Memaparkan catatan dengan label PM kangkung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PM kangkung. Papar semua catatan
Ahad, 19 Januari 2014
PANASS!! Kurang Ajar MalaysiaKini Gelar Penyokong PM Sebagai 'Pro KangKung'! @Msiakini
Kurang ajar punya Malaysiakini kerana mengelarkan kumpulan yang menyertai Himpunan Aman Menyokong Perdana Menteri dengan panggilan 'Pro Kangkung' semakin lama semakin kurang ajar pulak portal haram yahudi ni.
Baca kat bawah,
Semalam berlangsung Himpunan Aman Menyokong Perdana Menteri Najib Razak di Pulau Pinang. Himpunan tersebut untuk menunjukan sokongan kepada Perdana Menteri kerana buat masa sekarang PM Najib ditekan begitu teruk oleh pihak-pihak yang tak bertanggung jawab.
Namun panggilan kepada 'pro kangkung' kepada kumpulan penyokong PM adalah sangat kurang ajar. Kerana kumpulan tu menyokong PM, bermakna kini Malaysiakini mengelarkan PM sebagai 'sayur kangkung'
Mc harap akan ada pihak yang berani tampil membuat laporan polis terhadap malaysiakini kerana menghina PM!
Tapi bila dah buat report polis tu janganlah selesai diluar seperti mana kes Tian Chua tuu.. memang kecewa semua penyokong kerajaan.
McTheory:
Ingat pesanan dari kami.. Kerajaan jangan jadi BARUA asyik diperlekehkan!
Khamis, 16 Januari 2014
HOT! Harap UMNO Jangan Jadi UMNgOk! #KangKung
Sejak akhir-akhir ni pelbagai cerita yang Mc anggap tidak menyebelahi pihak kerajaan. atau parti yang mendokong kerajaan.
Bermula dengan kisah Tian Chua memohon maaf soal kes Lahad Datu dan perkara tersebut telah disettlekan diluar mahkamah oleh peguam UMNO dan UMNO sendiri, kemudian kisah saman Stopa Ali spender yang kononnya menyalahkan blogger UMNO tapi bukan UMNO. Perkara itu juga telah diselesaikan diluar mahkamah.
Malah dua isu penting yang boleh Mc katakan kemenangan disebelah UMNO, telah diterbalikan kemenanganya kepada pihak pembangkang. Kenapa jadi begitu?
Apa yang UMNO takut sangat untuk berhadapan dengan kes-kes itu di mahkamah? Apakah kes itu tak pasti, atau memang salah UMNO?
Kedua-dua kes yang diselesaikan diluar mahkamah tu, menyebabkan ramai pejuang media siber UMNO lemah semangat dan berasa amat pelik sekali dengan apa yang berlaku.
Dalam pada masa yang sama muncul pulak kisah Kangkung disebut oleh PM Najib Razak telah disalah ertikan dan dispin oleh pihak pembangkang.
Pada hakikatnya jika manusia ada akal untuk berfikir, maksud PM Najib ialah, bukan semua harga barang naik, ada yang turun, contohnya sayur.. contoh sayur ialah sayur kangkung. Itu saja.. bukannya Najib kata KangKung turun harga!
Kata-kata Najib telah di SPIN oleh pihak yang tak bertanggung jawab dengan teruk sekali! Hinggakan ada yang tak tahu menahu cerita sebenar pun telah mempersenda Najib kononnya mengistiharkan harga kangkung turun!
Itulah kata bodoh jangan tunjuk kat orang!
Bab peguam UMNO settle luar tu, Mc rasa.. ianya tak patut. Bab kangkung ni pula, sebagai pejuang media sosial pro kerajaan, kita kena perjelaskan maksud sebenar. Kalau harap yang berbayar tu pun, bukan boleh harap sangat. he he he..
Jangan marah haaa..
McTheory:
Takdak isu sengaja buat isu.. adeh la
Rabu, 15 Januari 2014
HOT! Di Mana Jentera Berbayar @PMOMalaysia di kala @NajibRazak di #KANGKUNG kan? #SyokSendiri @KhairyKJ
![]() |
| PM kangkung? |
Cerita tentang kangkung nampaknya dah makin popular. Malah dikalangan anak-anak kecil pun, perkataan 'Salam 1 Kangkung' dijadikan ejek-ejek dan mainan mulut.
Salah siapa sebenarnya apabila perkataan 'kangkung' ini menjadi viral dalam media sekarang.
Bukaklah dimana-mana group FB atau wall mana-mana pejuang politik, sudah tentu perkataan kangkung akan kelihatan. Kenapa boleh jadi macam tu? Tak adakah pasukan gerak saraf yang di upah oleh PMO dibawah Pegawai Medianya tidak berkesan untuk menangkis serangan kangkung ini?
Di mana kumpulan blogger berbayar yang dibayar jutaan ringgit oleh PMO? Dah kenyang makan sampai tak boleh bangun ka? Atau memang tak kisah PM kena serang sebab dah kaya?
Dulu orang salahkan UMB kalau ada sesuatu kes yang berlaku, rasanya UMB sudah memainkan peranan yang baik.
Sambung ni Mc petik dari blog Keris7Lok
Jika dahulu kes pertunangan anak PM, Fitnah Chegubard, Serangan terhadap PTPTN dan banyak lagi antara isu yang 'diuruskan' kami (UMB) dan kumpulan blogger lain dengan cepat dan berjaya menutup mulut pihak pemfitnah.
Hari ini isu kangkung dah lama tapi masih lagi tiada 'damage control spinning' yang dilakukan. Mana pergi mereka yang diberi amanah menangkis fitnah melalui media sosial? Kalau nak pakai Intsagram sahaja dengan followers berapa kerat dah kata itu medium baru untuk anak muda, rasanya kita dah boleh buat kursus baru iaitu 'Kursus Menjadi Blogger Pembangkang Yang Baik'.
Sebab hari ini mereka melihat bloggers sebagai 'pelacur' yang tahu mengkritik dan mengancam mereka. Bagi bloggers yang punya jawatan dalam UMNO akan dilabel sebagai ancaman dan 'dibenam' serta diugut jika tak menurut.
Sudah biasa dengar bekas Jentera UMB di'dosa'kan atas sebab-sebab yang tak masuk akal. Hari ini bukan sahaja UMB malahan kawan-kawan blogger lain juga di'dosa'kan hanya untuk tutup kesalahan 'si perut buncit' yang sudah buat salah.
Sudah jangan persoalkan lagi perihal kangkung tetapi tanya pada diri sendiri siapa yang syok sendiri dalam membuat keputusan. Jika benar bloggers tulis tak efektif, jadi pemimpin tak perlu takut dengan kritikan kami. Tapi kalau pemimpin buat salah atau salah cakap, benda tu confirm #PRU14 nanti ada kesan. Itu beza antara marhaen macam kami yang tak efektif dengan pemimpin yang 'bijak' dan 'efisien'.
Kami tak pandai bergaya dengan baju kot sahaja, tapi kami tak mengemis merata untuk nak bergaya. Kami tak pandai dekati masyarakat sebab itu kami jadi blogger yang tak efektif, walaupun banyak isu datang dari kami. Kami tak pandai menulis sebab itu dulu banyak juga isu kami tangkis. Kami tak reti cari berita sebab itu mata kami pedih kena tear gas hanya untuk dapatkan bukti elak fitnah pembangkang. Jadi siapalah kami?
Bukan kami yang duduk atas berkuasa sekarang ni.. bukan kami yang duduk empuk dikerusi menteri dan berhawa dingin. Jadi 'tema' syok sendiri tu.. kami anggap macam ucapan terima kasih pak menteri pada kami blogger syok sendiri. Terima kasih saja laa yaa..
McTheory:
Bukan kami yang dibayar berjuta untuk diKANGKUNGkan pegawai sendiri.. betul?
Langgan:
Catatan (Atom)






