ini.

Ia dengan sendirinya memecah-belahkan lagi parti-parti pembangkang dan akan membuatkan Najib lebih tersenyum untuk menghadapi pilihanraya.

Pilihan yang lebih baik untuk menumbangkan UMNO dan BN hanyalah dengan bersatunya semua parti-parti pembangkang tanpa banyak karenah dan sikap mengada-ngada.

Sebab itu, kepada Bersatu...lupakanlah Pas ini dan tumpukan kekuatan bersama Pakatan Harapan saja. Lagi diberi muka dan ruang masa, lagi mereka mengada-ngada. Jika terus diberi muka, percayalah, Pas akan terus mengada-ngada sehingga tibanya tarikh pilihanraya.

Tun Mahathir Mohamad sudah memberi panduannya - parti yang tidak mahu bergabung untuk mengalahkan Najib, UMNO dan BN, bermakna ia sedang bekerjasama dengan Najib, UMNO dan BN.

Kenapa susah sangat memahaminya? (SH 05/01/2017).

Khamis, 16 Januari 2014

HOT! Harap UMNO Jangan Jadi UMNgOk! #KangKung



Sejak akhir-akhir ni pelbagai cerita yang Mc anggap tidak menyebelahi  pihak kerajaan. atau parti yang mendokong kerajaan.

Bermula dengan kisah Tian Chua memohon maaf soal kes Lahad Datu dan perkara tersebut telah disettlekan diluar mahkamah oleh peguam UMNO dan UMNO sendiri, kemudian kisah saman Stopa Ali spender yang kononnya menyalahkan blogger UMNO tapi bukan UMNO. Perkara itu juga telah diselesaikan diluar mahkamah.

Malah dua isu penting yang boleh Mc katakan kemenangan disebelah UMNO, telah diterbalikan kemenanganya kepada pihak pembangkang. Kenapa jadi begitu?

Apa yang UMNO takut sangat untuk berhadapan dengan kes-kes itu di mahkamah? Apakah kes itu tak pasti, atau memang salah UMNO?

Kedua-dua kes yang diselesaikan diluar mahkamah tu, menyebabkan ramai pejuang media siber UMNO lemah semangat dan berasa amat pelik sekali dengan apa yang berlaku.



Dalam pada masa yang sama muncul pulak kisah Kangkung disebut oleh PM Najib Razak telah disalah ertikan dan dispin oleh pihak pembangkang.

Pada hakikatnya jika manusia ada akal untuk berfikir, maksud PM Najib ialah, bukan semua harga barang naik, ada yang turun, contohnya sayur.. contoh sayur ialah sayur kangkung. Itu saja.. bukannya Najib kata KangKung turun harga!

Kata-kata Najib telah di SPIN oleh pihak yang tak bertanggung jawab dengan teruk sekali! Hinggakan ada yang tak tahu menahu cerita sebenar pun telah mempersenda Najib kononnya mengistiharkan harga kangkung turun!

Itulah kata bodoh jangan tunjuk kat orang!

Bab peguam UMNO settle luar tu, Mc rasa.. ianya tak patut. Bab kangkung ni pula, sebagai pejuang media sosial pro kerajaan, kita  kena perjelaskan maksud sebenar. Kalau harap yang berbayar tu pun, bukan boleh harap sangat. he he he..

Jangan marah haaa..

McTheory:
Takdak isu sengaja buat isu.. adeh la

Isnin, 7 November 2011

GEMPAR!! Apabila Politik Dijadikan Agama!!



Masalah besar dengan masyarakat Malaysia sekarang ni apabila politik diangkat lebih tinggi berbanding agama. Ideologi politik dianggap rutin kehidupan hingga memecah belah umat yang hidup bermasyarakat.

Pemimpin politik bangga bila ada pengikut yang taksub dengan mereka. Namun mereka tak sedar tindakan mereka hanyalah menyemai kebencian didalam masyarakat dan boleh menyebabkan pepecahan yang serius.

Ada orang kata UMNO tak boleh campur dengan Pas. Kenapa tak boleh? UMNO bukan Islam kah? Pas tu advance Islam kah?

Apa korang faham mengenai politik? Politik adalah satu ideologi yang dibawa oleh perlembagaan sebuah parti politik. Parti politik pula ditubuhkan untuk memenangi kuasa politik dan undi rakyat. Semuanya hanyalah kuasa, semuanya hanyalah duniawi. Tak ada kena mengena dengan akhirat.

Mungkin cara berpakaian dan cara hidup ada bezanya. Tapi itu semua lakonan hidup dan cari makan. Depan lain belakang lain.

Kita yang dibawah ni ada yang terlalu taksub dan hingga menganggapkan politik itu seolah-olah agama. Malah ada yang menganggap tahap politik tu lebih tinggi dari agama. Sebab itulah persaudaraan politik lebih dimuliakan dari persaudaraan sesama Islam.

Betulkan semua saaf kita, betulkan semula pegangan kita. Memang politik itu penting namun tak sepenting perpaduan Agama dan kaum. Kenapa perlu bertumbuk kalau hanya berbeza ideologi, kenapa perlu maki hamun kerana berbeza pendapat? Dimana Islam kita? Di mana adat kita?

Cakap pasal Islam berbuih-buih mulut! Malah ada yang mengaku 'Islam aku lebih dari Islam ko' Namun dalam perlaksanaannya? Dalam melahirkannya secara fizikal? Tak ada. Banyak bercakap dari perlaksanaan.

UMNO sama, Pas pun serupa!

Cakap lebih dari bekerja. Rakyat juga yang jadi mangsa.

Pkr dan Dap?

Tak payah fikir la, ini parasit perpecahan kaum di Malaysia. Lebih baik takada lagi bagus. Kewujudan dua ekor parasit ni pun hanyalah untuk memusnahkan keamanan Malaysia.

Rakyat tak perlukan parasit, rakyat perlukan pemimpin yang boleh bekerja. Siapa yang paling ikhlas membela rakyat dialah yang akan dipilih dalam PRU ke 13 nanti. Setakat menjual ideologi dan ideologi tak payah mimpilah. Ideologi bukan boleh bagi rakyat kenyang.

Bezakan agama dengan politik, bezakan pegangan agama dengan ideologi. Insyallah aman damai kehidupan kita. Yang mana dok buat semak-semak tu, buang jauh-jauh, jangan di ikut, menyesatkan saja.


McTheory:
Orang Malaysia ni lebih berpolitik dari bekerja, sebab tu negara lambat maju..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 8 Julai 2011

PANAS!! PERBEZAAN SAMBUTAN RAMADHAN ANTARA BN DAN PR!




Kebiasaannya, dua bulan sebelum kedatangan bulan Ramadan, sebagai tanda meraikan bulan yang penuh berkat berkenaan, kerajaan negara ini yang diterajui oleh UMNO akan mengadakan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan.

Sebulan sebelumnya pula, peserta-peserta peringkat antarabangsa yang datang daripada pelbagai negara pula akan dijemput memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dalam Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa.

Ahad, 12 Jun 2011

KASI PANAS!! APABILA KETUA CAWANGAN UMNO JADI SPY PAS!!


Merujuk pada cerita di blog pembangkang dari negeri Kedah, nak baca boleh klik sini. Mc mengambil ini sebagai kes yang amat serius!!. Ini bukan perkara main-main. Jika benar ada ketua cawangan UMNO yang menjadi spy Pas dalam UMNO dan mematahkan segala aktiviti UMNO. Ini adalah perkara berat! baca petikan cerita dibawah.

MK tertarik dengan isi ceramah Haji Zul sebab sentuh isu UMNO Bahagian Alor Setar. Katanya orang kita (maksudnya orang PAS) dah ada dalam UMNO Alor Setar. Setiap program dalaman UMNO laporan sampai dekat PAS. Begitu jugak kata Haji Zul dalam Keda pun berlambak orang kita, sampai boleh hadir dalam semua program dalaman depa. Kalau Mat Kering dok tempat Mat Bashah pun pening jugak, licik permainan PAS sampai dalam sarang depa pun PAS dah boleh masuk. 


Kalau benar bagai dikata, Ahmad Bashah perlu lakukan sesuatu untuk mencabut duri dalam daging. Mengikut apa yang mereka cuba sampaikan, UMNO cawangan Taman wira juga telah berpaling tadah kepada Pas. UMNO Kedah terutamanya UMNO Alor Setar perlu menyiasat perkara ini dengan teliti dan sulit kerana mungkin telah ramai ahli UMNO sudah hilang wibawa jadi UMNO dan terhegeh nak jadi Pas.


Atau?

Ini mungkin juga perang psiko dari puak Pas untuk menghilangkan keyakinan UMNO di Kedah. Namun apa yang pasti, rakyat Kedah sudah muak dengan Pas. Cuma UMNO Kedah kena pandai mengambil hati mereka semula. Tawan semula Kedah dari tangan Pas dan Dap!

Masa untuk Pas di Kedah sudah Tamat!

McTheory:
Expired date on time for Pas!

Selasa, 7 Jun 2011

TERKEHEL!! KURANG AJAR UMNO, ASYIK FITNAH PAS SAJA!!

ni gambar fitnah ni, dia pegang gambar roket sebab dia nak pi bulan, bukannya lambang Dap.. tu fitnah umno tu..

Ahli UMNO, penyokong UMNO kurang ajar!! Jahat gila!!

Jahat sungguh UMNO ye.. asyik fitnah Pas saja. Asyik-asyik fitnah. Kan dulu Pas dah cakap, Pas nak buat Negara kebajikan, bukannya negara Islam, UMNO asyik fitnah Pas kata Pas nak buat Negara Islam. Mana pernah Pas nak buat Negara Islam, semua tu fitnah UMNO saja. Dalam Al-Quran pun kata takdak negara Islam ni, cuma ada negara Kebajikan.

Inilah kerja UMNO, asyik-asyik fitnah!

Dulu Pas kata nak buat hudud tu pun, UMNO jugaklah yang fitnah, Pas mana ada nak buat hudud? Pas cuma cakap saja nak buat, tapi tak buat pun. UMNO yang kata Pas nak buat.

Jahat sungguh UMNO ye!

Kemudian, UMNO fitnah Pas pasal Mat Sabu kena tangkap kat hotel dalam bilik 121. Mana ada Mat Sabu 'mencret' Norma, mana ada. Duduk 5 minit saja, baru ringan-ringan dah kena tangkap. Mana ada Mat Sabu khalwat walaupun dua-dua. Tu pun fitnah UMNO tu FITNAH!!

Jahat sungguh UMNO ye.

Ahad, 29 Mei 2011

PANAS! AHLI UMNO MASUK PKR DAN PAS, TAK DAK KA AHLI UMNO NAK MASUK DAP??..

Bila dah kata dekat dengan PRU, mulalah berpusu-pusu ahli UMNO tah dari mana tah masuk ke parti lawan.

Di Sabah!!


Seramai 103 orang lagi ahli UMNO Tenom telah mengucapkan ‘Selamat Tinggal Kepada UMNO’ kerana secara beramai-ramai menyertai PKR Cabang Tenom dengan kerelaan hati mereka sendiri sewaktu menyerahkan borang permohonan kepada Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman. Dalam ucapannya, Halik menyentuh beberapa isu semasa yang hangat dirasai oleh penduduk kampung daerah Tenom, antaranya isu kenaikan tariff elektrik, harga gula dan kos hidup yang melambung tinggi dan mencekik leher orang miskin di kampung.

Di Kelantan!!


Bekas Ketua Cawangan Umno Kampung Melayu Sri Kundang, Mat Senin Mat Lana mengetuai 111 ahli cawangan itu membuat keputusan meninggalkan Umno dan menyertai PAS.


Mat Senin bersama bekas ketua pemuda cawangan tersebut, Mohd Khairuddin Abu Bakar dan bekas ketua wanita, Kamariah Meor Baldin secara rasmi menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di majlis Ceramah Perdana PAS Ganti Umno di Dewan JKKK Kampung Setia, Tasik Biru, Kuang malam tadi.


Mc percaya lepas ni akan ada pulak ahli UMNO yang masuk Dap. Jangan tanya Mc macam mana boleh masuk Dap, tapi 'pasti akan ada' kerana perang pilihanraya kali ini amat berbeza dari yang lepas-lepas. Pakatan akan cuba sehabis mungkin untuk membuat lakonan menunjukkan ahli UMNO masuk ke parti mereka, sedangkan mereka itu hanya orang biasa yang menyamar dan kononnya jadi orang UMNO.

Mungkin ada dua-tiga orang yang masuk parti lawan disebabkan tak puas hati. Ala biasa la, masalah disiplin, parti kenakan tindakan, kemudian tak puas hati, keluar parti.

Nak kasi gempak, dua tiga orang tadi, pergi kutip mana-mana punya orang, suruh buat ramai, kemudian panggil media, kasi gempak buat tajuk '120 orang UMNO masuk Dap!'

Dey tambi.. taktik bodoh macam tu, masa zaman P. Ramlee dulu je orang pakai, lani orang dah tak pakai lagi dah.

Kalau ada benar-benar ahli UMNO yang nak masuk Pakatan, silakan, jangan buat semak dalam UMNO, ada 4 juta orang lagi yang sanggup menyokong perjuangan UMNO dinegara ini.

McTheory:
Bagus pembelot blah dulu sebelum perang!

Ahad, 24 April 2011

RASMI!! AC MIZAL DAN MAMAT KHALID MASUK UMNO!!


Jikalau sekarang ni puak Pakatan asyik dok usung artis buat promosi mereka. Kiranya sejak Bob Lokman masuk Pas ni, dikatakan golongan artis berminat dengan Pas la ye? Harap maaf, UMNO baru saja menerima secara rasminya AC Mizal dan isterinya jadi ahli UMNO serta Mamat Khalid pun dengan keinginan yang serupa.

Sebenarnya ramai lagi artis didalam UMNO, cuma taknak sabitkan diri secara terang-terangan dalam politik. Bukan macam Bob, itu terlampau menunjuk, sampai geli-geleman Mc tengok. Nak tahu kisah Ac dan Mamat Khalid masuk UMNO, klik SINI

McTheory:
tak pulak diorang nangis2 sambil bagi borang. heh!

Khamis, 18 November 2010

Ahad, 24 Oktober 2010

SEJAUH MANA DAYA UMNO UNTUK MENANG DAN MELAKSANAKANNYA??

kereta kebal siap untuk perang

Oleh Syed Imran Kuda Ranggi


Satu perkara yang agak jelas diperkatakan oleh perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO yang baru selesai ialah soal pemilihan calon pilihan raya yang selama ini disandarkan kepada kepimpinan peringkat bahagian. Ia merujuk kepada calon yang disebut sebagai 'winable' atau dalam bahasa yang senang difahami calon yang berdaya menang.

Ia dibangkitkan oleh presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan disokong oleh beberapa orang pembahas peringkat akar umbi.

Yang jelas, ahli-ahli UMNO sendiri sedar betapa pentingnya pemilihan seseorang calon untuk mewakili parti dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya. Mereka tidak mahu lagi melihat pemilihan calon berkisar di kalangan ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian, setiausaha bahagian, ketua wanita bahagian, ketua pemuda bahagian dan ketua puteri bahagian.

Mereka mahu calon yang benar-benar boleh membawa kemenangan atau yang berdaya menang dipilih bertanding asalkan dia adalah ahli UMNO, tak kira sama ada dari bahagian berkenaan atau dari tempat lain. Yang penting ialah calon berkenaan mampu membawa kemenangan.

Jika ini dapat dilaksanakan, maka ia adalah satu perubahan yang sewajarnya dilakukan oleh kepimpinan tertinggi UMNO tetapi saya ragu-ragu akan sokongan kepimpinan di bahagian-bahagian tertentu yang menyimpan cita-cita besar untuk menjadi wakil rakyat. Mereka bersusah payah dan mengeluarkan belanja besar untuk menjadi ketua bahagian dan sudah tentu salah satu sebab ialah untuk bergelar Yang Berhormat.

Hala tuju politik di Malaysia khususnya dalam UMNO lebih menjurus kepada memilih calon di kalangan kepimpinan peringkat bahagian dan sebarang perubahan, walaupun mendapat sokongan oleh Perhimpunan Agung, pasti akan cuba dihalang dan digagalkan oleh pemimpin-pemimpin bahagian yang mengidam untuk menajdi wakil rakyat. Ia bukan satu perubahan yang senang dan mudah dilaksanakan apabila kita sedar akan budaya berpolitik di kalangan pemimpin UMNO.

Tetapi, jika UMNO benar-benar nak berubah dan nak pasti kemenangan, ia mesti dilakukan bermula pada pilihan raya umum akan datang. Datuk Seri Najib mesti tegas dan berani melakukan perubahan tersebut . Ia juga dapat mengurangkan perebutan untuk menjadi ketua bahagian kerana ia bukan satu jaminan untuk menjadi wakil rakyat.

Sebenarnya, pemilihan secara demikian telah dilakukan di negara jiran Singapura sejak zaman pemerintahan Lee Kuan Yew. PAP yang memerintah membentuk sebuah jawatankuasa pemilihan dan penapisan bakal-bakal calon untuk bertanding dalam pilihan raya.

Semasa Kuan Yew menjadi Perdana Menteri, timbalannya Goh Chok Tong mengetuai jawatankuasa itu dan mereka memilih dan menapis bakal calon termasuk dari sektor perniagaan, perbankan dan perkhidmatan awam. Bakal calon ditemu duga dan sekiranya dipilih dan bersetuju untuk menjadi calon, maka dia akan diperkenalkan kepada ranting PAP di kawasan yang dia bakal bertanding. Apabila diperkenalkan, pemimpin peringkat akar umbi tidak membantah dan bekerja kuat untuk memastikan kemenangan calon berkenaan. Inilah semangat kesetiaan kepada parti yang terdapat di kalangan ahli PAP peringkat akar umbi dan ia juga merupakan antara sebab kenapa tidak berlaku perebutan jawatan dalam parti itu.

Apakah pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat sanggup berbuat demikian demi untuk memastikan kemenangan calon mereka pada pilihan raya akan datang? Adakah tidak akan berlaku perbuatan mengkhianati parti apabila tidak dipilih sebagai calon? Apakah tidak akan berlaku perbuatan mensabotaj parti kerana kesetiaan yang rapuh di kalangan ahli parti sendiri?

Datuk Seri Najib menghadapi ujian besar apabila tiba masanya untuk beliau memilih calon yang bakal membawa lambang parti pada pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan 'dalam tempoh beberapa bulan akan datang'.

P/s: Kalau tersalah pilih calon, buruk padahnya..

Mctheory:
Bersedialah untuk bertempur!!

Sabtu, 4 September 2010

PANAS! JANGAN BACA! KENAPA MELAYU BENCI UMNO? KENAPA JADI BLOGGER? KENAPA? KENAPA?


Semalam Mc ada post tajuk artikel yang sama macam ni. Pelbagai komen yang Mc dapat, tak tahulah sama ada ikhlas atau tidak. Tapi Mc berterima kasih kerana sudi meninggalkan komen didalam blog Mc. Kalau kritikan tu, Mc terima aje, kritikan tu adalah satu benda yang baik, untuk muhasabah diri kita menjadi lebih baik.

Nanti Mc ulas topic yang Mc buat tue, kat sini Mc cuma nak jawab sikit komen yang pembaca bagi kat Mc (orang kata cakap biaq terang). Blogger bebas macam Mc ni tidak terikat dengan sesiapa pun, Mc buat blog, tulis blog, buat kajian, cari berita, bayar duit broadband, semuanya dari hasil titik peluh sendiri. UMNO? Kerajaan? mana ada nak pandang orang macam Mc ni. Dorongan untuk menjadi blogger pun disebabkan menyampah dengan puak-puak blogger upahan Pakatan Haram yang bersepah di internet ni membuat fitnah sana-sini.

Nak jawab fitnah mereka, kalau bagi komen, jangan harap nak lepas, haram nak siar. Jadi untuk membetulkan keadaan, Mc terpaksa buka blog dan jawab balik apa yang mereka dok merapu membohong rakyat dalam internet ni. Walaupun sudah ada blog pro-BN, tapi kata orang, kalau kita berjuang, lagi ramai lagi bagus. Otak dia ada benda lain, otak Mc pulak tak sama macam otak dia. Masing-masing ada pendapat sendiri, pengalaman sendiri. Maka setelah difikirkan masak-masak, lahirlah blog yang tak seberapa ni.

Kepada pembaca yang kata ayat dalam blog Mc ni macam kedai kopi, Mc memang setuju sangat. Memang Mc buat blog ni tidak mengunakan perkataan 'skema' dalam DBP. Buat apa nak pakai ayat skema? Blog kena ada kelainan dari akhbar atau portal rasmi yang lainnya. Jika nak 'skema'kan ayat, baik pergi baca akhbar je, dah tentu ayat-ayatnya mengunakan bahasa rasmi. Tak bosan ke kalau 'skema' je, otak pun boleh pusing tau. he he..

Haa.. masuk balik topic kenapa melayu tak suka UMNO. Senang aje jawapannya, baca kat bawah,

  1. Melayu tue sahih geng Pas atau PKR.
  2. Melayu tue mungkin tak suka individu dalam UMNO.
  3. Melayu tue dah kena rasuk dengan racun puak Pakatan Haram yang dok fitnah sana-sini.
  4. Melayu tue banggang macam Mahfuz Bean.
  5. Melayu tue bodoh macam Mat Sabu.
  6. Melayu tue tak pernah baca akhbar lain, selain harakah.
  7. Melayu tue dulu tak sekolah, sebab suruh sekolah lari sembunyi bawah jambatan (macam mahfuz).
  8. Melayu tue dok sembah atau puja gambar N.ajis saja.
  9. Melayu tue gay atau homoseksual (sebab gay sekarang sokong anwar).
  10. Melayu tue tak suka sejarah, bila kelas sejarah dulu dia ponteng (macam mahfuz jugak).
  11. Melayu tue lebih suka dengar tazkirah dari puak Dap dari saudara sama Islamnya sendiri.
  12. Melayu tue tak sedar diri melayu.
  13. Melayu tue yang sanggup kafirkan saudara sama Islamnya dari bini haramnya Dap.
  14. Melayu tue kena hasut sebab ada orang kata UMNO parti perasuah.
  15. Melayu tue yang boleh korek lubang, tanam diri sendiri.
Itulah ciri-ciri  dan sebab kenapa melayu benci UMNO. Jika seseorang tue berbangsa melayu dan beragama Islam, tiada sebab kukuh kenapa dia patut benci pada UMNO. Sedangkan UMNO banyak berjasa pada rakyat dan negara. Mungkin disebabkan faktor-faktor diatas menyebabkan dia terlupa semuanya. Apa yang dia ingat, hanya apa yang pemimpin dia dah set dalam kepala otaknya. Kalau tidak takkan dia akan benci UMNO teruk-teruk.

Walaupun ciri-ciri diatas diselitkan dengan gurauan dan jenaka, tetapi ada sesetengah faktor yang Mc ketengahkan itu adalah bercirikan kebenaran. Jangan kita pandang enteng dengan hasutan sulit puak Pakatan Haram kepada kaum melayu, kerana jika melayu sudah termakan racun mereka, maka melayu akan lupa diri dan lupa jati diri yang ada.

UMNO parti perasuah! Itu kata mereka, kata Mc pulak, bukan semua ahli UMNO makan rasuah. Mc ahli UMNO dan Mc bencikan rasuah!.

P/s: Pas bukan lagi parti yang perjuangkan Islam dan Melayu, Pas hanya parti yang sanggup buat apa saja untuk berkuasa walaupun terpaksa lacurkan agama dan bangsanya.

MctHeory:
Sebenarnya Guan Eng sudah korbankan lembu, Lembu yang dikorbankan itu ialah Pas.

LAGI ORANG PAS MASUK UMNO! Siap dengan gambar lagi

Dalam Pas dok bising kata semua orang melayu tak suka UMNO. tup tup keluar pulak berita nih. 756 ahli Pas masuk UMNO di parlimen Larut. Pakat melompat la pulak puak-puak Pas, ada yang kata berita ni tipu, ada yang kata ni fitnah terbaru UMNO, malah ada yang kata ni UMNO punya orang upahan. Adehh laa.. Biasa la puak-puak tiga suku ni, kalau yang buruk tu UMNO, kalau yang bagus tue Pas.

Ambil kat hangpa la puak Pas woii.. Percaya atau tidak, tengok la gambar dan cerita kat bawah nih,









Pembangkang dibidas kerana masih membuat fitnah di bulan ramadan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kesal kerana sudah menjadi budaya pembangkang memesong fakta. Dr Zambry berkata demikian di majlis penyampaian bantuan banjir dan duit raya Dun Kubu Gajah di Bagan Bahru petang tadi.

Lebih 270 orang penduduk menerima sumbangan tersebut di dewan serbaguna Bagan Bahru.
Menteri Besar berkata walaupun manghadapi gangguan daripada pembangkang, tetapi tidak menghalang beliau meneruskan tanggungjawab memajukan perak.

Beliau juga membidas sikap tidak gentelman pembangkang keatas ahli-ahli mereka yang meninggalkan parti.
Di majlis tersebut juga diserahkan sebannyak 756 ahli baru kepada menteri besar dan kemasukkan Pak Su Mat Arop Bin Saman, 65 tahun bekas timbalan ketua cawangan pas Bagan Bahru ke dalam UMNO

Sumber UMNO Larut

Maka lumpuh la cawangan Pas Bagan Bahru. Nanti pasti keluar cerita baru pulak, biasa la Pas, nak cover line, macam-macam cerita dia boleh buat. Sabar aje la.. yang dok percaya cakap Pas pun, otak tiga suku juga.

P/s: Puak-puak tiga suku ni kata kalau orang Pas 1+1 boleh jadi 4, Kalau UMNO 1+1 pasti jadi -4


MctHeory:
Puak tiga suku sahih tak faham punya la.

Jumaat, 3 September 2010

PANAS! ORANG MELAYU BENCI UMNO?

UMNO perlu bangkit!

Benarkah ramai orang Melayu tidak suka UMNO? Kenapa agaknya?

Jika disini saya melihat konteks politik sekarang kebanyakankan berunsur perasaan MARAH, ramai yang membenci sesetengah individu didalam UMNO tetapi yang menjadi mangsa adalah PARTI kenapa?

Saya orang MELAYU,dan saya menghargainya... kerana saya dilahir dibumi yang bertuah ini. tetapi saya sedar apa yang saya nikmati selama ini adalah perjuangan nenek moyang saya yang berketurunan melayu. Saya tidak tolak AGAMA ISLAM, kerana saya beragama ISLAM.

Bagi saya selagi parti UMNO tidak menghalang saya beragama dan menjalankan tuntutan agama ISLAM saya OKAY, tetapi kebebasan untuk mengamalkan AGAMA islam di halang baru saya akan berjihad kejalan ALLAH.

Saya sangat tidak faham kenapa pemimpin PAS mengatakan bahawa sesiapa tidak menyertai PAS tidak masuk syurga... sedangkan yang saya ketahui bahawa untuk menjadi umat ISLAM adalah dengan duakalimah SAhadah, dan memenuhi rukun IMAN dan rukun ISLAM.
mengamalkan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang berpandukan AL-Quran dan Sunah Nabi Muhammad S.A.W.

Persoalannya disini adakah PAS telah wujud 1400 hijrah yang lalu atau AGAMA ISLAM itu sendiri.... dimana pemimpinnya boleh kata begitu?

Saya setuju bahawa sekiranya parti orang melayu di malaysia bersatu untuk masa hadapan anak cucu kita.

Kalau dilihat dengan begitu teliti... kenapa sekarang ini orang melayu hilang hak ditanah mereka sendiri..? adakah suatu hari nanti kita akan kehilangan bumi yang bertuah ini?

Kita lihat kawasan kampung dahulu dimiliki oleh orang melayu kini telah di kuasai oleh orang bukan melayu... hanya dengan konsep kemajuan dibangunkan kos rumah dinaikan.... jadi kalau rumah yang mahal mana orang melayu mampu bayar.... lari le orang melayu kedalam hutan atau pinggir bandar.

Tetapi disini orang melayu masih tidak sedar lagi kerana hak kita sebagai orang melayu sedang DIRAMPAS DENGAN HALUS. Mereka biar kita bergaduh sesama sendiri supaya orang melayu tidak boleh maju. Menanam Hasad Dengki... benci membenci antara satu sama lain... ini adalah iktibar daripada SEJARAH MELAKA.

Dahulu merampas sesebuah negara dengan kekerasan tetapi kini lebih mudah tanpa kekerasan itu menguasai ekonomi. Jika sesuatu bangsa itu lemah EKONOMI, memang mudah untuk menguasai mereka... tabur mereka dengan wang ringgit, Kerana bangsaku kini mudah dijual beli dengan kuasa dan wang ringgit.

Apabila kita sudah terhutang budi atau telah dibeli bukan kah mudah mereka menguasai kita... sehingga sanggup menjadi talibarut atau ANJING bangsa lain untuk menjahanam bangsa sendiri.

Sanggup menderhaka kepada bangsa melayu,pemimpin dan juga SULTAN.
itu telah berlaku.... bangsa lain hanya tepuk tangan sahaja....
dan tersenyum sinis...

AKU bersyukur kerana selama ini, ilmu dan juga pelajaran yang aku terima sehingga melanjutkan pelajaran sehingga peringkat universiti adalah kerana DASAR KERAJAAN, Tanpa dasar ini mampukah aku memperolehi segulung ijazah.. TIDAK... ini kerana kerajaan telah melaksanakan KUOTA bumiputra. Aku sangat berterimakasih kepada kerajaan.

Jangan lupa... kerajaan tidak pernah mengabaikan bangsa lain di Malaysia.

Kalau kita katakan bangsa lain terabai adakah benar ?
kaum terbesar paling kaya di malaysia
1) Cina
2) Melayu
3) India
4) DLL

Kaum yang terbesar di malaysia
1) Melayu
2) Cina
3) India
4) DLL


Kaum yang terbesar memiliki kereta mewah, rumah berharga RM400k keatas, syarikat gergasi di malaysia
1) Cina
2) Melayu
3) India
4) DLL


Rumah Ibadat statistik di selangor


Contohnya di Selangor mempunyai penduduk berjumlah 4.8 juta. Daripada jumlah itu orang


Melayu 2.5 juta = 259 masjid dan 939 surau.
Cina Buddha 1.3 juta = 1,015 tokong,
India 647,000 = 810 kuil berdaftar (bilangan ini belum dicampurkan dengan tokong dan kuil yang tidak berdaftar). ... disini kita kira nisbahnya... adakah mereka ini di abai oleh kerajaan ?

anda lihat dan nilai sendiri la...

Kita Gempur

Disebabkan sesetengah individu dalam UMNO yang tak sedar diri dan masih berlagak, menyebabkan parti menanggung beban dosanya. Tindakan sepatutnya ialah, UMNO kena bertindak segera untuk menghapuskan anasir-anasir jahat di dalam parti, supaya dikembalikan kepercayaan sepenuh oleh rakyat.

MctHeory:
Jika UMNO lemah, Pembangkang yang dapat untung.

Khamis, 2 September 2010

ALAMAK! PAS KATA UMNO SEMAKIN LEMAH! BENARKAH? jika lemah, apa risikonya?


Mc hari ni dapat meluangkan masa membaca blog-blog pro kerajaan, tak terlepas juga membaca blog-blog pro pembangkang. Blog pro Pas paling banyak dan bersepah didalam jalur lebar sekarang. Ada yang bagus dan ada juga yang bagaikan sampah. Topic blog-blog hari ni kebanyakkannya masih lagi membincangkan isu perkauman. Kisah 'babik' Namewee yang disoal siasat, Fitnah Pas kepada UMNO mengenai gambar Guan Eng sembelih lembu dan yang paling menarik untuk dibincangkan ialah, Pas kata UMNO lemah dan atas sebab demikian UMNO mengunakan isu perkauman untuk menarik balik sokongan kepadanya. Malah Presiden Pas, Hadi Awang juga dengan selamber dengan muka tak malunya meminta sokongan kaum Melayu Islam menyokong Pas bagi mengantikan UMNO yang kini dilihat lemah.

Hmm.. topic nih dahsyat juga, Mc tak nafikan bahawa kini UMNO dilihat lemah dalam mentadbir. Diatas kelemahan UMNO inilah yang menyebabkan musuh-musuh politiknya seperti Pas mengunakan kesempatan dengan membuat cerita-cerita bodoh dan banggang bagi menganggu kestabilan politik negara. Sepatutnya pemimpin negara perlu bertindak tegas dalam segala hal yang menganggu gugat keamanan negara. Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan, kalau dibiarkan ia akan jadi 'melarat' dan tidak boleh dicegah lagi.

Jangan takut untuk mengunakan ISA (jika perlu) kerana, mengecah lebih baik dari membiarkan. Lihatlah, akibat daripada kepimpinan lemah 'Tun Dol', Malaysia kini longgar dan setiap kaum asyik memainkan isu masing-masing. Jika dulu zaman Tun Dr M, tiada siapa pun berani mempersoalkan tentang hak dan kaum, kini masing-masing nak jadi hero, hinggakan kaum melayu sendiri teruk dibelasah dan dipertikaikan hak bumiputranya.

Jika Tun Dol dulu mempunyai 'kerajaan tidur' dan kononnya membiarkan orang mengkritik disebabkan demokrasi 'konon'nya. DS Najib pulak dilihat lebih suka melayan perasaan kaum-kaum lain yang semakin naik lemak apabila diberi muka. Akibat 'kelonggaran' pemerintahan, Malaysia mempunyai risiko besar untuk terjadinya 'rusuhan kaum' yang kedua terbesar selepas 13 Mei.

Jika terjadinya rusuhan kaum, negara akan terjejas, ekonomi akan turut terjejas. Tiada siapa pun yang akan untung dari kejadian tersebut. Yang untung cuma, Anwar Ibrahim, beliau akan mengunakan peristiwa itu dengan  sebaik mungkin untuk mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sebab itu Mc minta kerajaan Malaysia kena tegas dalam segala hal yang melibatkan kaum. Takkan kita sanggup 'menjaga hati' sesetengah pihak sehingga boleh menyebabkan risiko besar kepada seluruh negara. Fikirkanlah...

P/s: Tak Salah 'korbankan' dua tiga orang 'pengacau', untuk selamatkan berjuta rakyat yang tidak bersalah dan rindukan keamanan.

MctHeory:
Rindunya kepimpinan 'tegas' Tun Dr Mahathir dahulu... u r da best PM ever..!

Jumaat, 27 Ogos 2010

SIAPA KATA HUDUD TIDAK BOLEH DILAKSANAKAN DI MALAYSIA?


Siapa Kata Hukum Hudud
Tidak Boleh Dilaksanakan di Malaysia?


1. Sudah berkali-kali saya jelaskan di dalam posting saya sebelum ini - sesungguhnya Islam tidak akan dapat ditegakkan melalui demokrasi dan peti undi! Ini adalah nyata dan lagi jelas. Apabila hukum Hudud dan negara Islam "didemokrasikan" - maka hukum tersebut tidak akan berjaya mendapat sokongan dan undian terbanyak rakyat jelata. Sebab itu, Islam tidak dibangunkan melalui sistem sokongan dan peti undi. Demokrasi dan peti undi hanya akan berjaya setelah urusan dakwah dijalankan secara teratur dan bersunguh-sungguh serta berjaya melahirkan masyarakat yang memahami cara hidup Islam yang sejati. Dakwah dalam erti kata yang sebenar bukanlah bermaksud "ceramah" politik di masjid-masjid atau tazkirah pagi jumaat. Wilayah pendakwahan jauh lebih luas daripada itu semua.

2. Dakwah merupakan strategi berterus dan gerak kerja yang memerlukan perancangan, iltizam dan pengorbanan. Nah! Sekarang, apabila DAP dan PKR menunjukkan kuasa "undi" dan "demokarsi" mereka terhadap Hukum Hudud, maka Hukum Hudud telah gagal mendapatkan undi yang secukupnya - walaupun semua orang tahu bahawa hukum Allah tersebut adalah hukum yang seadil-adilnya untuk kita semua. Tetapi, apabila Islam dan hukumnya "didemokrasi" dan "dipetiundikan" oleh PAS, maka secara tidak langsung, Islam dan hukum-hakamnya dilihat seolah-olah telah "tewas" kerana gagal mendapat sokongan majoriti dan undian teramai, khususnya daripada DAP dan PKR yang menjadi kuasa penentu pada ketika umat Islam sedang berpecah-belah.

3. Sedangkan, pada hakikat yang sebenar, Islam bukanlah agama yang boleh dipilih melalui kaedah "angkat tangan" untuk menunjukkan sama ada, kita setuju atau pun tidak. Islam mesti ditegakkan melalui jihad - dan orang-orang kafir mesti diperangi sehingga mereka mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi, sebelum orang-orang kafir diperangi, seruan dakwah mestilah terlebih dahulu sampai kepada mereka. Soalnya, sudahkah PAS mengirimkan secara rasmi surat dakwah kepada Karpal Singh dan Lim Kit Siang bagi menyeru mereka kepada kalimah tauhid dan menerima Islam sebagai Ad-Deen? Seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah sewaktu mengirim surat dakwah dan penjelasan ajaran Islam kepada pemimpin Yahudi Khaibar, Kaisar Romawi, Raja Negus, Raja Khosrau II, Al-Muqawqis (Penguasa Mesir), dan banyak lagi pemimpin-pemimpin utama dunia pada ketika itu. Sekiranya hal ini belum dilakukan, maka terbuktilah PAS telah mengabaikan metod dakwah Rasulullah yang terang-terang mengajak dan menyeru agar orang-orang kafir memeluk Islam.

4. Oleh Sebab itu, sejak awal-awal lagi saya sudah menjelaskan, sesungguhnya PAS telah meninggalkan kerja-kerja dakwah, mereka terlalu sibuk dengan politik dan mencari undi - dan bukannya sibuk untuk menyeru orang bukan Islam agar mengucap kalimah tauhid, seperti mana yang dilakukan oleh gerakan Islam lain di seluruh dunia. Islam yang diletakkan di dalam neraca peti undi dan sistem demokrasi, hanya mengundang fitnah, salah faham dan menggambarkan seakan-akan Islam itu boleh dipilih dan boleh tidak dipilih! Ini bukan wajah Islam yang sebenar!. Lantaran itu, Hukum Hudud gagal dimartabatkan di bumi bertuah ini, dan salah satu puncanya adalah daripada kegagalan PAS sendiri. Selama 50 tahun kewujudan PAS, tetapi mereka lupa untuk menghalakan dakwah mereka kepada UMNO - sebaliknya mereka lebih sibuk untuk menjatuhkan UMNO dan berebut-rebut dengan DAP dan PKR bagi menguasai Malaysia. Sedangkan, Rasulullah sendiri tidak menginginkan kuasa dan kerajaan yang berada di dalam genggaman Raja Kaisar Romawi, Raja Negus, Raja Khosrau II, mahu pun Al-Muqawqis - Rasulullah hanya mahu mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, itu sahaja!

5. Hukum Hudud bukanlah terlalu sukar untuk dilaksanakan di Malaysia - sekiranya orang Melayu-Islam di Malaysia bersatu, dan cita-cita PAS berkenaan hukum Hudud boleh dikompromi, maka parti-parti lain pasti akan tunduk kepada kemahuan UMNO dan PAS. Kita tidak perlu bimbang dengan Karpal Singh dan Lim Kit Siang, sebab kita sudah bersatu dan kuat. Tetapi, malangnya, kerana kita berpecah-belah, dan pada masa yang sama PAS pula tidak mahu mengambil kesempatan pada saat UMNO mengajak parti tersebut untuk bersatu. Maka, semakin sukarlah hukum Hudud hendak dilaksanakan. Pada hemat saya, alangkah eloknya pada ketika UMNO mengajak PAS untuk bersatu, PAS segera ambil kesempatan tersebut dengan meletakkan pelaksanaan hukum Hudud sebagai syarat utama merealisasikanperpanduan UMNO-PAS. Saya percaya UMNO, lambat-laut akan menerimanya. Jika UMNO dan PAS senada dalam isu ini, kaum kafir tidak akan berani angkat muka. Lagi pun UMNO dan PAS sama-sama Islam, lebih mudah urusan dakwah ini dijalankan.

6. Kesimpulan saya adalah mudah, PAS telah mengsia-siakan peluang yang ada dengan mengabaikan kerja-kerja dakwah. PAS lebih selesa menghukum ahli-ahli UMNO daripada terjun ke medan dakwah dengan menggunakan metod lemah-lembut dan berkasih-sayang terhadap ahli dan para pemimpin UMNO. PAS banyak mengabaikan dakwah secara berhikmah, yang memerlukan kesabaran dan masa - sebaliknya PAS menginginkan keputusan yang segera dalam perjuangannya. Mahu segera berkuasa, tidak sabar menyampaikan dakwah kepada UMNO dan tidak sabar apabila diuji. Maka, inilah kesannya - PAS terpaksa menagih simpati dan belas kasihan daripada DAP, semata-mata mahu melaksankan perintah Allah. Inikah cara Islam? Tepuk dada tanya iman. Wallahualam.

KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Ketika PAS dan DAP dilihat masih belum mencapai kata sepakat dalam isu pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam, beberapa penganalisis politik berpendapat kedua-dua aspek itu akan menjadi “duri dalam daging” dalam Pakatan Rakyat (PR) dan boleh menggugat ikatan berusia lebih dua tahun itu.
“Saya sebenarnya tidak nampak PAS serius untuk melaksanakannya dan saya yakin ia hanya bersifat retorik politik semata-mata.
“Bagi saya pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam tidak relevan untuk diamalkan, malah ia hanya akan menjadi duri dalam daging yang akan memecahkan PR,” kata Prof Madya Dr Mohd Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada The Malaysian Insider. PR mengadakan mesyuarat majlis pimpinan parti komponen petang ini, yang pertama sejak isu hukum hudud dan negara Islam muncul semula. Sambung bacaan anda di sini...

PR dianggota PKR, DAP dan PAS. Beliau berkata, tindakan PAS yang sehingga kini tetap membangkitkan kedua-dua aspek tersebut hanya memberikan kesan buruk kepada PR.
“Ini hanya akan menimbulkan konflik antara PAS dan DAP, malah saya percaya ian akan memecahkan PR. Jadi PAS perlu berhenti membangkitkan isu ini, sebaliknya bertindak mengikut peredaran semasa dengan melaksanakan kaedah yang diterima rakyat."

Sumber Azli Shukri

MctHeory:
Payah Sungguh bangsa Melayu nak bersatu..hmm..

Rabu, 18 Ogos 2010

PANAS BEB! ADAKAH UMNO ANTI CINA? PRASANGKA INI PERLU DIUBAH!


UMNO Rasis! UMNO anti cina! Melayu dalam UMNO semuanya anti kaum lain. Berdengung Mc dengar benda ni semasa ada seorang taukeh cina menyebutnya depan Mc. Panas hati! Panas telinga! Kenapa dia berani kata macam tu? Mana dia dapat sumber yang boleh dia kata macam tu? Ikutkan hati mau bagi sebijik kat dahi dia biar biol dua tiga jam. Tapi sekarang ni bulan ramadhan, kena banyak bersabar. Mc cuma terkejut dan terpaku, lalu Mc tanya taukeh tu, tau ke UMNO tu apa? Dia kata tu UMNO semua anti cina, UMNO tu orang melayu punya parti tapi siapa yang ahli UMNO dia mesti tak suka cina. Lebih kurang macam tu la dia kata kat Mc.

Mc kata kat dia balik, "I pun ahli UMNO jugak" Terbeliak mata dia pandang Mc, dia tanya Mc balik, "U ada anti cina ka?" Mc senyum je, Mc balas balik "kita sudah lima tahun buat bisnes sekali, U ada nampak saya anti cina ka?" Dia geleng kepala, kemudian dia kata "kenapa u lain, tapi mereka lain" Mc tanya lagi, "mereka tu sapa?" Dia kata mereka tu pekerja dia la. Dia ada masalah dengan pekerja melayu dia.

Dia ada lima pekerja melayu dan empat pekerja cina. Kemungkinan ada berselisih faham berlaku diantara mereka, empat orang cina ni bergaduh dan bertekak dengan empat orang melayu. Sorang melayu lagi tak ambil kisah pun. Akibatnya, empat orang melayu ni tunjuk perasaan dan tidak bekerjasama dengan empat orang cina ni. Cuba bayangkan, sebuah kedai makan, pekerjanya tidak ada kerjasama, mesti hancur punya la.

Dia dah banyak kali ajak mereka berbincang, tapi masalah yang sama tak selesai juga. Satu hari empat orang melayu tu berhenti kerja serentak dan pergi tanpa meninggal sebarang notis, cuma sms kepada taukeh kedai tu yang bertulis, "Kami Resign!". Maka pening la taukeh ni nak cari pekerja lain, sekarang di kedainya cuma ada seorang melayu dan empat cina. Taukeh tu tanya kepada sorang melayu tadi, "kenapa u tak pergi sekali? U tak kawan dengan mereka ke?" Melayu yang sorang tadi tu namanya Zul, Zul jawab "diorang tu UMNO, orang UMNO memang susah nak baik dengan orang, lagi la dengan cina, UMNO memang anti cina" Hmm.. taukeh tadi pun angguk-angguk bersetuju.

Taukeh tu cerita kat Mc, dalam akhbar cina pun selalu sebut UMNO ni anti cina. UMNO tak suka cina ada kat Malaysia. Sebab tu bila Zul kata melayu UMNO tak suka cina, dia percaya cakap Zul tu 100%. Sebab akhbar cina sekarang pun mainkan benda yang sama. Iaitu UMNO anti cina. Sambung balik cerita taukeh ni dengan Mc. Mc dah bekerjasama dengan taukeh ni lebih dari 5 tahun. Walaupun kami cuma buat urusan niaga, tapi kami tak pernah berburak pasal politik. Ini kali pertama taukeh ni luahkan perasaan geram terhadap pekerjanya kepada Mc.

Mc tanya dia, "u ada nampak i anti cina ke?" Mc terus bertanya "u ada nampak i tak kawan dengan cina ke?, I pun orang UMNO, lebih 13 tahun i masuk UMNO. Tapi ada i jenis anti kaum lain ke? takde kan?, u jangan anggap semua orang sama. UMNO tak ajar ahlinya membenci kaum lain. UMNO cuma jaga melayu, jaga Malaysia dengan kaum-kaum yang lain. Selama 50 tahun lebih UMNO/BN jadi kerajaan, cina jugak yang kaya kan?" Taukeh tu terus terdiam, mungkin dia rasa bersalah kot.

Kemudian dia minta maaf, dia tak bermaksud nak buat Mc marah katanya. Mc kata kat dia Mc tak marah, cuma bila dia terus tuduh macam tu. Mc rasa terguris dan tercabar jugak. Tapi kalau orang tak tahu, kita kena beritahu. Taukeh ni dengar dari sumber yang salah, memang la dia akan salah anggap. Akhbar cina sekarang ni banyak mainkan isu sensitif. Isu yang tidak sepatutnya dia sentuh, dia akan sentuh dan apabila UMNO bersuara, teruk UMNO dihentamnya, dituduhnya UMNO macam-macam.

Bagi orang yang dah lama kenal UMNO macam Chua Soi Lek pun boleh minta bukan-bukan, inikan pulak peniaga cina yang tak tahu apa kebenda pun pasal politik ni. Kaum Cina sebenarnya sudah selesa di Malaysia, tapi bila ada bangsat-bangsat yang dok mencucuk mereka, mengenai hal 'hak mereka ini dan hak mereka tu', sebab tu mereka jadi tamak dan meminta yang bukan-bukan. Kita kena halang 'bangsat' Dap yang selalu merosakkan kaum cina supaya jadi lebih tamak. Mereka sudah menguasai ekonomi lebih 60 peratus, apa lagi yang mereka nak?

Lagi satu yang jadi masalahnya, budak yang beritahu taukeh tentang UMNO, budak tu budak melayu, ni apa punya melayu makan melayu ni. Budak ni kalau bukan orang Pas, mesti PKR ni. Dengar kata budak Zul tu sudah naik pangkat jadi 'Supervisior', ciss.. pandai bodek, tipu sikit-sikit, dapat la naik pangkat. Ini lagi mangkuk hayun, bila melayu tikam melayu adehh laa. Memang dasar melayu Pas dan PKR sanggup tikam kaum sendiri untuk memerintah ke? Dasar pembelit!

P/s: Akhbar cina dah melampau! Jangan kasi muka pada mereka patutnya, banyak meracun dari membantu!

MctHeory:
Melayu Pas dan Pkr, untuk jadi kerajaan, jilat pungkoq cina pun takpa! betui dak?

Ahad, 15 Ogos 2010

PKR TERENGGANU BERMASALAH! PAS PULA MALAS, DAP DAH LAMA MATI!


Artikel ni Mc ambil dari sebuah blog pro pembangkang, baca dulu apa yang ditulis, kemudian Mc ulas.
Aku jahat mulut kalau aku kata PKR Dah lama meninggal di Terengganu. Walhal, Keadilan Terengganu dengar ceritanya ramai bijak pandai? atau hanya ramai bijak yang hanya pandai bercakap dan buatnya tidak. Mana pergi SU, mana pergi Ketua Penerangan yang bijak sangat tu? Ramai-ramai tu sekor pengundi pun tak boleh bantu daftarkan?

Ketua Perhubungan PKR Negeri Haji Rahman terlalu sibuk dengan facebooknya hingga terlupa nak uruskan PKR Terengganu. Nasib baik ada SU yang juga bekas Ahli Biro Tata Negara yang berusaha bersungguh-sungguh khabarnya untuk menghidupkan PKR dengan membawa masuk kembali orang-orang lama supaya giat semula.

Otai PKR ramai yang berkelayakan dan kesemuanya layak untuk menjadi calon di seluruh Terengganu. Tapi kalau sekor pengundi pun tak bawak masuk, hantu mana nak sokong hang? hang jawablah..Dah tu bila kalah salahkan hantu....Terdengar soksek sekarang ni sebok masing-masing nak jadi calon...tapi pengundi tak dekati

He he. . nampaknya Puak Pembangkang kat Terengganu memang bermasalah, ingatkan UMNO saja yang bermasalah tapi pembangkang kat sana pun bermasalah jugak. Confirm, Terengganu ni memang negeri yang bermasalah la. Cuma Alhamdullilah UMNO masih lagi bekerja untuk mendaftarkan pengundi baru tapi komponen BN yang lainnya langsung tak boleh harap. Apa nak jadi dengan komponen BN yang lain, bukan kata Terengganu, di negeri yang lain pun teruk. Patutnya Mr Kaveas presiden PPP tu bubarkan je la partinya, tak membantu langsung.

Gerakan, hampeh dimana-mana, MCA boleh la tahan. UMNO juga yang nampak buat kerja, tapi tak cukup strong. BN tak nak menang PRU ke 13 ke?

P/s: Komponen BN weii.. cukup-cukupla tidoq tue!

MctHeory:
Misteri! Dengar kata MB Terengganu bakal bertukar lagi nanti? he he. .