Rabu, 15 Ogos 2012

GEMPAR!! Ustaz Nasharuddin Mat Isa Bakal Di Pecat?

Nasharuddin Mat Isa menemani DS Najib bersama dua Ulama terkenal Saudi..

Mungkin disebabkan gambar beliau bersama DS Najib, menyebabkan beliau menghadapi risiko dipecat daripada Pas? Namun Dewan Pemuda Pas Kelantan bijak memberi alasan dengan mengatakan bahawa kenyataan Ustaz Nasa akan menyebabkan beliau dipecat dari Pas. Kononnya kenyataan beliau tidak selari dengan pejuangan parti Pas. Baca kenyataan dari Dewan Pemuda Pas Kelantan,


Kenyataan dari FB Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Nasharuddin Diminta Nyatakan Pendirian

1. Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

2. Ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar Pas keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

3. DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin UMNO selama ini. Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh UMNO dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini.

4. Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro UMNO sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya. Jika beliau sudh tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu.

5. Bagi DPPNK, Pas sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

Mohd Nuri Mat Yaacob
Setiausaha DPPNK.

Kenyataan Fb.

Sememangnya Mc rasa Ustaz Nasa sendiri pun mahu beliau dipecat oleh Pas Pusat. Sejak daripada kes kerajaan perpaduan, Ustaz Nasha lebih rapat dengan program UMNO dari program Pas. Mungkin kerana beliau bosan dengan sikap hipokrit Pas berada didalam Pakatan, hingga membuatkan beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Pas.

Namun disebabkan ada 'baiah tertentu dalam Pas, membuatkan ramai wakil rakyat Pas sekarang takut untuk meninggalkan Pas walaupun sebenarnya mereka tidak rela lagi dengan pejuangan Pas masa kini. Begitulah Pas mengawal adun dan MPnya dari melompat ke parti lain. Semuanya mengikat kesetiaan, berlandaskan ugutan

Mungkin disebabkan itulah ramai MP/adun Pas yang bertindak belot ke parti lain, dengan harapan mereka dipecat dari parti Pas. Contohnya seperti Hasan Ali, Zulkifli Noordin (PKR), Hasan Basri dan terkini Ustaz Nasa. Semuanya tidak lagi rela melihat Pas dikeldaikan Dap, walaupun melibatkan isu sensitif, Pas tetap tidak melawan, malah menyokong, umpama lembu ditambat hidungnya.

Atas sebab demikian, mereka meninggalkan Pas, kerana Pas tidak lagi relevan untuk memperjuangkan Islam dan Melayu. Apa yang Pas perjuangkan sekarang, hanyalah kerusi empuk ke Putrajaya!!


McTheory:
Nama kata parti Islam, tapi.. habuk pun tarakk!!

1 ulasan:

albangi berkata...

Elok Karpal Singh bersara politik demi Pakatan.

Ramai org tidak tahu UMNO ada satu rakaman ucapan Karpal Singh di Australia yang berbau rasis anti Melayu dan anti Islam. Tidak mustahil Karpal ini diugut oleh UMNO dan ditekan oleh UMNO untuk pecahkan tembok Pakatan. Jika Karpal Singh enggan berbuat apa yg disuruh oleh pemimpin BN, maka rakaman ini boleh dibocorkan dan DAP akan rugi besar. Mungkin Karpal lebih sayang DAP dari Pakatan Rakyat.

Walaupun ada pimpinan PAS pernah dengar ucapan anti melayu dan anti Islam ini, dan tidak mustahil Ustaz Nasarudin juga pernah dengar, PAS sedia maklum, Karpal Singh ini bukan Islam, maka tidak mengapa dia TOLAK hudud sebelum ini dan belum HINA hudud. Sebab itu PAS boleh bekerjasama dgn DAP. Hudud ialah ajaran Islam dan tidak ada dalam agama lain. Manakala pemimpin UMNO yang mengaku Islam pula TOLAK HUDUD dan HINA HUDUD dan kerana itulah PAS tidak mahu kerjasama dengan UMNO.

PAS boleh terima lagi DAP buat masa ini sebab DAP secara organisasi TIDAK HINA hudud, cuma yg HINA HUDUD secara terang-terangan ialah individu Karpal Singh. Maka Karpal Singh patut diperangi. Kalau dia TOLAK tidak apa, tetapi kini dia sudah MENGHINA HUDUD, sama macam UMNO.

Tapi kalau DAP secara organisasi MENGHINA HUDUD, maka PAS harus ajar DAP bahawa jangan perangi aqidah umat Islam. UMNO memang terang-terangan perangi aqidah ummah. Kita harap DAP faham beza antara TOLAK hudud dengan HINA HUDUD. UMNO dan MCA serta Karpal Singh TOLAK dan HINA HUDUD.

DAP kena faham Tuhan kami ialah Allah bukan parti bukan Pakatan. Kemenangan mutlak kami ialah mencari keredhaan Allah bukan keredhaan Pakatan Rakyat, keredhaan DAP atau PKR. Dan kami tahu Islam akan dagang di akhir zaman, dan kami tetap akan keseorangan dalam mempertahankan aqidah kami, sedangkan UMNO lebih cederung mencari keredhaan bekas penjajah barat dan tuan baru mereka yahudi APCO.

Kita nasihatkan Karpal sebagai individu dan DAP sebagai organisasi supaya jangan cabar kesabaran kami dalam bab aqidah kami. Tolak hudud tak mengapa sebab orang kafir boleh TOLAK hudud yg bukan ajaran agama mereka, tapi jangan HINA ajaran kami.

Selama ini kami tidak bersama UMNO ialah kerana UMNO TOLAK HUDUD dan HINA HUDUD. Kami perangi MCA kerana MCA TOLAK HUDUD dan HINA HUDUD. Setakat ini Gerakan hanya TOLAK HUDUD dan belum HINA HUDUD.

Kalau Karpal Singh nak bermain api dan nak hancurkan Pakatan Rakyat, silakan. Kami sudah biasa bersendirian dan akan bersendirian di akhir zaman. Tapi kami nasihatkan Karpal Singh supaya bersara dari politik dan bersara dari DAP supaya Pakatan Rakyat boleh berjalan lancar dan kita akan dapat tumbangkan BN. Kalau Karpal bersara, maka UMNO tidak boleh apa-apa dengan rakaman itu lagi.

Yang terbaik ialah Karpal Singh bersara terus. Maka BN akan mati kutu. Bahtera PR akan terus belayar ke Putrajaya. Inilah masanya kalau Karpal Singh mahu berkorban untuk partinya, untuk rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kesejahteraan serta mahu kuburkan UMNO dan BN.