Sponsor

Memaparkan catatan dengan label prk galas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prk galas. Papar semua catatan

Jumaat, 5 November 2010

PAS MASIH LAGI MERACAU-RACAU APABILA KALAH DI GALAS!!


Ternyata ahlul dan pemimpin tertinggi Pas masih lagi meracau, meraung dan ada juga yang masih termenung mengenangkan kekalahan mereka di Galas. Hari ni Mc menghabiskan masa dengan membaca blog2 puak Pakatan. Macam2 ada, ada yang kata kekalahan sebab Pas janji dengan Ku Li tak nak serang peribadi, ada pulak yang kata Pas kalah sebab salah sendiri, ada pulak yang kata Pas kalah sebab jentera kempen ala veteran gaya 60an.

Kiranya berbagai sebab musabab yang mereka cuba tonjolkan. Tapi apa yang bagusnya, blogger Pas kali ini tidak menunding jari kearah pihak lain, mereka cuba mencari kelemahan sendiri. Ini yang Mc tabik, cermin diri dulu baru tengok salah orang. Kiranya mereka mengakui bahawa kekalahan di Galas disebabkan kecuaian dan kelemahan jentera kempen.

Malahan RPK, blogger upahan Anwar pun telah meramalkan Pas akan kalah di Galas.

Itu kalau blogger Pas, bagi blogger pencacai Pkr dan Dap, kekalahan Pas yang mewakili Pakatan Haram, tetap disebabkan ketidak adilan SPR dan disebabkan pengundi hantu. Dua ekor parti liberal demokrasi bangsat ni langsung taknak mengakui kekalahan di Galas merupakan kelemahan kerjasama Pakatan yang membiarkan Pas berjuang secara solo tanpa membantu langsung kempen Pas.

Cybertroppers cap ayam Pkr menjerit dan meraung2 salahkan SPR. Salah sendiri langsung tak nampak, kalau diteruskan macam ni nescaya Pakatan akan berkubur lebih awal dari sepatutnya.

P/s: Dap dan PKR langsung tak membantu kempen Pas di Galas, kenapa ye?

Mctheory:
Adakah Pas hanya dipergunakan? alat untuk raih sokongan melayu semata?

GEMPAR!! SELEPAS KALAH! KEMANA CALON PAS MELARIKAN DIRI? MERAJUK?


GWM cuba mencari jawapan ke mana menghilangnya calon PAS, Dr Zulkefly Mohamed sewaktu keputusan pengumuman di Dewan Sivik Gua Musang pada jam 8.50 malam.
Rata rata penyokong parti PAS juga kehairanan melihat situasi tersebut kerana yakin parti PAS akan mengekalkan undi di DUN Galas.

GWM sempat bertanya kepada salah seorang penyokong parti PAS yang berada di luar Dewan Sivik Gua Musang. Manalah tahu jika boleh mendapat jawapan dan kepastian.


Seorang tua, pangkat pakcik PAS ini memberi respon kepada GWM dan memberi petunjuk di mana Dr Zulkefly Mohamed berada sewaktu diumumkan keputusan pilihanraya DUN Galas.

GWM bergegas menaiki kereta dan menuju ke destinasi seperti yang ditunjukkan oleh pakcik PAS ni... GWM memecut laju sambil blogger sahabat Gelombang Rakyat duduk sebelah mengambil gambar pemandangan malam.
Laju juga bawa … meter cecah 160km/j…




Tapi bila sampai je depan rumahnya.. bagaikan sudah tidor senyap sunyi, lampu pun tak bukak!



Laaa ... baru pukul 9.15 malam ... takkan dah tido Dr Zul ... lari dari wartawan yek! Takut kena interview ke?
MELAYU ATAS PAGAR

Sumber Gelombang Wangsa Maju

KAH KAH KAH.. lari selamatkan diri!! KAH KAH KAH..

Mctheory:
Dia dah tahu dia kalah.. baik lari je awal2.

Khamis, 4 November 2010

KEPUTUSAN RASMI! BN MENANG! TAHNIAH BARISAN NASIONAL! TAHNIAH SEMUA!!


Di Galas Calon BN Abdul Aziz menang dengan majoriti 1,190 undi selepas memperoleh 5,324 undi untuk menewaskan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamad yang memperoleh 4,134 undi. Nampaknya penduduk Galas sudah terjemahkan bahawa Pas tidak layak menduduki kerusi dun Galas kerana tidak bertanggung jawab menyelewang tanah penduduk disana.

Barisan Nasional juga berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi apabila calonnya Datin Linda Tsen Thau Lin menang dengan majoriti 6,359 undi pada pilihan raya kecil, Linda berjaya memperolehi 9773 undi, manakala Ansari memperoleh 3,414 undi manakala Teck Lee pula memperoleh 2,031 sementara undi rosak adalah sebanyak 372 undi.

Tahniah kepada Jentera Barisan Nasional, Tahniah kepada pimpinan tertinggi parti dan paling besar tahniah kepada Pengarah Pilihanraya Galas Tengku Razaleigh Hamzah yang tenang mengemudi kempen di Galas. Cara Ku Li memang lain dari lain, tersendiri dan berseni.

Kepada rakan blogger di Galas dan Batu Sapi juga Mc ucapkan tahniah titik peluh dan keringat anda berbaloi-baloi.

Misi kecil dah selesai.. tunggu dalam pertarungan seterusnya.

P/s: Adakah ini bukti menunjukkan media baru ada kesan impak kepada pengundi?

Mctheory:
Dulu kita kalah disebabkan media baru pada PRU 12, kini saingan memihak kepada kita.

TERKINI!! KEPUTUSAN TIDAK RASMI DI BATU SAPI DAN GALAS!!


Keputusan tidak rasmi Batu Sapi: BN 5,500, SAPP 1,300 dan PKR 1,900. Setakat ini, BN mendahului dengan MAJORITI 2,300 undi.

Keputusan tidak rasmi di Galas: BN 5177 , PAS 4108, BN mendahului dengan MAJORITI 1069

Mctheory:
Pakatan haram bakal bungkus!!

KEPUTUSAN PRK GALAS DAN BATU SAPI!! BN MENDAHULUI SEMUA PETI UNDI!!

Keputusan mengikut peti Undi:

BN:3598

PAS:2811

Majoriti:787



Peti Undi Batu Papan: BN menang majoriti 114

Peti Undi Kampung Bharu BN  menang majoriti 16

Peti Undi Kampung Pulai BN menang majoriti 44

Peti Undi Sungai Ber Menang Majoriti 158

Peti Undi Lepan Jaya

Peratusan keluar mengundi:

lojing 82%,

sg terah 80.8% ,

kg bt papan 80.2 ,

bdr baru 65.8%,

kg bharu 58.4% ,

bdr lama 61.1% ,

lepan tupai 86%,

kg pulai 84.7%

BN sudah mendahului jauh kedepan!.. Di Batu Sapi BN sudah menang tiga peti undi malah majoritinya lebih dari seribu!

Mctheory:
cantekkkk!! 

LIVE GALAS!! PENGUNDIAN DITUTUP! TUMPUAN BERALIH KE PUSAT SIVIK GUA MUSANG UNTUK KEPUTUSAN!


Sebentar tadi SPR telah membuat sidang media oleh Datuk Wira Wan Ahmad, SPR berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya kecil kali ini cuma ada beberapa kes yang dibuat oleh pihak parti untuk menguji kewibawaan SPR. Contohnya kertas undi kosong. Tiada kes seperti itu, kalau tak silap Mc, kes itu direka cipta oleh pihak pembangkang untuk memalukan SPR.

Tamat Sidang media, tumpuan beralih kepada dewan sivik Gua Musang.

Semua peti undi dijangka tiba 6.30 ptg.

Kiraan bermula.. tunggu keputusan muktamad pukul 8 malam.

P/s: Tuduhan kepada BN merasuah juga wujud, sedangkan Pas yang merasuah pengundi dengan rm250.


Mctheory:
Penantian penuh debaran!

LIVE GALAS!! PERATUS KELUAR MENGUNDI HAMPIR 80% UPDATE! PEMBETULAN!

selamber calon BN salam dengan puak Pas
Update!

Peratusan keluar mengundi setakat pukul 3 petang - 66.23%; Jumlah pengundi keluar mengundi - 7651 tidak termasuk kawasan Brooke, Belatim, Balar, Bihai dan Ladoi.

Mengikut blog House Pk jentera dan perayu undi Pas sudah give up, banyak yang sudah pulang. Nampaknya Pas menyerah kalah awal. Apa ni, proses mengundi belum pun berakhir tapi orang Pas dah balik. Alamakk.. dah mengaku kalah ke?

Update!

SPR: Proses pengundian dijangka menurun. Kata SPR, proses pengundian sebelah petang peratusannya sedikit menurun.

PEMBETULAN!!

Kesilapan sumber maklumat yang Mc terima pada mula tadi menyangka ada kaunter pembayaran rm250 kepada pengundi yang berasal dari luar. Tapi rupanya itu hanya tipu helah haram jadah PORTAL MALAYSIAKINI DAN PEMBANGKANG yang lain. Babi ko Malaysiakini, tak sudah2 menyusahkan orang. Jangan rujuk kepada Malaysiakini, sila rujuk kepada blogger mesra kerajaan.

BN TAKDE BAGI DUIT!! RASUAH ITU PAS! PAS ITU RASUAH!

Update!

5.00pm Peratusan keluar mengundi 77.73%; Jumlah pengundi keluar mengundi 8980 tidak termasuk kawasan Belatim, Balar dan Bihai

Mctheory:
Harapan untuk menang cerah!! HIDUP BN!

LIVE GALAS: APA YANG TERJADI DI GALAS PADA MASA SEKARANG? UPDATE!

Blogger Pisau.Net melaporkan dari Sekitar pusat pembuangan undi SMK Tengku Indra Putra 1. Penyokong PAS banyak membuat provokasi ,maki hamun serta cuba menyerang jentera kempen UMNO.

Dalam pada itu lebih kurang 3 orang penyokong PAS pergi meludah didepan penyokong UMNO.Kedua belah pihak hampir bergaduh namun Pihak Polis berjaya meleraikan mereka.

Seperti biasa khawarij PAS yang terkenal dengan sikap ganas membaling botol dan terkena kepala salah seorang puteri Umno hingga tercedera.







Blogger Media Permatang Pauh berada di Pusat Pengundian SK Lepan Jaya iaitu tempat pengundian bagi kawasan Lepan Tupai. Keadaan disini agak tenang tetapi liputan internetnya agak kurang memuaskan.


Berita yang baru saya terima dari SPR, jumlah keluar mengundi di Galas kini telah meningkat sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus. Ini tidak termasuk jumlah di enam kawasan Orang Asli.


Apa yang menariknya, dari makluman rakan-rakan disini, pengundi orang asli disini hampir keseluruhannya keluar mengundi dengan memakai pakaian serba merah iaitu baju rasmi UMNO/BN di PRK DUN Galas.

Ini membuatkan perayu-perayu undi dari kem PAS agak terkedu.


Manakala blogger PapaGomo melaporkan dari Peti Undi Batu Papan bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi tempat pergaduhan tercetus antara kedua dua penyokong parti yang bertanding.


RASUAH NIK AJIS



Lihatlah Gelagat penyokong PAS yang
bagaikan Hilang Pedoman


Bagaikan Beruk di Persimpangan jalan


Kecerdikan penyokong BN yang tenang


"Bertenang" Itu lah kata penyokong BN


Tak reti bahasa jugak Puok PASRAE ni.


Makin lama makin Gila BABI puok PAS ni
langsung tak Cerdik!

4 November Galas Gua Musang:

Setakat jam 1 tengahari tadi peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 60% iaitu sebanyak 6931 orang pengundi telah menunaikan tanggungjawap dengan mengundi di peti undi masing masing.

Sejak jam 8.15 pagi tadi bermula di Peti Undi Batu Papan bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi pergaduhan tercetus antara kedua dua penyokong parti yang bertanding.

Begitu juga pada jam 11.45 pagi bertempat di Sekolah Kebangsaan Indra Putra Bandar baru Gua Musang pergaduhan antara penyokong parti juga berlaku. Dan kali ini mangsanya pula seorang puteri UMNO yang mendapat kecederaan di kepala akibat di lempar dengan Botol Mineral berisi air.

Di peti undi ini juga para penyokong PAS bagaikan hilang pedoman apabila dalam melakukan provokasi melampau sehingga seorang lagi puteri UMNO di pukul dengan kayu bendera sehingga mendapat kecederaan di Hidung.

Kedua dua puteri UMNO yang cedera itu kini mendapatkan rawatan di Hospital Gua musang!

Piha PAS nampaknya menggunakan taktik Zionis apabila ramai di antara mereka memaki hamun dan mengejek ngejek para penyokong BN yang ada di sana.

UPDATE!

1.45pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 1 tengahari tadi ialah 55.75 peratus atau 6,441 orang.

UPDATE!

2.15pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, meluahkan rasa kesal dengan kekecohan yang berlaku ketika proses pembuangan undi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bermula pagi ini.

Beliau berkata, berdasarkan laporan awal, kekecohan berpunca daripada provokasi melampau oleh "orang luar" yang menyokong kedua-dua parti bertanding. "Kekecohan berkenaan bukanlah dicetuskan oleh penduduk tempatan sebaliknya membabitkan penyokong dari luar yang saya rasa mereka ini tidak memahami budaya tempatan.

Mctheory:
blog ini akan sentiasa diupdate dengan peristiwa terbaru.. harap sabar.. bersama2 kita mendoakan semoga kemenangan BN di Galas.


UNDILAH BN UNTUK AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR.. JUGA MASA DEPAN ANAK CUCU KITA.. INSYALLAH TERJAMIN!

TERGOLEK!! PUKULAN TERAKHIR WANITA UMNO KEPADA PAS!!





Hari terakhir kempen pilihanraya kecil Galas memberi tamparan hebat buat PAS. Petang tadi di Taman Wangi ,Gua Musang .Yb Dato Hamidah Ketua Penerangan Wanita UMNO bersama wanita Umno Gua Musang telah menerima permohonan 18 orang Muslimah PAS dari kawasan Taman Wangi.

Menurut salah seorang bekas muslimah,mereka sudah tidak percaya dengan perjuangan PAS,malah lebih banyak membuat janji daripada menunaikan tanggungjawab sebagai kerajaan negeri.

Didalam PAS,mereka hanya lebih banyak bercakap dan mengfitnah keburukan orang lain daripada membangunkan kepentingan ummah.

Alhamdulilah kerana diberi hidayah,Muslimah PAS berjaya keluar daripada kelompok khawarij yang jumud.Moga lebih ramai lagi akan keluar daripada PAS.

Percayalah keluar dari PAS anda tak kapir!

Sumber Pisau.Net

Ini merupakan pukulan terakhir daripada wanita UMNO kepada Pas. Mc tabik respek kepada wanita UMNO, kakak2 kita ni dengan kempen 'Sayang' mereka berjalan dengan begitu lancar sekali. Malah program wanita UMNO dilihat lebih berjaya daripada Puteri dan Pemuda. Putera? macam tak wujud je pun.

Kita tunggu kesan yang bakal diterjemah oleh para pengundi hari ini.

P/s: mungkinkah Pas bakal tersungkur? Atau kekal dipersada?

Mctheory:
Petunjuk besar untuk ke PRU 13.

RASUAH TERHANGAT!! MEMANG SAH PAS KAKI PUSING DAN MENIPU!!


Kita semua masih teruja dengan kisah N.ajis 'merasuah' saudara baru orang Asli. Akibat pendedahan dan serangan bertali arus blogger mesra kerajaan dan akhbar harian perdana. Pas cuba bangkit menepis serangan ini dengan portal2 puak pencacainya. Tapi dalam kesibukkan menepis serangan itu, Pas sudah lakukan kesilapan yang sangat nyata.

Sememangnya pemberian duit kepada orang Asli, boleh dikategorikan sebagai rasuah pilihanraya. Kenapa N.ajis hanya adakan majlis pengislaman ini di Lojing kampung orang Asli di Galas sahaja? Apakah tempat lain orang Asli tiada yang mahu masuk Islam?


Persoalan Pertama

Mc bongkarkan yang ini dahulu, pada pengetahuan saudara pembaca yang budiman, di Kelantan sememangnya ramai orang asli dikawasan pendalaman. Kebanyakkannya orang asli ini tiada agama, jadi pihak jabatan agama Islam negeri berdakwah dan cuba memikat orang asli memeluk Islam. Sebagai penghargaan, rm50 akan dihadiahkan kepada orang asli yang memeluk agama Islam.

Sama juga dengan pihak kristian, mereka juga sibuk memikat orang asli untuk di'kristiankan'. Dengan mengunakan pendekatan yang sama iaitu memancing dengan wang penghargaan. Malah pihak gereja disana telah menambahkan imbuhan yang lebih lumayan bagi memikat orang asli.

Seakan ada persaingan untuk mendapatkan saudara baru. Jadi tindakan N.ajis memberi wang kepada orang Asli tu hanya boleh dipertikaikan kerana selama ini hanya jabatan agama negeri sahaja yang bertindak meng'islamkan' saudara baru. Kenapa pulak kali ini N.ajis perlu turun dengan konco2nya di Galas untuk mengislamkan saudara baru.

Malah rm300 seorang telah diberikan kepada orang Asli sebagai penghargaan. Jikalau nak Islamkan saudara baru pun, takkan hanya di Lojing, Galas sahaja? Tempat lain pun ramai lagi yang nak masuk Islam, kenapa N.ajis tak turun Islamkan? Lagi satu, untuk Islamkan saudara baru, buat apa bawak si Zul gendut sekali untuk berkempen? Atas sebab apa si gendut ni dibawa sekali?

Memang sah la wang yang diberikan oleh N.ajis tu rasuah pilihanraya dan ianya bukan wang zakat atau sedekah atau sumbangan peribadi.

Persoalan kedua



Pembongkaran yang kedua pulak berkaitan dengan laporan portal pencacai pembangkang iaitu Malaysiakini dan harakahdaily. Di Malaysiakini Datuk Dr Abdul Halim, Pengarah Pilihanraya Pas membuat kenyataan mengatakan N.ajis memberi zakat.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.

"Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.
Nak baca boleh klik sini.

Tetapi dalam Harakahdaily pulak, wang tersebut diertikan dengan wang sumbangan peribadi,

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan diiringi calon PAS juga sempat meluangkan masa menziarahi Keluarga arwah Salmah Bt. Uda, 43 tahun yang meninggal pada Jumaat lalu.

Suami arwah, Alim Akai, 49 tahun yang terkejut dengan ziarah itu menyambut baik kunjungan Tok Guru dinasihati agar bersabar dan turut diberi sumbangan peribadi oleh beliau.
Nak baca boleh klik sini.

Mc nak tanya sikit, yang mana betul ni? Zakat ke sumbangan peribadi? Atau zakat kerajaan negeri, umpama sumbangan peribadi N.ajis? Kalau yang itu, masalah ini akan bertambah teruk, sudah masuk dalam penyalahgunaan kewangan jabatan agama.

Kalau itu wang zakat, kenapa tiada wakil pihak berkuasa agama? Patut mengikut prosedur yang betul. Kalau sumbangan peribadi, sumbangan itu atas dasar apa? Sedekah? Kenapa nak sedekah pada waktu pilihanraya? Bukankah itu sudah menjadi rasuah?

Di sini pun kita dah nampak pembelit2 Pas ni sudah terbelit diri sendiri. Punyala pusing nak tutup 'kes rasuah' tok garu mereka ni, hingga kenyataan dan berita yang dikeluarkan pun sudah bertentangan. Nampak sangat dua portal pencacai ni cuba menipu rakyat. Punyalah nak menipu hingga sampai ter'kantoi' apabila istilah duit 'rasuah' pemberian N.ajis tu mereka cuba pusing dengan mengatakan itu wang zakatlah, wang sumbangan peribadi lah itu lah ini lah, berdolak dalik.. Bagi Mc tak ada jawapan lain bagi wang tersebut, yang tepatnya ialah wang itu adalah wang RASUAH!.


Nampak sangat Pas ni kaki pembelit dan menipu. Tapi kali ini tipu helah mereka tak lepas. Sudah terkantoi. Rakyat sudah tahu siapa Pas sebenarnya, Galas sudah mendedahkan segalanya.

P/s: apabila Tok Garu pun sudah pandai rasuah, anak2 bawahnya lagi teruk la.

Mctheory:
Nampaknya Pas dan rasuah sudah tidak dapat dipisahkan.

Rabu, 3 November 2010

KISAH MENARIK APABILA NIK AZIZ DIBANTAI!!


Cucu Tok Wan dari blog Flying Kick sini mengisahkan mengenai Mohd Nor Deris mencabar Nik Aziz dalam satu Majlis ceramah tempohari tadi.

Kami dengar Mohd Nor Deris turut berdepan dengan Nik Aziz sekali lagi.

N.Ajis baru saja merasmikan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Maahad Muhammadi di Galas.

Selepas majlis tersebut, dia hendak ziarah dan dapatkan sokongan Ayah Omar. Omar adalah bekas wakil rakyat ADUN Galas dari Parti Melayu Semangat 46 pada penggal 1990-95.

Semasa dia dalam kereta untuk keluar dari perkarangan sekolah, pengundi kiri kanan tepi jalan menyindir dengan suara kuat.

Dengan selamba orang berkopiah kata, "MB sombong, tak pandang kito. Sedapla tok guru duduk dlm keto besar. Aircon pulak. Putih muka cermin pun tak buko."

Sebaik saja dia sampai ke rumah Ayah Omar, Nik Aziz bersama 20 pengikut termasuk Nik Amar naik untuk masuk ke rumah.

Rupanya Mohd Nor Deris menunggu dalam rumah. Semalam N.Aziz bersalam-salaman dengan mereka dalam rumah, sampai giliran untuk Mohd Nor Deris.

Mohd Nor enggan bersalaman. Katanya pada N.Ajis, "Tokse sale. Mu kena tobat dulu.

"Mu banyak buak benda tak beto. Hak kuca sana kuca sini. Nyanyuk …“

N.Ajis menjawab balik, "Kita tengok sapa mati dulu, mu dulu aku ko? Kita jumpa kat akhirat.

Dengan angkuh, Nik Aziz turut berkata, "Sapa masuk syurga? Mu masuk dulu atau aku mampuh dulu? Kita jumpa di akhirat.”

Anda analisa sendiri peristiwa ini. Mitos kedewaan kewalian N.Ajis kini berakhir. Rakyat sudah dapat melihat dan mula sedar akan pembohongan, kesesatan dan keangkuhan N.Ajis.

Dr Mahathir sudah 8 tahun berhenti dari ajwatan PM. N.Ajis pernah berjanji akan undur sebaik Dr Mahathir berundur. Baik dilakukan sekarang sebelum rakyat membencinya.

Bila rakyat mula bersuara, mulalah bermuhasabah. Jangan terkejut kemudian pula.

Sumber The Unspinners

Selepas pada peristiwa ini, portal pencacai Pas haramkahdaily, menghentam Ustaz Mohamed Nor Deris, mereka kata Ustaz Mohamed Nor Deris maki hamun N.ajis, malah bermacam2 lagi tuduhan terhadap beliau. Siapakah Ustaz ni sebenarnya?? Ustaz Mohd Nor Deris adalah bekas AJK PAS Pusat serta bekas orang kanan Nik Aziz di Kelantan. Inilah jawatan yang tidak didedahkan oleh HaramkahDaily portal lidah bercabang PAS.

N.ajis diaibkan oleh bekas orang kuatnya sendiri. Malah N.ajis juga dinasihatkan bertaubat sebelum mati diatas dosa yang beliau lakukan. Tengok video dibawah mengenai jawapan balas Ustaz Mohamed Nor Deris kepada haramkah dan blogger pencacai Pas+Pakatan.


Hambik ko!! terkedu-kedu N.ajis nak menjawab.

P/s: Memang patut orang tua (N.ajis) tu ditegur, bagi sedar diri sikit.

Mctheory:
Celako! Celako! Celako! he he he...

GALAS!! PAS MEN'YOGOK' ORANG ASLI LAGI!!


Majlis di Pos Sendrop yang dihadhiri oleh orang-orang Asli semalam sepatutnya bermula pada pukul 12 tengahari tetapi telah bermula lewat kerana kehadiran yang sedikit.

Setelah memujuk penduduk untuk datang, barulah Menteri Besar Dato Nik Aziz Nik Mat datang dan mulakan majlis pada pukul 2 tengahari.

Pujuk rayu apakah yang digunakan untuk dapatkan penduduk hadhir memandangkan hanya 73 keluarga yang diumumkan akan ditawarkan penyertaan dalam penempatan berkelompok.

Rupa-rupanya mereka diberikan sogokan RM300 untuk datang ke Majlis dan juga untuk mengundi PAS.

Sumber BN Galas

Nampaknya Pas semakin terdesak, banner BN dibuang, flyers dibakar, kini mereka sudah mula bermain duit merasuah dan memperbodoh2kan orang asli. Apa la sangat dengan rm300 tu kalau nak dibandingkan dengan tanah mereka yang telah dirampas oleh kerajaan Pas Kelantan.

Mereka sekali lagi dijanjikan dengan sijil geran tanah oleh N.ajis, apakah sijil itu juga palsu? Sama2 kita nantikan, sejarah pembohongan Tok Garu N.ajis bakal berulang.

P/s: takyah masuk Islam pun dapat masuk syurga, janji pangkah Pas..

Mctheory:
tak tau nak komen apa.. penat!

GALAS!! PAS TERDESAK, BANNER DITURUNKAN, FLYERS DIBAKAR!!

Kenapa banyak perkara pelik yang berlaku dalam PRK Galas kali ini. Lepas satu cerita, muncul satu cerita lagi dalam PRK kali ini. Mula2 amanat Haji Hadi disuarakan semula, selepas tu N.ajis muncul dengan gaya ala supermannya mengkafirkan UMNO buat kali keberapa tah la, dah banyak kali dah. Kemudian si Harbi Kit Siang pula muncul sebagai 'barua' Pas untuk kafirkan UMNO, yang ni Mc terkejut jugak la, si kafir, meng'kafir'kan orang Islam yang lain..ini dah masuk dalam sejarah Tanah Melayu termoden ni.

Kemudian...muncul pulak N.ajis mengadakan majlis 'tertutup' untuk tok2 batin bagi berjumpa dengannya. N.ajis muncul lagi dengan watak 'superhero' apabila dengan rasa tidak bersalahnya, mengurniakan geran sijil 'palsu' pada penduduk kampung. Malah N.ajis dengan watak yang lebih berani dan daring, memberi rasuah terang2an kepada orang Asli.

Itu rumusan secara pendek, senang dibaca dan mudah difaham. Tapi bagi orang Pas dan puak Pakatan Haram, mesti takkan faham2 jugak.


Kini peristiwa pelik berlaku lagi apabila banner2 yang memedihkan mata orang Pas dan pakatan haram dengan selambanya diturunkan. Kata mereka itu banner 'provokasi'. Apa provoknya? itu banner mendedahkan kebenaran. Apa yang tak betulnya? Pas jual kalimah Allah, itu betul. Pas benarkan orang bukan Islam masuk rumah Allah, itu pun betul. Pas berkawan dengan Dap kafir harbi, itu pun betul. Apa yang provoknya?
flyers dibakar
contoh flyers yang dibakar
Sama juga dengan flyers yang dibakar oleh Pas. Semuanya hanya mendedahkan kebenaran yang perlu diketahui oleh rakyat di Galas. Apakah Pas takut tembelang mereka terbongkar? Apakah Pas takut penduduk kampung tahu perangai 'buruk' mereka diluar?

Keadaan politik Pas kini menunjukkan bahawa, Pas cakap lain, buat lain. Dibandar lain, dikampung pulak lain. Ini dipanggil politik ala sesumpah. Pas betul2 belajar dengan Anwar, dibandar Pas menjilat Dap. Di kampung pulak, Pas dianggap juara dalam segi agama. Pandai benar pemimpin Pas bermain akal dengan penduduk kampung. Kesian orang kampung kena tipu dengan Pas.

Sudahla tanah ditipu, bab agama pun ditipu, kini bab pendirian parti politik pun Pas menipu mereka lagi. Memang sah la.. Pas ni parti menipu, membohong dan memfitnah.

Wahai Pas, kalau berani bertarunglah cara gentlemen, janganla rosakkan banner dan bakar flyers. Kita tengok rakyat nak pilih siapa. Kebenaran harus didedahkan, burukkan harus dibongkar, baru orang tahu siapa Pas sebenarnya.

P/s: Superhero Pas, N.ajis pun dah tak laku kat sana.

Mctheory:
Pas dah takdak teloq, sudah kecut masuk dalam perut.

Selasa, 2 November 2010

GALAS!! CERAMAH MAT SABU TAK DAPAT SAMBUTAN!! Mat Sabu jadi Mat Sabun





sumber gambar Darul Ehsan Today

Ni ceramah Mat Sabu ke? ishhh.. macam tak percaya je ni ceramah Mat Sabu. Takkanlah ceramah Mat Sabu sebegini rupanya. Taiko ceramah Pas ni berceramah, tapi hanya ada lebih 30 orang je ahlul Pas yang datang dengar? ishh ishh.. kesian. Apakah rakyat Galas dah tak 'berselera' dengan Pas lagi? Atau dah jemu dengar ceramah bergegar2 Mat Sabu ni.

Hari tu N.ajis sendiri berceramah pun hanya berapa ketul aje yang datang dengar. Kali ni Mat Sabu pulak. Apakah petanda ini boleh dijadikan ukur aras kekalahan Pas di Galas? Sama2 kita tunggu dan lihat jawapannya sebenarnya 4hb nanti.

P/s: dah ramai orang tak terpedaya lagi dengan tipu helah Pas.

Mctheory:
Tukang kecoh Mat Sabu dah tak laku dah..

KASI PANAS!! VIDEO KU LI JAWAB SEGALA DAKWAAN BURUK PAS TERHADAP DIRINYA!!



Video ni menunjukkan Ku Li tenang menjawab soalan wartawan. Segala soalan yang diajukan oleh wartawan tu, adalah tuduhan buruk Pas kepada Ku Li.

Mctheory:
Tenang beb.. kempen bersih..

Isnin, 1 November 2010

GALAS!! KEMPEN SESAT ALA PAS JAHANAM!!

gambar dari blog DarulEhsan Today

Semalam sewaktu sembahyang Jumaat di masjid Tengku Fa'iz Petra di Pekan Gua Musang. Ada sekumpulan ahlul Pas yang datang berkempen dengan memakai baju T berlogo Pas.

Baca artikel dari blog Pilihan Anda

Jentera kempen PAS Galas telah menghantar 30 orang 'pelobi' mereka ke Masjid Biru, Gua Musang ketika solat Jumaat semalam. Masjid Biru adalah nama gelaran bagi Masjid Tengku Faiz Putra. Pelobi-pelobi atau lebih tepat lagi PENYERANG BERANI MATI KUFUR itu berada dalam saf-saf yang berasingan agar apa yang tertulis di belakang baju mereka dapat memberikan impak yang lebih meluas kepada para makmum.

Motif mereka hanyalah bersembahyang dalam masa yang sama menyebarkan fahaman politik songsang ala Pas. Sesuaikah baju t-shirt kempen dipakai semasa sembahyang. Apa lagi yang tinggal pada Pas jika solat pun mereka politikkan. Masyallah.. nama Allah digadaikan, masjid dan surau dibenarkan bukan Islam memijaknya. Kini dalam solat pun sempat nak berpolitik. Mc pun tak tahu nak kata apa lagi.

Sudah la syurga dianggap macam mak bapak diorang punya, Islam bagaikan hak tok nenek puak Pas masing2. Tak puas lagi ka malaun2 ni merosakkan umat Islam di Malaysia. Hanya untuk berkuasa dan perolehi kuasa politik, anjing2 belaan ni sanggup gadai dan lacurkan agama. Bukti sudah depan mata, minta pembaca fikir sendiri la.. orang macam ni boleh percaya ke? Pelacur agama, lebih keji dari pelacur sebenar.

P/s: Subhanallahh.. apa nak jadi ni...rosak2..

Mctheory:
Pas tak pernah berubah, tetap bebal...

GEMPAR!! CERITA MENARIK DAN PANAS, MENGENAI CALON PAS, ZUL GENDUT!!


Semalam aku sempat bertemu dengan seorang hamba Allah di GM, banyak cerita yang aku dapat dari hamba Allah ini, namun aku diberitahu bahawa segala cerita ini tak boleh dibongkar di Galas atas permintaan Ku Li (apa sebabnya hanya Ku Li yang tahu)

Tapi aku nak berkongsi sikit cerita yang aku dapat dari hamba Allah ini, kisah yang aku nak cerita pada korang adalah mengenai kisah perkahwinan calon PAS, ada banyak pihak yang meragui status Dr Zul Gendut ni.

Sebenarnya Dr Zul sudah pun berkahwin dengan Zainab bt Jalar, dia adalah seorang janda beranak satu. Sekarang aku akan ceritakan sedikit latar belakang Zainab yang tak pernah korang dengar sebelum ini.

Zainab ni pernah kahwin dengan seorang muallaf (Cina masuk Islam) yang bernama Lee, masa itu Zainab bekerja di sebuah hotel, tapi mak bapak Zainab tak setuju dengan perkahwinan ini, akhirnya jodoh mereka tak panjang yang membawa kepada penceraian Zainab dan Lee.

Zainab kemudiannya bekerja dengan Armalah (ini kiranya tempat penjagaan ibu tunggal yang dibuat PAS la). Disinilah Zainab bertemu dengan Dr Zul yang sangat aktif dalam program-program anjuran PAS sehinggakan kliniknya sendiri pun terabai.

Bila dah hari-hari berjumpa, maka dari mata turun ke hati, lahirlah bibit-bibit cinta diantara mereka, sebelum tu pembaca sekalian, Dr Zul adalah seorang yang sudah berumahtangga, ya dia sudah beristeri. Walau sudah beristeri Dr Zul tetap ada hubungan dengan Zainab! Biasalah orang-orang PAS nafsu kuat!

Dalam asyik masyuk mereka bercinta ni, tup-tup satu hari mereka kena tangkap basah pada bulan Julai tahun 2009 di Kuala Krai, bila dah kena tangkap basah, maka isteri Dr Zul dapat tahu, apalagi kecohlah lepas tu mereka bergaduh dan akhirnya perkara ini membawa kepada penceraian mereka.

Dr Zul menjadi duda dan tidak berapa lama lepas tu dia menjadi suami semula sebab dia berkahwin dengan Zainab. Ya la, dah kena tangkap basah, kena kahwin la! Ironiknya pihak PAS langsung tak tahu mengenai hal tangkap basah ini.

Tetapi bilamana The Unspinners mendedahkan Dr Zul pernah ditangkap basah pada posting Oktober 22 2010 dan disambut oleh UMNO Online, maka pada masa itu barulah pihak PAS dapat tahu, bila dah terbongkar skandal ini, PAS melakukan penyiasatan dan mendapati bahawa cerita ini adalah benar!

Lepas tu apalagi, PAS mencari jalan bagaimana untuk menutup cerita ini, cari-cari punya cari, akhirnya mereka mendapat jalan dimana salah seorang tauke balak yang ada hubungan 'perniagaan' dengan pihak PAS telah menawarkan untuk membantu menutup cerita ini.

Untuk pengetahuan korang, masa Dr Zul kena tangkap khalwat tu, ada satu kertas pertuduhan yang telah dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK)! Ramai yang tak tahu pasal ini kan?

Berbalik pada kisah PAS nak tutup cerita ini semula, dimana tauke balak nak membantu tu! Korang tau tak, si tauke balak tu telah menawarkan RM70,000 kepada si penjaga fail di JAHEIK! Bilamana kakitangan tersebut mendapat tawaran yang begitu lumayan, dia pun terus melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa merasa takut dengan hari pembalasan!

Akhirnya misi mereka berjaya dan fail itu berjaya dihilangkan, lepas tu apalagi, Dr Zul kelihatan cukup baik la di kalangan ahlul-ahlul PAS, sebab semuanya telah di'kawtim' kat belakang!

Inilah cerita yang aku dapat tentang status Zul Gendut! Kalau korang nak buat report polis terhadap blog ni wahai ahlul PAS, make sure korang buat report polis untuk Zul Gendut sekali, sebab dia berjaya hilangkan fail tersebut dan memadamkan data tangkap basahnya dari sistem!

Wow! Dasyat jugak PAS salah guna kuasa kan? Mentang-mentang la JAHEIK ni bawah bidang kuasa mereka, maka mereka dengan sewenang-wenangnya menghilankan fail tersebut! Elok juga kalau pihak berkuasa siasat perkara ini, kita bukanlah nak tuduh cuma nak pastikan je...

Aku cuma menyampaikan sahaja dan aku harap perkara ini disiasat sepenuhnya! Aku ada detail lagi pasal Dr Zul dan Zainab ni, tungguuu....

Sumber House Pk

UMNO Online pun mengesahkan bahawa cerita mengenai Zul Gendut kena tangkap khalwat adalah benar. Nak baca klik sini.

Nampaknya cerita Dr. Zul gendut ni dah jadi panasss... panass gila.. Macam mana Pas boleh pilih calon yang penuh kontroversi ni? Tak selidik betul2 dulu ke? Macam ni tak best la, banyak 'point' kami yang menang. Belum pun mengundi, harapan UMNO/BN menang kat sini dah nampak cerah. Bulan purnama pulak dah nak jadi gerhana. kesiann kesiannn...

P/s: dah ada bini.. janda pun dia sapuuu... tu diaa.. he he..

Mctheory:
Ni mesti terpengaruh Harakah, banyak iklan seks dan lucah..

BUKTI!! NIK AZIZ MENIPU!! BAGI GERAN PALSU PADA PENDUDUK!!

YB Dato Hamidah semasa di Rumah En Rozali Di Kampung LapanJaya 
Gua Musang 31 Okt - Hari ini merupakan hari kelima saya mengikuti program kempen bersama kumpulan Skuad Sayang Pergerakan Wanita Umno Malaysia yang diketuai oleh YB Dato Hamidah Osman sebagai Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Umno Malaysia.Lokasi yang menjadi tumpuan ialah Kampung Lapan Jaya iaitu sebuah Kampung agak terpencil di sekitar Gua Musang.Apabila kumpulan YB Dato Hamidah sampai kami telah disambut oleh Ketua Kampung LapanJaya dengan penuh gembira seolah-olah menyambut wakil rakyat mereka. 
Rozali Bin Rodin menunjukkan sijil yang dianugerahkan oleh Nik Aziz sambil diperhatikan oleh YB Dato Hamidah dan Dato' Rosni
Masalah yang dibangkikan kepada kami adalah pemberian sijil geran tanah palsu yang dianugerahkan sendiri oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada 300 penduduk Kg. LapanJaya pada tahun 2007 iaitu sebelum PRU12. program tersebut diadakan di Sekolah kebangsaan Limau Kasturi dekat sini. Menurut Rozali Rodin iaitu seorang penerima sijil geran tanah, 300 penduduk tersebut telah dijanjikan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, pemilikan Ladang Rakyat sejumlah 10 ekar seorang dan sebuah rumah untuk didiami. 

Malangnya sehingga kini tiada apa-apa pemilikan yang berlaku, malah rumah yang dikatakan bakal diduduki oleh mereka selepas PRU 2008 juga cuma hanya tinggal janji sahaja. Ini bermakna sijil yang dikurniakan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz pada tahun 2007 iaitu sebelum PRU12 tahun 2008 adalah sijil palsu. Difahamkan juga Nik Aziz berjanji sendiri dengan 300 penerima sijil geran tersebut supaya mengundi PAS jika mahu program pemilikan tanah itu diteruskan. Nik Aziz juga berjanji, jika Pas berjaya menang dalam pilihan raya (PRU 2008), semua pemegang sijil itu bukan sahaja akan diberikan lot tanah seluas 10 ekar, tapak rumah malah akan  menerima bayaran sebanyak RM700 serta bonus RM200 setiap bulan.Tetapi apabila PAS menang dan dapat menubuhkan kerajaan di Kelantan dengan majoriti 2/3 pemilikan tanah sepi sahaja seolah-olah tiada apa-apa janji yang pernah ditabur oleh mereka, tetapi tanah di Lojing semakin rancak digondolkan oleh syarikat dari Singapura.
Sijil pemilikan tanah yang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz 
Sijil sebenar yang ditunjukan oleh En Rozali
Apa yang saya kesalkan kenapa penipuan harus berlaku kepada orang Melayu yang sangat daif. Difahamkan juga En Rozali mengalami sakit kronik iaitu sakit dibahagian perut , ini membuatkan beliau tidak dapat pergi mencari nafkah untuk keluarga. Kampung LapanJaya juga tidak pernah dikunjungi oleh wakil rakyat PAS selepas memenangi PRU 2008. Wajarkah seorang yang bergelar Tuan Guru sanggup menipu orang kampung demi kepentingan politik mereka semata-mata. Tetapi inilah kenyataannya mereka mengatur penipuan yang begitu sistematik supaya kerajaan PAS dapat berkuasa di negeri Kelantan.  Adakah ini tidak dikira rasuah?

 Sumber PSSR

Mctheory:
Macam mana tok garu? tergaru2 lagi la ye.. rahsia dah pecah.

Ahad, 31 Oktober 2010

GEMPAR!! APA PUNYA TERUK LA ORANG PAS NI?? BURUK PERANGAI!!

Aktiviti wanita UMNO di Galas

Baca kisah seorang suami yang sanggup untuk menceraikan isterinya 'talak tiga' hanya kerana isterinya mahu mengikut aktiviti wanita UMNO. Suaminya takut Isterinya terpengaruh dengan UMNO, walaupun aktiviti yang dianjurkan itu cuma aktiviti mengaji Al-Quran dan sedikit penerangan. Nak baca klik SINI

P/s: Pas dah makin celaru dah lanih...

Mctheory:
Puak ni ingat Isteri mereka apa??ishh ishhh..

BENARKAH NIK AZIZ 'MENYOGOK' TOK-TOK BATIN??


Dengar kata semalam, N.ajis menyuruh petugas Pas membawa tok2 batin dari seluruh kampung orang asli di Galas. Siap ada van yang dihantar untuk ambil semua tok2 batin tersebut. Apakah benar cerita ini? Kalau benar bagai dikata, apa motif N.ajis buat demikian? Taknak rahsia Pas kena bocor ke? Atau ada cerita jahat nak keluar selepas ni.

Khabar yang Mc dengar, N.ajis ada buat keramaian khas untuk semua tok2 batin, mungkin ada sedikit ceramah dan Pas akan menabur janji untuk memulangkan kembali tanah2 orang asli yang telah dirampas. Ada blogger di Galas yang dengar akan cerita ni tak?? Kalau ada sila dedahkan.

Gelombang biru sudah melanda Galas. Kalau ikut perkembangan semasa, harapan BN untuk menang adalah lebih cerah berbanding Pas. Moga teruskan perjuangan ada semua.

P/s: banyak cerita pasal Zul gendut (calon Pas), nanti sambung lagi.

Mctheory:
Keadaan makin panas... panas.. sihh..