Sponsor

Memaparkan catatan dengan label KDN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KDN. Papar semua catatan

Selasa, 19 Ogos 2025

Murid bina laman web 'jual tubuh' di media social

 



Kita dikejutkan dengan berita yang diberitahu oleh pihak KDN, mengenai perkara yang tidak bermoral dikalangan kanak-kanak.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan aktiviti tidak bermoral kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang menjual tubuh di media sosial.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, kegiatan itu dibongkarkan pihak polis dalam satu operasi yang dilakukan tahun ini.

Menurutnya, kanak-kanak itu mencipta laman sesawang dan kemudiannya berpakat dengan rakannya yang lain untuk menjual tubuh mereka di media sosial.

"Tahun ini 2025 kita bongkar, kita tumpaskan pulak geng budak sekolah dengan kerjasama kementerian berkaitan. Umur baru 12 tahun, yang buat laman sesawang budak perempuan 12 tahun, dia pakat dengan kawan-kawan dia empat orang.

"Kumpulan WhatsApp mereka ramai, ada 762 orang masing-masing (kanak-kanak) ambil gambar bahagian tubuh masing-masing kemudian jual (di media sosial) dan diberhenti sekolah sebab pendapatan dia jauh lebih tinggi daripada pendapatan mak bapa.

"Dia ambil gambar jual, dia dapat pendapatan total pendapatan sebulan (jauh) lebih besar daripada pendapatan mak bapa dia, buat apa dia nak sekolah lagi," kata Saifuddin di Dewan Rakyat hari ini.


Jumaat, 11 April 2014

PANASS!! Puak Cina Koyak Passport Ni Demo Bersih dan Kutuk PM di UK Dulu!!


Masih ingat peristiwa ketika BERSIH 3.0 dulu? Ada sekumpulan manusia yang mengaku warganegara Malaysia berdemo di Kota London sambil mengutuk kerajaan Malaysia. Sudahla memalukan nama Malaysia, mereka ini juga yang membuat kacau dan mengutuk PM Najib ketika lawatan beliau ke London pada waktu itu.


Memalukan PM diluar negara. Sudah la tak hormat pemimpin negara, dalam majlis yang beliau berucap pun puak-puak gila ni masuk buat kacau.


Mereka ini yang koyak passport Malaysia sebab fikir UK nak terima mereka sebagai warganegara. Kalau UK tak terima, apakah sekarang ni adakah kita perlu terima mereka kembali?

Tiba-tiba muncul berita dibawah,


Sudah tentu berita ini membangkitkan rasa marah rakyat Malaysia terhadap Menteri KDN Zahid Hamidi. Koyak passport Malaysia merupakan satu penghinaan. Mereka sendiri buang diri mereka dari Malaysia, khianat negara sendiri, lepas tu takkan mudah-mudah kita nak terima balik?

Bila dah riuh rendah dalam media sosial tentang perkara ni, barulah terima jawapan dari pejabat menteri KDN.

Sahabat semua, setiausaha politik YB Datuk Zahid baru mengesahkan pada saya berita tu palsu, tiada keistimewaan pada mereka.

Mereka tetap dikenakan proses biasa. Buat masa sekarang mereka hanya diberikan resident pass, tarafnya lebih rendah dari permanent resident.

Berita palsu ini diedarkan oleh pihak yg tak bertanggungjawab. Hindarilah diri kita dari kerja2 keji dan fitnah.

Itu msg yang diterima. 1000 orang tu fitnah, takpa la. Tapi Mc harap kerajaan jangan mudah menerima pengkhianat negara ni. Dorang balik sini pun, bukan tau nak berterima kasih dengan kerajaan. Balik sini buat menambah undi pada Dap saja buat apa?

Bagi IC merah saja, bagi jadi setaraf dengan bangla, indon dan pendatang asing lain. Baru sedar diri, baru ada akai! Baru yang lain akan ambil perkara ni sebagai contoh dan teladan. Kalau Malaysia tak terima dorang, pakat merempat la kat negeri orang.

McTheory:
Mohon mereka jangan diberikan warganegara Malaysia.

Khamis, 6 Mac 2014

#HOT! Punca Kenapa Buku ULTRAMAN di HARAMKAN!

Hanya hiasan..

Buku Ultraman di HARAMKAN? Bunyinya macam kelakar pun ada. KDN ni ada kena mengena dengan Anwar ke? Atau Anwar yang suruh haramkan buku ni?

Kita baca dulu,

Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power', yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.

Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuatkuasa 18 Februari lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport,
menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," menurut kenyataan itu.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Apa punca yang menyebabkan buku tu kena haram? Tentu ianya sangat dahsyat dan boleh memudaratkan masyarakat. Dengan contoh, Harakahkah pun boleh dapat lesen, kiranya buku Ultraman ni lagi teruk la ya?

Jom tengok puncanya dibawah ni,


Rasanya dah tahu apa punca buku tu kena haram kan? Kalau tak bahaya dan mengelirukan, ianya tak akan diharam.

McTheory:
Kalau dibiar, dah nanti orang ingat Ultraman tu ada kena mengena dengan tuhan pulak!

Selasa, 21 Mei 2013

HOT!! Minta KDN Tangkap Semua Pencetus Hasutan Demontrasi Haprak!! #BlackOut505

Hero baru rakyat Malaysia..

Selepas Nik Nazmi dan Adam Adli ditangkap atas kerana menghasut rakyat. Puak pencacai Pakatan terus bangkit meroyan melebihi had. Umpama Kerajaan Malaysia ni zalim, menyekat dorang dari menyatakan kebebasan bersuara.

Kebebasan apa yang dorang mahukan lagi? Kebebasan buat kacau dan berdemo sana sini? Kalau menang, OK. Kalau kalah tak OK? Macam tu? Sesungguhnya apa yang puak Pakatan buat ni, adalah satu perkara yang tak masuk akal pun.

Tuduhan terhadap SPR dan Kerajaan Malaysia menipu dalam undian adalah tuduhan yang keras. Mereka menuduh tanpa bukti! Kalau kita buat tuduhan, siap ada video pun dorang tetap mintak empat saksi. Tapi kalau puak dorang buat tuduhan, benda yang tak pasti pun dorang dah kata betul.  Fikirlahh..

Tuduhan bawa bangla, tuduhan blackOut, tuduhan hilang peti undi, tukar peti undi dan pelbagai lagi. Satu pun tak diberi dengan bukti. Semuanya hanya tuduhan dan beberapa keping gambar yang sangattlahhh meragukan. Kemudian mereka terus menuduh tanpa ada bukti sokongan yang lain.

Cuma apa yang peliknya, tuduhan dan fitnah macam tu pun, masih ada yang percaya. Contoh macam video yang dikatakan bas bawa bangla untuk undi BN.

Pernah anda tengok pencuri pakai 'Nametag'? Macam tu la juga situasi bas bawa bangla yang dituduh oleh puak Pakatan tu.

Satu bas yang dikatakan bawa pengundi hantu untuk BN. Tapi letak bendera BN besar-besar depan bas!! Kalau Mc yang bawa bas tu, Mc akan letak bendera Pas atau PKR. Sebab nak lindung diri.

Mana ada orang nak buat jahat tapi nak bagi orang kenal!! Mana ada, kecuali perkara tersebut dirancang oleh pihak Pakatan sendiri.

Hakikat yang sebenar, dorang sewa bas, dorang bayar bangla, dorang suruh bas ke pusat pengundian, dorang sendiri tahan, sendiri ambil video, sendiri buat kecoh!!

Kemudian tuduh BN bawa banglaaa!! Memang gilaa..

Tapi satu saja yang dorang kantoi! Bila letak bendera BN depan bas. Serupa seorang pencuri nak buat kerja jahat, tapi pakai 'Nametag'. Mana ada orang bodoh macam tu, kecuali puak Pakatan sendiri.

Sebenarnya, penipuan semasa PRU ke 13 tak wujud pun. Perhimpunan BlackOut ni dirancang sebelum PRU lagi. Bayangkan macam mana mereka boleh cetak baju BlackOut ni sebegitu banyak, selepas habis keputusan PRU? Logik ka? Dalam masa 12 jam boleh cetak baju lebih dari 10 ribu helai? Guna Jin aladin ka?

Sebab tu Mc kata, tangkap semua penghasut dan pengkhianat negara ni. Kerajaan BN dah menang PRU, jangan risau bab undi lagi. Ini amanah rakyat. 80% rakyat Malaysia mahukan keamanan dan kestabilan, walaupun ada diantara mereka undi Pakatan kerana percaya janji-janji palsu.

Tolak rusuhan, tolak demontrasi! Masa untuk bekerja.. sama-sama kita majukan Malaysia!


McTheory:
Pentingkan amanah rakyat, jangan hiraukan puak manoriti yang sakit hati!!

Khamis, 21 Julai 2011

SURAT TERBUKA UNTUK MENTERI KDN, SILA BERI TUNJUK AJAR!!





Memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam sentiasa terjamin dan terpelihara melalui kemantapan tindakan penguatkuasaan undang-undang dan kecekapan pelaksanaan dasar-dasar bagi program-program yang berorientasikan perkhidmatan teras KDN..Tindakan-tindakan pencegahan juga dilaksanakan untuk mempastikan apa jua niat jahat, ancaman musuh dan kacau bilau dapat dibendung


Itu la OBJEKTIF utama kementerian dalam negeri malaysia..tapi apa yang bermain diminda sekarang hanyalah slogan AMARAN sahaja..KDN Terlalu berlembut dalam apa saja kes melibatkan keselamatan negara..jika kita lihat situasi sekarang,sejak zaman Pak Lah lagi pembangkang dilihat cuba memainkan isu sensitif,mengunakan isu pekauman,memburukkan nama negara dimata dunia.merosakkan sistem parlimen yang sedia ada tapi mereka seakan diberikan kuasa dan lesen besar untuk mengulangi perbuatan itu..


Apa menteri KDN buat?kami bukan nak dengar AMARAN tapi kami nak tindakkan TEGAS dikenakan..biarlah sesuai dengan MOTTO KDN Komited Tegas Mesra..Nak bermesra boleh tapi tengok tempat lah,ada masa kita berlembut,ada masa kita tunjukkan ketegasan,bukannya setiap kali isu timbul hanya AMARAN dikeluarkan..Kami bukan nak merendahkan kredibiliti menteri KDN tapi biarlah tindakkan sesuai dengan keadaan sekarang..


Jika kita lihat penghinaan kepada lagu kebangsaan NEGARAKU yang buat oleh seorang pemuda berbangsa cina namewee.seluruh rakyat malaysia mengutuk perbuatan itu..kesudahannya si namewee diberi keistimewaan.malah tiada apa2 tindakkan dikenakan oleh KDN terhadapnya..


Apabila 2 orang pemuda melayu yang didapati bersalah membakar gereja,mereka dikenakan hukuman 5 tahun penjara..Tapi macamna pula dengan remaja nakal berbangsa cina yang menyimbah cat merah dan membaling botol arak di surau?mereka hanya diberi amaran dan memohon maaf secara terbuka..


Adakah ini layanan yang sangat2 istimewa diberikan oleh KDN terhadap mereka.??jika kita lihat perhimpunan BERSIH baru baru ini beribu2 laporan polis dibuat bagi mematahkan perhimpunan tersebut..Rata rata penduduk dimalaysia menyuarakan kebimbangan yang akan terjadi pada 9/07/2011..Adakah akta hasutan akan dikenakan terhadap pemimpin pemimpin pembangkang yang mejadi tulang belakang perhimpunan bersih masih menjadi tanda tanya??sampai sekarang mereka bebas ke sana ke mari membohongi rakyat dan menuduh polis melakukan kekerasan terhadap mereka...sampai bila nak biarkan mereka terus menjatuhkan maruah polis??Pasukan Polis Diraja Malaysia di bawah KDN kami harap menteri KDN dapat membuat sesuatu sebelum menjadi barah..Mencegah lebih baik dari mengubati..


kami sangat berharap MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI DATO SRI HISHAMUDDIN TUN HUSSIEN dapat membuat sesuatu yang mengejutkan..44x amaran dibuat pun belum tentu si anwar and the company akan tunduk..jadi la menteri dalam negeri yang terbaik.jika anda rasa beban yang di galas cukup berat untuk di pikul lebih baik letak jawatan sahaja.bak kata AYAHANDA TUN MAHATHIR lebih baik kita undur diri dari kita dijatuhkan..Sudah sampai masanya KDN memberi perubahan......

PMK: tegur salah tak tegur pun salah

Rabu, 22 Jun 2011

VIDEO PANAS!! CABARAN ZAHID MD ARIP PADA HISYAM KDN!!


McTheory:
Adalah lebih baik lantik Ibrahim Ali jadi Menteri KDN.. rasanya Malaysia confirm aman..

Rabu, 18 Mei 2011

VIDEO SEKS!! HISHAM TEMBAK ANWAR!!


Kalau tak salah takut buat apa ye tak? Macam salah je pun.. he he he..

McTheory:
Sokong kata Hisham.. berani kerana benar!!

Isnin, 5 Julai 2010

KDN PENGECUT! HANYA BERANI BERTINDAK KEATAS MELAYU!



Jaguh kampung itu yang patut digelarkan kepada KDN. Tindakan berat sebelah yang KDN lakukan adalah membuktikan bahawa KDN hanya bertindak membela bangsa lain. Beratus artikel akhbar cina mengecam melayu. Tabliod bahasa cina jangan cakap la, semuanya bersifat perkauman. Tapi ada tindakan ke terhadap mereka? Mana ada.. kalau ada pun amaran demi amaran.

Apabila akhbar melayu mengeluarkan artikel yang menganggu gugat 'keimanan' kaum lain, pasti KDN akan bertindak dengan secepat mungkin. Suara Perkasa adalah mangsa terbaru sikap pilih kasih yang KDN tunjukan. Jika dibandingkan 'kasarnya' Suara Perkasa dengan Harakah, Suara Keadilan dan The Roket terbitan Dap, Suara Perkasa hanya menyuarakan tentang hak melayu dan menjadi tugas pertubuhan itu melakukan tugasnya.

Jangan harap kepada Pemuda UMNO, yang sekarang ni sudah kena ikat, sudah lari dari asas perjuangan, NGO melayu yang lain pula semuanya lebih banyak diam dari bercakap. Hanya Perkasa saja yang betul-betul berani mempertahankan hak melayu. Biar Perkasa dipanggil 'pelampau melayu' asalkan objektif penubuhan Perkasa tercapai. Mc tabik hormat pada 'Tok Him' yang membuktikan beliau adalah antara pendekar melayu yang masih wujud dimuka bumi ini.

Berat sebelah jelas apabila The Star dan Malaysiakini melaporkan tentang Istana Air Mata yang lebih kepada agenda sulit yang mahu mencemarkan Institusi Negara yang berselindung disebalik kes pekerja asing. Hingga sekarang KDN masih belum bertindak keatas The Star dan Malaysiakini. Sedangkan tindakan keatas Suara Perkasa dilakukan dengan pantas, selang sehari selepas penerbitannya.

Kini Suara Keadilan, radio buruk bagi PKR, diketahui lesen penerbitannya masih lagi ditahan oleh KDN, kini berkeras mahu menerbitkan akhbar suaka itu tanpa 'izin' dari KDN. Mahu juga Mc melihat, apa tindakan KDN jika akhbar itu masih berdegil. Adakah hanya 'AMARAN' atau ada tindakan yang mereka akan lakukan. Almaklumlah.. jaguh kampung mana berani kacau samseng luar, kang nanti kena pukul susah pula.

MctHeory:
Betul la cakap puak Pakatan, Kerajaan Malaysia memang tak adil, terlalu bagi muka pada kiasu dan pembangkang, hingga naik lemak!.

Isnin, 11 Januari 2010

ISU: APABILA ANWAR DAH PANAS PUNGKOQ!



Untuk pengetahuan pembaca. Keadaan politik negara berada didalam keadaan yang amat pelik dan membimbangkan. Ini terjadi apabila pihak pembangkang telah merasakan bahawa keadaan dalam negara sekarang lebih memihak banyak kepada kerajaan.

Sokong padu rakyat kepada kerajaan Pusat berterus-terusan, sehingga menimbulkan ketakutan kepada pihak pembangkang. Mereka ini hanya pandai berpolitik, tetapi tidak pandai dalam mentadbirkan kerajaan, walaupun kerajaan negeri.

Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan bukanlah antara negeri yang maju. Malah kehadiran pembangkang di negeri-negeri tersebut, merosakkan lagi sistem pentadbiran malah yang maju juga telah menjadi mundur.

Sekarang pembangkang hanya menunggu peluang untuk mencari pasal dengan kerajaan. Menunggu peluang untuk menghentam kerajaan. Bermula dengan isu Enjin, gula dan sekarang 'Kalimah Allah', semuanya hendak dipolitikan.

Dahulunya Anwar Ibrahim menjadi hero kepada pihak pembangkang, kerana cucuk dan racunnya kepada rakyat menjadi dan hampir kerajaan BN ditumbangkan pada PRU ke 12. Sekarang Anwar dah panas PONGKOQ, setelah pembangkang dihentam bertalu-talu kerana kebodohan mereka sendiri dan Anwar pula sibuk dengan kes liwatnya. Rakyat pula sudah kembali menyokong kerajaan Pusat, menyebabkan Pungkoq Anwar bertambah panas dan sakit kerana sering diliwat.

Berita dibawah sebagai contoh bagaimana busuk dan jijiknya politik pembangkang!

HULU SELANGOR 10 Jan. - Pembangkang diminta supaya bertaubat kerana sanggup memperjudikan kestabilan dan kemerdekaan negara dengan menjadikan isu kalimah Allah serta kejadian serangan ke atas gereja sebagai modal meraih sokongan politik walaupun sedar perkara itu boleh menyemarakkan api perkauman.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan pembangkang mengeskploitasikan isu itu sangat tidak bertanggungjawab kerana ia boleh meruntuhkan keharmonian dan kestabilan yang dinikmati sejak merdeka.

"Kalau pun hendak berpolitik, berpolitiklah dengan cara bertanggungjawab dan bukannya mengeksploitasi isu sensitif seperti ini. Saya menyeru kepada mereka (pembangkang) bertaubatlah kerana kesan daripada perbuatan ini sangat besar.

"Menuding jari mengatakan UMNO yang sengaja menimbulkan isu adalah satu tuduhan jahat kerana adalah tidak masuk akal kita hendak menghancurkan kestabilan yang telah dibina sekian lama oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan ceramah pendidikan sempena program UMNO Juara Rakyat, di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas tindakan pembangkang yang sejak bermulanya isu bantahan penggunaan kalimah Allah sehinggalah serangan gereja secara berterusan menuduh bahawa, kemelut yang timbul itu kononnya angkara UMNO

Katanya, kepentingan negara mesti didahulukan berbanding kelangsungan politik kerana tiada makna kejayaan membentuk kerajaan baru jika keadaan rakyat dan negara kucar-kacir.

Menurut beliau, pertimbangan itulah yang menjadi asas kepada kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh anggota Kabinet mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap beberapa gereja di Selangor dan Perak.

"Bukan sekadar mengutuk tetapi Perdana Menteri sendiri turun padang melihat kesan serangan, malah, dengan segera meluluskan peruntukkan RM500,000 bagi membaiki semula rumah ibadat yang rosak," katanya.

Mengulas lanjut, Hishammuddin kemudiannya melahirkan perasaan kecewa dengan sikap pembangkang yang gemar mempolitikkan semua isu asalkan ia memberi kepentingan kepada mereka.

Katanya, tiada gunanya menjadi kerajaan jika rakyat dan negara berada dalam keadaan kacau-bilau, malah, tegasnya, penyesalan pada masa itu sudah terlambat dan tidak berguna lagi.

Sementara itu, Hishammuddin memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan negara terjamin wgalaupun berlaku beberapa insiden serangan di gereja dan surau.

Jelasnya, pihak keselamatan telah mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan kestabilan negara tidak terancam.

"Laporan media asing yang menggambarkan negara ini berada dalam keadaan meruncingkan adalah tidak benar kerana insiden serangan yang berlaku adalah kecil.

"Buktinya hari ini apabila rakyat pelbagai lapisan agama dan kaum boleh duduk bersama bagi menjayakan program UMNO Juara Rakyat," katanya.


MctHeory:
Hehe.. akhirnya Hisyam sudah bangun pada tidurnya. Lama betul nak tunggu kenyataan Menteri KDN ni. Apapun aku sedar, bahawa sekarang Anwar sudah panas PUNGKOQ! dan UMNO tetap Juara rakyat!