Memaparkan catatan dengan label Rasuah Pas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rasuah Pas. Papar semua catatan
Rabu, 24 Ogos 2011
TUDIAA!! Azli Taliban Pas KANTOI rasuah!!
Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak, Fauzi Muda hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa dan peguamnya cuba merasuah beliau sebanyak RM50,000.
Dalam laporan tersebut, Fauzi mendakwa pada 10.30 malam kelmarin, dua lelaki yang memperkenalkan diri sebagai wakil firma guaman Zainul Rijal Talha & Amir datang ke rumahnya kerana mahu berbincang tentang notis saman fitnah terhadapnya yang dihantar semalam.
Katanya, dalam perbincangan itu, beliau ditawarkan RM50,000 dengan syarat bersedia melakukan beberapa perkara termasuk meminta maaf secara terbuka kepada Nor Azli dan menyokong kenyataannya terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
"Selain itu, saya diminta menarik balik segala tuduhan dan dakwaan dalam isu jutawan segera melibatkan pemimpin pembangkang termasuk Nor Azli yang dilaporkan kepada SPRM.
"Saya juga diminta mengaku bahawa segala tindakan itu adalah atas bayaran atau agenda UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya di pekarangan pejabat SPRM Perak di sini, hari ini.
Mengenai tuntutan saman oleh Nor Azli, Fauzi menegaskan bahawa beliau tidak akan memohon maaf kepada bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak itu dalam tempoh seminggu seperti dituntut.
"Yang kedua, tiada sebab untuk saya bayar RM250,000 kepada mereka dan ketiga, saya mohon dengan segala hormat kepada Nor Azli supaya segera kemukakan saman supaya saya boleh membuat banyak lagi pendedahan di mahkamah," katanya.
Fauzi yang merupakan bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak turut mencabar Nor Azli menafikan secara terbuka bahawa beliau bukan salah seorang 'jutawan segera' dan mengisytiharkan asetnya semasa dan selepas 11 bulan pemerintahan pembangkang di Perak.
"Saya sudah serah kepada SPRM senarai individu yang disyaki memiliki kemewahan segera semasa pemerintahan pakatan pembangkang. Nor Azli pun sudah tahu dia salah seorang daripadanya," katanya. Beliau turut sedih kerana terpaksa berhadapan tindakan saman daripada individu yang mengaibkan Harussani.
"Sepatutnya Nor Azli layak disaman oleh Mufti Perak kerana menggelar Harussani dengan panggilan 'Syaitan bercakap' dan 'Haramsani'. Namun, saya terima hakikat ini kerana ia untuk kebenaran dan maruah seorang yang patut kita hormati," katanya - MPP
Tak salah Mc, muka ni yang dok kutuk UMNO kata rasuah sana sini. Hakikatnya, dia sendiri pun buat kerja kotor tu.
Tengok muka pun tau, jenis tak boleh pakai punya orang. Manusia yang suka maki orang kata makan benda haram ni yang selalu buat benda haram.
McTheory:
Pas memang selalu ludah ke muka sendiri.. selalu sangat..
Khamis, 4 November 2010
RASUAH TERHANGAT!! MEMANG SAH PAS KAKI PUSING DAN MENIPU!!
Kita semua masih teruja dengan kisah N.ajis 'merasuah' saudara baru orang Asli. Akibat pendedahan dan serangan bertali arus blogger mesra kerajaan dan akhbar harian perdana. Pas cuba bangkit menepis serangan ini dengan portal2 puak pencacainya. Tapi dalam kesibukkan menepis serangan itu, Pas sudah lakukan kesilapan yang sangat nyata.
Sememangnya pemberian duit kepada orang Asli, boleh dikategorikan sebagai rasuah pilihanraya. Kenapa N.ajis hanya adakan majlis pengislaman ini di Lojing kampung orang Asli di Galas sahaja? Apakah tempat lain orang Asli tiada yang mahu masuk Islam?
Persoalan Pertama
Mc bongkarkan yang ini dahulu, pada pengetahuan saudara pembaca yang budiman, di Kelantan sememangnya ramai orang asli dikawasan pendalaman. Kebanyakkannya orang asli ini tiada agama, jadi pihak jabatan agama Islam negeri berdakwah dan cuba memikat orang asli memeluk Islam. Sebagai penghargaan, rm50 akan dihadiahkan kepada orang asli yang memeluk agama Islam.
Sama juga dengan pihak kristian, mereka juga sibuk memikat orang asli untuk di'kristiankan'. Dengan mengunakan pendekatan yang sama iaitu memancing dengan wang penghargaan. Malah pihak gereja disana telah menambahkan imbuhan yang lebih lumayan bagi memikat orang asli.
Seakan ada persaingan untuk mendapatkan saudara baru. Jadi tindakan N.ajis memberi wang kepada orang Asli tu hanya boleh dipertikaikan kerana selama ini hanya jabatan agama negeri sahaja yang bertindak meng'islamkan' saudara baru. Kenapa pulak kali ini N.ajis perlu turun dengan konco2nya di Galas untuk mengislamkan saudara baru.
Malah rm300 seorang telah diberikan kepada orang Asli sebagai penghargaan. Jikalau nak Islamkan saudara baru pun, takkan hanya di Lojing, Galas sahaja? Tempat lain pun ramai lagi yang nak masuk Islam, kenapa N.ajis tak turun Islamkan? Lagi satu, untuk Islamkan saudara baru, buat apa bawak si Zul gendut sekali untuk berkempen? Atas sebab apa si gendut ni dibawa sekali?
Memang sah la wang yang diberikan oleh N.ajis tu rasuah pilihanraya dan ianya bukan wang zakat atau sedekah atau sumbangan peribadi.
Persoalan kedua
Pembongkaran yang kedua pulak berkaitan dengan laporan portal pencacai pembangkang iaitu Malaysiakini dan harakahdaily. Di Malaysiakini Datuk Dr Abdul Halim, Pengarah Pilihanraya Pas membuat kenyataan mengatakan N.ajis memberi zakat.
"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.
"Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini. Nak baca boleh klik sini.
Tetapi dalam Harakahdaily pulak, wang tersebut diertikan dengan wang sumbangan peribadi,
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan diiringi calon PAS juga sempat meluangkan masa menziarahi Keluarga arwah Salmah Bt. Uda, 43 tahun yang meninggal pada Jumaat lalu.
Suami arwah, Alim Akai, 49 tahun yang terkejut dengan ziarah itu menyambut baik kunjungan Tok Guru dinasihati agar bersabar dan turut diberi sumbangan peribadi oleh beliau. Nak baca boleh klik sini.
Mc nak tanya sikit, yang mana betul ni? Zakat ke sumbangan peribadi? Atau zakat kerajaan negeri, umpama sumbangan peribadi N.ajis? Kalau yang itu, masalah ini akan bertambah teruk, sudah masuk dalam penyalahgunaan kewangan jabatan agama.
Kalau itu wang zakat, kenapa tiada wakil pihak berkuasa agama? Patut mengikut prosedur yang betul. Kalau sumbangan peribadi, sumbangan itu atas dasar apa? Sedekah? Kenapa nak sedekah pada waktu pilihanraya? Bukankah itu sudah menjadi rasuah?
Di sini pun kita dah nampak pembelit2 Pas ni sudah terbelit diri sendiri. Punyala pusing nak tutup 'kes rasuah' tok garu mereka ni, hingga kenyataan dan berita yang dikeluarkan pun sudah bertentangan. Nampak sangat dua portal pencacai ni cuba menipu rakyat. Punyalah nak menipu hingga sampai ter'kantoi' apabila istilah duit 'rasuah' pemberian N.ajis tu mereka cuba pusing dengan mengatakan itu wang zakatlah, wang sumbangan peribadi lah itu lah ini lah, berdolak dalik.. Bagi Mc tak ada jawapan lain bagi wang tersebut, yang tepatnya ialah wang itu adalah wang RASUAH!.
Nampak sangat Pas ni kaki pembelit dan menipu. Tapi kali ini tipu helah mereka tak lepas. Sudah terkantoi. Rakyat sudah tahu siapa Pas sebenarnya, Galas sudah mendedahkan segalanya.
P/s: apabila Tok Garu pun sudah pandai rasuah, anak2 bawahnya lagi teruk la.
Mctheory:
Nampaknya Pas dan rasuah sudah tidak dapat dipisahkan.
Rabu, 27 Januari 2010
RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA PEMIMPIN PAS YANG DAHSYAT!

Salam pada pembaca, jangan ditenung gambar diatas, gambar yang sangat seksi. Harap pembaca dapat baca dokumen yang dipaparkan dibawah.




Nampak tak dokumen-dokumen diatas? Ini dokumen arifahmi hantar kek kepada bapak mentuanya..dan nik ajis hantar kek kepada dirinya sendiri! Ini semua Mc ambil dari blog Gerakan Anti PKR
. Mc memang respect Gap buat kerja. Mahal betul ye kek kat Kelantan.
Gila punya pemimpin kerajaan Kelantan. Kek harga beribu, nak makan ikut celah mana pun taktau la. Rakyat Kelantan punyala susah, yang pemimpin makan kek sampai harga beribu. Teruk! Teruk! Ini cerita Kelantan. Mari kita pergi jenguk kat Perak pula.
Lihat gambar dibawah, ini gambar rumah Nizar bekas menteri besar Perak yang meroyan tu sebelum jadi MB
Gambar bawah ni, gambar rumah Nizar selepas jadi MB dan ketika ini.
Apa yang difahamkan semasa pemerintahannya selama 11 bulan. Nizar menyapu bersih peluang yang ada, disamping dia menjadi belaan dari Nga dan Ngeh untuk jadi barua Dap.
Kiranya dia ni hanya patung MB saja, yang dok suruh buat kerja atau yang memerintah sebenarnya Dap. Lembu sekor ni belagak je lebih.
Mc dapat ni dari blog Merentas gelombang
. Dulu difahamkan Nizar sebelum jadi MB Perak, kehidupanya biasa-biasa je pun. Rumah kecik kereta biasa. Sekarang ni, dengan kereta pacuan 4 roda yang baru dibeli. Mana agaknya si Nizar ni cekau duit beli semua ni?
Sekarang Nizar bukan MB lagi, tetapi kehidupanya makk aii. . macam jutawan. Mesti ada rahsia disebalik semua ini. Err. . Dap bagi ke? atau jual jus tok guru? heh!
Allah maha Besar! Allah sudah membuktikan bahawa Pas bukan perjuangkan agama untuk kebenaran. Pas perjuangkan agama untuk cari makan. Semua sudah terbukti, mau cakap apa lagi?
MctHeory: Pas selalu mengata UMNO suka main duit! Sekarang Pas lagi mengilakan duit! hamPas betul!
Langgan:
Catatan (Atom)



