Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Komen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Komen. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Ogos 2010

KOMEN PEMBACA YANG BEST KITA NAK BACA MENGENAI ORANG CINA NAK TIPU MELAYU DAN ORANG MELAYU YANG SYOK SENDIRI!


Komen yang best untuk kita baca. Sekarang ni kalau ada komen yang best, Mc akan siarkan semula untuk bacaan kita bersama. Ni komen untuk artikel "APA NIE? KHUTBAH JUMAAT BUANG NAMA AGONG DAN TYT GANTI NAMA GUAN ENG?!" belum baca klik sini

Tanpa Nama berkata..

Salam, memang dah jalan jarum pemerintahan China, sama seperti yang dibuat di Singapura. Apa Lee Kuan Yew kata!, baca di bawah

3 perkara untuk membeli orang melayu:
1. bagi dia orang rumah, walaupun rumah tu tingkat 30, satu bilik pun dia orang dah suka sama kita.

2. bagi duit. orang melayu memang suka kalau dapat duit. Gua kasi lah sikit2.. RM10 atau Rm100. Depa akan sokong kita la.

3. kita jaga tempat ibadat mereka, masjid ka.. buatlah surau kecik2 untuk org melayu, bagilah more sikit, cina mai pakai baju melayu, melayu akan suka org tsb. depa kata, ini bagus punya olang.

itulah kelemahan orang melayu yang menyebabkan melayu singapura tutup mulut sampai hari ini.

Sekarang ianya merebak ke Malaysia, ke P.Pinang, Perak, Selangor, dan ke seluruh Malaysia kalau org2 Melayu tidak sedar diri.

Melayu perlu fikir, jangan dibeli kalau tidak mahu tergadai di kemudian hari. Insaflah bangsaku!

Inilah hakikat kelemahan orang melayu!

-art-

2010 Ogos 20 14:45

Satu lagi komen yang best!

hahn berkata...

Tu la gila.

Kita sebagai orang Islam yang beriman dan yakin percaya bahawa inilah ugama yang di redhai Allah membawa pula kita ke Syurga sedar bahawa LGE setakat masa ini adalah kafir. Bagaimana pula kita mendoakannya.

Dalam Quran terang terang menyatakan: "Jangan kamu mengambil sebahagian dari orang kafir itu sebagai pemimpin"

Aku ni bukan ustaz tapi mamat tepi jalan. Apa jadi ustaz PAS buta ke? ATau dah jadi Yahudi iaitu tutup sebahagian ayat taurat dgn tangan semata mata nak mengelak hukuman.

Tula. Pentunjuk Allah itu adil. Tak datang dari cerdik atau bodoh atau jadi burung kakaktua ugama. Yahudi tu di iktiraf bijak tapi tidak juga dia mengenal Allah. Jadi wahai ustaz2 ooi kebijaksaanaan saja bukan lampu penyuluh petunjuk Allah!

Maksud Al-quran: "Sesiapa yang bersungguh sungguh kearah jalanku akan aku tunjukkan"

Dah ustaz2 mangkuk ni sibuk berjuang pasal dunia. Terimalah dunia. Padan muka!

MctHeory:
Pas semakin buta sejak dah pandai tengok duit sekarang ni. Buta hati, buta tuli!

Sabtu, 9 Januari 2010

BERITA: Tun Dr Mahathir Kecewa Dengan Isu Sekarang!



Aku terbaca Tun Dr Mahathir mengulas apa yang berlaku sekarang, isu membakar gereja sangat serius dan patut di selesaikan dengan segera, dalam ulasannya kali ini, aku menganggap beliau amat kecewa dengan kejadian ini. Sila baca apa pendapat Tun Dr Mahathir mengenai isu pembakaran gereja.

Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap keadaan sekarang sangat teruk apabila ada pihak yang tergamak menyerang dan membakar gereja-gereja di Lembah Klang awal pagi semalam.

Bekas Perdana Menteri percaya jenayah itu didalangi oleh puak yang tidak matang yang gagal memahami konsep hidup harmoni pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Kata beliau, isu-isu sensitif di negara ini melibatkan agama selama ini berjaya diselesaikan dan rakyat hidup dalam suasana tenang dan hormat-menghormati.

"Golongan yang rasional dan bertoleransi hidup harmoni di Malaysia selama ini adalah mereka yang berilmu pengetahuan tinggi tetapi ada segelintir orang di keliling mereka yang tidak matang sehingga berlakunya kejadian yang tidak kita ingini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Proton 2010 di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai empat insiden membaling bom buatan sendiri di tiga gereja iaitu di Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati; Gereja Assumption Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara awal pagi semalam.

Dan yang terbaru hari ini, apabila polis mendapati sebuah lagi gereja, Good Shepherd Lutheran yang dikatakan turut cuba dibakar pada masa yang sama.

Insiden pertama berlaku pada kira-kira jam 12.30 malam di Gereja Metro Tarbenacle, Desa Melawati apabila dipercayai seorang lelaki bermotosikal membaling topi keledar berisi bom petrol melalui tingkap gereja tersebut.

Kejadian kedua berlaku di Gereja Assumption di Petaling Jaya pada kira-kira jam 4 pagi dan Gereja Chapel, Damansara turut menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab kira-kira jam 9 pagi.

Bagaimanapun bom petrol dalam botol yang dibaling oleh lelaki bermotosikal ke dalam kedua-dua gereja itu tidak meletup dan tidak mengakibatkan kebakaran.

Dr. Mahathir berkata, kejadian seumpama itu dapat dibendung jika isu-isu sensitif dibincangkan secara tertutup demi menjaga kepentingan negara dan hubungan antara kaum serta agama.

Beliau berkata, semasa menerajui negara banyak perkara dapat diselesaikan dengan kaedah berkenaan walaupun terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan yang dibuat pada waktu itu.

"Kita berjaya selesaikan, masalah tak timbul pada masa saya dulu, kita mesti ingat negara ini ada pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai bahasa jadi kita tidak sepatutnya bincang yang sensitif secara terbuka," jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau menegur sesetengah media yang sengaja mensensasikan sesuatu isu walaupun ia boleh menyinggung perasaan pihak lain.

"Jadi ini adalah sesuatu yang kita mesti elakkan," tegas beliau.

Ini kerana, tambah beliau, sejak akhir-akhir ini semua pihak mahu mebuktikan mereka lebih liberal termasuk rakyat dan kerajaan sehingga keadaan menjadi tidak terkawal
- Mstar


MctHeory:
Memang beliau sangat kecewa dengan apa yang terjadi sekarang. Di zaman Tun Dr Mahathir, tidak pernah kejadian seperti ini berlaku. Malah semua perkara yang berkaitan dengan isu sensitif diselesaikan dengan cara sulit dan baik bagi kebaikkan bersama.

Lihatlah sekarang, apa telah jadi pada negara kita. Sudah ada yang berani membakar gereja, merosakkan surau dan mengugut rumah-rumah ibadat kaum lain. Ini bukan cara kita. Ini bukan budaya Malaysia. Aku merayu supaya kerajaan dapat selesaikan perkara ini dengan secepat yang mungkin. Perkara ini amat serius!

Sila cari dalang sebenar disebalik semua ini. Kami percaya perbuatan ini, khianat dari orang yang tidak bertanggung jawab. Orang yang tidak suka melihat kedamaian. kami nak orang ini di tangkap secepat mungkin!