Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Tun Mahathir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tun Mahathir. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Januari 2010

BERITA: Tun Dr Mahathir Kecewa Dengan Isu Sekarang!



Aku terbaca Tun Dr Mahathir mengulas apa yang berlaku sekarang, isu membakar gereja sangat serius dan patut di selesaikan dengan segera, dalam ulasannya kali ini, aku menganggap beliau amat kecewa dengan kejadian ini. Sila baca apa pendapat Tun Dr Mahathir mengenai isu pembakaran gereja.

Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap keadaan sekarang sangat teruk apabila ada pihak yang tergamak menyerang dan membakar gereja-gereja di Lembah Klang awal pagi semalam.

Bekas Perdana Menteri percaya jenayah itu didalangi oleh puak yang tidak matang yang gagal memahami konsep hidup harmoni pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Kata beliau, isu-isu sensitif di negara ini melibatkan agama selama ini berjaya diselesaikan dan rakyat hidup dalam suasana tenang dan hormat-menghormati.

"Golongan yang rasional dan bertoleransi hidup harmoni di Malaysia selama ini adalah mereka yang berilmu pengetahuan tinggi tetapi ada segelintir orang di keliling mereka yang tidak matang sehingga berlakunya kejadian yang tidak kita ingini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Proton 2010 di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai empat insiden membaling bom buatan sendiri di tiga gereja iaitu di Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati; Gereja Assumption Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara awal pagi semalam.

Dan yang terbaru hari ini, apabila polis mendapati sebuah lagi gereja, Good Shepherd Lutheran yang dikatakan turut cuba dibakar pada masa yang sama.

Insiden pertama berlaku pada kira-kira jam 12.30 malam di Gereja Metro Tarbenacle, Desa Melawati apabila dipercayai seorang lelaki bermotosikal membaling topi keledar berisi bom petrol melalui tingkap gereja tersebut.

Kejadian kedua berlaku di Gereja Assumption di Petaling Jaya pada kira-kira jam 4 pagi dan Gereja Chapel, Damansara turut menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab kira-kira jam 9 pagi.

Bagaimanapun bom petrol dalam botol yang dibaling oleh lelaki bermotosikal ke dalam kedua-dua gereja itu tidak meletup dan tidak mengakibatkan kebakaran.

Dr. Mahathir berkata, kejadian seumpama itu dapat dibendung jika isu-isu sensitif dibincangkan secara tertutup demi menjaga kepentingan negara dan hubungan antara kaum serta agama.

Beliau berkata, semasa menerajui negara banyak perkara dapat diselesaikan dengan kaedah berkenaan walaupun terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan yang dibuat pada waktu itu.

"Kita berjaya selesaikan, masalah tak timbul pada masa saya dulu, kita mesti ingat negara ini ada pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai bahasa jadi kita tidak sepatutnya bincang yang sensitif secara terbuka," jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau menegur sesetengah media yang sengaja mensensasikan sesuatu isu walaupun ia boleh menyinggung perasaan pihak lain.

"Jadi ini adalah sesuatu yang kita mesti elakkan," tegas beliau.

Ini kerana, tambah beliau, sejak akhir-akhir ini semua pihak mahu mebuktikan mereka lebih liberal termasuk rakyat dan kerajaan sehingga keadaan menjadi tidak terkawal
- Mstar


MctHeory:
Memang beliau sangat kecewa dengan apa yang terjadi sekarang. Di zaman Tun Dr Mahathir, tidak pernah kejadian seperti ini berlaku. Malah semua perkara yang berkaitan dengan isu sensitif diselesaikan dengan cara sulit dan baik bagi kebaikkan bersama.

Lihatlah sekarang, apa telah jadi pada negara kita. Sudah ada yang berani membakar gereja, merosakkan surau dan mengugut rumah-rumah ibadat kaum lain. Ini bukan cara kita. Ini bukan budaya Malaysia. Aku merayu supaya kerajaan dapat selesaikan perkara ini dengan secepat yang mungkin. Perkara ini amat serius!

Sila cari dalang sebenar disebalik semua ini. Kami percaya perbuatan ini, khianat dari orang yang tidak bertanggung jawab. Orang yang tidak suka melihat kedamaian. kami nak orang ini di tangkap secepat mungkin!

Ahad, 27 Disember 2009

POLITIK: Syed Ali Mahu Ds Najib siasat Tun Mahathir

Syed Husin Ali, Timbalan presiden PKR meminta Ds Najib menubuhkan suruhanjaya seperti yang dicabar oleh Tun Dr Mahathir, Syed Husin juga berkata "Sebenarnya Mahathir mencabar pemerintahan Umno-BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak oleh itu Najib, tidak perlu bertangguh-tangguh atau berdolak-dalik dan harus membentuk segera Suruhanjaya tersebut," katanya.

Syed Husin mengulas mengenai buku kontroversi yang ditulis oleh Barry Wain 'Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, Mahathir Mave, Barry didalam buku itu mendedahkan kononnya pembaziran 100 bilion oleh Tun Dr Mahathir semasa 22 tahun memerintahan Malaysia.

Syed Husin memberi cadangan bahawa suruhanjaya tersebut hendaklah dianggotai bukan saja oleh hakim serta bekas hakim, tetapi juga tokoh politik kerajaan serta bukan kerajaan dan tokoh profesional, termasuk Majlis Peguam.
"Seharusnyalah ada jaminan supaya segala perakuan suruhanjaya diambil tindakan diambil oleh kerajaan dan pihak berkuasa lain.

Suruhanjaya tersebut diminta menyiasat Tun Abdullah, yang dikatakan telah membelanjakan 260 bilion semasa 4 tahun memerintah Malaysia seperti yang diminta oleh Tun Mahathir - Malaysiakini

MctHeory: Syed Husin, pandai cakap juga orang tua ni, ingat asyik tidur je.. Siasatla. .kami pun nak tengok juga siapa yang salah dan siapa yang betuli, alang-alang dah tubuh suruhanjaya, siasat sekali Anwar, Lim Guan, Khalid dan nik aziz baru la adil dan saksama.

Memang dah jelas buku Barry ni memang diupah oleh musuh Tun Dr Mahathir yang berada di Singapura, disambut pula oleh bekas anak didiknya (Kit Siang) disini hanya untuk menjatuhkan nama Tun Dr Mahathir. Kami yakin Tun Dr Mahathir difitnah, Berani kerana benar, takut kerana salah! Allahhuakbarr!!