Sponsor

Memaparkan catatan dengan label AMK PKR jahat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AMK PKR jahat. Papar semua catatan

Selasa, 28 Januari 2014

#HOT! Letak Jawatan Adun, Perebutan Kuasa Dalam PKR Bermula!


Ini kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar, awal malam tadi:


27 Januari 2014 ‪
Kenyataan Media
Untuk Edaran Segera

Pilihanraya Kecil Kajang:

AMK Hanya Setuju Anwar Ibrahim Menjadi Calon

Angkatan Muda Keadilan menghormati keputusan dan tindakan Bendahari AMK Malaysia, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kajang. Tentunya tindakan ini di ambil setelah mengambil kira beberapa pertimbangan khusus yang membabitkan kepentingan negeri dan rakyat seterusnya mengatasi sebarang pertimbangan peribadi. Ini membuka ruang untuk Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin Negeri Selangor sebagai Menteri Besar.

Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang. Jentera pilihanraya AMK akan digerakkan untuk bersama-sama jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan keputusan terbaik dalam pilihanraya kecil ini.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Ahli Parlimen Malaysia

Belumpun reda kenyataan dibuat, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor, Azmin Ali pula dengan pantas mengeluarkan kenyataan media yang membantah kenyataan yang dibuat oleh Shamsul Iskandar seperti berikut:

KENYATAAN MEDIA


Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor belum memutuskan siapakah calon yang layak untuk menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh, Adun Dewan Undangan Negeri N25 Kajang yang telah secara rasmi meletakkan jawatannya hari ini.

Pihak Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor juga TIDAK pernah menyokong Kenyataan Media oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia yang mahu mencadangkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk Pilihanraya Kecil N25 DUN Kajang.

Calon yang akan menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh semestinya anak jati negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, kami mohon agar Angkatan Muda Keadilan Malaysia jangan sesekali mencampuri urusan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor.

Adalah dimaklumkan bahaw Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Tergempar pada 29 Januari 2014 untuk mencadangkan nama nama calon yang layak untuk diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat bertanding kerusi N25 DUN Kajang.


Mohamed Azmin Bin Haji Ali
Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri Selangor
Parti Keadilan Rakyat
27hb Januari 2014

Nampak gayanya memang sah parti ini gila kuasa. Bergaduh sesama sendiri berebut kuasa dan Rakyat menjadi mangsa. Duit Rakyat akan dihabiskan untuk mengadakan PRK di Kajang untuk menyelesaiakan kemelut parti PKR. Amanah Rakyat Selangor dipermainkan. Yang bodoh siapa? Setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mantan Mufti Perlis di dalam laman sosial Facebook beliau:


Sumber Cucu Tok Selampit

Khamis, 2 Mei 2013

TUDIAA!! Kempen Terdesak, PKR buat Kacau di Merbok!! #TukarKedah #SaveKedah


Lagi bukti Pakatan Haram Merbok kini dalam keadaan terdesak untuk berkempen bagi meraih undi di PRU13 ni. Pakatan Haram Merbok mengarahkan penyokong mereka supaya berkempen di tengah-tengah jalan raya, persimpangan lampu isyarat Sungai Lalang. Disebabkan kempen bodoh tu, berlakunya kesesakan lalu lintas yang amat luar biasa.

Bila berlakunya kesesakan, sudah tentu pemandu dikawasan tersebut naik berang, sehingga berlakunya  kekecohan di antara penyokong Pakatan Haram dan pemandu-pemandu kereta yang bengang dengan kempen bodoh puak Pakatan Haram tu.

Apakah patut, Pakatan Haram buat kempen ditengah-tengah jalan? Malah jalan yang dipilih tu, merupakan jalan yang paling sibuk. Bila Mc kata puak ni bodoh, nanti depa marah. Tapi dengan tindakan yang di lakukan penyokong Pakatan Haram Merbok tu. Memang bodoh la!

Disebabkan tindakan bodoh puak Pakatan Haram Merbok tu, pemandu kereta tidak mahu menerima risalah fitnah yang puak tu edarkan. Bila ada pemandu kereta yang enggan menerima risalah. Mulalah puak Pakatan Haram ni bengang dan memulakan kekecohan!

Dari situ pun kita dah nampak, bagaimana penerima rakyat Merbok terhadap Pakatan Haram. Kalau sampai bagi risalah pun orang dah taknak ambil. Sendiri mau ingat la ya!


McTheory:
Orang dah tak percaya kat PKR lagi..

Isnin, 29 April 2013

PANASS!! Calon PKR Rembat Duit Tabung Derma? #TukarKedah #SaveKedah



Pagi ni kita sarapan pagi dengan cerita calon PKR Bakar Bata yang rembat duit tabung derma. Cerita ni dibawa oleh Medan Tempur. Tak sangka budak gemuk Anwar ni, pun kaki sapu tabung derma?

Masih ingatkah lagi ceramah Anwar di Padang KUIN Taman Wira Mergong baru baru ni?? Rupanya ada satu cerita tak elok bakal calon Pkr Dun Bakar Bata ni buat. Ceramah tu dianjurkan oleh Pkr Bakar Bata dimana ada semua jawatankuasa jawatankuasa yang terlibat dalam program ceramah tu.. So tiap tiap jawatankuasa ada peranan masing masing.

Yang seronok, mesti jawatankuasa pegang bahagian kutip derma sebab masyuk..Biasalah tiap tiap kali ceramah pakatan ni, acara wajib no 1 perlu buat adalah kutip derma.. So depa kutip la derma orang ramai yang hadir ni..Kutipan pun memberansangkan jugakla..Nak dijadikan cerita, lepas selesai program pada malam tu duit duit kutipan mestilah diserahkan kepada jawatankuasa program berkenaan untuk masuk ke dalam akaun parti.

Tapi sayangnya, si Eekmal ni rembat semua duit derma pada malam tu kat dia..Bukan setakat tu saja, duit sewa padang pun Eekmal ni tak bayar..Dah la duit ceramah dia sapu, duit padang pun tak boleh nak bayar..bukannya mahal pun Rm100 saja..Apa lagi, hanginlah geng geng tu..

Maknanya si Eekmal guna ceramah Anwar di Padang Insaniah ni sebab nak kutip derma buat belanja kempen la ni kan? Aku tak kisah apa cerita nak jadi pasal Pkr ni.Lantakla bukan parti Aku pun.. Tapi disebabkan dia rembat duit derma untuk kegunaan dia tu yang tak leh terima.. Amanah orang guna untuk kempen peribadi.



Patutpun ramai geng geng Pkr tak suka si Eekmal ni..Kalau tak caya ce hangpa tengok jentera yang duk kempen si Eekmal di bakaq bata, jentera PKR ka jentera Pemuda Pas?? Kalau tak caya pi tanya Pak Tam KP Pas Aloq Staq hat juling tu.. Kawan duk hangin ja satu badan sebab dia keja teruk, Pkr letak si Eekmal ni..

Eekmal balik mai Aloq Staq ujung tahun 2012(tahun lepas) lepas dia behenti keja sebagai Pegawai Media Anwar di KL.. Masa dia habis banyak di KL.Bukan di Aloq Staq..Kawasan Dun Bakaq Bata pun dia tak tawaf habis lagi. Tu pun jangan nak jadi wakil rakyat..muahaha


McTheory:
Calon PKR memang tangkap muat saja ka? Patut la Hadi Awang marah..

Sabtu, 9 Jun 2012

PANAS!! Bukti Johor Bakal Di Tawan Oleh Pakatan Haram!!


Gambar ini ialah ceramah Datuk Chua Jui Meng.. Ketua pkr johor.. Lokasi Dewan Serbaguna Sg.Lalang, Johor. Kat Sungai Lalang ni, majoriti pengundi adalah kaum cina.. Pergh.. Punyala ramai orang.. Sampai tak nampak orangnya.. ha ha ha.. Sumpah gambar ni tak edit ye.. BN jangan pula rasa gerun ya.

Untuk infomasi, Peti undi ni milik PKR tahun 2008.. Majoriti tinggi.. tapi kini? anda tengoklah sendiri.. he he he..


McTHeory:
Apasal tinggal kerusi je banyak ni? heh..

Sabtu, 14 April 2012

EKSKLUSIF!! NGO Kedah Bertembung Dengan Anjing PKR!! #saveKedah


Walaupun bilangan PERKASA dan bekas prajurit tak ramai, namun ia menunjukkan keberanian mereka bersungguh-sungguh, mempertahankan tanah air yang tercinta. Syabas PERKASA dan Persatuan Bekas Tentera, Kami berbangga dengan semangat juang anda

Isnin, 20 Februari 2012

PANASS!! Video kereta Anwar yang diserang!!



Alahh.. ni semua berlakon nih.. nak tarik perhatian.. dari percaya dengan Naustion ni, baik percaya dengan kambing lagi bagus.

Sendiri buat, upah orang, lepas tu tuduh UMNO.. tu la kerja korang. Tak sudah-sudah nak cari perhatian, kemudian tagih simpati rakyat.

Kalau betul UMNO nak buat, dari rosakkan kereta dan ketuk kereta Anwar. Baik kami ketuk Anwar jaa.. lagi bagus.

Anwar dan PKR ni memang suka berlakon.. tak sudah-sudah nak membohong rakyat!!

McTheory:
Apabila ketua pembohong, setiausaha penipu..

Ahad, 29 Januari 2012

PANASS!! Penyokong PKR Celaka Hina Islam!!


Cerita ni Mc petik dari blog Keris7Lok.

Terkejut dan kecewa itulah reaksi pertama apabila membaca twitter tersebut. Apa yang ingin dia perjelaskan tentang apa yang ditulis dalam akaun twitter miliknya? Biadap dan kurang ajar kerana tidak menghormati sensitiviti agama di Malaysia khususnya. Apa masalah dia dengan Islam?

Cakap banyak tidak guna, apakah hukuman yang patut diberikan kepadanya? Apa kata pemimpin Islam di Malaysia? Halau saja dia daripada bumi Malaysia ini?

Kita amat menghormati agama lain, namun agama kita Islam selalu dihina dan dipermainkan. Takkan kita nak tengok saja?

Celaka punya orang, dia ni memang tak sesuai langsung duduk di Malaysia.



McTheory:
Hantar dia pi main jauh-jauh la..

Khamis, 26 Januari 2012

PANASS!! Kisah Benar Pergaduhan di Jalan Kebun!!



Pada Sabtu malam Ahad yang lepas telah berlaku satu pergaduhan yang melibatkan pertubuhan haram hindraf dengan penduduk-penduduk kampung Jalan Kebun, Klang.

Izinkan kami di sel13.com menerangkan kepada anda apa yang sebenarnya berlaku dan punca kepada masalah tersebut.

Selasa, 17 Januari 2012

TERPANAS!! Anwar Mencari Lubang Kunyit Di Kedah?!!



Selepas daripada konvensyen Pakatan Rakyat yang tak berapa nak laku tu. Anwar and the geng, melakukan lawatan di Kedah selama 7 hari. Khas untuk berceramah keliling Kedah bagi menyebar fitnah berkenaan isu nasional. Isu Kedah dia tak berani tempuh, sebab kerajaan negeri sekarang bukan buat kerja pun.

Biasa la, isu yang akan dibawa tentunya, kejayaan dia bebaskan diri dari hukuman liwat (yang kononnya konspirasi tu). Kemudian isu-isu fitnah yang lain seperti cincin Rosmah, Lembu NFC, harga barang dan janji-janji bulan bintang kalau Pakatan menang di Kedah.

Khamis, 8 Disember 2011

KASI PANAS!! PERISTIWA YANG MEMBUKTIKAN PKR MEMANG HEBAT!!


Gaduh, baling kerusi, pukul, pijak dan ludah adalah satu resam rasmi dalam PKR. Parti yang mendakwa pejuang demokrasi dan telus ini sebenarnya lagi teruk dari parti komunis. Di siplin langsung takdak, perangai serupa haprak!

Ahad, 11 September 2011

HEBAT! Pas dan Pkr sambut DS Najib meriah di Permatang Pauh!!

 Ini laluan ke rumah terbuka 1 Malaysia.. meriah dengan bendera parti..



Nampaknya bukan UMNO saja yang mengalu-alukan kedatangan DS Najib ke sini. Pas dan Pkr pun sambut juga..



tengoklah kemeriahannya..


Serupa nak pilihanraya saja gamaknya..

sumber gambar pejuang bangsa

UMNO patut berterima kasih kepada PKR dan Pas Permatang Pauh kerana turut sama mempromosikan rumah terbuka ini dengan bendera mereka. Ini menunjukkan komitmen mereka sebagai rakyat Malaysia dan menyokong kedatangan DS Najib ke Permatang Pauh. Apakah ini tanda-tanda Pas dan Pkr sudah tidak mahukan Anwar lagi?

McTheory:
he he he.. lue pikir la sendiri..

Selasa, 23 Ogos 2011

GEMPAR!! Lagi Ahli PKR Keluar Parti!!




Tinggalkan aje PKR tu. PKR tu dah memang tak releven lagi dah. Tah apa yang PKR perjuangkan pun kita tak tahu. Melayu dia sapu, Cina pun dia bela, India pun dia sokong. Talam bermuka-muka. Semuanya asal boleh.. janji Anwar boleh jadi PM. Tu je la perjuangannya.

Kawasan Gombak, ialah kawasan skandal Anwar, si Azmin. Lingkuplah ko Azmin..

McTheory:
PKR dah tak boleh pakai lagi dah.. haprak je lebih..

Isnin, 25 Julai 2011

TUDIAA!! ORANG MATI PUN JADI MODAL KEMPEN CERAMAH!!

Memula baca dulu artikel dibawah, kemudian baca ulasan Mc.

Angkatan Muda KEADILAN, (AMK ) mengambil inisiatif melancarkan ‘Program Jelajah 709: Kita semua Baharudin’ (We all Baharudin) ke setiap negeri dalam menjayakan rangka kerja penerangan di semua peringkat AMK.


Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menjelaskan program tersebut akan dijalankan selama 30 hari merangkumi pelbagai aktiviti termasuk ceramah penerangan dan edaran risalah tawaran Pakatan Rakyat.


“Kita buat ketetapan untuk melancarkan ‘Program Jelajah 709: Kami semua adalah Baharudin’ akan kita mulakan sepanjang bulan Ramadhan mulai 1 Ogos ini,” kata Shamsul kepada Keadilandaily. sumber sini


Allahyarham Baharudin Ahmad dijadikan modal kempen untuk ceramah PKR. Semuanya hanya untuk mencari simpati dan sokongan rakyat. Sedangkan kita tahu bahawa Allahyarham Baharuddin meninggal bukannya kerana tindakan polis. Allahyarham meninggal disebabkan serangan jantung. Pada yang belum melihat video cctv yang menunjukkan polis tidak mempunyai kaitan dengan kematian arwar, boleh klik sini.

Apa yang menyedihkan apabila ada pihak yang cuba meraih keuntungan dan sokongan rakyat terhadap kematian Allahyarham Baharuddin. Meraih simpati rakyat adalah perkara biasa yang dilakukan PKR sejak dari penubuhan parti itu.  Namun kempen mereka kali ini, benar-benar biadap dan tidak menghormati Allahyarham Baharuddin.

Patutnya mereka buat majlis tahlil, yasin, kenduri atau doa selamat kepada Allahyarham, bukannya dengan melakukan ceramah fitnah dan pembohongan. Menambah beban bala pada roh Allahyarham di sana.

Samsol ketot memang benar-benar bodoh dan tidak menghormati Allahyarham.

McTheory:
PKR Sanggup buat apa saja untuk meraih sokongan..

Rabu, 6 Julai 2011

KASI PANAS!! VIDEO INI MEMBOGELKAN ANWAR!!


Bogel tu bahasa kasar bagi pendedahan.. Kiranya sama je la..

Pada sesiapa yang belum tengok video ni. Mc rasa wajib tengok.

McTheory:
Anwar ni, syaitan bertopengkan manusia..

Selasa, 5 Julai 2011

PANAS!! PARANG DAN BAHAN LETUPAN DIJUMPAI, AMK YANG GELABAH!!



Episod demi episod bermula. Kononnya bermula dengan aman, akhirnya apa yang kita takut sudah menjadi kenyataan. Apabila polis mendapat maklumat awam dan berjaya merampas beberapa senjata seperti parang, bom petrol dan bola besi. Barang-barang ini biasanya digunakan oleh penunjuk perasaan diluar negera untuk membuat kacau. Nak baca boleh klik sini.

Selepas polis mengadakan sidang media mengenai rampasan tersebut, pelbagai pihak mula mengeluarkan kenyataan yang berbeza-beza. Namun ada satu pihak yang bagi Mc kelihatan amat risau dan takut dengan rampasan senjata terbabit. Baca artikel dibawah,

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengandaikan pihak yang cuba mengaitkan himpunan Bersih dengan aktiviti keganasan, ada kaitan dengan rampasan ratusan baju T Bersih, sepanjang minggu lalu.


Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri berkata, tindakan itu jelas merupakan provokasi dalam percubaan untuk memberikan imej buruk kepada himpunan Bersih yang dijadualkan, 9 Julai ini.
“Kita tidak menolak kemungkinan penemuan baju T Bersih bersama bahan letupan dan senjata adalah baju T yang sama dirampas sepanjang minggu lalu.


“Langsung tak masuk akal kalau penyokong Bersih yang lakukan. Himpunan yang dianjurkan tidak ada kena mengena langsung dengan aktiviti keganasan. Boleh sambung baca sini.

Malah ada tuduhan yang menuding jari kepada polis. Maknanya mereka sengaja menuduh polis yang melakukan semua ini untuk memberi peluang kepada kerajaan pusat mengharamkan Perhimpunan Bersih.

Namun apa yang kita lihat, tangkapan demi tangkapan yang dilakukan oleh polis, semuanya mempunyai bukti bahawa perhimpunan bersih ni sebenarnya ada kaitan dengan sesuatu yang diluar jangkaan. Contohnya kaitan dengan gerakan PSM yang cuba menghidupkan Parti Komunis semula.

Mungkin ada pihak yang sememangnya merancang untuk berdemo secara aman, tetapi ada juga pihak tertentu yang mahu mengunakan demo tersebut bagi kepentingan diri sendiri dan mencapai matlamat mereka.

Andaikata demo bersih berjaya dilakukan dan sejumlah lebih kurang 50,000 orang yang turun. Mungkin setengah daripada peserta demo berhasrat berdemo dengan aman. Namun jika setengah lagi berhasrat untuk membuat kacau dan membuat rusuhan bersenjata, ibu negara tetap akan jadi tidak terkawal dan mungkin boleh menghasut semua peserta demo melakukan kekacauan.

Sememangnya perkara jahat amat mudah dilakukan berbanding dengan perkara baik.

Segala kemungkinan boleh terjadi, jika benar rampasan senjata yang dilakukan oleh polis didalangi oleh polis sendiri, Mc harap pihak yang menuduh boleh kemukakan bukti. Jangan hanya pandai menuduh dan bersikap kebudak-budakkan, kerana itu hanya memperlihatkan kebodohan diri sendiri.

Namun, setelah rampasan senjata, dilakukan, Mc nampak, pihak yang paling takut ialah AMK PKR, hmm.. mengapa ye? ada kaitan ke?

McTheory:
kalau tak buat salah, takkan takut kot..