Memaparkan catatan dengan label Nazri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nazri. Papar semua catatan
Isnin, 5 November 2012
GEMPAR!! Apahal Cerita Nazri Aziz Dengan Rafizi Jambu ni?
Beranikah Rafizi buktikan dia dipihak yang benar. Kalau berani, saman la Nazri tu.
SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung beberapa dakwaan melibatkan diri dan anaknya.
Nazri turut mencabar Rafizi mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana terlalu yakin mempunyai bukti kukuh membabitkan anaknya yang menggunakan kenderaan mewah milik ahli perniagaan Micheal Chia.
“Saya cabar dan tunggu di mahkamah. Saya tidak perlu buat laporan ke atasnya, dia yang menuduh, maka dia yang patut bawa ke mahkamah. Undang-undang negara kita, siapa menuduh, dia yang perlu dakwa dan buktikan, bukannya orang dituduh.
“Saya juga cabar dia buat laporan kepada SPRM. Saya tunggu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kelmarin, Rafizi mencabar Nazri mengambil tindakan undang-undang ke atas dirinya kerana dituduh menyebarkan fitnah.
Sebelum itu, Rafizi turut menayangkan tujuh klip rakaman video berhubung penggunaan kenderaan mewah itu.
Bagaimanapun, hasil pemerhatian wartawan Sinar Harian mendapati anak menteri terbabit bersama ahli keluarganya tidak menggunakan kenderaan itu, sebaliknya menggunakan kenderaan sendiri iaitu Toyota Vellfire berwarna hitam dan Audi R8 berwarna hijau.
Kenderaan mewah itu hanya dikendalikan oleh pemandu dan pengawal peribadi kepada anak menteri itu, walaupun ia disimpan di kediamannya di salah sebuah kondominium di ibu kota.
Rafizi turut menggesa Nazri mengikut langkah bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang bercuti dari Kabinet berikutan pendedahan isu syarikat milik suaminya National Feedlot Corporation (NFCorp) yang kini masih disiasat. - sinar
P/s: Rafizi mana ada telur, dari sekolah lagi dok jadi jambu Anwar saja. Kerja dia senang, cari bahan fitnah!! Mangkuk sungguh!
Selasa, 21 September 2010
NAZRI AZIZ... BOLEH BLAHH!!! menyampah tengok muka ko!!
![]() |
| Awat muka macam sama dengan Nazri?? |
![]() |
| Haa laa.. Sah muka sama!! |
Si Menteri botak ni begitu lantang mengkritik Awang Selamat dan Utusan Malaysia. Malah Ibrahim Ali pun menjadi sasaran seorang menteri yang tak sedar diri ni. Nazri ni tak tahu kot, bahawa rakyat yang menjadi hakim didalam perbalahan UMNO dan Perkasa. Utusan Malaysia hanya menjadi penyampai suara rakyat dan penyumbang buah fikiran rakyat Malaysia. Malah jika Utusan mahu 'mengenakan' Nazri dengan berita dan cerita yang sumbang pun boleh.. banyak point nak hentam Nazri ni.
Jadi Nazri perlu mencerminkan dirinya dulu sebelum menghentam orang lain. Nazri mungkin tak tahu bahawa 'Awang Selamat' yang dihentamnya tu bukan seorang. Kalau tak salah Mc la.. ramai penulis untuk kolum Awang Selamat tu, cuma nama saja sama. Kiranya 'watak' Awang Selamat tu diwujudkan..untuk menambah perisa (berita penting) didalam akhbar Utusan.
Mc tak mahu tambah apa-apa, sebab Awang pun dah jawab bagi pihak dirinya, nak baca klik sini. Bagi kami rakyat marhaen, nama Nazri Aziz tidak mainkan peranan penting dalam hidup kami rakyat Malaysia. Utusan Malaysia satu nama yang GAH dan sudah 73 tahun berjasa kepada negara dan rakyat. Kalau nak bandingkan Nazri dan Utusan, macam langit dengan bumi.
Itu dengan Utusan, kalau nak dibandingkan dengan Tok Him (Ibrahim Ali) pula, Nazri ni langsung takdak tokoh untuk membela bangsa sendiri. Malah nak jaga family sendiri pun dia gagal. Apa pula nak jaga bangsa Melayu. Bagi Mc, Tok Him tu umpama 'pendekar' Melayu yang sanggup bergolok bergadai demi bangsanya. Sejak beliau menjadi Presiden Perkasa, Mc amat menghormati beliau, kerana beliaulah yang paling lantang, paling berani dan paling 'hero' dalam membela bangsanya sendiri. Respekla Tok Him!!!..peduli apa orang kata, janji kita selesa dan selamat..betul tak?
Nazri apa jasanya??? hmm.... hmm... ohhh kejar teksi kot.. hmmm.... perjuangkan meter teksi?? tahh.. Mc tak berapa ingat apa jasa si Nazri ni. Apa yang Mc nampak, masa zaman Ayahanda Tun Dr. Mahathir dulu, dia ni bodek Tun 'kaw-kaw' punya. Lepas tu, dia bodek Tun Dol pulak, sampai lencun (basah) dia jilat Tun Dol. Sekarang ni zaman Ds Najib, nampaknya dia akan gunakan pendekatan yang sama. Kononnya setia bersama pemimpin, setia konon..bodek yang lebih, sebab tu dapat naik menteri, kalau tidak muka macam ni mana layak jadi menteri.
Patutnya Nazri yang kena lebih berhati-hati, kerana rakyat Parlimen Padang Rengas tahu menilai siapa yang baik dan siapa yang buruk. Baik ko pergi jaga kawasan ko tue elok-elok, mana tahu kang dok sibuk hal orang, nanti ko pulak yang tersungkur.
Sedih rasanya ada menteri perangai serupa ni. Langsung tidak mencerminkan 'ketokohan' dan 'kebijaksanaan' seorang menteri. Ds Najib, berapa lama lagi mau simpan ini orang? Nak tunggu BN bungkuih dulu ka baru nak sedaq?
P/s: Dengar cerita, Nazri dah mula berbaik-baik dengan puak Pakatan haram.. err.. ada apa-apa ke??
MctHeory:
Baguih juga kalau dia lompat pi belah sana. Pi kawan dengan Zaid pi..
Langgan:
Catatan (Atom)


