Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pas = parti adat dan sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pas = parti adat dan sukan. Papar semua catatan

Selasa, 9 Julai 2013

PANASS!! Dap dah Berani Sentuh Bab Islam, Pas Baru Nak Mengelupoq Ka? #TolakPR


Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz menempelak Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana disifatkan membuat kenyataan berbaur ugutan terhadap parti itu berhubung hasrat meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, masyarakat bukan Islam perlu menghormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang meletakkan hak orang Islam sebagai kepentingan teratas dan membenarkan mereka melaksana setiap tuntutan agama.

Tambah beliau, dalam isu menentukan agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ke bawah, ibu atau bapa yang telah memeluk Islam berhak membawa bersama anaknya memeluk Islam.

Sehubungan itu, katanya, Perlembagaan atau undang-undang yang mahu digubal perlu selari dengan hukum Islam tersebut.

"Mengikut hukum Islam apabila ibu atau bapa masuk Islam, maka anaknya di bawah umur berhak beragama Islam kerana anak itu berhak mengenali agama.

"Semua umat Islam mesti berusaha mendapatkan hak agama anak kerana itu hak mereka dengan Allah,"

Kemarin , Karpal dilihat seperti mengugut  Ahli Parlimen Pas dan PKR menyokong cadangannya meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun atau Dap akan menggunakan kesemua anggota Parlimennya yang paling besar dari Pas dan Dap untuk menyokong usul terbabit. 


Kenyataan itu dilihat seperti mempekecilkan Pas dan Pkr kerana seolah jika tiada Pas dan Pkr, Dap mampu melakukan apa saja bagi membuat keputusan. 

Dah kata dah, inilah sifat sebenar Dap, Pas dan Pkr sepatutnya malu dengan kenyataan tersebut yang dilihat menghina kekuatan Pas dan Pkr. 

Karpal yang dilihat selalu mempertikaikan perkara berkenaan agama Islam di Malaysia semakin melampau dan bongkak apabila parti Dap menang besar dalam PRU13. Segala keputusan yang diambil oleh Dap, wajib bagi Pas dan Pkr mendengar dan menurut segala arahan.

Itu baru menang besar, belum lagi jadi kerajaan. Kalau dah jadi Kerajaan, habis la Islam, lingkuplah Melayu. Mungkin itu yang puak PR mahu kot?

McTheory:
Macam mana la ada orang bodoh boleh percaya dengan Dap?

Jumaat, 3 Mei 2013

TERHANGAT!! Pas Pusat Keluarkan Arahan Jangan Undi Dap dan PKR Selain Pas!! #HancurPR #PRU13



Difahamkan melalui emel ini, satu maklumat sulit telah dibocorkan dan berjaya dikesan. Maklumat sulit tersebut merupakan arahan daripada pihak PAS Pusat kepada semua ahli PAS seluruh Malaysia.

Emel tersebut telah dihantar daripada orang PAS sendiri.


Klik Imej untuk besarkan



Apa yang menarik minat adalah attachment yang dilampirkan :

Apa yang dapat diterjemahkan daripada emel tersebut, arahan tersebut memang datang daripada PAS Pusat yang seakan didesak oleh Majlis Syura PAS untuk 'mufarakah' daripada Pakatan Rakyat.

Satu lagi, arahan ini dimaklumkan merupakan arahan sulit yang menjadi edaran senyap buat semua ahli PAS. Ia seolah membisikkan hanya undi calon PAS sahaja dan tidak memangkah undi untuk mana-mana calon lain termasuk PKR dan DAP.

Nampaknya ada kebenaran pada satu posting blog oleh Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden PKR pagi tadi. Melalui blog tersebut dikesan Azmin telah mempersoalkan akan wujudnya satu usaha oleh parti/individu tidak bernama untuk mufarakah.

Namun begitu entri blog tersebut telah dipadam mungkin kerana ditegur oleh pihak yang lebih 'atas' daripada Azmin. Tetapi Mc ada menerima 'printscreen' tulisan blog Azmin daripada rakan blogger Keris7Lok.




Boleh juga ada baca di Kritis Online yang ada transkrip penuh tulisan Azmin di blognya sebelum dipadam --> [Klik SINI]

Jadi benarlah PAS sedang dalam usaha untuk berpisah daripada Pakatan? Azmin sudah mengesannya dan PAS juga sudah 'berbisik' sesama sendiri untuk hanya sokong Calon PAS. Apakah kini Pakatan akan menjadi Pakatan Rebah?


McTheory: 
Retak menanti belah, apa relevannya jadi Kerajaan?

Khamis, 21 Februari 2013

PANASS!! Video Anwar Kutuk Nik Aziz dan Hadi Awang!!


Inilah pakatan yang sebenar. Mereka tidak bersatu dan Anwar berupaya memperbodoh-bodohkan orang PAS. Video yang diletak dibawah memang khas untuk puak PAS. Selama ini kamu semua menyanjung Anwar.

Dalam masa yang sama Anwar merendah-rendahkan pemimpin kesayangan kamu semua. Ini pun orang PAS nak sokong pada Pakatan? Dengan jumlah kerusi yang sedikit dan bertanding di tempat yang PAS boleh kalah tal menjadikan PAS sebagai kuasa besar.

Persoalannya, siapa yang berkuasa dalam Pakatan dan siapa yang telah diperkudakan?

Jumaat, 7 Disember 2012

PANASS!! Mat Sabu Kutuk DS Najib Pakai Kopiah!!


Tak sudah-sudah Mat Sabu cuba mencari isu nak buat modal kutuk Umno. Hinggakan ahli Umno pakai kopiah pun dia nak kutuk. Apa masalah dengan Mat Sabu ni?

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan ahli-ahli Umno yang memakai kopiah pada Perhimpunan Agung Umno yang lalu menyebabkan mereka menjadi bahan ketawa orang ramai.

"Dengan perubahan sebegitu, mereka ingin menonjolkan kepada orang ramai kononnya mereka lebih Islamik dan lebih bertanggungjawab dalam membela agama berbanding PAS. Pada hal, itu semua bergantung kepada soal attitude mereka.

"Malah seperti yang dikatakan oleh bekas pemimpin Umno sendiri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, perjuangan Umno sekarang untuk keluarga dan kroni-kroni mereka, bukan untuk orang Melayu apatah lagi untuk Islam," katanya.

Mat Sabu juga berkata, meskipun mengubah identiti, orang ramai tetap sedar dan faham Umno bukanlah parti yang memperjuangkan Islam.

Dengan perubahan itu, tambah beliau, Umno yang sudah semakin hilang sokongannya tetap tidak akan menjadi kuat lagi, malah kelihatan amat gelabah dan semakin bercelaru sehingga sanggup menukar identitinya sendiri yang sudah begitu sinonim dengan bersongkok hitam tinggi sejak dulu.

"Pada hal kekuatan sesebuah parti itu bukanlah kerana berkopiah atau pakaiannya, tetapi kerana perjuangannya. Begitulah juga dengan PAS yang menjadi kuat bukanlah kerana pakaian, tetapi kerana dasar perjuangan PAS sendiri yang berjuang untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air kita ini sejak dulu hingga selama-lamanya," tegas beliau.

Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, pemakaian kopiah dulunya hanya dikaitkan dengan PAS, malah ia menjadi bahan ejekan para pemimpin dan ahli-ahli Umno terhadap para pemimpin dan ahli-ahli PAS.

"Kini, kerana terlalu mengelabah, para pemimpin Umno sampaikan sanggup meniru orang PAS dengan turut memakai kopiah pula, walaupun mereka begitu tebal dengan penyalahgunaan kuasa, pelbagai penyelewengan dan rasuah," katanya.

Beliau mengingatkan seluruh rakyat negara ini agar jangan sekali-kali terpengaruh dengan sandiwara para pemimpin Umno itu kerana mereka hanya ingin menonjolkan imej Islamik secara kosmetik sahaja.

"Sebaliknya, Islam bukanlah dilihat kepada pemakaian kopiah, tetapi lebih kepada pelaksanaan dan cara hidup harian serta dasar perjuangannya," tegas beliau.

Apa ada dengan kopiah? Tak guna kalau pakai kopiah besar tayar, tapi masih 'berzina' dengan isteri orang lain betul tak?

Tak guna kalau pakai kopiah, tapi bersekedudukan dengan isteri orang pukul 3 pagi dalam bilik hotel?

Betul tak? ada apa dengan kopiah?

Yang penting imej dan akhlak diri, dari kopiah palsu modal untuk menipu!!


McTheory:
Perogol bersiri pun dah ramai pakai kopiah!!

Sabtu, 13 Oktober 2012

TUDIAA!! Wanita Pas ni Bertudung Tapi BerBoogel!!


Gambar diatas contoh terbaik seorang wanita yang sedang mandi bertudung, kononnya menutup aurat tetapi sebenarnya berbogel. Apakah dia tak sedar, bahawa seluar yang dia pakai tu lutsinar bila terkena air, bila basah ianya menampakkan bentuk seluruh kaki hingga ke seluar dalamnya. Selamatlah seluar dalam hitam, kalau warna putih, sampai ke 'tut' pun nampak sekali.

Begitu juga perihalnya Pas sekarang. Luaran nampak benar-benar mengikut Islam. Nama parti saja pun dah Islam, pakaian Presiden, Musyridul Am nya, semuanya berjubah dan berserban. Nama-nama jawatan dalam organisasi parti pun 'dialek' arab menonjolkan imej Islam. Kiranya jika atas kertas, Keislam Pas tu memang sempurna habis la.

Namun pada hakikatnya, Pas sama seperti perempuan dalam gambar tu. Nampak bertudung, baju menutup aurat, tetapi pada hakikinya mereka sedang berbogel.

Pas sudah meninggalkan perjuangan Islamnya. Sejak Pas bersalaman dan berpelukkan dengan Dap, perjuangan menegakkan Syiar Islam sudah terkubur. Kepimpinan Ulamak yang selalu mereka agung-agungkan kini hanya tinggal pada nama.

Dewan Ulamak kini hanya tinggal pada nama. Ulamak Pas terus dipinggir. Artis pula disanjung, dijulang. Cuba lihat ceramah Pas sekarang. Ceramah yang dikunjungi oleh Artis, penuhh.. tapi ceramah yang dibuat oleh Ustaz dan Ulamak Pas, nak sampai 100 orang pun payah. Apakah itu contoh ahli Pas menyanjung Ulamak?

Perjuangan parti pun dah berbeza sangat dari dulu. Kalau dulu, Pas berpecah peluh, sanggup bermandi darah untuk perjuangkan Islam. Namun kini, Pas bermandi darah untuk menyokong perjuangan Anwar dan Dap.

Dalam himpunan Bersih, dari siri satu sampai ketiga. Ahli dan penyokong siapa paling ramai? Siapa yang paling ramai ditangkap? Siapa pula yang dilembukan untuk memprovok polis hingga terpaksa mengunakan kekerasan?

Apakah himpunan Bersih itu satu perjuangan yang dituntut Islam? Siapa pula ketuanya? Ambiga, siapa Ambiga? Peguam yang menyokong umat Islam murtad. Jadi kenapa Pas perlu sokong perbuatan yang sia-sia dan mengancam keamanan negara?

Banyak lagi perkara yang Pas boleh perjuangankan. Perjuangkan isu umat Islam murtad, gerakan anti Islam dan gerakan memurtadkan umat Islam. Semua itu perlukan perjuangan. Kenapa Pas tak perjuangkan itu semua? Kerana isu-isu tersebut tak bersangkutan dengan kepentingan politik. Jadi tak ada kepentingan untuk Pas perjuangkan.

Kalau macam tu, buat apa Pas guna nama Islam untuk berpolitik? Kita kembali pada perenggan diatas. Gunakan topeng Islam untuk menghalalkan cara. Paling tepat, matlamat menghalalkan cara!!

Itulah Pas sekarang, jadi jika ada orang kata Pas itu Islam. Mc nak suruh orang tu pi terjun lombong! Islam otak apa!!

Jadi, Mc nak seru pada semua umat Islam di seluruh Malaysia janganlah terpedaya dengan imej Pas yang menonjolkan Islam tu. Sudah-sudah la kena tipu!!

Paling terbaru, Pas akan mencalonkan Paderi dalam PRU ke 13, sedangkan Ulamak seperti Ustaz Nasha makin dipinggirkan. Apakah itu perjuangkan Islam?



McTheory:
Islam kepala atuk puak Pas!!

Rabu, 12 September 2012

EKSKLUSIF dan PANASS!! Video Rakaman Khatib Pas! Rasulullah S A W Sokong Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri Malaysia??


Rakaman suara kontroversi. Khatib Pas yang bercerita mengenai mimpi berjumpa dengan baginda Rasulullah. Malah Islam akan kuat di Malaysia disebabka Anwar Ibrahim..

Percayakah anda mengenai mimpi tu?

 Sambung baca, klik SINI

Detail mengenai hal ini akan Mc post kelakk.. suspen ni.. tungguuuu...

P/s: Maaf lambat post sebab ada masalah teknikal tadi..

Rabu, 15 Ogos 2012

GEMPAR!! Ustaz Nasharuddin Mat Isa Bakal Di Pecat?

Nasharuddin Mat Isa menemani DS Najib bersama dua Ulama terkenal Saudi..

Mungkin disebabkan gambar beliau bersama DS Najib, menyebabkan beliau menghadapi risiko dipecat daripada Pas? Namun Dewan Pemuda Pas Kelantan bijak memberi alasan dengan mengatakan bahawa kenyataan Ustaz Nasa akan menyebabkan beliau dipecat dari Pas. Kononnya kenyataan beliau tidak selari dengan pejuangan parti Pas. Baca kenyataan dari Dewan Pemuda Pas Kelantan,


Kenyataan dari FB Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Nasharuddin Diminta Nyatakan Pendirian

1. Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

2. Ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar Pas keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

3. DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin UMNO selama ini. Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh UMNO dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini.

4. Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro UMNO sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya. Jika beliau sudh tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu.

5. Bagi DPPNK, Pas sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

Mohd Nuri Mat Yaacob
Setiausaha DPPNK.

Kenyataan Fb.

Sememangnya Mc rasa Ustaz Nasa sendiri pun mahu beliau dipecat oleh Pas Pusat. Sejak daripada kes kerajaan perpaduan, Ustaz Nasha lebih rapat dengan program UMNO dari program Pas. Mungkin kerana beliau bosan dengan sikap hipokrit Pas berada didalam Pakatan, hingga membuatkan beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Pas.

Namun disebabkan ada 'baiah tertentu dalam Pas, membuatkan ramai wakil rakyat Pas sekarang takut untuk meninggalkan Pas walaupun sebenarnya mereka tidak rela lagi dengan pejuangan Pas masa kini. Begitulah Pas mengawal adun dan MPnya dari melompat ke parti lain. Semuanya mengikat kesetiaan, berlandaskan ugutan

Mungkin disebabkan itulah ramai MP/adun Pas yang bertindak belot ke parti lain, dengan harapan mereka dipecat dari parti Pas. Contohnya seperti Hasan Ali, Zulkifli Noordin (PKR), Hasan Basri dan terkini Ustaz Nasa. Semuanya tidak lagi rela melihat Pas dikeldaikan Dap, walaupun melibatkan isu sensitif, Pas tetap tidak melawan, malah menyokong, umpama lembu ditambat hidungnya.

Atas sebab demikian, mereka meninggalkan Pas, kerana Pas tidak lagi relevan untuk memperjuangkan Islam dan Melayu. Apa yang Pas perjuangkan sekarang, hanyalah kerusi empuk ke Putrajaya!!


McTheory:
Nama kata parti Islam, tapi.. habuk pun tarakk!!

Selasa, 14 Ogos 2012

GEMPAR!! Pondok Sekitar Kelantan Sudah Tolak Nik Aziz dan Pas!!



Tuan Haji Abdullah Saamah, pengasas pondok Mahiliah Geting Tumpat telah menegaskan bahawa membantu memenangkan DAP, berjuang bersama DAP atau dalam ertikata lain, bekerjasama dengan DAP, hukumnya adalah haram. Antara ulama yang menyokong pandangan ini ialah Tan Sri Harussani.

Ini menunjukkan bahawa kedua-dua Ulama berjawatan dan Ulama pondok juga berkongsi pendapat yang sama.

Dari segi kelayakan, Ulama berjawatan seperti Tan Sri Harussani tentulah tidak perlu dipertikaikan lagi.

Manakala Ulama pondok pula, seperti Tuan Haji Abdullah Saamah juga bukan calang-calang tinggi kelayakannya kerana beliau telah berguru di berbagai tempat antaranya, Pondok Berangan, Pondok Pohon Durian Jahar, Pondok Bermin, Pondok Hj. Ismail Tok Som, Pondok Pujuk Dusun Belaga dan akhirnya di Mekah di mana beliau berguru dengan empat orang guru selama 12 tahun. Tempoh pembelajaran beliau di kesemua pondok-pondok tersebut termasuk Mekah adalah melebihi 27 tahun.

Oleh itu, apabila kedua-dua golongan Ulama ini bersatu dalam memberi pendapat mengenai haramnya menyokong dan bekerjasama dengan DAP, maka ia bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan atau diketepikan. Ini kerana, soal sokongan dalam parti politik akan menentukan masa depan ummah dan agama Islam di negara ini.

Ini bukan kali pertama Tuan Haji Abdullah Saamah menegur kepimpinan PAS yang semakin celaru dan sesat bersama DAP. Pada tahun 2010, beliau penah menegur PAS kerana berpolitik di dalam masjid iaitu berceramah dan menyampaikan khutbah atau tazkirah yang bertujuan menyebar kebencian dan memecahbelahkan ummah.

Akibatnya, beliau telah dicerca oleh ahli-ahli PAS sebagai ‘anjing yang menjelir lapar dibeli UMNO’, digelar oleh Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah sebagai ‘unta’ dan dimaki ‘celako! celako!’ oleh Nik Aziz sendiri.

Sebagaimana sewajarnya sikap seorang Ulama, Tuan Haji Abdullah tidak pula melenting dengan PAS tetapi meneruskan teguran beliau pastinya dengan harapan agar dapat membawa pulang ahli-ahli PAS, kalau pun tidak pemimpinnya, ke pangkal jalan.

Malang sekali, walau apapun teguran yang diberi, ahli-ahli dan pemimpin PAS tetap berdegil untuk bersama DAP. Malah Dato’ Harun Din juga mula mengeluarkan kenyataan di dalam Harakah, membela DAP dengan menafikan parti tersebut sebagai kafir harbi. Menurut beliau, kafir harbi tidak wujud selagi tidak wujud Negara Islam yang sebenar.

Tanpa beliau sedar bahawa Negara Islam yang sebenar tidak mungkin wujud selagi ada kafir harbi yang menentangnya. Lebih-lebih lagi jika Harun Din sendiri membantu memenangkan si kafir harbi yang ingin memastikan agara Negara Islam tidak akan wujud sama sekali.

Dato’ Harun Din mungkin seorang Ulama yang mempunyai kelayakan rasmi namun nampaknya beliau juga menjadi celaru dan keliru akibat terlalu sayangkan persahabatannya dengan kafir harbi DAP. Inilah akibatnya bila seorang Ulama yang berkelayakan seperti Harun Din meletakkan dirinya di bawah jubah Ulama jalanan atau Ulama angkat bakul seperti Nik Aziz dan Hadi Awang.

Bukanlah kita sengaja hendak menghina kedua-dua ‘Ulama’ PAS ini tetapi kita tertanya-tanya apakah kelayakan mereka yang meletakkan mereka jauh lebih tinggi dari para mufti dan juga Ulama-ulama pondok yang berpuluh-puluh tahun menghabiskan hidup mereka dengan berguru dalam bidang agama?

Mengikut rekod ringkas, Hadi Awang adalah lulusan Universiti Islam Madinah dan kemudiannya Universiti Al-Azhar yang mana beliau ‘menamatkan’ pengajian dalam masa 2 tahun sahaja. Sebelum itu, beliau hanya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin dan belajar bahasa Arab dan politik dari bapanya.

Oleh itu, pengkhususan beliau dalam bidang agama agak kabur dan ahli-ahli PAS sendiri tidak punya maklumat mengenainya.

Manakala Nik Aziz pula hanya belajar agama di Deobond, India. Ada juga biodata yang menulis beliau belajar di Pakistan dan juga Al-Azhar. Namun, seperti juga Hadi Awang, pengkhususan mereka kabur atau dikaburkan. Setelah pulang ke Malaysia, Nik Aziz hanya menjadi guru KEMAS sahaja. Ini yang membuatkan kita musykil kerana tidak mungkin seorang graduan dari Al-Azhar mendapati sukar untuk mendapat kerja pada ketika itu sehingga terpaksa menjadi guru KEMAS?

Dan kenapakah beliau mahupun Hadi Awang tidak disebut-sebut sebagai Ulama Al-Azhar sepertimana Dato’ Nakhaie, Dato’ Dusuki, Dato’ Ismail Ibrahim mahupun YAB Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah dan arwah Dato’ Fadzil Nor?

Benar, bahawa keimanan bukan boleh diukur dengan sijil kelayakan yang dikeluarkan oleh manusia melalui universiti-universiti tersohor atau akuan guru-guru pondok. Tetapi, untuk menjadi pemimpin parti politik atau pemimpin negeri dan negara, seseorang itu wajib mempunyai kelayakan yang jelas kerana ‘manusia lebih mengetahui tentang urusannya di dunia’. Lebih-lebih lagi jika mereka memakai nama Ulama yang berhak mengeluarkan fatwa dan pendapat mengenai hukum-hakam agama.

Tanpa kelayakan yang jelas, bagaimana kita boleh menjustifikasi fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz atau Hadi Awang itu sebagai tepat? Bagaimana kita boleh membandingkan pendapat mereka dengan pendapat Ulama-ulama yang telah terbukti kelayakan seperti Tuan Haji Abdullah atau Tan Sri Harussani?

Hakikatnya, para pemimpin dan juga ahli PAS telah menjadi pak turut kepada dua manusia yang tidak layak. Manakala kedua-dua manusia tersebut pula telah menjadi barua kepada kafir harbi.

Akhirnya, seluruh parti PAS telah menjadi pengikut kafir harbi sehingga sanggup membela mereka dengan apa jua cara sedangkan si kafir harbi pula sanggup mati sekiranya negara Islam ditegakkan oleh sesiapa saja.

Ahad, 12 Ogos 2012

GEMPAR!! Ulamak Dulu Haramkan UMNO??



Ini satu lagi kebodohan mereka yang takjub kepada PAS mengeluarkan kenyataan. Bagaimana seorang ulama yang wafat beratus tahun sebelum UMNO ditubuhkan, datang logiknya dimana? Inilah cara cebenar mereka mengelirukan ramai orang untuk menyokong PAS. 

Sebab itu bulan menjanjikan bintang, tiket menjanjikan syurga dan macam-macam lagi modus yang diguna pakai oleh troopers PAS untuk mengelirukan rakyat yang membaca melalui FB. Sebab apa kita kata tak logik :

1. Apakah judul atau nama kitab itu yang sebetulnya?

2. Siapa pengarang kita tersebut?

3. Kenapa mereka tak jawab itu kitab apa?


Kerana itu juga Keris merasakan bahawa kini PAS sudah menjadi satu kelompok mereka yang tergolong dalam kesesatan. Pemimpin mereka juga sesat apatah lagi anak murid. Inilah yang menjadi masalah kepada sekamatkan akdiah anak-anak melayu,

Inilah diri PAS yang sebenarnya sekarang. Berselindung disebalik nama Islam namun mereka menyesatkan rakyat Malaysia. Dasar muka penipu!

Selasa, 15 Mei 2012

PANASS!! UMNO memang Contoh TERBAIK Bagi Pas!!


Pas ni memang dah takdak idea sendiri dah. Semua benda pun nak ikut UMNO. Kali ni Pas nak buat Himpunan Raksasa macam UMNO buat sambutan Ulang Tahun tempohari. Kalau UMNO buat di stadium Bukit Jalil yang boleh muat 120k. Pas pula nak buat kat Stadium Darulaman Kedah yang hanya boleh muat 30k tempat duduk sahaja.

Tapi himpunan tu diberi nama Himpunan Raksasa 100k. Pehh.. awal-awal dah nampak Pas nak kelentong baik punya. Mana nak letak 100k ahli kalau hanya pilih stadium yang hanya boleh masuk 30k? Apakah ini perkara ajaib yang akan Pas buat nanti?

Agaknya bila stadium penuh dengan ahli Pas. Pas akan heboh mengatakan penyokongnya ramai sampai penuh stadium dan sampai tak muat-muat nak masuk. Jadi perhimpunan 100k tu berjaya. Agaknya macam tu la yang Pas cadang nak buat. Bila stadium penuh, kira cukuplah 100k ahli Pas. he he.. mangkuk betul..

Kalau benar Pas nak buat perhimpunan raksasa, pilih la stadium besar sikit. Macam stadium Bukit Jalil ke, Stadium Shah Alam ke, Stadium Merdeka ke, baru la muat 100k yang Pas dok gebang-gebang tu. Kalau rasa tak yakin, pilih saja stadium Perlis di Kangar tu, atau stadium Selayang. Confirm penuh punya nanti.. heh..

Pas ni memang copy paste UMNO saja la..



McTheory:
Orang nak buat, dia pun nak buat jugak..

Jumaat, 2 Mac 2012

PANASS!! Tun Dr Mahathir SOKONG Pas!!



Makin lama makin pelik la Parti Adat dan Sukan Malaysia ni.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kesediaan Pas untuk melantik Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sebagai 'langkah terbaik'.

Sehubungan itu beliau menyindir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya dilantik menjadi Presiden Pas.

“Dulu Pas kata kita kafir, sekarang mereka nak terima orang bukan Islam sebagai pemimpinnya.

Rabu, 22 Februari 2012

PANASS!! Apabila Hasan Ali pulak di SETAN kan Pas!!


Gambar ni, gambar semasa perasmian logo Jati, NGO baru yang diketuai oleh Hasan Ali.. Pas kata logo Jati ni sama macam logo setan, betul ke?


Jumaat, 3 Februari 2012

KASI PANAS!! Kisah Bakal Calon Pas dan Babinya..


Apa dah jadi dengan bakal calon PAS di kawasan Parlimen Mersing ni? Beliau juga YDP PAS Mersing, Rosalan Mamat. Beliau sanggup meredah ke kedai babi untuk memberi angpow. Nak pancing undi pun, agak-agak la. Apa agaknya yang bermain didalam fikiran Rosalan ni ya?

McTheory:
Pas memang macam tu.. undi punya pasal.. babi pun babi laa..

Khamis, 2 Februari 2012

TUDIAA!! Bob Lokman Bawa Geng Artis Lagi Masuk Pas!!


Nampaknya sorang lagi rakan artis berjaya di "PAS" kan oleh Bob Lokman. Kenapa perlu masuk Pas jikalau hanya mahu berubah? Apakah dengan masuk Pas, Islam seseorang akan menjadi lebih bagus? dan segala dosa yang lepas akan hilang begitu saja? Apakah jaminan syurga yang telah diberikan oleh Nik Aziz menyebabkan tarikan seseorang yang mahu berubah menjadi baik di'mesti'kan masuk Pas?


McTheory:
Kesian minah nih.. terpedaya dengan Bob Lokman..

TUDIAA!! Pas Putrajaya Gunakan Sambutan Maulidur Rasul Untuk Paww Duit Rakyat?!!



Apa nak jadi dengan Parti Pas ni (Parti Adat dan Sukan). Hinggakan majlis maulidur rasul pun menjadi tempat nak mereka nak paww duit rakyat. Kalau tak percaya baca artikel dibawah,

Pas Putrajaya akan menganjurkan majlis makan tengah hari sempena Maulidur Rasul bersama Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pada 5 Februari ini bertempat di Dewan Kondominium Saujana Aster, Jalan P11H/1, Presint 11, Putrajaya.


“Program ini diadakan bertujuan menyemai cinta dan kasih kepada Rasulullah s.a.w. dengan menjadikan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiulawal setiap tahun sebagai syiar,” kata Ketua Pemuda Pas Putrajaya, Mohd Khoirol Anwar Mat Zuki.

Selasa, 31 Januari 2012

TUDIAA!! Ustaz Azizan Mencabar Pas Pusat!!



"Saya tidak takut kepada desakan supaya saya dipecat"
FASAL 82  
Tatatertib


Semua ahli-ahli PAS hendaklah:



(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu.
(b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya.

Isnin, 30 Januari 2012

TUDIAA!! Perlaksanaan Dap Ganti Pas Semakin Menyerlah!!



Dulu salah seorang Exco Pas pernah memberi jaminan bahawa Pas akan pertimbangkan permintaan Dap supaya Dap dapat meletakkan calon Melayunya di kawasan kepunyaan Pas.

Kalau tak salah Mc, Dap meminta 4 lagi kerusi tambahan untuk calon Melayunya.

Ini menambah lagi keyakinan kita bahawa suatu hari nanti Dap akan gantikan Pas dalam politik tanah air. Sudahla Pas

Pas dijangka memberi laluan kepada calon Melayu DAP untuk diletakkan di kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya orang Melayu.