Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Dasar Pakatan Rosak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dasar Pakatan Rosak. Papar semua catatan

Rabu, 12 Jun 2013

PANASS!! Apa akan jadi jika Ahli Parlimen Pembangkang Boikot?



Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ahli dewan yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas hari pertama persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan akan gugur kelayakan sebagai ahli parlimen.

"Mengikut perlembagaan, artikel 59 (1) kalau Ahli Yang Berhormat yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas persidangan pertama selepas pilihan raya, maka dia akan disqualified (sebagai ahli parlimen)," katanya.

Beliau mengulas rancangan yang disuarakan oleh NGO tertentu agar wakil Pakatan Rakyat memulaukan majlis angkat sumpah sebagai ahli parlimen.

Pada 7 Jun, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor mempertimbangkan untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan.

Bagaimanapun, pada hari yang sama Penasihat DAP Lim Kit Siang dilapor menegaskan tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah walaupun parti itu tidak puas hati dengan sistem pilihan raya dan akan memfailkan petisyen pilihan raya.

Tiga hari kemudian, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu membuat pendirian yang sama dengan menolak gesaan memulaukan sidang Parlimen sambil menegaskan MP PAS akan menghadiri sidang Parlimen seperti biasa.

Mengulas lanjut, Pandikar berkata anggota dewan masih boleh mengangkat sumpah pada hari lain selepas majlis berkenaan, dengan alasan tertentu.

"Ya, boleh mengangkat sumpah tetapi bagi mereka yang mempunyai alasan tidak boleh mengangkat sumpah pada hari pertama.

"Kalau sengaja dengan alasan memboikot tidak mahu mengangkat sumpah dalam temph enam bulan, maka gugur kelayakan, menurut perlembagaan. Itu tafsiran saya," katanya.

Pandikar berkata sekiranya ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak mengangkat sumpah, ia juga disifatkan sebagai "penghinaan" terhadap sistem di negara ini.

"Oleh kerana takut dilucut selepas enam bulan dan dia failkan ada hari alternatif untuk angkat sumpah, kenapa buat begitu. Kenapa?

"Kalau mereka mahu buat begitu, barangkali saya sebagai speaker, saya juga mungkin boleh boikot waktu mereka mengangkat sumpah pada hari berlainan.

"Kalau (MP) boleh boikot sistem demokrasi, saya juga sebagai speaker barangkali mungkin saya membuat pendirian saya akan boikot, pada hari mereka mengangkat sumpah.

"Jadi timbalan-timbalan saya juga akan boikot. Tidakkah begitu jadinya?," katanya dengan nada berseloroh sambil menambah tindakan tersebut dilihat sebagai satu penghinaan terhadap parlimen dan Yang Dipertuan Agong.


Isnin, 27 Mei 2013

PANASS!! Bila AMK Bertumbuk dengan Pemuda Pas!! #TolakPR


Hubungan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) ibarat retak menanti belah apabila pemimpin kedua-dua sayap PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mula bertelagah dan saling menyalahkan antara satu sama lain terhadap kegagalan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU12), 5 Mei lalu.

Ia bermula apabila Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin pada Kongres Nasional PKR Ke-9 kelmarin secara terbuka menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan penyokong PKR kerana didakwa mencerca calon parti itu semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.

Shamsul Iskandar turut membidas Abdul Hadi kerana mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan PKR hingga menyaksikan wujud pertembungan antara kedua-dua parti pada PRU13 di beberapa kawasan dan seterusnya menyebabkan kekalahan kepada pakatan pembangkang.

Berang dengan tohmahan yang dilemparkan oleh AMK tersebut, Dewan Pemuda PAS Gombak (DPP Gombak) bertindak mempertahankan Presiden PAS dengan menggesa AMK supaya tidak bersikap sombong dan sedar tentang masalah yang sering ditimbulkan PKR dalam pakatan pembangkang selama ini.

“Kami tidak kisah untuk AMK mengkritik mana-mana pimpinan PAS, tapi kita ada saluran dalaman yang menjadi amalan selama ini. AMK pula menjadi penyambung lidah macai Barisan Nasional (BN),” katanya melalui satu kenyataan media lewat malam tadi.

Abdul Hadi pada kempen PRU13 membuat kenyataan terbuka pertindihan kerusi yang berlaku antara PAS dan PKR bertujuan menggelakkan calon daripada lompat parti.Presiden PAS itu semasa kempennya juga mendakwa terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah “pil kuda” dan berideologi komunis.

Bertindak mempertahankan Presiden PAS, Syarhan Humaizi berkata, Shamsul Iskandar sepatutnya sedar wakil rakyat PKR yang diambil secara serkap jarang untuk menghadapi PRU12 telah menyebabkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang Perak pada 2008.

Katanya, lebih memalukan buat PKR apabila beberapa wakil rakyat parti itu turut mengkhianati PAS dan DAP dengan melompat parti dan sebab itu Abdul Hadi mengambil keputusan untuk menegur calon PKR pada PRU13.

Justeru, katanya, tindakan Presiden PAS mencerca calon tangkap muat PKR pada PRU13 adalah wajar dan tidak sepatutnya dipertikaikan oleh AMK.

Syarhan Humaizi juga meminta AMK sedar dan insaf tentang kekangan serta ketandusan petugas pilihan raya mereka pada PRU13 kerana kebanyakan petugas-petugas AMK dan PKR hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu bertindak dan akhirnya jentera Pemuda PAS terpaksa membantu mereka.

“Ia dilihat sendiri oleh rakyat yang akhirnya menyaksikan beberapa calon PKR ditolak di peringkat Parlimen sedangkan calon PAS di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) menang besar,” tegasnya.

Tambahnya, PAS berusaha melahirkan jentera dan petugas yang istiqamah, namun mereka bukan macai calon PKR.

Sumber Mynewshub

Sabtu, 18 Mei 2013

HOT INFO! Umat Islam Jadi Balaci Jika PR Menang Malaysia!! #TolakPR




Selepas selesai proses penamaan calon sempena PRU-13 pada 20 April 2013 yang lalu, jentera propaganda pakatan pembangkang sibuk mendabik dada mendakwa PR paling layak disokong oleh orang Melayu Islam kerana sebahagian besar calonnya adalah keturunan Melayu dan beragama Islam.

Mereka mengusung angka 139 mewakili calon Melayu Islam dalam PR di peringkat Parlimen berbanding hanya 132 orang sahaja calon BN dari keturunan Melayu Islam bagi menunjukkan suara orang Melayu Islam lebih dihargai dalam PR berbanding BN.

Di lihat dari angka 132 orang calon Melayu Islam dari BN itu memang kecil berbanding 139 calon Melayu Islam dalam PR. Tapi angka 139 itu tidak mencerminkan mencerminkan kesungguhan sebenar PR dalam menjaga kuasa politik dan hak orang Melayu dan Bumiputera Islam, itu hakikatnya.

Angka 139 itu hanya betul dari segi kuantiti yang terbukti tidak berkualiti apabila realiti semasa menunjukkan selepas hari pengundian 5 Mei 2013 akhirnya hanya tinggal 37 orang sahaja wakil Melayu Islam dalam PR yang memenangi kawasan Parlimen yang ditandingi dalam PRU-13.

Dari 37 orang itu pula terbahagi kepada tiga yakni 21 di pihak PAS dan 14 mewakili PKR yang mana sebahagian dari mereka ini adalah Melayu Liberal. Sementara dua orang lagi wakil Melayu Islam datangnya dari DAP termasuklah seorang daripadanya adalah Cina mengaku Melayu iaitu Zairil Khir Johari atau nama betulnya Christopher Ross Lim.

Persoalannya, adakah dengan wujudnya 37 suara Melayu Islam dalam PR itu besar maknanya dalam menentukan hala tuju PR? Tentu sekali tidak, kerana di kira dari sudut mana sekali pun ia tetap minoriti berbanding baki 52 orang wakil PR berbangsa Cina dan India.

Majoriti besar orang Melayu Islam dan kaum Bumiputera yang lain tidak mungkin menyokong PR selagi mana DAP mendominasi hala tuju pakatan itu apatah lagi dengan dasar liberal PR dalam hal agama Islam. Di tambah pula dengan PR itu sendiri bergerak atas kerjasama rapuh yang berubah-ubah pendiriannya, mana mungkin sanggup orang Islam memberikan sokongan.

Ketika Melayu Islam lebih ramai dalam PR sebelum PRU-13 dulu pun, para pemimpin PR gagal mempertahankan hak Melayu Islam dari sudut agama dan akidah misalnya, apa lagi yang nak diharapkan dari suara kecil minoriti yang berjumlah cuma 37 orang itu? Agaknya makin galak mereka berjuang untuk kepuasan si abang besar DAP.

Berbanding BN yang mana lebih 100 wakilnya di Parlimen adalah kaum Melayu dan Bumiputera Islam, jelas sekali menunjukkan BN lebih mendapat tempat di hati pengundi beragama Islam kerana wujudnya polisi yang lebih meyakinkan mereka berbanding retorik dan propaganda murahan dari PR yang hakikat praktikalnya ditentukan oleh kaum Chauvinis Cina dari DAP.

PRU-13 yang lalu menonjolkan pendirian jelas orang Melayu Islam yang cenderung bersama BN kerana terbukti sama ada ketika susah atau senang, hak majoriti rakyat Malaysia yakni yang terdiri dari kalangan Melayu Islam dan Bumiputera lain tetap terjamin sementara hak kaum lain juga tidak tergugat selagi mana mereka menghormati penduduk majoriti negara ini.

Sabtu, 4 Mei 2013

PANASS AIH!! Dap Kecam Pas Kerana Belot Kepada Perjuangan Pakatan!! #HancurPR #PRU13




Wahh.. nampaknya selisih faham diantara Dap dan Pas sudah semakin ketara. Apakah sejarah akan berulang kembali? Apakah sejarah lumpuhnya Barisan Alternatif bila Dap menarik diri dari gabungan haram tersebut?

Terbaru DAP menuntut PAS memberi penjelasan berhubung surat sulit yang disebarkan kepada setiap cawangan PAS di seluruh negara sebagaimana didedahkan oleh blog Mc semalam. Nak baca boleh klik SINI.

Selain DAP, PKR melalui Timbalan Presiden PKR melalui blog rasminya juga turut memetik gerakan mufarakah (berpisah) oleh PAS.


Rujuk petikan blog Azmin Ali :




Setakat ini tiada sebarang penafian daripada pimpinan tertinggi PAS, mungkin Mustapa Ali tengah sibuk menguruskan spender-spender putih dalam simpanannya. Atau pun sibuk membuat surat nikah palsu untuk didedahkan pada tatapan umum.

Belum pun mereka jadi Kerajaan, mereka sudah tidak sefahaman dan berpecah belah. Yakinkah Pakatan Haram ini mampu memerintah Malaysia?

Fikir la sendiri..

McTheory:
Saat-saat akhir ni, macam-macam boleh jadi!

Khamis, 18 April 2013

PANASS!! Projek Sulihh Pas Pelingkup, BN Juga yang Perbaik Balik!! #TukarKedah #SaveKedah




YAN: Barisan Nasional (BN) akan meneruskan projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY), projek mega yang pernah dirancang kerajaan BN sebelum ini, jika berjaya merampas semula pentadbiran negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata projek itu yang mampu menjana pendapatan tinggi kepada negeri selain mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji lumayan kepada rakyat adalah antara perkara yang dimuatkan dalam manifesto BN Kedah pada PRU13, 5 Mei ini.

"BN mempunyai komitmen tinggi untuk membangunkan projek ini dengan kerjasama pihak swasta kerana ia mampu menjana sumber ekonomi kepada negeri dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Mini Padang Lumat di sini, hari ini.

RTC mini itu antara lain menawarkan perkhidmatan tempahan kad perkahwinan, jualan alat tulis, kursus kemahiran dan kelas komputer serta menyediakan lapan inisiatif, termasuk pertanian bernilai tinggi, kerjasama universiti dan pemprosesan produk agro makanan.

ZIPY diumumkan pada 2007, hasil perancangan kerajaan BN semasa memerintah Kedah. Projek itu membabitkan pembinaan kilang penapisan minyak bagi memproses minyak mentah dari Asia Barat sebelum dijual ke negara-negara Asia Timur.

Selepas pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran Kedah selepas PRU 2008, mereka bersetuju meneruskan projek itu dan menukar namanya kepada Projek Hab Hidrokarbon Sungai Limau (Sulihh).

Bagaimanapun, kerajaan negeri pakatan mahu menggunakan kaedah lain iaitu menambak laut, namun gagal dilaksanakan, dengan memberi alasan kononnya projek itu tergendala disebabkan pemaju yang dilantik menghadapi masalah teknikal dan kewangan.

Mengikut perancangan sebelum ini, projek itu dijangka siap tahun ini dan mampu menjana pendapatan RM400 juta setahun untuk kerajaan negeri.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kegagalan kerajaan negeri yang diterajui PAS melaksanakan Sulihh disebabkan pelabur swasta tidak yakin terhadap kerajaan negeri.

Beliau berkata projek ZIPY itu membabitkan cadangan pembinaan jana kuasa baru di Pulau Bunting bagi membekalkan tenaga elektrik ke selatan Thailand manakala pihak swasta juga akan membina pelabuhan untuk minyak dan gas dari selatan Thailand untuk dieksport ke Jepun dan China.

Katanya, kerajaan negeri gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat manakala pembangunan Kedah terbantut selama lima tahun.

"Oleh itu rakyat perlu memberi kepercayaan kepada BN untuk memerintah dan memajukan Kedah pada PRU13 ini," kata Mukhriz. - BERNAMA

Isnin, 25 Mac 2013

HOT INFO!! Kit Siang Ketuai Pakatan Untuk Tawan Johor?



Penulis: Lim Ming Fah eksekutif akhbar

Apabila saat-saat Anwar Ibrahim umumkan Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah, ramai pengikut Pakatan Rakyat bergembira sehingga seperti lupa diri, mereka anggap pertandingan kali ini mesti boleh menang; dimana pihak media cetak juga secara amnya memang beri tumpuan kepada Lim Kit Siang, diramalkan memang Lim Kit Siang boleh menang sepenuhnya.

Tetapi cuba kita senyap seketika dan halusi lagi, pertandingan kali ini, MCA tidak semestinya tewas. Di dalam politik macam-macam boleh jadi, lebih-lebih lagi Lim Kit Siang bukan tuhan, dalam setengah Abad beliau bertarung, bukankah banyak liku dan ranjau yang telah beliau lalui, beliau pernah tewas sebanyak 5 kali, pada tahun 1968 beliau telah tewas di pilihan raya kecil DUN Serdang, pada tahun 1982 telah tewas di DUN Bandar Hilir Melaka, pada tahun 1995 tewas di DUN Tanjung Bungah Pulau Pinang, pada tahun 1999 kalah kedua-dua kerusi di Pulau Pinang yang memalukan, beliau bukan sahaja tewas di kerusi Parlimen Bukit Bendera, malah dia juga tewas di kerusi DUN Kebun Bunga Pulau Pinang.

Zhang Shi Teng (terjemahan Mandarin) dari MCA kalahkan beliau dengan majoriti 26,405 undi; pada tahun 2004 muka baru dari MCA Tan Ah Eng telah tewaskan beliau dengan majoriti 31,666 undi, pada tahun 2008 apabila berlaku angin bantahan di mana Tan Ah Eng masih menang 8,851 undi di Gelang Patah, dari rekod-rekod ini menunjukkan, MCA sudah bertapak kuat di Gelang Patah, bukan semudah itu DAP mahu ditewaskan MCA dengan sewenang-wenangnya.

Selama 18 tahun ini, Gelang Patah hanya diwakili oleh 2 tokoh MCA sebagai ahli Parlimen di situ. Perkhidmatan mereka memang telah diikitraf ramai, kedua-dua tokoh ini mesra rakyat, dalam media cetak akhbar mereka dapat sanjungan nama buaian, bermakna MCA mempunyai kekuatan dan sokongan tiket undi tertentu di Gelang Patah. Tetapi kali ini MCA tukar muka baru Teoh Sew Hock menjadi kontroversi dan perbalahan dalaman MCA buat masa ini, sengketa itu berlaku, DAP yang selama ini menunggu peluang keemasan itu hampir selama 20 tahun, kini sudah tiba masanya untuk peluang itu. Sebab itu berlaku DAP lancarkan dan hantar calon askar payung terjun di Gelang Patah.

Langkah dan Strategi DAP bukan sahaja bertanding di Gelang Patah, DAP berhadap mereka dapat pergunakan kewibawaan Lim Kit Siang untuk memecahkan rekod itu, serta untuk membangkitkan semangat DAP pada keseluruhannya, untuk membawa negeri Johor sebagai negeri baris hadapan yang dianggap bukan tugas yang begitu mudah, tujuan yang lebih besar lagi untuk melangkah ke Putrajaya.

Langkah caturan bahaya yang dilakukan oleh Lim Kit Siang, saya teringat kembali 2 orang tokoh pembangkang di negara jiran, dimana keadaan kedua-dua tokoh itu berbeza nasib.

PRU 2011 Singapura, Low Thia Khiang dan Than See Tiong (terjemahan Mandarin) dari parti Pekerja, sebelum ini Low Thia Khiang di zon selesa menang 1 kerusi setiap penggal, selepas itu beliau wakilkan orang kuat parti bertanding di kawasan itu dan beliau berpindah kawasan, dimana hasilnya walaupun wakil beliau tewas tetapi parti perkerja telah menang 6 kerusi, menyebabkan kewibawaan beliau dan nama parti meningkat naik, dimana Than See Tiong tewas kesemuanya, walaupun Than See Tiong dikatakan orang kuat parti akhirnya tewas juga, dimana isteri Than See Tiong juga turut bertanding, namun kalah teruk ditewaskan oleh calon PAP, bermakna perjalanan politik Than See Tiong telah pun berakhir.

Contoh-contoh seperti di atas, strategi itu agak seperti ada persamaannya dengan DAP, cara mereka susun strategi masih boleh dipertikaikan, dan keputusannya nanti pastinya akan berbeza. Walaupun mereka telah dedahkan strategi politik mereka, namun pihak BN masih belum lagi paparkan sebarang strategi, kenapa waktu ini mahu putuskan terus bahawa Lim Kit Siang pasti menang, bukankah kata-kata itu terlalu awal lagi, ini bermakna itu satu kesilapan bagi pakar strategik yang hanya memperkecil-kecilkan musuh!

Terjemahan:
Sulaiman Koh Abdullah

Komen Mc:
Persoalannya, Anwar nak bunuh Kit Siang ke? Atau memang Anwar yakin Kit Siang boleh menang di Gelang Patah tu? Namun pertaruhan berani kali ini memang kita tak jangka. Salahudin Ayub juga dikatakan dihantar bertanding di Johor. Apakah kali ini benar-benar Pakatan yakin mereka boleh tawan Johor?

Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang pun Pakatan nampak goyah, ada hati nak rampas kubu kuat BN? Hentikanlah mimpi disiang hari.

McTheory:
Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran! he he..

Rabu, 27 Februari 2013

TUDIAA!! Kisah Sedih Pak Hamid Pondok Usang Penyokong Pakatan Haram?!!

DALAM kita sibuk meneraju ke arus pemodenan dan masa bergerak pantas mengejar kekayaan, kadang kala kita terlupa kepada insan yang masih memerlukan. Rupanya masih ramai lagi insan malang di bumi Malaysia ini yang masih memerlukan keprihatinan insan yang lebih rezekinya.
Bukan hendak mencari salah sesiapa tetapi itulah hakikat yang perlu ditelan saat ini. Sepertinya kita semua lupa tentang nasib golongan tidak berumah ini. Sepertinya kita leka dengan kehidupan dunia penuh politik.
Untuk makluman, dari maklumat yang disampaikan oleh sahabat di Sabak Bernam, individu yang bernama Pak Hamid (kalau tak silap) telah lama menjadikan pondok kecil ini sebagai rumah untuk berteduhnya. Dengan hanya bekerja sebagai pencari barangan terbuang, beliau hidup tanpa meminta belas ihsan orang lain.
Pak Hamid Orang Pakatan

Jangan salah sangka dengan rumah Pak Hamid yang penuh kiri dan kanan digantung bendera pakatan seperti PAS dan PKR. Beliau bukan ahli mana-mana parti politik. Dan beliau lebih mementingkan cara mencari makan dengan cara yang halal dari berpolitik untuk memfitnah dan menipu bangsanya sendiri.
Bendera-bendera tersebut adalah hasil sumbangan pemimpin parti pakatan di situ. Baru-baru ini, pakatan Sabak Bernam ada mengadakan satu himpunan anak muda Sabak Bernam yang bertempat berhampiran rumah Pak Hamid. 

Himpunan tersebut telah meninggalkan sampah sarap yang menjadi sumber rezeki Pak Hamid. Dan bendera-bendera tersebut dikutip sebagai membuat langsir atau dinding untuk rumah nya dari terkena panas dan hujan. Pak Hamid bukan jenis orang partisan. Jangan tuduh Pak Hamid begitu.
Program anjuran pakatan yang diadakan berhampiran rumah Pak Hamid dikatakan mendapat sambutan yang agak meriah dengan kehadiran lebih kurang 200 orang anak muda. Tapi sayang, apabila mereka tidak peka langsung dengan kewujudan rumah usang Pak Hamid.
Tiada bantuan atau sumbangan sedikit pun kepada Pak Hamid. Inikah sikap puak pakatan? Hairan dengan slogan negara berkebajikan namun apabila ada yang susah dihadapan mata langsung tidak dihiraukan.
Mana pemimpin tempatan. Mana Aziz Bari? Mana Badrul Amin? Mana Sallehin Mukhyi? Mana Wahid Rais? *Senyap.

Selasa, 22 Januari 2013

EKSKLUSIF!! #LISTEN Lagi Laporan Polis Sharifah Zohra Keatas SAMM dan HarakahDaily Kerana Menyebar MAKLUMAT PALSU!!


Seperti biasa, harakah tanpa usul periksa keluarkan berita palsu yang memberi keuntungan terhadap puaknya. Mc pun taktau dimana hebatnya portal tahap longkang yang sentiasa menyebar fitnah ni, walaupun sebenarnya portal itu membawa imej sebuah parti yang namanya ada Islam.

Akibat dari pembohongan tersebut dan maklumat palsu tersebut, Sharifah Zohra telah membuat laporan polis kedua keatas SAMM dan yang pertama keatas Harakahdaily.

Nak baca laporan polis pertama akibat pencerobohan SAMM boleh klik SINI

Kat bawah ni Mc bawa kan salinan laporan polis yang dibuat semalam.





Pelik sungguh puak SAMM ni. Bila orang taknak berdebat, mereka ajak dan confirmkan sendiri umpama Sharifah sudah beri persetujuan. Sedangkan pada hakikatnya tidak begitu. Apakah mereka ini syok sendiri? Atau gila bayang?

Nampak sangat puak SAMM ni sama 'waya putuih' macam ketuanya Chegu Bard juga la. Sakit otak!


McTheory:
Kita tengok apa tindakan pihak berkuasa pada puak sakit otak ni!

Khamis, 15 November 2012

PANASS!! Ayat Ku Li Buat Pakatan Haram Terkilan!!


Dulu puak Pakatan Haram kata Ku Li nak masuk geng sana. Tapi bila depa baca apa yang Ku Li kata kat bawah ni, rasanya terkilan kot. Mau menangis tak berlagu la jawabnya.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan dan kekal menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Katanya, ini kerana rakyat menerima banyak pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan BN bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi transformasi yang diperkenalkan.

"BN tidak menghadapi masalah untuk mencapai kemenangan pada PRU-13 berikutan rakyat berada dalam keadaan selesa selepas banyak perlaksanaan kemajuan yang dicurahkan kerajaan sebelum ini.

"Memang sebelum ini sebilangan kecil mereka yang tidak menerima transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri itu, tetapi sejak kebelakangan ini mereka telah memahami perkara sebenar mengenai perkara itu," katanya selepas penyampaian bantuan Titik Sentuhan kepada masyarakat Orang Asli di Pos Hendrop, di sini, hari ini. - BERNAMA

McTheory:
Harap Ku Li pegang katanya kali ni, jangan dok buat kepala angin sangat!

Sabtu, 15 September 2012

GEMPAR!! Debat Pergaduhan diantara MCA dan puak Pakatan Haram!!



Kenapa MB Khalid Selangor kecut dengan anak muda seperti Chua Tee Yong?

Yang pi hantar wakil buat apa? Khalid takut tergagap-gagap ke?

Orang ajak debat di KL yang Khalid nak berdebat di Bangkok buat apa?

Dari video yang dilihat dan maklumat yang diperolehi, masih ramai kaum cina yang menyokong BN dan menentang kebejatan dan permainan retorik yang ada dalam pakatan haram.

Debat antara Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong dan Menteri Besar Selangor bertukar kecoh apabila beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) bertindak meninggalkan dewan program.

Kekecohan berlaku disebabkan penyokong sebuah parti politik menghalang laluan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong ketika keluar dari dewan pada jam 9.35 malam tadi.

Setelah hampir 30 minit menantikan kehadiran Khalid, mereka bertindak keluar dewan. Debat berhubung isu penstrukturan semula hutang Talam Corp anjuran MCA Bandar Tun Razak, yang diadakan di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak di sini. Tee Yong enggan berdebat dengan wakil yang dihantar oleh Khalid, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Namun, debat tersebut diteruskan tanpa wakil PR. Pihak Tee Yong menegaskan mereka ingin berdebat dengan Menteri Besar Selangor sendiri. Sebaik sahaja Tee Yong selesai memberikan penerangan kepada tetamu yang hadir, beliau dikerumuni pemberita dan ditanya berkenaan dengan wakil PR meninggalkan dewan. "Saya tak tahu kenapa, mungkin mereka telah bertukar fikiran," ujar Tee Yong yang juga Ahli Parlimen Labis.

Kredit untuk blog Anak Seberang

Sabtu, 11 Ogos 2012

PANASS!! Pakatan Setan Nak Huru-Harakan Malam Merdeka!!


Selama lebih dua minggu para pemimpin parti pembangkang yang melabelkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat (PR) telah beriya-iya mengecam dan menyerang slogan "Janji Ditepati" yang dijadikan tema untuk Sambutan Kemerdekaan Ke 55, konon kata mereka tema tersebut berbau politik dan tidak patriotik.

Serentak dengan kecaman tersebut, mereka melancarkan pula tema dan logo sendiri sekaligus tercatat dalam sejarah tanahair inilah pertama kalinya sambutan kemerdekaan memiliki dua tema berasingan dari dua kem yang berbeza.

Malangnya, dalam pada pihak pembangkang bersungguh melancarkan kempen boikot terhadap tema Janji Ditepati atas alasan kemerdekaan negara dicemari unsur politik, kini tidak semena-mena timbul pula gabungan 20 NGO pro pembangkang yang mahu membuat himpunan 'Janji BERSIH' di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos 2012.

Kesemua muka-muka individu yang mengaku mewakili 20 NGO itu merupakan muka sama yang mendukung perjuangan PR malah terlibat secara langsung menganjurkan himpunan Bersih 3.0 yang berakhir dengan huru-hara dan keganasan pesertanya tempohari.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 yang mengetuai kesemua NGO tersebut juga secara sinis menyindir tema "Janji Ditepati" sebagai janji-janji kosong oleh kerajaan, di masa yang sama turut menyeru rakyat Malaysia memakai pakaian kuning sempena sambutan kemerdekaan kali ini.

Tanpa segan atau malu, mereka masih juga mengusung 8 tuntutan berkaitan pilihanraya yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 sekalipun tahu ia tidak kena pada masa dan tempatnya.

Bak kata pepatah, kata dulang paku serpih, sibuk mengata pada kerajaan rupanya PR yang lebih.

Dalam pada itu, perhimpunan 'Janji BERSIH' yang mereka rancang itu berkemungkinan besar langsung tidak akan menepati tema yang mereka suarakan.

Rekod sebelum ini menunjukkan sebaik selesai sahaja perhimpunan anjuran puak-puak ini, sampah sarap dan kotoran yang beratnya bertan-tan pasti kelihatan di merata-rata tempat mereka berhimpun.

Situasi sama yang bersepah-sepah dengan sampah sarap, kondom dan kotoran lain pastinya akan berulang jika dilihat pada muka-muka sama yang terlibat langsung menganjurkan perhimpunan kali ini.

Selain itu, jika kita masih ingat semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas, sekalipun pada awalnya pemimpin PR dan NGO proksi mereka menjanjikan perhimpunan yang aman damai serta tenteram, hakikatnya banyak kerosakan harta benda awam, kemusnahan kenderaan polis dan kecederaan berlaku disebabkan perilaku ganas peserta mereka.

Pendek kata janji manis mereka untuk bersurai secara aman selepas dibenarkan berhimpun tanpa halangan bukan sahaja gagal ditepati malah dicabuli pula dengan aksi ganas dan tidak bertamadun.

Patutlah begitu sekali meroyannya pemimpin PR dan NGO proksinya apabila "Janji Ditepati" diangkat sebagai tema Kemerdekaan yang Ke-55.

Berdasarkan apa yang telah berlaku sebelum ini, tidak salah untuk kita andaikan kemungkinan perhimpunan malam merdeka anjuran NGO proksi PR ini juga akan berakhir dengan aksi ganas dan perlakuan luar tabie yang lain. Betul tak?

PANASS!! Logo Kemerdekaan Pakatan Haram Sama Dengan Logo Kristian?



Aku tak faham macamana Pas boleh terima bulat bulat logo untuk tema kemerdekaan pakatan rakyat ada elemen kristian..Percaya atau tidak, burung merpati melambangkan Roh Kudus, iaitu jasad ketiga Tuhan Triniti dalam agama Kristian.

Pas sepatutnya sedar tentang pekara ini, jangan terus menyokong membuta tuli tanpa melihat elemen yang tersembunyi dalam logo tersebut..Cukup memalukan apabila pekara ini didedahkan sendiri oleh blogger bukan beragama Islam..

Menurut apa yang ditulis oleh blogger Helen Ang Logo Hari Kemerdekaan yang direkacipta Pakatan mempunyai simbol burung merpati, hati merah dan kelopak bunga yang nampaknya macam nyalaan api Holy Spirit.


Simbol Gereja

Burung merpati adalah lambang gereja.
Ia juga simbol Kristian dalam lukisan-lukisan bercorak keagamaan serta digunakan sebagai hiasan popular untuk kad Krismas dan kad ucapan tahniah bagi upacara pengkristianan bayi dan kanak-kanak..

Baca seterusnya

Khamis, 2 Ogos 2012

PANASS!! Video Ni Bole Bikin Pakatan Haram Goyang!! #AntiPR

Apa yang kita tahu sejak selepas Merdeka, Kerajaan Malaysia sentiasa menepati janji yang di lakukan tapi Pakatan haram hanya mampu menaburi janji namun sukar untuk menepatinya.

Rakyat menyedari janji siapa yang berkualiti dan janji siapa pula yang auta seperti yang di sampaikan dalam video di bawah ini

Ahad, 15 Julai 2012

PANASS!! Abby Abadi kena belasah pengacara TV??

Seorang ahli syurga selebriti PAS Abby Khawarij ditempelak oleh Finaz Yunus, Pengacara TV Al-Hijrah apabila tindakan Abby yang baru sehari dua menyertai PAS dah pandai mula memaki hamun orang lain.

Tarbiah PAS cukup menjadi apabila Abby yang dijanjikan tiket syurga kelas pertama oleh wali selipar sedaya upaya mahu membuktikan dakwah khawarij sudah terkesan didalam hatinya maka caci maki dan hamun harus dijadikan zikir harian.



Pengacara TV Al-Hijrah Finaz Yunus

Korang tengok Finaz Yunus dilihat lebih berakal apabila persoalkan tindakan Abby yang serang,hina,keji orang lain dan stop keji orang Umno. Katanya dah bertudung labuh,masuk Parti Islam bukan lesen untuk menghina orang lain.Tak boleh ke berceramah politik tanpa menghina orang lain.Tolonglah,nampak sangat menyimpang niat dalam hati tu...


Sumber Mc ambil dari Pisau.Net 


Namun selepas Finaz mengeluarkan ayatnya itu di FB. Beliau pula diserang teruk oleh penyokong Pakatan Haram dengan pelbagai kata-kata cacian. Akibatnya Finaz pulak yang terpaksa memohon maaf. Adehh.. puak sebelah sana memang tak boleh ditegur.. kalau tegur terus jadi gila dan sawan walaupun perkara yang ditegur tu baik untuk dorang.

Sabar la Finaz.. jangan dilayan sangat puak gila sebelah sana. Kalau layan susah nanti.. abaikan je la..



McTheory:
Orang gila.. buat taktau saja patutnya..

Isnin, 2 Julai 2012

TUDIAA!! Ostat Azizan Razak Masuk MasterChef Malaysia??


Korang kenal tak gambar pemimpin kat atas tu beb? Itulah Ostad Jijan yang sedang melakukan aktiviti 'luarbiasa' di dapur..

Puak-puak Pas dok jaja gambar tu kononnya Ostad Jijan adalah seorang yang amat zuhud.. Beb.., potong bawang pun dikira zuhud jugak ke? Potong bawang nak masuk Master Chef kot.. sebab nanti bila Pas kalah di Kedah, dia dah tak boleh cari makan lagi.

Punyalah haprak pemikiran pencacai-pencacai Pas tu semua kannn...

Lepas ni.., confirm gambar pemimpin dorang tengah berak pun akan dijadikan modal untuk cari publisiti...

Gua teringin jugak nak tengok muka pemimpin Pakatan tu tengah berak.. Mesti 'zuhud' giler muka dorang kannn... Hahahahahaha.....

Betui tu MPP agaknya lepas ni gambar Ostat Jijan tengah berak atau tengah kentut pun dorang akan letak dalam blog dan kata zuhudnya pemimpin Pakatan kentut.. ha ha ha..

Puak ni puja pemimpin serupa puja dewa.. he he..


McTheory:
Anwar tengah 'tut' 'tut' nampak zuhud tak? huhu..

Rabu, 20 Jun 2012

PANASS!! Ceramah Anwar Di Tengelami Oleh Puluhan Ribu Hadirin!! #AnwarKutty

"Pictures Speak A Thousand Words". Itu pepatah Inggeris bagi mengambarkan ceramah Merdeka Rakyat yang dianjurkan oleh Pakatan Haram di Stadium Mini Sabak Bernam, malam tadi. Gambar yang Mc ambil dari blog CTS menunjukkan sokongan Pakatan Haram di Selangor semakin menurun.

Kehadiran hanya sekitar 100-300 orang! Antara penceramah yang hadir bagi menjadi pelawak di pentas stadium adalah Badrul "Khalwat Isteri Orang" Amin, Kesavan, Manickavasagam, Zuraidah, Chua Jui Mei, Aziz Bari, Mahfus Omar dan tetamu yang dinantikan, bekas banduan dan raja biseksual, Anwar Ibrahim. 

Isu basi yang sama dimainkan di pentas lawak berkenaan. Antaranya isu PTPTN, gaji minimum, harga barang, RM50 untuk golongan wanita dan beberapa janji Pakatan Haram pada PRU-12 yang lepas. Agak-agak Selangor negeri yang selamat untuk Pakatan Haram PRU13 akan datang?














McTheory:
Bukan hanya di Selangor.. di Kedah pun 'depa jual ubat dah tak laku'!!

Khamis, 24 Mei 2012

TUDIAA!! Rafizi Ramli Kencing Budak TADIKA?? #PRpenipu


P/s: Manifesto Selangor yang mahu menghapuskan pembayaran untuk pra Sekolah tidak dapat dilaksanakan. Bermakna, semua janji tu bohong belaka!


McTheory:
kah kah kah...tak terkata...

Selasa, 22 Mei 2012

TUDIAA!! Selamber Video BETINA ni maki POLIS Sebagai Anjing!!



Wanita di dalam klip video ini sebenarnya sedang BERBOHONG untuk mendapatkan simpati dan bagi membenarkan perlakuan menyalahi undang-undang yang telah dilakukan oleh para peserta BERSIH 3.0 yang melakukan rusuhan pada 28 April lalu. Dalam ceramahnya di Langkawi, POZIYAH HAMZAH atau lebih dikenali sebagai KAK ZI, Ketua Wanita PKR Cabang Kangar, Perlis menceritakan bagaimana anggota polis telah memijak dan menzalimi para peserta BERSIH 3.0.

Bagi kami, warga kedahan69ers.com yang turut berada di Kuala Lumpur pada tengah malam 28 April sehinggalah menjelang maghrib hari yang sama, apa yang diceritakan oleh Poziyah sebenarnya tidak lebih daripada satu pembohongan dan pendustaan nyata.

Serangan yang dibuat oleh para pemimpin Pakatan Rakyat dan penghinaan terhadap anggota-anggota polis, sebenarnya bukanlah bermula pada BERSIH 3.0 sahaja. Lebih awal dari itu, para pemimpin Pakatan Rakyat seringkali menghasut rakyat agar menentang anggota-anggota polis. Mereka sangat cepat memberikan reaksi dan respons apabila terdapat kes-kes membabitkan orang awam yang melibatkan PDRM, tetapi apabila ada anggota PDRM yang tercedera atau terbunuh ketika bertugas, masing-masing menekup telinga dan buat-buat seperti orang tuli.

Yang dipertikaikan adalah kononnya polis melanggar undang-undang. Bagaimana dengan para peserta dan penganjur BERSIH 3.0 yang dengan bangganya melanggar semua arahan termasuklah perintah Mahkamah Majistret? Adakah Poziyah Hamzah ingin menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang menyokong dan terlibat dengan BERSIH 3.0 bebas serta kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang? Adakah mereka berasakan yang mereka cukup istimewa serta mempunyai tempat yang sangat tinggi mengatasi undang-undang?

Saksikan video yang disiarkan ini dan anda dapat melihat sendiri bagaimana orang yang cukup bangga kerana 'membiayai anggota-anggota polis' walaupun besar kemungkinan orang yang sama juga agak culas membayar cukai pendapatan, dengan nada selamba melabelkan SETIAP ANGGOTA POLIS SEBAGAI ANJING!

Semuanya semata-mata kerana polis menjaga keamanan negara dan mematahkan sebarang cubaan menghuru-harakan negara ini.

BERIKUT ADALAH BUTIRAN WANITA DI DALAM VIDEO INI:

NAMA: POZIYAH BT HAMZAH (KAK ZI)

JAWATAN: kETUA WANITA PKR, CABANG KANGAR, PERLIS

ALAMAT: NO.435, KAMPUNG SENTANG, HUTANG AJI, 01000, KANGAR, PERLIS.

NO. TELEFON: 012-4539195



McTheory:
Sumber asal dari SINI

Ahad, 20 Mei 2012

PANASS!! Dana Yahudi Kepada Pakatan Haram dah tiba!!



Aiyoo.. duit PRU puak Pakatan sudah sampai.. biaq betui ni.. Jawaber6?

Dikhabarkan oleh seorang rakan yang bekerja di salah satu pelabuhan tersibuk di Malaysia. Sebuah kapal yang membawa muatan kontena yang diisytiharkan dari U.S dan membawa barangan yang tidak diketahui. Lalu rakan ini pun cuba mendapatkan maklumat tentang apa barang yang dibawa oleh kapal dari U.S ini? Maka adalah yang pecah tembelang.

Mengejutkan, kontena dari U.S ini membawa bungkusan-bungkusan not Ringgit Malaysia untuk diserahkan kepada PKR dan DAP sebagai duit persedian dan kempen PRU-13.

PKR DAN DAP MEMANG SAH DAPAT DANA DARI LUAR!!!


McTheory:
Patut la Anwar hidup senang lenang dan kaya raya, rupanya pasal ni..

Jumaat, 13 April 2012

TUDIAA!! Perangai Beruk Pakatan Menghina Raja Melayu!!



Artikel dari AIDC tulisan dari Dr Rahman Kadir patut di sebarkan lagi kepada umum bagi mengambarkan betapa biadap dan kurang ajarnya pemimpin pakatan ketika berada didalam majlis pertabalan Yang DiPertuan Agong..Kalau majlis yang besar macam ni pun pemimpin pakatan dah tak hormat Raja Raja,macamana nanti kalau dah perintah??