Selasa, 31 Januari 2012

TUDIAA!! Ustaz Azizan Mencabar Pas Pusat!!



"Saya tidak takut kepada desakan supaya saya dipecat"
FASAL 82  
Tatatertib


Semua ahli-ahli PAS hendaklah:



(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu.
(b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya.

(c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti.

(d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang boleh.

(e) Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-rahsia Parti.
(f) Mengamal akhlak Islam.
(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.
(h) Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini.


Itu salah satu dari Perlembagaan PAS yang telah dipersetujui dari dahulu lagi. Persoalan yang  hendak timbulkan disini adalah jika PAS benar-benar mengikut Perlembagaan ini maka secara tidak langsungnya mengikut hampir keseluruhan Perlembagaan UMNO/ Barisan Nasional. Bukankah Perlembagaan UMNO/Barisan Nasional ini adalah ciptaan orang-orang kafir? 

Mengapa hal ini PAS tidak menggunakan Perlembagaan Islam seperti yang terkandung di dalam Al-Quran? Sepatutnya PAS kena letakkan Al-Quran sebagai rujukannya. Itu yang perlu diutamakan.

Ditambah lagi mengenai perihal Tindakan Tatatertib, sepatutnya PAS menggunakan tindakan seperti Rasullah mengawal disiplin dan akhlak umatnya. Bukannya fasal-fasal seperti di atas yang jelas mengcopy-pastekan perlembagaan yang seblum ini dicanang sebagai kafir.

Kita cuma letak satu sahaja contoh dimana PAS tidak menggunapakai perlembagaan partinya. 

(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu.

i)  Taat ke para-para ahli PAS dengan hukum dan ajaran-ajaran Islam?
ii) Ada ker Islam mengajar pengikut-pengikutnya memaki hamun? 
iii) Ada ker Islam mengajar pengikutnya menyokong membabi buta seorang yang jelas-jelas peliwat dan penzina? 
iv) Ada ker Islam menyuruh berdusta? memfitnah? mencerca? 

Itu baru sikit, selebihnya letakkan pemahamannya di bahu para pembaca semua. Sepatutnya PAS sudah pecat ramai ahlinya sebab melanggar Fasal 82 ni. 

P/S: Berani ke PAS pecat semua ahlinya termasuk Nik Aziz kerana memaki hamun menggunakan perkataan Celako! tu?...hehehehe....

P/S II : Dulu Hassan Ali sebab melanggar Fasal 82(g) ni, sekarang ni adakah Azizan juga akan dikenakan tindakan yang sama sebab mempertahankan AUKU? Kita nak tengok berani ke tidak untuk PAS melakukan tindakan ini...hehehehe...
(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.


Melayu Kedah Terakhir

Tiada ulasan: