Jumaat, 3 Mei 2013

TERHANGAT!! Pas Pusat Keluarkan Arahan Jangan Undi Dap dan PKR Selain Pas!! #HancurPR #PRU13



Difahamkan melalui emel ini, satu maklumat sulit telah dibocorkan dan berjaya dikesan. Maklumat sulit tersebut merupakan arahan daripada pihak PAS Pusat kepada semua ahli PAS seluruh Malaysia.

Emel tersebut telah dihantar daripada orang PAS sendiri.


Klik Imej untuk besarkan



Apa yang menarik minat adalah attachment yang dilampirkan :

Apa yang dapat diterjemahkan daripada emel tersebut, arahan tersebut memang datang daripada PAS Pusat yang seakan didesak oleh Majlis Syura PAS untuk 'mufarakah' daripada Pakatan Rakyat.

Satu lagi, arahan ini dimaklumkan merupakan arahan sulit yang menjadi edaran senyap buat semua ahli PAS. Ia seolah membisikkan hanya undi calon PAS sahaja dan tidak memangkah undi untuk mana-mana calon lain termasuk PKR dan DAP.

Nampaknya ada kebenaran pada satu posting blog oleh Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden PKR pagi tadi. Melalui blog tersebut dikesan Azmin telah mempersoalkan akan wujudnya satu usaha oleh parti/individu tidak bernama untuk mufarakah.

Namun begitu entri blog tersebut telah dipadam mungkin kerana ditegur oleh pihak yang lebih 'atas' daripada Azmin. Tetapi Mc ada menerima 'printscreen' tulisan blog Azmin daripada rakan blogger Keris7Lok.




Boleh juga ada baca di Kritis Online yang ada transkrip penuh tulisan Azmin di blognya sebelum dipadam --> [Klik SINI]

Jadi benarlah PAS sedang dalam usaha untuk berpisah daripada Pakatan? Azmin sudah mengesannya dan PAS juga sudah 'berbisik' sesama sendiri untuk hanya sokong Calon PAS. Apakah kini Pakatan akan menjadi Pakatan Rebah?


McTheory: 
Retak menanti belah, apa relevannya jadi Kerajaan?

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Habis la Pakatan,bungkuih la lepas ni!

Mangkor berkata...

seperti biasa depa akan kata ini UMNO punya kirija

Tanpa Nama berkata...

Entry di blog azmin ali tu telah pun dipadam. Tapi anda masih boleh menggunakan Google Cache untuk membacanya. Sila gunakan link seperti dibawah:

cache:azminali.com/blog/2013/05/menuju-kemenangan-pru13-pakatan-perlu-terus-bersatu/

Tanpa Nama berkata...

Aduh pada kau lah labu syok sendiri lah lu macai

Ini kalilah

Tanpa Nama berkata...

Pada kau lah macai hahahahaha

Inikalilah

Tgk aja keputusan nanti

Xpas berkata...

Yg jujur ikhlas berjuang, kemenangan dan kejayaan di dunia bukan ukuran. Berapa ramai para nabi terdahulu dibunuh syahid, zahirnya kalah tp sebenarnya mrklah org org yg menang. Melakukan perkara perkara terlarang semata mata mengharap kemenangan duniawi kononnya utk perjuangan Islam adalah tesasar dr landasan Sirathal Mustaqim. Kemenangan sbnr bg Mukmin adalah bila mendpt ampunan, rahmat dan redha Allah swt. Biarlah kalah di dunia asal nanti menang di Akhirat insyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Sayang sekali bila org yg ikhlas tersalah pilih wadah perjuangan.....sepatutnya org ikhlas dia cara mcm mana nak selamatkan org tanpa terjun ke gelanggang lawan....org yg bersih nak keluarkan org dri tong taik takkan terjun ke dlm tong tersebut......hulurkan tangan ..tarik keluar dri tong dan bersihkan d luar ....baru betul kaedahnya. Bila islam berjuang atas dasar POLITIK DEMOKRASI sebenarnya mengHiNA islam itu sendiri......org Barat akui bahawa politik itu KOTOR kenapa nak pilih juga...?contoh PengHiNAan tersebut.....Dlm Al quran di Nyatakan..."Berapa banyak golongan yg SEDIKIT mengalahkan golongan yg BANYAK"...dri ayat ni Ternafilah DEMOKRASI.....Maksud golongan yg SEDIKIT ini ialah mereka2 yg berjuang atas dasar TAQWA kerana d c tu saluran utk mendapat BANTUAN Allah......kenapa x d usahakan Taqwa......LAMBAT sbb rampas kerusi cepat dan mudah.....hasilnya suda terbukti d depan mata kita kerosakkannya.....wallahuallam