Sponsor

Memaparkan catatan dengan label KJ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KJ. Papar semua catatan

Rabu, 15 Januari 2014

HOT! Di Mana Jentera Berbayar @PMOMalaysia di kala @NajibRazak di #KANGKUNG kan? #SyokSendiri @KhairyKJ

PM kangkung?

Cerita tentang kangkung nampaknya dah makin popular. Malah dikalangan anak-anak kecil pun, perkataan 'Salam 1 Kangkung' dijadikan ejek-ejek dan mainan mulut.

Salah siapa sebenarnya apabila perkataan 'kangkung' ini menjadi viral dalam media sekarang.

Bukaklah dimana-mana group FB atau wall mana-mana pejuang politik, sudah tentu perkataan kangkung akan kelihatan. Kenapa boleh jadi macam tu? Tak adakah pasukan gerak saraf yang di upah oleh PMO dibawah Pegawai Medianya tidak berkesan untuk menangkis serangan kangkung ini?

Di mana kumpulan blogger berbayar yang dibayar jutaan ringgit oleh PMO? Dah kenyang makan sampai tak boleh bangun ka? Atau memang tak kisah PM kena serang sebab dah kaya?

Dulu orang salahkan UMB kalau ada sesuatu kes yang berlaku, rasanya UMB sudah memainkan peranan yang baik.

Sambung ni Mc petik dari blog Keris7Lok

Jika dahulu kes pertunangan anak PM, Fitnah Chegubard, Serangan terhadap PTPTN dan banyak lagi antara isu yang 'diuruskan' kami (UMB) dan kumpulan blogger lain dengan cepat dan berjaya menutup mulut pihak pemfitnah.


Hari ini isu kangkung dah lama tapi masih lagi tiada 'damage control spinning' yang dilakukan. Mana pergi mereka yang diberi amanah menangkis fitnah melalui media sosial? Kalau nak pakai Intsagram sahaja dengan followers berapa kerat dah kata itu medium baru untuk anak muda, rasanya kita dah boleh buat kursus baru iaitu 'Kursus Menjadi Blogger Pembangkang Yang Baik'.

Sebab hari ini mereka melihat bloggers sebagai 'pelacur' yang tahu mengkritik dan mengancam mereka. Bagi bloggers yang punya jawatan dalam UMNO akan dilabel sebagai ancaman dan 'dibenam' serta diugut jika tak menurut.



Sudah biasa dengar bekas Jentera UMB di'dosa'kan atas sebab-sebab yang tak masuk akal. Hari ini bukan sahaja UMB malahan kawan-kawan blogger lain juga di'dosa'kan hanya untuk tutup kesalahan 'si perut buncit' yang sudah buat salah.

Sudah jangan persoalkan lagi perihal kangkung tetapi tanya pada diri sendiri siapa yang syok sendiri dalam membuat keputusan. Jika benar bloggers tulis tak efektif, jadi pemimpin tak perlu takut dengan kritikan kami. Tapi kalau pemimpin buat salah atau salah cakap, benda tu confirm #PRU14 nanti ada kesan. Itu beza antara marhaen macam kami yang tak efektif dengan pemimpin yang 'bijak' dan 'efisien'.

Kami tak pandai bergaya dengan baju kot sahaja, tapi kami tak mengemis merata untuk nak bergaya. Kami tak pandai dekati masyarakat sebab itu kami jadi blogger yang tak efektif, walaupun banyak isu datang dari kami. Kami tak pandai menulis sebab itu dulu banyak juga isu kami tangkis. Kami tak reti cari berita sebab itu mata kami pedih kena tear gas hanya untuk dapatkan bukti elak fitnah pembangkang. Jadi siapalah kami?

Bukan kami yang duduk atas berkuasa sekarang ni.. bukan kami yang duduk empuk dikerusi menteri dan berhawa dingin. Jadi 'tema' syok sendiri tu.. kami anggap macam ucapan terima kasih pak menteri pada kami blogger syok sendiri. Terima kasih saja laa yaa..


McTheory:
Bukan kami yang dibayar berjuta untuk diKANGKUNGkan pegawai sendiri.. betul?

Rabu, 3 Oktober 2012

PANASS!! Akibat Darjat Anwar dan Kj Bergaduh Lagi?


Kalau nak kira benda ini kecil punya hal dan tidak perlu dijadikan isu langsung.Namun pembangkang tetap pembangkang.Siapa sangka mereka cukup sensitif pasal 'darjat'.

Maka hari pertama perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat,Isnin sudah 'meletup'.

Ini gara-gara kemarahan beberapa ahli parlimen pembangkang yang tidak puashati keputusan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar masa berbahas selama dua jam yakni sama masa diperuntukkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen PKR Subang dan Batu, R.Sivarasa dan Tian Chua mempertikai keputusan Pandikar Amin kerana dakwa mereka, tidak patut Khairy, ahli parlimen Rembau disamakan taraf dengan Ketua Pembangkang tersebut.


Kekecohan tercetus kira-kira jam 3 petang sebaik sahaja Anwar selesai membahaskan sebagai pembahas pertama bajet itu yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu.

Terdahulu, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar diberikan masa dua jam berbahas.

Pandikar Amin memberi laluan kepada Khairy yang mewakili Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) berbahas.

Katanya, Khairy diberikan masa sama dengan Anwar.

Tindakan itu sekaligus mengundang rasa marah dan tidak puashati beberapa ahli parlimen pembangkang terutama Sivarasa dan Tian Chua lantas mereka terus berdiri mempertikai keputusan Speaker sekaligus menganggu Khairy yang mahu memulakan perbahasannya.

Pada satu ketika, Pandikar Amin mengetuk tukul ke meja beberapa kali meminta Sivarasa berhenti mempertikai keputusannya membenarkan Khairy berbahas sama masa dengan Anwar.

Dalam penjelasannya, beliau berkata, penyokong kerajaan berhak berbahas dan tidak semestinya Ketua Pembangkang berbahas (dua jam), penyokong kerajaan seperti itu juga panjangnya (masa).

Katanya, tidak salah beliau membuat perbandingan itu dengan memberikan penyokong kerajaan sama masa seperti diberikan kepada Ketua Pembangkang.

Sivarasa yang masih tidak puashati terus berdiri berhujah menyatakan tidak puashati kerana Pandikar Amin menyamakan taraf Ketua Pembangkang dengan ahli parlimen biasa.

“Mana ada amalan di parlimen lain, mereka samakan status Ketua Pembangkang dengan ahli parlimen lain,” katanya.

Mendengar hujah pemimpin PKR itu yang enggan memetahui arahan supaya duduk, Speaker semakin angin.

“Tak apa..tak apa, sebab yang behormat terlampau bijaksana, terpaksa saya dengar...teruskan...teruskan!,” katanya sinis.

Sivarasa terus ‘membebel’ hingga memaksa ahli parlimen BN Sri Gading Mohamad Aziz bangun dan meminta Pandikar Amin jangan melayan karenah pembangkang.

Melihat keadaan tidak terkawal, Pandikar Amin mengetuk tukul ke meja berkali-kali dan meminta beberapa ahli parlimen yang bangun bertegang leher isu itu ‘duduk’.

“Duduk Yang Behormat Subang..duduk dulu Yang Behormat ,” tegasnya beberapa kali menyebabkan Sivarasa dan Mohamad duduk.

“Ahli-ahli yang behormat, bilangan sebelah kerajaan ramai dan bukan semua dapat bercakap. Daripada mula saya jadi speaker Dewan Rakyat, saya cuba bersikap adil. Belum pernah dibuat, selepas kerajaan... pembangkang, kerajaan... pembangkang (bergilir berbahas). “ “Kalau pun ada saya cakap Rembau (Khairy) ada sama masa (dengan Anwar), ianya benda yang kecil dan remeh temeh. Saya dah beri laluan seluas mungkin. Kalau sudah beri betis, jangan nak peha, kalau kena peha, jangan nak pijak kepala,” kata Pandikar Amin menyelar sikap Sivarasa yang tidak mematuhi arahan duduk.

“Sila Rembau. Kita sudah bazirkan masa,” katanya meminta Khairy meneruskan perbahasan setelah kekecohan selama 10 minit gara-gara Anwar disamakan dengan Ketua Pemuda UMNO itu.

Khairy antara lain dalam perbahasan membidas Anwar yang dalam perbahasannya ‘angkut bakul sendiri’ memuji kononnya kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah lebih baik dalam urus tadbir ekonomi hingga dapat rezab yang banyak berbanding kerajaan Pusat Barisan Nasional.

“Apa guna dabik dada kata rezab tinggi tetapi tidak dapat tunai janji,” sindir beliau merujuk kegagalan kerajaan PKR Selangor dan kerajaan DAP Pulau Pinang menunaikan janji ketika kempen PRU ke 12 dahulu.

Tambahnya lagi, kerajaan Pusat masih membantu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor kerana itu tanggungjawab dan tidak mahu rakyat negeri terbabit ketinggalan pembangunan.

Beberapa ahli parlimen pembangkang antaranya Datuk Mahfuz Omar, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli bergilir bangun mencelah menganggu ucapan Khairy terutama selepas beliau menangkis hujah Anwar berdasar fakta dan angka.

Pada satu ketika, ahli parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bangun mencelah dan berkata, “ Dia orang (pembangkang) pedih dengar angka disebut-sebut,”.

Apapun, perbahasan Khairy nyata lebih menarik berbanding ucapan Anwar selama dua jam yang ‘kosong’ melainkan menghentam Bajet 2013 yang dibentang Najib.

Hanya ahli parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan ahli parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan bangun ‘melayan’ Anwar manakala ahli parlimen lain ‘malas’ hendak melayan Ketua Pembangkang itu.

Ini yang dikatakan membuatkan Anwar kurang steam dan mati akal.- AgendaDaily


Rabu, 8 Ogos 2012

Jumaat, 19 November 2010

PANAS!! HUSAM DAN KJ BERKASIH SAYANG, BERGURAU SUNDAL??


Apa cerita Husam dan KJ ni? KJ si budak hitam Khairy anak hantu Tun Dol. Baca petikan dibawah,

ini kisah saman ecm libra terhadap husam musa.

ceritanya bermula begini. khairy arah ecm libra dan avenue capital bergabung untuk dijadikan bank. senarionya makin menjadi bualan apabila anak muda bernama khairy mampu membeli saham ecm libra dengan jumlah RM9.2 juta seterusnnya berjaya menguasai syarikat ini dengan proksi yang lain seperti kalimullah hasan.

husam telah menulis 2 artikel panjang lebar tentang pembelian kontroversi ini.kj tak puashati pasal husam telah mencemarkan namanya. Sambung baca kisah KJ dan Husam di SINI.

Dengar cerita si KJ nak dilantik sebagai menteri? Oh noo.. tolong la Tuan Presiden (UMNO), KJ ni belum layak lagi jadi menteri, timbalan menteri pun tak layak. Cukup2lah dengan masalah yang ada sekarang, jangan bawa barah ini masuk kedalam kabinet menteri Malaysia, nanti bertambah2 masalah yang ada.

Mc bukan tak suka kat KJ ni, tapi dia yang buat orang tak suka kat dia. Perbuatannya yang lepas sukar untuk dimaafkan, bahkan tanggungjawab yang diberi untuk jaga Pemuda UMNO jugak boleh dikatakan gagal!.

Dia takdak kepentingan langsung dalam UMNO, bak kata orang, ada tak menambah, takdak tak mengurang.

Minta2 Tuan Presiden mengambil kira pandangan akar umbi. Ini cuma pandangan dari seorang blogger jalanan.

P/s: layakkah KJ dilantik jadi menteri?? sendiri fikir laa.. 

Mctheory:
Buat satu post baru, menteri pengkhianat dalam negeri.. atau menteri jabatan rasuah.. sahih layak!

Ahad, 3 Oktober 2010

PANAS!! KJ BELA SAMSENG?? DAHSYAT LU KITOL


Artikel ni Mc jumpa kat blog seorang aktivis Pekida. Namun dalam Pekida ni ada yang lurus dan ramai yang bengkok. Dalam dok belek-belek ni, terjumpak pulak muka macam kenal dalam satu artikel.

K bersama dengan Ipin?? Nak tahu siapa Ipin ni??

Siapakah Ipin atau digelar sebagai Ayahanda Angah Ipin Keramat? Dan Apakah hubungannya dengan menantu Pak Lah?Ipin atau nama sebenarnya Ariffin Bin Hj. Abu Bakar memang dikenali di kawasan Keramat khasnya Keramat AU5D.

Terkenal bukan kerana kebaikan dan kebajikan yang dibuatnya walaupun dia menyertai Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA). Beliau terkenal kerana gangsterisme dan kekejaman yang pernah beliau lakukan.


Mula mengenal erti gangsterisme pada tahun 1994 apabila beliau mula menyertai PEKIDA atau perjalanan 30 (dipanggil 30 kerana sebelum mana-mana ahli PEKIDA harus mengangkat sumpah dengan menjunjung Quran 30 juzuk) dibawah kepimpinan Ghani a/k/a Ghani Gelong a/k/a Brother Gun a/k/a Mr.Gun a/k/a Pak Long Gun serentak menyertai kongsi gelap Melayu 36 yang dipimpin ketika itu Allahyarham Pak Long Burung.

Siapa tidak kenal dengan beliau. Sebut sahaja nama beliau iaitu Angah Ipin adik Brother Gun sudah pasti menggigilm kepala lutut. Beliau dibantu oleh panglima perang atau kaki pukul yang lebih kurang sama kejamnya dengan beliau iaitu Abang Long Zuri yang tinggal di kawasan Keramat AU4.


Beliau (Ipin) memegang jawatan yang agak tinggi dalam kongsi gelap melayu 36 ini. Beliau memegang jawatan abang long dimana beliau ada hak mempunyai nama kongsi gelap sendiri iaitu Tai Ko Pan. Setiap anak buah beliau mempunyai nama keluarga tersebut seperti Long Hay Pan dan lain-lain lagi.

Beliau juga antara orang awal yang bertanggungjawap memperkenal kongsi gelap melayu yang baru iaitu 77 atau disebut double 7. Double 7 diambil nama tersebut kerana simbol 7 membawa erti pistol dan pistol dikaitkan dengan nama Ghani a/k/a Mr. Gun.(kalau ada yang masih ingat isu Double 7 pernah menggegarkan negara apabila Harian Metro mendedahkan kegiatan gang ini)Pada tahun 2005 beliau diangkat menjadi Ayahanda oleh Allahyarham Pak Long Burung.

Ketika itu beliau yang mempunyai bisnes kereta sewa yang bernama EPANCO Global Solu
tions (diambil sempena nama kongsi gelap beliau iaitu Tai Ko Pan atau Tai Ko Aipan). Beliau telah menubuhkan satu syarikat yang diberi nama yang sama dimana syarikat untuk melindungi anak-anak buah beliau yang melakukan kegiatan pukul-memukul.

Setelah pengasas kongsi gelap melayu 36 meninggal dunia dan telah diambil alih oleh Mr.Gun dan digelar Pak Long Gan beliau telah mencadangkan penggabungan kongsi ini dengan diberi nama 36 Double 7.Pada tahun penghujung 2006 beliau yang bercita-cita ingin menjadi kaya telah melupakan arahan oleh Pak Long Gun supaya tidak bergaul dengan orang politik kerana orang politik apabila mereka tersepit pasti mereka akan meninggalkan kumpulan ini.

Dengar kata,Kj selalu gunakan kumpulan Ipin ni untuk buat kecoh. Inilah backup Kj paling besar untuk hadapi musuh-musuhnya kat KL ni. Maaf ye.. ini pertanyaan, bukan tuduhan.. betul ke apa yang dilapor oleh blog ni..


p/s: Dahsyat.. dahsyat.. kabel kuat... he he.. berani sama melayu je.. kalau dengan cina hampehh..

sumber Wanpaiye

Mctheory:
Fuuyooo.. kalau orang baik, takkan nak bela samseng ye tak?? he he he..

Selasa, 3 Ogos 2010

PANAS! APABILA KJ MENGHENTAM IBRAHIM ALI!




Semalam Khairy Jamaluddin meneruskan serangannya terhadap Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dalam satu majlis anjuran Majlis Pelajar United Kingdom dan Eire (UKEC).

'Peluru' yang sering digunakan oleh Khairy tidak lain dan tidak bukan - Ibrahim Rasis!

Ini bukanlah kali pertama Khairy menuduh Ibrahim begitu, dah berulang kali. Maknanya dalam hati dan kalbu Khairy, dia tetap mengatakan yang Ibrahim seorang rasis

Baik, aku nak tanya Khairy, kalau dia rasis sekali pun, apa masalahnya dengan kau?

Adakah jawatan Pemuda UMNO yang kau pegang itu tidak rasis? Bukankah jawatan itu untuk membela dan memperjuangkan orang Melayu, adakah ia tidak cukup rasis?

Yang membuatkan aku lebih terkilan, dalam forum semalam, Khairy boleh sama-sama naik stim bergabung dengan Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad untuk menghentam Ibrahim, ini apa cerita?

Sekarang ni aku tengok Khairy dah memulakan permainan baru setelah menyedari pengaruhnya dalam UMNO semakin terhakis

Dia tahu dirinya kini ibarat harimau tapi takde gigi, nampak macam hebat tapi setakat menyalak bukit saja, suaranya tidak mampu mengubah apa-apa lagi

Lalu Khairy aku nampak mula nak buat-buat kamceng dengan Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong dengan harapan dapat sokongan dari orang Cina

Semalam dia buat-buat baik pula dengan Khalid Samad dengan harapan akan dapat tempias sokongan dari orang Pas

Dan aku tidak terkejut selepas ini kalau dia boleh berkongsi pendapat yang sama dengan Anwar Ibrahim dan Guan Eng demi survival politiknya.

Sepatutnya Khairy boleh gunakan Ibrahim sebagai rakan strategik dalam memperjuangkan nasib anak bangsa kita

Aku ambil contoh MCA, mereka tahu mereka tidak boleh 'over' khususnya dalam meminta atau mendesak sesuatu dari kerajaan

Lalu diaorang menggunakan NGO yang vokal seperti Dong Jiazong dan akhbar-akhbar bahasa Cina untuk menyambung suara dan desakan mereka

Tapi pernahkah kau dengar pemimpin MCA melabelkan Dong Jiazong dan editor-editor akhbar Cina sebagai rasis, seperti mana tuduhan Khairy terhadap Ibrahim itu?

Jawapannya tidak!

Sepatutnya Khairy menggunakan PERKASA untuk bertindak seperti mana Dong Jiazong kerana UMNO sebagai rakan dalam BN juga tidak boleh 'over' dalam meminta dan mendesak sesuatu dari kerajaan

Namun aku cukup kesal kerana yang berlaku adalah sebaliknya, Khairy pula menganggap Ibrahim seolah-olah musuhnya yang terang lagi nyata

Adakah Khairy takut Ibrahim lebih glamour darinya, maklumlah Ibrahim nampaknya lebih maju ke hadapan daripada dia sejak akhir-akhir ini

Hanya Khairy yang tahu jawapannya.


P/s: Makin jelas dan terbukti kebenggongan KJ ni sekarang. Apa kejadahnya yang ko nak tuduh Tok Him tu rasis. Biar pun beliau rasis kerana perjuangkan bangsa melayu, beliau akan tetap disanjung. Tapi ko KJ? Rekod tak pernah baik! makin lama makin teruk! Baik letak je jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO tu, memalukan Pemuda UMNO yang lain, ketuanya macam PONDAN!

MctHeory:
Sepatutnya ko bagi sokongan, bukannya makian. Mc dengar budak ni, 'bayar untuk masuk belajar kat Oxford' dulu. betul ke?

Ahad, 25 Julai 2010

KALIMULLAH PENAJA MALAYSIAN INSIDER?!



Mana perginya manusia ini? Apa jenisnya manusia ini? Bagaikan "anjing tersepit yang dilepaskan tuannya", Kalimullah menghilangkan diri? Jenis manusia ini patut diajar! Kalimullah merupakan pemegang saham 20% di dalam VPI International Sdn Bhd. Sebagai pengarah Efficient E-Solution Sdn Bhd, Kalimullah Hassan memegang 20% pegangan syer di dalam syarikat VPI International tersebut. Siapakah VPI International? Untuk pengetahuan semua, syarikat inilah "abu jahal besar" yang menaja portal "pakar fitnah" iaitu Malaysian Insider!

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendedahkan bahawa Kalimullah bertanggungjawab dalam menaja portal yang sering memfitnah kerajaan Malaysia, institusi diRaja, memburukkan Perdana Menteri dan isteri, agama Islam, mengancam keharmonian kaum dan tidak segan silu untuk menyiarkan propaganda pihak pembangkang Malaysia! Kalimullah pernah dikaitkan dengan penajaan Malaysian Insider suatu ketika dahulu. Dia menafikannya dan kemudian "hilang" entah ke mana menyembunyikan diri. Kali ini Kalimullah tidak dapat lari. JMM punya bukti kukuh penajaannya dan mencabar untuk menafikan dakwaan ini dengan bukti kukuh, bukan hanya dengan sekadar "penafian mulut"!

Menurut JMM, VPI International telah mendapat kontrak perkhidmatan pengimejan dan pengimbasan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang pada mulanya berjumlah RM216,090,927 tetapi kemudian dinaikkan kepada RM585,540,927. Kaya Kalimullah dibuatnya. Kontrak yang diperolehi pada 2005 sehingga 2010 itu adalah hasil kurniaan syarikat "PakLah, Menantu & Co" yang juga merupakan "sahabat baik" Kalimullah. Bagi pihak VPI International, perjanjian itu ditandatangani oleh Pengarah Urusannya, Shaik Aqmal Allaudin serta Pengarah VPI dan juga pengasas Malaysian Insider, Sreedhar Subramaniam.

Kontrak ratusan juta telah diperolehi oleh Kalimullah dan konco-konconya dari Kerajaan Malaysia. Sepatutnya, Kalimullah mestilah menjaga tata etika media jika mahu menceburi bidang media sekalipun. Lagipula, Kalimullah bukanlah asing di dalam bidang Media. Dia pernah menjadi "orang kuat media" "Pak Lah, Menantu & Co" suatu ketika dahulu. Malah pernah ketika PRU12 tempohari, kempen "peribadi PM" terpacul di dalam TV. Tak pernah dibuat orang! Mungkin sebab itu BN kalah teruk dan PM yang "suka tidur" itu diminta "turun takhta"!

Penulis tidaklah menentang "kebebasan bermedia". Malah penulis menyokong kebebasan untuk menulis dan memanfaatkan media dengan sebaiknya. Namun, "bebas" tu "bebas"lah jugak! Jangan pula "bebas" itu disalahgunakan sehingga berani memfitnah sana sini, memburukkan sana sini, dan mencetuskan ketegangan akibat propaganda busuk dari orang yang iri hati! Apakah Kalimullah "sakit hati" pada PM suami isteri, kerajaan, institusi diRaja dan BN semata-mata kerana "menurunkan sahabat kontrak yang mengkayakannya"??? Kalimullah pasti punya muslihat tersendiri untuk menaja Malaysian Insider yang begitu "busuk" sekali baunya!

Kalimullah perlu bertanggungjawab. Kalimullah perlu menjawab segala tuduhan dari JMM itu. Kalimullah mestilah mendedahkan siapakah "dalang" sebenar disebalik Malaysian Insider yang begitu "busuk" sekali hati perutnya. Kalimullah perlu menerangkan kepada umum tentang pembabitannya serta agenda-agenda busuk Malaysian Insider. Kalimullah juga sepatutnya bertindak menutup laman portal tersebut dengat serta merta! Kalimullah juga tidak dibenarkan untuk menjual portal itu kepada pihak pembangkang kerana penajaan portal busuk itu didapati dari hasil Kerajaan Malaysia.

Malaysian Insider begitu aktif menyiarkan propaganda pihak pembangkang. Apakah kaitan portal itu dengan pihak pembangkang. Kalimullah adalah "orang kanan Pak Lah dan KJ" dari parti BN, mengapa pula menjemput propaganda untuk menyuburkan fitnah di portal tersebut? Artikel menyerang kerajaan begitu menyerlah di portal ini. Entah mengapa portal ini "kuat berbau pembangkang" terutamanya PKR. Apa kena mengena Kalimullah, Pak Lah dan KJ dengan PKR? Atau lebih khusus, apa kena mengena Kalimullah, "Baba dan Menantunya" dengan Anwar Ibrahim? Anda boleh teka?

MyKMU

P/s:Kemelut sulit yang perlu diselesaikan segera. Rakyat Malaysia perlu didedahkan dengan segala pengetahuan bagi mengelakkan fahaman busuk yang disebarkan dari Malaysian Insider. Individu yang tidak bertanggungjawab disebalik tabir ini juga perlu didedahkan. Inilah manusia yang tidak kenang budi, haram jadah dalam negara!

MctHeory:
Kalau anjing suka makan tahi, walau tak dimakannya, hidu buat stim pun jadilah.

Sabtu, 5 Jun 2010

MERAJUK TIDAK DAPAT JADI MENTERI KJ MAHU KE GAZA!



Sebenarnya ada cerita lebih menarik dari cerita ni untuk ditaipkan. Akan tetapi Mc pun dah lama tak bercerita mengenai KJ ni. Soo. .kita ulas sikit apa yang berlaku sekarang ni.

Kadang-kadang kesian juga tengok si KJ ni kena hentam dengan blogger Pro UMNO sendiri. Tak pernahkah dia sedar bahawa kenapa ramai orang yang tidak suka akan dirinya. Walaupun ramai yang membodek, tapi lebih ramai lagi yang menyampah. Kenapa ye?

Mungkin kerana identitinya? Kerana kelakuannya? Kerana Plastik dirinya? hipokrit atau berpura-pura? Mungkin sekarang belum waktunya KJ naik menjadi menteri atau Timbalan menteri. Jika KJ naik jadi menteri atau timbalan. Mc pasti KJ tidak akan berubah menjadi lebih baik, dia akan jadi lebih teruk dari sekarang.

Kenapa ramai pemuda UMNO sendiri tidak suka KJ? Kerana perwatakkannya, dulu semasa zaman Pak Lah, bukan main berlagak lagi gayanya. Mentang-menteng la menantu, siapa yang tak disebelahnya, habis disisihkan. Kiranya dialah hero numbor 1 dalam Malaysia ni. Orang dah cakap, kita tak selamanya diatas, bila nak buat sesuatu, fikirlah dahulu.

Jika benar KJ mahu menjadi menteri, perkukuhkan dulu Pemuda UMNO. Satukan semula Pemuda UMNO. Sekarang KJ mempunyai banyak masa untuk berbuat demikian. Buktikan dulu kewibawaan anda si KJ sebelum mahu melangkah lebih jauh lagi. Jauhkan diri dari pembodek maksima anda, kerana itu menyebabkan orang lagi menyampah. Jika anda berubah, insyallah. .ramai yang menerima.

Semalam semasa demotrasi Pemuda UMNO dan NGO di masjid negara, KJ ada mengatakan bahawa dia sanggup buat misi kedua ke Gaza untuk menghantarkan bekalan kemanusiaan. Malah dia sanggup pergi sendiri. Wahh. . bagusla macam tu. Ataupun Kj merajuk tak dapat jadi menteri sampai nak pergi Gaza. Kess kess kess. .

Apa yang boleh Mc katakan lagi, Ds Najib membuat keputusan yang tepat. Dengan tidak memasukkan KJ kedalam senarai kabinetnya. Pinjam kata-kata rakan blogger Melayu Bersatu! Hoi! Nak Menang ke Tak Nak? Jika KJ jadi menteri sekarang, itu satu tindakan yang boleh melemahkan UMNO. Cukup-cukuplah dengan menteri yang ada sekarang.

Ds Najib dah berpesan, mahu semua ahli UMNO bersatu dan jangan berkelahi sesama sendiri. Anggap saja post ini sebagai nasihat kepada si KJ. Ini juga satu luahan hati dari seorang pemuda UMNO yang sayangkan UMNO. Berubahla sebelum Rebah!.

MctHeory:
HOI! NAK MENANG KE TAK NAK!

Jumaat, 29 Januari 2010

Misteri: SOKONG! KJ PATUT LETAK JAWATAN!



Ini Mc tulis bagi pendapat peribadi Mc sendiri. Semenjak dua menjak selepas KJ jadi ketua Pemuda UMNO Malaysia. KJ dilihat tidak begitu aggressif dan agenda untuk masa depan pemuda juga takdak.

Pemuda UMNO kelihatan begitu lemah dan layu dalam perjuangannya. Jangan dok bagi alasan KJ sibuk dengan kerja, sebab dia takdak jawatan pun dalam menteri. Habuk pun tarak!

Pemuda UMNO amat lemah sekarang, aktiviti ada, cuma sekadar melepas batuk ditangga. Sekadar ada saja la. Banyak kabar angin pasal KJ yang Mc dengar, semuanya yang busuk-busuk, takdak yang baik-baik.

Dari kes khalwat, racun pak mertua sampaila rasuah. semua tu sering mewarnai KJ. Takdak yang baik!. KJ menang dulu pun sebab nasib je. Undi anti KJ berpecah antara Mukhriz dengan Khir Toyo, kalau tak, dah lama si anok omak ni bungkus!

Mc nak ucapkan tahniah kepada exco Hishammudin kerana berani menyuarakan rasa hatinya menghentam KJ. tak ramai yang berani buat begitu. Takkan hentam je, praktikal lah sekali.

Untuk kebaikan Pemuda UMNO, juga untuk kebaikkan UMNO. KJ harus dan wajib letak jawatan. Mungkin orang tanya siapa Mc dan kenapa Mc beria-ria nak KJ letak jawatan? Mc adalah bekas AJK Pemuda Bahagian yang letak jawatan sebab tidak yakin dengan Pak Lah pada zaman pemerintahannya dahulu!.

MctHeory:
Zaman Pak Lah dah habis! KJ bakal ikut sekali!