Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Perkasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkasa. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Januari 2013

EKSKLUSIF!! 12 Ribu Turun Demo Perkasa Bantah Balak di Pedu Kedah!!






12 ribu hadirin turun ke demo bantah balak pedu. Anjuran Perkasa, dibawah ni video Tok Him kesal dengan kerajaan Pas Kedah yang kononnya mengaku Islam, tapi kerjanya kufur!!


Ahad, 6 Januari 2013

PANASS!! Perkasa Mahu Mengamuk di Kedah!!



Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Kedah akan mengadakan satu himpunan aman bagi membantah keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Kedah yang berdegil mahu meneruskan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air di Pedu, Kedah.

Menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, himpunan yang akan diadakan pada 11 Januari depan itu akan menyedarkan barisan kepimpinan yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berhubung kepentingan menjaga alam sekitar.

"PERKASA melalui mesyuarat hari ini akan menyokong perhimpunan aman dinamakan protes pembalakan di kawasan tadahan air di Kedah pada 11 Januari ini.

"Isu alam sekitar ini isu yang amat serius, bukan sahaja menjadi cemuhan dalam negara, malah di peringkat antarabangsa. Kawasan pembalakan bukan sahaja menjadi perkara yang begitu serius yang seharusnya tidak dilakukan oleh kerajaan negeri." katanya pada sidang media PERKASA di sini hari ini.

Ibrahim berkata strategi kerajaan negeri Kedah yang bergantung kepada aktiviti pembalakan bagi menjana pendapatan adalah tidak bijak kerana ia mengganggu ekosistem alam sekitar.

"Pada saya kawasan seumpama ini tidak patut disentuh. Kerana contohnya di Kelantan, ia menyebabkan banjir kerana isu pembalakan di negeri itu yang semakin menjadi-jadi.

"Dua negeri yang ditadbir oleh PAS ini, saya nampak mereka tidak berupaya mentadbir kerajaan negeri, nak menjana dana untuk kerajaan negeri, mereka tidak pandai, mereka (cuma) pandai tebang balak, gadai atau pajak tanah rizab Melayu. Cara lain mereka tidak reti," ujarnya.

Untuk rekod, himpunan aman itu akan bermula pada jam 3 petang dengan mengadakan konvoi beramai-ramai ke kawasan Pedu. - AntaraPos

Isnin, 3 September 2012

PANASS!! Perkasa HALAU Anwar Dari Cemari Masjid!!



Solat dan Tazkirah Maghrib di Masjid Al-Husin, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah menjadi kecoh dan tercemar oleh kehadhiran Dato Seri Anwar Ibrahim tadi.

Kumpulan yang menggelar diri mereka "Gerak Khas Perkasa' menentang kehadhiran Anwar. Mereka berkumpul dan mempamerkan tiga banner bertulis "Perkasa Kota Setar menentang penggunaan masjid sebagai pentas politik" dan dua banner pula menulis "Jangan pecah belah perpaduan khariah Masjid Seri Pumpong".


Anwar sampai ke Masjid Al Husin sebelum maghrib pada lebih kurang 7:20 PM dan bertembung dengan 50 orang berbaju hitam yang telah berhimpun di perkarangan masjid. Puak ini menjerit menuntut Anwar supaya berhenti.


keadaan menjadi kecoh sebaik anwar berucap lepas solat Maghrib. Hadhirin di dalam masjid membalas jeritan perkasa dengan mengutuk mereka yang menyuruh Anwar yang membaca al Quran suruh berhenti.

Buta betul orang Pas yang tidak sedar bahawa yang nak bercakap itu bukan malaikat tapi anak syaitan yang menyamar berbaju melayu dan songkok.

Seperti biasa, Anwar suka bila kecuh-kecuh ini dan terus berucap. Katanya apabila orang membaca al Quran menjerit lah mereka. Ramai hadirin menyahut dengan takbir Allah hu al akhbar. Sahlah yang dalam masjid bukan kariah tapi ahli-ahli dan penyokong parti politik PAS.


Kononnya Anwar kata dia bersimpati dengan mereka yang dia anggap sebagai mustahil untuk memahami agama dan akan menentang Islam. Ehhh ... bukan dia menentang hudud dan membela serta menggalakkan murtad dan LGBT?

Dia terus kelentong berkata dalam surah al Kafirun ada ayat berbunyi berkenaan "peringatan kepada orang muda".


Anwar mengatakan pihak membantah kita ini orang tidak pernah pergi ke masjid dan bersembahyang di masjid.

Yalah ... kalaulah orang dalam masjid ini tahu bahawa Anwar bukan saja memuja roh Teoh Beng Hock dengan memasang lilin ta[pi pernah bersembahyang mengikut cara orang Kristian dalam gereja dan cara orang Siam di Wat di Siam.

Si bangang dalam masjid pula menyahut takbir.


Pada jam 8:30 Anwar habis berucap dan Imam membaca doa.



Akhinya ada orang tutup power dan masjid menjadi gelap. Macam pondan Anwar mencicit lari untuk keluar dari Masjid ikut pintu belakang. Sampai lapan polis terpaksa kawal keamanan.

Orang yang ngata orang Perkasa tak sembahyang tak tunggu solat isya pun.

Puklul 8:30 pun dia tak solat isya tapi singgah makan dan berbual di rumah imam di belakang masjid kerana tiada jalan keluar.

Budak Perkasa masih tunggu depan. Akhirnya pukul 9 lebih baru nakpak dia keluar dengan kereta Alphard nombor WRV 9150.

Syabas Perkasa. Lagi berani orang yang tak ada cita-cita nak bertanding wakil rakyat dari orang muda tertentu yang senyap macam tikus. Macam mana yang tikus-tikus yang akan jadi pemimpin. 

Sabtu, 14 April 2012

EKSKLUSIF!! NGO Kedah Bertembung Dengan Anjing PKR!! #saveKedah


Walaupun bilangan PERKASA dan bekas prajurit tak ramai, namun ia menunjukkan keberanian mereka bersungguh-sungguh, mempertahankan tanah air yang tercinta. Syabas PERKASA dan Persatuan Bekas Tentera, Kami berbangga dengan semangat juang anda

Khamis, 12 April 2012

PERHATIAN!! NGO-NGO Kedah Mengamuk!!


Mc mendapat maklumat, PERKASA Kedah bersama NGO-NGO lain akan berhimpun di Dataran hadapan Jam Besar, Sungai Petani pada 13 hb ni (esok), persamaan hari Jumaat pada pukul 2.30 Petang. Tujuan PERKASA Kedah dan NGO-NGO di Kedah melakukan bantahan terhadap BERSIH 3.0 dan menentang niat Pakatan Haram untuk membuat kekecohan pada 28hb ini di Dataran Merdeka dengan membuat Demonstrasi BERSIH 3.0

Khamis, 27 Oktober 2011

GEMPAR!! Bahaya Gelombang Hak Asasi Manusia!!



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor memberi amaran Malaysia mungkin akan menghadapi gelombang politik baru memperjuangkan hak asasi manusia yang bakal menruntuhkan dan menghakis dasar-dasar negara yang sebelum ini dipersetujui bersama.

Katanya, gelombang ‘hak asasi manusia’ dianggap sebagai ‘agama baru’ untuk melahirkan masyarakat sivil berpandangan liberal yang menjadikan Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai kiblat baru perjuangan mereka.

Selain itu, penggerak gelombang ini akan berusaha mempersoalkan dasar-dasar yang telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia sebelum merdeka seperti kontrak sosial dan prinsip jus soli.
Institusi raja-raja juga turut menjadi tumpuan kelompok ini.

Rabu, 22 Jun 2011

KASI PANAS!! MELAYU ISLAM!! MARI KITA SOKONG PERKASA DAN TOK HIM!!


Inilah semangat pendekar Melayu yang sebenar. Inilah semangat yang kita mahu untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Jangan macam sesetengah NGO tu, cakap bergegar-gegar, tapi? habuk pun tarak..

McTheory:
Sokong Perkasa, musnahkan Ambiga Pandikutty dan Mat Sabu kaki main sabun!!

Isnin, 20 Jun 2011

GERTAK!! PERKASA TUNJUK TARING!! LAGI LAPORAN POLIS TERHADAP BERSIH!!


KOTA BHARU Jun - Hampir 2,000 penyokong Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), berarak serta membuat laporan polis di sini hari ini, bagi membantah perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Kota Bharu dan diketuai Presiden MTRK, Azmi Ali.

Azmi berkata, MTRK dan Perkasa yang sentiasa mendokong keharmonian serta keamanan rakyat dan negara, tidak rela prinsip demokrasi negara berperlembagaan diperkotak-katik oleh kumpulan yang mempunyai kepentingan politik.

"MTRK dan Perkasa tidak nampak apa-apa faedah yang bakal diperolehi rakyat di sebalik perhimpunan haram Bersih itu melainkan huru-hara atau ketegangan," katanya semasa ditemui hari ini.

Turut hadir, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Pengerusi Biro Antarabangsa Perkasa Pusat, Datuk Mustapha Yaakub.

Azmi menjelaskan, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan perjalanan proses pilihan raya boleh menyuarakannya melalui mahkamah dan bukannya di jalan raya.

Beliau berkata, jika mengambil kira sentimen itu, rakyat Kelantan juga boleh mengambil langkah sama kerana tidak berpuas hati dengan pencapaian kerajaan negeri sepanjang 21 tahun memerintah.

Di KUALA LUMPUR, lima laporan polis dibuat pelbagai pihak bagi membantah perhimpunan haram itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.

Laporan itu dibuat pada pukul 12 tengah hari oleh Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Wira Perkasa, Wirawati Perkasa Malaysia, Wira Perkasa Parlimen Batu dan Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM).

Menurut Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader, tindakan Bersih mengadakan perhimpunan akan mengganggu ketenteraman awam dan mencemar imej negara di peringkat antarabangsa.

"Kami khuatir perhimpunan itu didalangi 'tangan-tangan' yang keji dan kotor serta menjejaskan pelaburan asing serta kedatangan pelancong ke Malaysia," katanya.

Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris berkata, pihaknya bimbang jika perhimpunan itu diteruskan akan menimbulkan rusuhan rusuhan seterusnya mencetuskan keadaan huru-hara.

Di ALOR SETAR, kira-kira 500 ahli Perkasa Daerah Kota Setar berkumpul di kawasan dataran berhadapan Masjid Zahir di sini hari ini, bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan Bersih itu.

Kumpulan berkenaan berhimpun secara aman selama 30 minit sebelum berarak kira-kira satu kilometer seterusnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada pukul 10.30 pagi.

Pengerusi Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail percaya perhimpunan Bersih didalangi individu tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi.

Kata Mohd. Yusoff, penganjuran perhimpunan Bersih hanya merugikan orang Melayu kerana percaya ramai peserta terdiri daripada kaum itu.

"Perkasa akan menentang sekeras-kerasnya perkara yang melibatkan perpecahan bangsa lebih-lebih lagi jika orang Melayu diperalatkan demi kepentingan peribadi," ujar beliau.

Di KLANG, laporan polis dibuat Perkasa Daerah Klang terhadap perhimpunan haram itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang di sini hari ini.

Timbalan Yang Dipertua Perkasa Klang, Rahman Saat berkata, pihak yang menganjurkan perhimpunan itu sengaja ingin mewujudkan suasana tidak harmoni di negara ini. - utusan

Bangkitlah bangsaku, bangkitlah bersatu menentang musuh negara. Aik! Perkasa saja yang turun padang? Mana geng Pekida? Double 7? Kata pejuang fisabillilah, masa ni la nak tunjuk teror, setakat teror dengan kaum sendiri dan anak dara orang saja buat apa.

McTheory:
Cakap bergegar-gegar.. jumpa cina, menikus macam kucing..

Sabtu, 12 Februari 2011

MISTERI KEHILANGAN EXCO WIRA PERKASA!!


Salam Sahabat2 Yg Dihormati,

Saya Minta Tolong Banyak2, Sahabat Saya Juga AJK Wira Perkasa Pusat Sdr Mohd Farid b Abdullah, Hilang Sejak Pagi Tadi, Keluar Rumah Jam 7pagi, Menaiki WRN 3178 Proton Persona, Warna Ungu, Isteri Dan Keluarga Beliau Risau Kerana Tidak Dapat Dihubungi, Saya Telah Lancarkan Gerakan Cari Beliau Di Alamat Terakhir Friendfinder Beliau Di Tempat Ni Kat Mana??Urgent!!! WISMA MOTOR JLN TAR (WMAS REPL, No.337 -339 Jalan Tuanku Abdul Rahman KL @ 19:50 Sejak Pagi Hingga Kini Lokasi Disitu. Beliau Ada Memegang Document Penting Yg Baru Dibongkarkan.

Saya Harap Rakan2 Sebarkan BBM Msg Ini Utk Cari Dan Doa Semoga Beliau Selamat.

Armand Ketua Wira Perkasa

P/s: Dengar kata kereta Farid sudah ditemui di belakang Shell Raja Laut, Tapi Farid masih lagi hilang.

Mctheory:
kehilangannya menjadi sungguh misteri

Isnin, 4 Oktober 2010

KOMEN TUN DR MAHATHIR MENGENAI PERKASA!



Tun Dr Mahathir menjadi jurucakap bagi pihak Perkasa.

p/s: Tun masih lagi terlantar sakit. Tapi diberitakan beliau sudah bertambah baik.

Mctheory:
Doakan beliau supaya cepat sembuh.

Sabtu, 2 Oktober 2010

PANAS!! PERKASA DESAK NAMEWEE BABI MINTAK MAAF!!



Cayalah Perkasa.. ini baru dinamakan Perkasa. Takkan Perkasa aje yang berani bangun sekarang ni. NGO Melayu lain mana?? Mana pejuang-pejuang berani mati Pekida? Dah lama diam?? Macam dah tak wujud lagi.

Mctheory:
Bekas Ahli Pekida.. tah bila jadi bekas tah..

Khamis, 30 September 2010

NAMEWEE LARI LINTANG PUKANG BILA JUMPA PERKASA!



 kah kah kah
malam tadi arman ketua pemuda perkasa dan NGO lain serbu namawee
namawee lari lintang pukang..
kah kah kah


nampak macam hebat dalam youtube
baru jumpa kat gate je dah masuk kereta cabut..
kah kah kah


tahniah aku ucap kepada semua pemuda melayu yang hadir
aku hargai semangat juang pertahankan islam dan melayu yang ada dalam diri kamu

kepada yang tak sempat hadir jangan risau ?
lepas ni kita akan dedahkan setiap lokasi namawee berada
KITA PERGI SERBU DAN KACAU NAMAWEE
tak kira utara,selatan timur dan barat..

kempen kita
DIMANA ADA NAMAWEE, DISITU ADA PEMUDA MELAYU GAGAH BERANI !jangan risau, keris-mudin bagi amaran je !!

Hahaha.. baru ko tahu Namewee, dah kena buku dengan ruas. Tak aman hidup ko dalam Malaysia. Ko boleh pindah dok Singapork kalau ko mahu. ha ha ha..

Mctheory:
Sape suruh ko cari pasal, kan dah kena getah..

Isnin, 6 September 2010

PERKASA WUJUD DISEBABKAN KEGAGALAN UMNO DAN PAS!



oleh Burung Merbok..

1. Saya tak fikir PERKASA akan daftar dirinya sebagai sebuah parti politik. Lebih baik ia kekal sebagai sebuah NGO yang benar-benar memperjuangkan nasib orang Melayu dan Agama Islam serta Kedaulatan Raja-Raja Melayu ! Peranan yang sepatutunya dimainkan oleh parti-parti politik Melayu tetapi ternyata layu dan sepi akibat terlalu taksub untuk bercakaran inter dan intra parti, telah melonjak naik nama PERKASA di kacamata orang-orang Melayu yang sudah sedar akan keperluan dan kepentingan perpaduan bangsa !Kegagalan PAS dan UMNO terutamanya, bersemuka di meja bulat telah menghampakan ramai ahli-ahli dari kedua-dua parti dan sebahagian besar umat Melayu. Di tambah dengan tekanan dan cabaran serta pencabulan yang tidak henti-henti tanpa segan dan silu oleh kaum lain akhir-akhir ini, meletakkan agenda perpaduan Melayu di tangga teratas dalam rangka kesejahteraan bangsa ! Dan sesiapa atau parti mana yang dirasakan menjadi penghalang kepada perpaduan ummah, akan dilabel sebagai pengkhianat bangsa. PAS dan UMNO sebagai parti 'Malay-based' akan dipersalahkan oleh generasi akan datang jika GAGAL menyatu-padukan orang Melayu.

2. PERKASA menjadi pilihan alternatif jika PAS dan UMNO gagal dalam usaha menyatupadukan orang Melayu. Jangan salah rakyat jika mereka beralih angin dan bergantung harap kepada PERKASA atau NGO-NGO Melayu lain. Sekarang ini, orang Melayu sedar bahawa kaum lain akan mengundi mengikut kaum bukan lagi parti ! Dan strategi mereka ini akan lebih berjaya jika orang Melayu dipecah-pecah dari awal supaya tidak mengundi mengikut kaum. Yang amat menakutkan mereka ialah apabila parti-parti Melayu bercantum ! Sebab itulah sebuah parti yang cukup chauvinis beriya-iya mendekati sebuah parti Melayu/Islam hanya kerana menjayakan hasrat dan strategi pecah-belah mereka itu. Yang sedihnya parti Melayu/islam ini seolah-olah buat tak nampak strategi puak chauvinis ini ATAU adakah mereka biar diri diperkuda semata-mata mahu merasa kuasa sejenak walau diketahui sementara saja ? Ahli-ahli parti ini akan sedar keadaan ini dan percayalah pemimpin-pemimpin mereka akan dihukum satu hari nanti. Hukumannya tentulah dalam pelbagai cara dan bentuk. Antaranya ialah mereka beralih cita-rasa dan mungkin memberi sokongan kepada calon Bebas/Melayu yang berkemungkinan datang dari NGO-NGO Melayu seperti PERKASA. Ini berkemungkinan !

3. PRU 13 akan memperlihat trend yang baru seperti yang cuba dibayangkan di Para 2. Justeru kesedaran tentang implikasi baik buruk trend ini hendaklah difikirkan sedalam-dalamnya oleh semua orang Melayu , kecualilah kalau kita terdiri daripada Melayu yang tak kisah tentang apa yang nak terjadi kepada generasi Melayu akan datang ! Jika kita terasa bahangnya waktu ini, apa pula derita yang akan dirasai oleh cucu-cicit dan generasi kita ? Adakah kita sanggup dimaki-hamun dan dipersalahkan dalam lipatan sejarah Melayu akan datang atas dosa kita yang ketepikan perpaduan semata-mata atas sebab ketamakan dan perebutan kuasa ; yang juga memberi laluan kepada kaum lain mengambil segala-galanya ? Waktu itu menyesal sudah terlembat dan tidak berguna lagi !

4. Jika PERKASA dan NGO-NGO Melayu lain kekal dengan aspirasi perjuangan bangsa , perpindahan sokongan dari ahli parti-parti politik kepada mereka bukan MUSTAHIL lagi. Kaedah dan strategi akan menjadi soal akademik sahaja selepas itu ! Yang penting, di kawasan majoriti Melayu, akan diwakili oleh calon Melayu . Nokhtah ! Juga menjadi akademik saja jika kita mahu bicara baik buruk keadaan seperti ini, di mana semuanya dihetong dari sudut perkauman. Kita yang mengundang keadaan sedemikian. Realistiknya, kita menizinkan emosi menguasai diri ; tak nak menerima kenyataan. Ego dan sombong dah jadi 'trademark' kita, orang politik Melayu baik dari PAS maupun UMNO !
Dan diharap ahli dan pemimpin PERKASA dan NGO-NGO Melayu lain tidak terperangkap dan terjerumus ke dalam kancah politik kepartian !

Sumber Neutral Daily

P/s: Sesungguhnya orang Melayu ramai yang tidak mempercayai parti politik, golongan sebegini yang perlu Perkasa selamatkan.

MctHeory:
Perkasa menjadi alternatif terbaru bagi orang melayu.

Isnin, 5 Julai 2010

KDN PENGECUT! HANYA BERANI BERTINDAK KEATAS MELAYU!



Jaguh kampung itu yang patut digelarkan kepada KDN. Tindakan berat sebelah yang KDN lakukan adalah membuktikan bahawa KDN hanya bertindak membela bangsa lain. Beratus artikel akhbar cina mengecam melayu. Tabliod bahasa cina jangan cakap la, semuanya bersifat perkauman. Tapi ada tindakan ke terhadap mereka? Mana ada.. kalau ada pun amaran demi amaran.

Apabila akhbar melayu mengeluarkan artikel yang menganggu gugat 'keimanan' kaum lain, pasti KDN akan bertindak dengan secepat mungkin. Suara Perkasa adalah mangsa terbaru sikap pilih kasih yang KDN tunjukan. Jika dibandingkan 'kasarnya' Suara Perkasa dengan Harakah, Suara Keadilan dan The Roket terbitan Dap, Suara Perkasa hanya menyuarakan tentang hak melayu dan menjadi tugas pertubuhan itu melakukan tugasnya.

Jangan harap kepada Pemuda UMNO, yang sekarang ni sudah kena ikat, sudah lari dari asas perjuangan, NGO melayu yang lain pula semuanya lebih banyak diam dari bercakap. Hanya Perkasa saja yang betul-betul berani mempertahankan hak melayu. Biar Perkasa dipanggil 'pelampau melayu' asalkan objektif penubuhan Perkasa tercapai. Mc tabik hormat pada 'Tok Him' yang membuktikan beliau adalah antara pendekar melayu yang masih wujud dimuka bumi ini.

Berat sebelah jelas apabila The Star dan Malaysiakini melaporkan tentang Istana Air Mata yang lebih kepada agenda sulit yang mahu mencemarkan Institusi Negara yang berselindung disebalik kes pekerja asing. Hingga sekarang KDN masih belum bertindak keatas The Star dan Malaysiakini. Sedangkan tindakan keatas Suara Perkasa dilakukan dengan pantas, selang sehari selepas penerbitannya.

Kini Suara Keadilan, radio buruk bagi PKR, diketahui lesen penerbitannya masih lagi ditahan oleh KDN, kini berkeras mahu menerbitkan akhbar suaka itu tanpa 'izin' dari KDN. Mahu juga Mc melihat, apa tindakan KDN jika akhbar itu masih berdegil. Adakah hanya 'AMARAN' atau ada tindakan yang mereka akan lakukan. Almaklumlah.. jaguh kampung mana berani kacau samseng luar, kang nanti kena pukul susah pula.

MctHeory:
Betul la cakap puak Pakatan, Kerajaan Malaysia memang tak adil, terlalu bagi muka pada kiasu dan pembangkang, hingga naik lemak!.

Rabu, 21 April 2010

HULU SELANGOR! PERKASA SUDAH MARI!



Mc tak sabar menunggu kedatangan Tok Ibrahim Ali datang membantu kempen BN di Hulu Selangor. Pastinya kedatangan Tok Ibrahim sebagai Presiden Perkasa yang dianggap sebagai pejuang sejati bangsa Melayu amatlah digeruni oleh konco-konco Pakatan haram yang bencikan beliau.

Belum lagi Tok Ibrahim menapak ke Hulu Selangor, telah pelbagai cerita, tohmahan dan andaian dibuat oleh pihak Pakatan dan PKR yang mengutuk pendirian Perkasa itu.

Tok Ibrahim sudah menyatakan bahawa beliau dan Perkasa menyokong calon BN dari MIC, P.Kamalanathan. Beliau menyokong P.Kamal adalah kerana beliau menyokong dasar BN yang ditunjangi oleh UMNO yang dipimpin oleh Dato Seri Najib.

Kenapa beliau tidak menyokong Zaid, bukankah Zaid orang melayu? Beliau berkata Zaid bukanlah seorang yang menyokong Perkasa. Zaid walaupun melayu tapi pendirian dan tingkahlaku Zaid tak serupa melayu pun, buat apa dia nak sokong orang seperti itu.

Tentunya nanti di Hulu Selangor, Tok Ibrahim tidak datang berseorangan, beliau pastinya membawa senjata-senjata berkesan yang pasti memeritkan lagi perjuangan PKR di Hulu Selangor. Masih ingat lagi Zahrain, Zul Nordin dan beberapa lagi bekas ahli Parlimen PKR yang sudah menjadi bebas?

Mereka pastinya menyertai kempen tok Ibrahim bagi mengkuburkan terus PKR dan Zaid di Hulu Selangor. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh bekas ahli parlimen PKR itu pastinya memberi kesan yang amat besar kepada pengundi di Hulu Selangor.

Perkara itulah yang amat ditakutkan oleh PKR dan puak Pakatan yang lainnya. Sampai ada diantara mereka yang bercadang mahu menghalang kedatangan bekas Ahli-ahli parlimen PKR itu masuk menyertai kempen BN di Hulu Selangor.

Pastinya perjuangan PKR akan menjadi perit jika semua pembohongan dan fitnah mereka sudah didedahkan. Tambahan pula orang melayu pasti menyahut seruan Perkasa untuk mengundi BN kerana pengaruh Perkasa dikalangan orang melayu bukan calang-calangnya.

MctHeory:
Kita tunggu kedatangan Dato Ibrahim Ali!

Jumaat, 2 April 2010

PENTINGNYA PERKASA UNTUK MELAYU!



Perkasa! satu NGO melayu yang betul-betul tengah meletup sekarang ni. Semangat membela melayu dan mempertahankan maruah melayu memang sangat Mc kagumi.

Kewujudan NGO seperti Perkasa ini memang sesuai pada waktu sekarang. Disaat semangat orang melayu berbelah bahagi diantara bangsa atau harta. Kewujudan Perkasa bagai membuka semula mata orang melayu yang bagaikan dipukau oleh pembelot-pembelot melayu.

Pembelot Melayu! gelaran yang Mc khaskan pada parti pembangkang Pas dan PKR. Dimana melayu dalam parti ini kelihatan seperti bersedia untuk mengadai segalanya bagi berkuasa.

Pas, parti yang kononnya pembela agama dan bangsa. Mempunyai ramai bijak pandai agama didalam parti tersebut. Tapi sekarang perjuangan Pas seolah menyimpang jauh dari perjuangan asal.

Pas menyimpang apabila Pas banyak mengikut kata-kata Dap dan selalu merestui perbuatan sundal PKR yang diketuai oleh Anwar walaupun perkara yang bertentangan dengan Islam.Contohnya Isu kalimah Allah.

Cerita pula tentang parti PKR. PKR bukanlah parti melayu dan PKR juga bukanlah parti yang diteraskan oleh perjuangan. PKR ditubuh hanyalah kerana mahu membela Anwar. Maksudnya, PKR ditubuh hanya untuk menagih kesian rakyat supaya menyokong Anwar.

Jadi apakah melayu dalam PKR mahu memperjuangkan melayu? Semestinya tidak! perjuangan mereka hanya untuk Anwar dan perjuangan Anwar pula hanyalah untuk berkuasa. Jadi apa pentingnya bangsa melayu bagi mereka? Langsung tak ada!

Bila masa Pas dan menyimpang. PKR sudah tak boleh harap. Bangsa melayu mahu bergantung pada siapa? Yang tinggal hanyalah UMNO. UMNO satu-satunya parti yang masih membela bangsa melayu, walaupun dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, tetapi UMNO tetap dengan perjuangan asalnya.

Cuma! sejak akhir-akhir ini, UMNO kelihatan lebih mengikut rentak pembangkang yang lebih mengutamakan bangsa selain melayu. Promosi UMNO Juara Rakyat adalah bukti utama menunjukkan UMNO mahu jadi juara di hati rakyat dan bukannya hanya orang melayu.

Kenapa UMNO mahu jadi Juara Rakyat? Kenapa tidak jadi Juara Melayu? Ini yang menjadi persoalan sekarang. Adakah UMNO sudah lupa akan perjuangannya membela melayu? Tidak, UMNO tidak lupa. Cuma sekarang UMNO mahu membesarkan lagi skopnya. Bukan hanya mahu mesra dengan melayu, tapi juga mahu mesra dengan berbilang kaum.

Ini terjadi apabila UMNO melihat parti komponen BN yang lain bagaikan gagal menjuarai bangsa mereka. MCA selalu bertelingkah sesama sendiri. Gerakan pula bagaikan parti sesat salah arah dalam BN dan MIC baru nak merangkak pancing kaum India.

Sebab itulah UMNO mengorak langkah awal dengan promosi UMNO Juara Rakyat. Jika komponen BN masih tidur, biar UMNO bangun usaha sendiri untuk mengambil hati rakyat kembali.

Bagi Mc, kempen promosi UMNO Juara Rakyat seakan berjaya. Kerana setiap kali ia dibuat. Ribuan rakyat akan turun bersama pemimpin bagi menjayakan program tersebut. Bukan hanya orang melayu, tetapi kaum lain juga turun bersama.

Dimasa UMNO sedang sibuk menarik dan memancing perhatian kaum bukan melayu. Perkasa, yang diasaskan oleh Dato Ibrahim Ali dan sokongan kuat Tun Dr Mahathir. Membuat langkah silat awal dengan mengempur segala musuh orang melayu.

Kini kelihatan Perkasa menjadi Juara Melayu! Walaupun Perkasa bukan parti politik, akan tetapi Perkasa dan UMNO bukanlah asing. Mc percaya ramai ahli UMNO didalam Perkasa dan setiap program Perkasa pasti disokong oleh UMNO.

Sebab itulah kewujudan Perkasa amat penting waktu sekarang. Disaat UMNO sudah berbelah bagi kesetiaannya. Pemuda UMNO pula lebih pentingkan wang dari perjuangan. Kaum melayu pula hampir lupa tentang sejarahnya. Perkasa bangun kejutkan semua pihak tentang penting 'Melayu dan perkara 153 dalam perlembangaan yang perlu dipertahankan.

Mc sebagai orang Melayu dan berharap orang melayu tidak kira dari loghat atau berbeza keturunannya, jawa ke minang ke banjar ke jika mengaku melayu, bangun bersama Perkasa untuk membela bangsa melayu demi anak cucu kita nanti.

MctHeory:
Jangan jadi melayu yang tak mengaku melayu!