Sponsor

Memaparkan catatan dengan label DOJ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DOJ. Papar semua catatan

Rabu, 28 Disember 2016

Kes 1MDB di Amerika diteruskan!!



Antara harta yang dikatakan dibeli oleh Jho Low hasil dana 1MDB.

"Harapan ialah dengan pendedahan oleh mahkamah di AS itu akan menepis segala tohmahan pihak tertentu bahawa isu harta daripada dana 1MDB yang dicuri oleh Jho Low ini sebagai satu daripada cara mencemar dan usaha menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib."

Hari ini Isnin 12 Disember 2016 adalah tarikh menarik untuk semua rakyat Malaysia ikuti perkembangan tuntutan keluarga hartawan Malaysia, Low Taek Jho dikenali sebagai Jho Low, yang dikaitkan dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mereka, termasuk bapanya, menuntut semula aset yang ‘dimiliki Jho Low’ yang disita oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Seorang hakim Persekutuan di negara Uncle Sam itu sudah menolak usul yang menuntut mereka diberikan masa untuk mencuba nasib di mahkamah di luar negara.

Jho Low adalah antara individu yang dinamakan dalam saman sivil RM4,000 juta) yang didakwa dari dana yang diselewengkan daripada 1MDB.

Dana itu dialihkan kepada hartanah mewah di New York, Beverly Hills dan London, lukisan berharga dan sebuah jet peribadi.

Bayangkan apa boleh dibuat dengan RM4,000 juta untuk pembangunan rakyat di negara ini. Pedulikah kita?




Keluarga Jho Low itu mahu ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman, dengan harapan ia boleh menimbang permohonan mereka mendapatkan harta-harta berkenaan.

Keputusan untuk meneruskan perbicaraan hari ini boleh menggagalkan rancangan itu. Peguam mereka ialah Daniel Zaheer daripada Kobre & Kim.

Mereka berusaha memfailkan usul untuk menangguhkan pendengaran hari ini (12 Disember 2016) kepada 23 Januari 2017 bagi membolehkan mereka ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman.

Kes-kes terbabit yang diusul keluarga Jho Low di sebuah Mahkamah Daerah Pusat California (Los Angeles) ialah: 16-cv-05364, 16-cv-05367, 16-cv-05368, 16-cv-05369, 16-cv-05370, 16-cv-05374, 16-cv-05374, 16-cv-05375 dan 16-cv-05378.

Tujuannya mencuba dan mendapatkan hartanah serta aset lain yang dipindahkan kepada pemegang amanah baru.

Kenyataan pada Rabu lalu menyebut Hakim Daerah AS itu, Dale Fischer menolak kedua-dua usul untuk menangguhkan pendengaran dan permohonan berasingan untuk melanjutkan tarikh akhir memfailkan tuntutan.

Tiada sebab diberikan dalam kenyataan pada Rabu lalu.




Pendakwa raya persekutuan yang membantah penangguhan pendengaran tersebut, menegaskan bahawa sudah hampir lima bulan berlalu sejak DOJ memfailkan saman sivil mendakwa lebih AS$3.5 bilion telah disalahgunakan daripada dana 1MDB.

Selain Low, Jabatan Kehakiman telah menamakan Riza Aziz dalam saman sivil itu. Aziz adalah anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Najib, dan merupakan pengasas Red Granite Pictures, yang mengeluarkan filem blockbuster Hollywood 2013 'The Wolf of Wall Street'.

Tuntutan keluarga Jho Low ini jika dilihat daripada berbagai perspektif akan membawa kepada pertanyaan dan hakikat bahawa:


1. Benarlah dakwaan DOJ bahawa Jho Low memiliki harta-harta seperti disebut dalam saman terhadapnya. Ini kerana jika Jho Low tidak ada harta berkenaan, bagaimana keluarga beliau boleh menuntut bagi pihaknya. Bagaimana kesudahannya?

2. Wajarkah harta yang dicuri daripada dana 1MDB dipindah milik kepada keluarga sedangkan ia masih dalam siasatan DOJ?

3. Walaupun tahu ia bukan harta yang dikumpul secara ‘bersih’ tetapi kenapa keluarga Jho Low bimbang semua harta berkenaan dirampas dan mahu dijadikan n milik mereka?

4. Apa usaha keluarga Jho Low selanjutnya jika terus gagal untuk dibawa kes ini ke New Zealand dan Kepulauan Cayman?

5. Persoalan asas yang belum terjawab ialah kenapa pemimpin dan kerajaan Malaysia tidak sama menuntut harta yang dikumpul oleh Jho Low itu untuk dibawa ulang ke negara ini?

6. Apakah harta yang dimiliki Jho Low itu bukan harta rakyat negara ini?
Persoalan kelima ini menarik kerana Jho Low kini dilihat seperti ‘manusia kebal’ di Malaysia sedangkan di Singapura, lain pula kedudukannya.

Bukan sahaja pemimpin negara, parti utama yang memerintah iaitu UMNO dan pihak berkuasa lain tetapi rakyat juga kebanyakannya bagaikan tidak menghiraukan wang sebanyak AS1,000 Juta (RM4,000 juta) dicuri oleh Jho Low.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagaikan tidak berminat dengan ‘perbuatan Jho Low’ ini, walaupun rakyat mempersoalkan hubungan rapat antara mereka.

Sedangkan di Sigapura, pada 10 November 2016 lalu, Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) negara itu dilaporkan berminat untuk menyoal jutawan kelahiran Pulau Pinang itu dalam siasatan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.

The Straits Times Singapura memetik pegawai penyiasat CAD, Oh Yong Yang menyatakan pendirian CAD itu kepada mahkamah semasa perbicaraan kes bekas pegawai bank BSI Yeo Jiawei yang menghadapi pertuduhan membantu pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB dan cuba menutupnya.

Oh dipetik sebagai berkata bahawa polis Singapura juga berminat menyoal sekutu Jho Low, termasuk Eric Tan Kim Loong dan Mohamed Badawy Al Husseiny.

Laporan akhbar utama Singapura itu menyebut ketiga-tiga lelaki itu juga sedang disiasat oleh pihak berkuasa yang lain.

Mereka juga dinamakan dalam saman sivil DOJ AS setebal 136-halaman berhubung siasatan saga 1MDB.

DOJ percaya lebih AS$3.5 bilion diselewengkan daripada dana Malaysia itu dan disalurkan melalui sistem kewangan Amerika.

Diharapkan ada suatu keputusan menarik daripada perbicaraan hari ini yang akan membawa harapan kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan kembali harta milik mereka yang dicuri.

Juga harapan ialah dengan pendedahan oleh mahkamah di AS itu akan menepis segala tohmahan pihak tertentu bahawa isu harta daripada dana 1MDB yang dicuri oleh

Jho Low ini sebagai satu daripada cara mencemar dan usaha menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib.

Jika keluarga Jho Low berharap mendapatkan harta berkenaan, rakyat Malaysia pula pastinya berdoa dan berharap yang benar akan tetap muncul akhirnya.

Biarlah harta yang dicuri itu dijaga sementara oleh pihak berkuasa AS daripada ia jatuh ke tangan Jho Low dan konco-konconya yang mendapatkannya secara jahat dan haram melalui penyelewengan dana 1MDB yang kini dibicarakan oleh banyak negara dunia.

Siapa Kata DOJ Tarik Kes 1MDB di Amerika?



Pelik bila ada yang kata DOJ Department Of Justice kononnya menarik balik kes 1MDB di Amerika. Siapa kata? Atau yang berkata demikian sebenarnya kena tipu dengan media arus perdana di Malaysia ni.




Update terkini kes 1MDB di Amerika. Tobat Lahom tak masuk media di Malaysia.



Kenyataan dan butiran bahawa usahawan terkenal di seluruh dunia yang dikaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho memang ada harta di luar negara benar belaka.

Laporan Reuters mengesahkan bahawa melalui usul di Mahkamah Persekutuan di Los Angeles, selepas keluarga beliau menuntut supaya harta itu ditukar kepada pemegang amanah baru.

Kini sah sudah ahli perniagaan, yang lebih dikenali sebagai Jho Low adalah antara individu yang dinamakan dalam tindakan undang-undang sivil difailkan pada Julai oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), memiliki harta berkenaan hasil penipuan liciknya mendapatkan dana dan harta 1MDB.

Dia didakwa menyalahgunakan lebih AS$3.5 bilion daripada dana 1MDB.

Tindakan undang-undang berusaha merampas AS$1 bilion aset didakwa disalurkan dari 1MDB dan dialihkan ke dalam estet hartanah mewah di New York, Beverly Hills dan London, lukisan berharga, dan jet peribadi sedang diusahakan oleh DOJ.



Hotel Park Lane di New York yang dimiliki Jho Low.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan dana itu 2009 dan mempengerusikan lembaga penasihatnya sehingga baru-baru ini.

Najib menafikan sebarang kaitan dengan Jho Low dan salah laku selain menegaskan Malaysia akan bekerjasama dalam siasatan antarabangsa.

Kenapa semuanya benar bahawa Jho Low memiliki harta berkenaan?

Ini kerana tindakan keluarga Jh Low yang bercadang mengambil tindakan mahkamah baharu dalam usaha menghalang kerajaan Amerika Syarikat (AS) merampas aset berkaitan 1MDB yang sedang disiasat, menyerlahkan segala-gakanya.

Laporan Reuters yang dipetik hingga ke Kanada, Indonesia, Singapura dan beberapa negara lain menyebut, kini empat keluarga terdekat Jho Low akan memfailkan tindakan mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman minggu ini agar hartanah dan aset lain dipindahkan kepada pemegang amanah baru.



Pendedahan itu berdasarkan usul pada Isnin lalu di Mahkamah Persekutuan Los Angeles.

Ia bertujuan menangguh pendengaran, dan memberikan masa kepada ahli keluarga membawa kes ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman, yang dipersoalkan kerajaan tentang lokasi sesuai bagi permintaan itu. Kerajaan menentang tindakan melambatkan perbicaraan dari 12 Disember hingga 23 Januari.

Pada 31 Oktober lalu, Bloomberg menyebut, keluarga Jho Low melakukan tindakan untuk menyekat DOJ merampas aset yang dibeli oleh usahawan Pulau Pinang itu melalui dana yang didapati secara ‘haram; dari 1MDB.

Pada ketika Jho Low sendiri nampaknya ‘menyembunyikan diri; namun keluarga – bapa, adik beradik dan dua lagi ahli keluarganya – berada di AS untuk memindahkan aset itu kepada mereka.

Menurut Bloomberg: “Relatives of the financier accused by U.S. prosecutors of playing a central role in siphoning more than $3.5 billion from Malaysia’s state investment fund are fighting attempts to seize assets acquired with misappropriated funds.

Four family members of Low Taek Jho, also known as Jho Low, have initiated claims for properties the U.S. said he bought with money from the 1MDB fund, including a $100-million interest in EMI Music Publishing Group, a $35 million Bombardier jet, and a $200-million stake in the Park Lane Hotel in New York.

The family members, including Low’s brother and father, say they are beneficiaries of the family-owned trust that controls the assets and were forced to file claims themselves because the Swiss trustees have refused to take any action in the forfeiture lawsuits, according to filings Monday in Los Angeles federal court.”


Laporan dalam akhbar Metro Amerika Syarikat

Straits Times Singapura memetik laporan Bloomberg pula menyebut: “The Low family members, who reside in Malaysia, disclosed their intent to try to replace the trustees while seeking to postpone a hearing set for Dec. 12 in Los Angeles on whether they have the right to intervene in the U.S. cases. The family members say they are the beneficiaries of the trusts that hold the assets, and if they or a replacement trustee aren't allowed to bring a claim, their possessions will go to the U.S. by default.

Tindakan keluarga Low untuk mencuba mahkamah lain datang selepas kerajaan AS menentang percubaan sebelumnya bagi menggantikan pemegang amanah semasa, yang dikatakan tidak dapat memfailkan tuntutan bagi memindahkan kawalan aset.

Selain Jho Low, Jabatan Kehakiman juga menamakan Riza Aziz dalam tindakan undang-undang itu. Aziz adalah anak tiri Najib dan pengasas Red Granite Pictures, yang menerbitkan filem blockbuster Hollywood blockbuster “The Wolf of Wall Street” pada 2013.

Tindakan undang-undang tidak menamakan Najib tetapi berkata lebih AS$700 juta dana disalahgunakan mengalir ke dalam akaun “Pegawai Malaysia Nombor 1”, yang AS dan pegawai Malaysia kenal pasti sebagai Najib.

Selasa, 27 Disember 2016

DOJ Bongkar 1MDB, Rakyat Malaysia Diperbodohkan


Tujuan asal hanya tinggal tujuan. Akhirnya rakyat yang terbeban.



Untuk pengetahuan semua, kes 1MDB masih berjalan di Amerika. Walaupun sudah dua kali cubaan keluarga Jho Low untuk membuang kes mahkamah ini.