Sabtu, 13 Oktober 2012

TUDIAA!! Wanita Pas ni Bertudung Tapi BerBoogel!!


Gambar diatas contoh terbaik seorang wanita yang sedang mandi bertudung, kononnya menutup aurat tetapi sebenarnya berbogel. Apakah dia tak sedar, bahawa seluar yang dia pakai tu lutsinar bila terkena air, bila basah ianya menampakkan bentuk seluruh kaki hingga ke seluar dalamnya. Selamatlah seluar dalam hitam, kalau warna putih, sampai ke 'tut' pun nampak sekali.

Begitu juga perihalnya Pas sekarang. Luaran nampak benar-benar mengikut Islam. Nama parti saja pun dah Islam, pakaian Presiden, Musyridul Am nya, semuanya berjubah dan berserban. Nama-nama jawatan dalam organisasi parti pun 'dialek' arab menonjolkan imej Islam. Kiranya jika atas kertas, Keislam Pas tu memang sempurna habis la.

Namun pada hakikatnya, Pas sama seperti perempuan dalam gambar tu. Nampak bertudung, baju menutup aurat, tetapi pada hakikinya mereka sedang berbogel.

Pas sudah meninggalkan perjuangan Islamnya. Sejak Pas bersalaman dan berpelukkan dengan Dap, perjuangan menegakkan Syiar Islam sudah terkubur. Kepimpinan Ulamak yang selalu mereka agung-agungkan kini hanya tinggal pada nama.

Dewan Ulamak kini hanya tinggal pada nama. Ulamak Pas terus dipinggir. Artis pula disanjung, dijulang. Cuba lihat ceramah Pas sekarang. Ceramah yang dikunjungi oleh Artis, penuhh.. tapi ceramah yang dibuat oleh Ustaz dan Ulamak Pas, nak sampai 100 orang pun payah. Apakah itu contoh ahli Pas menyanjung Ulamak?

Perjuangan parti pun dah berbeza sangat dari dulu. Kalau dulu, Pas berpecah peluh, sanggup bermandi darah untuk perjuangkan Islam. Namun kini, Pas bermandi darah untuk menyokong perjuangan Anwar dan Dap.

Dalam himpunan Bersih, dari siri satu sampai ketiga. Ahli dan penyokong siapa paling ramai? Siapa yang paling ramai ditangkap? Siapa pula yang dilembukan untuk memprovok polis hingga terpaksa mengunakan kekerasan?

Apakah himpunan Bersih itu satu perjuangan yang dituntut Islam? Siapa pula ketuanya? Ambiga, siapa Ambiga? Peguam yang menyokong umat Islam murtad. Jadi kenapa Pas perlu sokong perbuatan yang sia-sia dan mengancam keamanan negara?

Banyak lagi perkara yang Pas boleh perjuangankan. Perjuangkan isu umat Islam murtad, gerakan anti Islam dan gerakan memurtadkan umat Islam. Semua itu perlukan perjuangan. Kenapa Pas tak perjuangkan itu semua? Kerana isu-isu tersebut tak bersangkutan dengan kepentingan politik. Jadi tak ada kepentingan untuk Pas perjuangkan.

Kalau macam tu, buat apa Pas guna nama Islam untuk berpolitik? Kita kembali pada perenggan diatas. Gunakan topeng Islam untuk menghalalkan cara. Paling tepat, matlamat menghalalkan cara!!

Itulah Pas sekarang, jadi jika ada orang kata Pas itu Islam. Mc nak suruh orang tu pi terjun lombong! Islam otak apa!!

Jadi, Mc nak seru pada semua umat Islam di seluruh Malaysia janganlah terpedaya dengan imej Pas yang menonjolkan Islam tu. Sudah-sudah la kena tipu!!

Paling terbaru, Pas akan mencalonkan Paderi dalam PRU ke 13, sedangkan Ulamak seperti Ustaz Nasha makin dipinggirkan. Apakah itu perjuangkan Islam?



McTheory:
Islam kepala atuk puak Pas!!

Tiada ulasan: