Belum
pun mengundi, jauh sekali menang dan menjadi kerajaan, hendak menamakan
calon juga Pakatan Rakyat sudah kelam-kabut, atau lebih tepat, gagal
sama sekali.
Jika di Perlis kita menyaksikan PKR dan
PAS berbalah, di Kedah PAS dan DAP berbalah, yang terkini, di Johor kita
boleh menyaksikan bagaimana DAP dan DAP serta PKR pula berbalah.
Pergolakan
dalaman parti sendiri dan pertelagahan antara rakan sekutu sudah tidak
dapat ditutup lagi, sehingga Anwar sendiri terpaksa mengaku di dalam
ceramahnya di Melaka semalam bahawa terdapat gaduh-gaduh ‘sedikit’,
namun boleh diselesaikan.
Kerana ‘gaduh-gaduh sedikit
itulah’ maka hari ini 3 pemimpin DAP telah sah meletakkan jawatan akibat
tidak berpuas hati dengan tindakan anak beranak kuku besi Lim Kit Siang
dan Lim Guan Eng yang masuk campur dalam urusan parti itu di Johor.
Mereka yang meletakkan jawatan adalah Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Chen
Hau, Timbalannya Norman Fernandez dan Setiausahanya, Tan Chen Choon.
Jelas, ‘gaduh-gaduh’ itu bukanlah sedikit seperti kata Anwar, tetapi benar-benar serius.
Bayangkan,
mereka yang meletakkan jawatan itu bukannya calang-calang tetapi
merupakan pemimpin DAP peringkat tinggi di negeri itu. Justeru, tidak
hairanlah apabila 5 lagi dikhabarkan telah bersedia untuk menurut
langkah mereka, antaranya, ADUN Mengkibol, Ng Lam Hua.
Dr.
Boo Chen Hau diketahui bermati-matian mempertahankan DAP sehingga
bergaduh sakan dengan Datuk Chua Jui Meng. Namun, setelah mendapat
keyakinan untuk menang, DAP sanggup menolak Dr. Boo bagi memberi laluan
kepada ‘orang-orang pilihan’ keluarga Lim. Sehingga meletakkan jawatan,
Dr. Boo masih belum disahkan sama ada akan bertanding.
Dari
situ, pergolakan dalaman DAP turut menular kepada PKR apabila calon PKR
sendiri terpaksa mengalah dan tercampak ke kawasan-kawasan yang kurang
selamat lalu menyebabkan ketidakpuasan hati semakin memuncak. Antara
pemimpin PKR yang menjadi mangsa ialah Chua Jui Meng sendiri, di mana
beliau telah ‘ditendang’ ke Segamat daripada kawasan selesanya, Gelang
Patah, atas keterpaksaan untuk memberi laluan kepada Tokong Lim Kit
Siang.
Sebelum ini, Chua pernah meminta antara
parlimen Bakri atau Kulai apabila dinafikan pencalonan di Gelang Patah.
Tetapi, permintaan Chua telah ditolak mentah-mentah di mana DAP
bertegas tetap akan meletakkan calonnya di kedua-dua kerusi itu juga.
Selain
itu, kita juga menyaksikan perebutan kerusi Johor Jaya di mana
kedua-dua DAP dan PKR telah mengumumkan calon masing-masing, iaitu Liow
Cai Tung dan Jimmy Phua. Setakat ini, masih tiada kata putus mengenai
pertindihan kerusi tersebut.
Desas-desus mengkhabarkan
bahawa akan berlaku lagi perletakan jawatan oleh beberapa pemimpin DAP
negeri itu dalam masa terdekat. Jumlah yang dianggarkan ialah 8 orang,
termasuk yang telah dinamakan sebagai calon kerana tidak puas hati
dengan kawasan yang diberi. Dalam pada itu, dalam satu program minggu
lepas, ahli DAP sendiri telah berpiket kerana tidak puas hati terhadap
kepimpinan yang meletakkan calon luar.
PKR juga dikhabarkan sudah mula memboikot semua program DAP dan hanya memberi kerjasama di dalam program-program PAS.
Dari
senario di atas, apa yang dapat kita simpulkan ialah Lim Kit Siang
benar-benar seorang kuku besi dan Anwar Ibrahim langsung tidak dihormati
oleh DAP sebagai bakal Perdana Menteri PR.
Anwar
tidak mampu mempertahankan parti dan calon pilihannya, Anwar tidak mampu
mengawal keadaan dan Anwar bukanlah seorang Ketua yang efektif. DAP
pula terbukti sebagai parti chauvinis dan kiasu yang tidak menghormati
sesiapa termasuk rakan dan ketua sendiri.
Lebih dari
itu, ia memperlihatkan bagaimana PR tidak mampu duduk semeja, berbincang
dan membuat keputusan yang kemudiannya dipatuhi oleh semua pihak.
Justeru,
rakyat kini dapat menilai sendiri di mana adalah mustahil PR akan mampu
menguruskan negara sekiranya mereka memerintah, sedangkan untuk
mengurus gerak kerja awal pilihanraya juga, mereka telah gagal
sepenuhnya