Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Tunku Aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tunku Aziz. Papar semua catatan

Isnin, 21 Mei 2012

TUDIAA!! Tunku Aziz Bagi Lim Guan Eng Sakit Otak!!




Ingat balik pada 8 Februari 2009 ada makhluk yang cakap ini: “Anwar Ibrahim has create enough trouble for the country….Anwar Ibrahim harus bertaubat”.Kalau daya ingatan agak kabur sila layari youtube pada alamat ini : Anwar Harus Bertaubat

Wow...memang garang sekali Pengerusi DAP Karpal Singh membelasah Ketua Umum PKR itu.Satu Malaysia terkedu menonton beliau lepas geram yang disiarkan menerusi berita di televisyen.

Rasanya filem Keluarga 69 arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee kurang lucu dari babak berikutnya bila Karpal Singh muncul sebagai ketua peguambela Anwar dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan.

Ini secebis kisah yang ada kaitan dengan yang masih hidup dan bernafas…geng The Untouchable dalam Democratic Action Party aka DAP.

Bab ini khas sebagai bahan kenang pada Tunku Abdul Aziz Ibrahim, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP yang menjadi mangsa terbaru yang boleh dijentik terpelanting begitu saja …gara-gara cakap sikit kritikal tentang parti itu ada cop mohor ‘democratic’ pada jenamanya.

Para pakar bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka tentu jenuh nak mencari tafsiran yang sesuai untuk perkataan ‘democratic’ mengambilkira gelagat Democratic Action Party yang satu ini di Malaysia.

Lawak memang lawak tapi apa kurangnya PAS yang jadikan Islam sebagai modal politik manakala PKR yang kononya berteraskan Keadilan.

Dalam DAP Karpal Singh memang insan istimewa dan lambang demokrasi parti.

Beliau boleh bercakap apa sahaja, dan tidak ada siapa berani hukum beliau.

Bukan saja Anwar sendiri pernah kena rembat di khalayak ramai suruh bertaubat…malah beliau tidak pernah heran pada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Jangan siapa usik Karpal Singh.

Baru-baru ini Timbalan Ketua Menteri dua DAP Pulau Pinang P Ramasamy nak cari nahas menggelarkan Karpal sebagai God Father.

Ramasamy seorang pensyarah sebelum masuk DAP dan menang pilihanraya mungkin baru sedar, betapa kuatnya pengaruh Karpal dan Kit Siang dalam parti itu.

Kalau kita duduk diam-diam dan merenung tajam kearah DAP …nyata sekali parti ini adalah berteraskan politik jurai keluarga.

Karpal satu hal. Bagaimana Lim Kit Siang dan keluarganya yang berkuasa penuh di peringkat DAP pusat, Ngeh Koo Ham dan sepupunya Nga Koh Ming yang berkuasa di Perak.

Dalam keluarga Karpal, anak lelaki sulungnya Jagdeep Singh adalah ADUN Datuk Keramat Pulau Pinang manakala anak lelaki keduanya, Gobind Singh adalah Ahli Parlimen Puchong, Selangor.

Tak ramai yang ada kemewahan begitu dalam politik demokrasi. Ambil contoh dalam UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir hanya bertanding jadi Ahli Parlimen BN pada tahun 2008, empat tahun selepas ayahnya Dr Mahathir letak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pun mula bertanding selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia.

Dalam keluarga Kit Siang yang kini Ahli Parlimen Ipoh Timor ,anaknya Lim Guan Eng adalah Setiausaha Agung DAP, jawatan paling tinggi kedudukannya dalam parti tersebut.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang lari dari Melaka itu kini pegang kerusi DUN Air Puteh Pulau Pinang dan Parlimen Bagan di negeri itu serentak . Selain Guan Eng, isterinya Betty Chew Gek Cheng merupakan ADUN DAP Kota Laksamana Melaka.

Selain jurai keluarga Kit Siang dan Karpal, di Perak, Pengerusinya Ngeh Koo Ham dan sepupu beliau Nga Koh Ming yang juga setiausaha DAP negeri amat berkuasa.

Mereka berdua dikatakan sebagai Menteri Besar sebenar Perak sekalipun jawatan itu disandang oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin semasa Pakatan Rakyat memerintah negeri itu selama 11 bulan sejak Mac 2008.

Hayat Tunku Abdul Aziz dalam DAP yang disertainya pada Ogos 2008 berakhir Selasa bila beliau umum akan keluar parti itu.

Mungkin beliau sendiri tidak sangka dengan jawatan sebagai Naib Pengerusi DAP Kebangsaan yang disandangnya pada Julai 2009 beliau boleh tercampak dengan mudah kerana semata-mata kritik demo Bersih.

Kisah Tunku Abdul Aziz ini mengingatkan kita kepada kisah Tan Sri Lee Lam Thye yang juga pernah tersingkir secara halus kerana berbeza pendapat dengan Kit Siang.

Sebab itu, PM ketika ulas peletakan jawatan Tunku Abdul Aziz sendiri kata, ia merupakan kes DAP yang kononnya demokratik, tidak memberi ruang kepada perbezaan pendapat dalam parti.

Walaupun tidak mengenali Tunku Abdul Aziz secara peribadi, Najib percaya Tunku Abdul Aziz adalah "seorang lelaki yang sangat berprinsip".

Najib berkata apabila prinsip yang dipegang itu tidak dihormati pihak tertentu iaitu DAP, tidak ada jalan lain baginya (Tunku Abdul Aziz) selain meletakkan jawatan.

"Pada kesudahannya, Tunku Abdul Aziz lebih mementingkan maruah dirinya kerana beliau merupakan seorang yang berpegang kepada prinsip," katanya.

Beliau berkata Tunku Abdul Aziz mempunyai perbezaan pendapat berhubung demonstrasi jalanan yang beliau percaya boleh membawa kepada huru-hara dan kerosakan harta benda, dan kerana itulah beliau tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian.

"Tapi nampaknya parti DAP tidak memberi ruang pada perbezaan pendapat dalam parti yang menggelarkan diri mereka parti demokratik," kata Najib.

Tunku Abdul Aziz dilaporkan sebagai berkata beliau tidak mempunyai pilihan kecuali berundur secara terhormat berikutan tiada persefahaman dengan kepimpinan parti itu.

Jangan lupa MP Bebas Wangsa Maju Wee Chee Keong pun pernah terima nasib yang sama. Belum sebut lagi Dr Kua Kia Soong dan Dr Lee Ban Chen yang keluar DAP sebab tak boleh terima hakikat kena jadi 'yes man' semua benda.

Mudah cerita, kalau hendak panjang hayat dalam DAP, jangan sesekali cabar keputusan dan pendirian The Untouchable dalam DAP.

Sekali mereka murka tiada maaf bagimu.-15/5/2012- OLEH HELME HANAFI


Rabu, 16 Mei 2012

PANASS!! Tunku Abdul Aziz Keluar DAP di sebabkan Lim Guan Eng!!



KUALA LUMPUR: A day after he resigned from the DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim said he trusted party adviser Lim Kit Siang but not his son, secretary-general Lim Guan Eng, whom he described as a “different kettle of fish”.

“A deep sense of relief of being freed from the tyranny of a demagogue,” were among the kinder words that the 78-year-old ex-Bank Negara adviser, who had for many decades been at the forefront of promoting integrity and ethics, had to say of his former party boss.

In an exclusive interview with The Star, Tunku Aziz said Guan Eng did not even “have the decency” to reply to an e-mail he had written over a rebuke the Penang Chief Minister had issued over his comments on Bersih.

“I had offered to resign from the (party) CEC (central executive committee) and after an appropriate and dignified time, also resign from the party if that was the solution needed to bring back harmony into the party.

ublic rebuke against him by Guan Eng after he had made his statement.

“I am not against the party. I am just against the attitude taken by the party secretary-general, particularly when he falsely accused me of going against the party decision to support Bersih. I have always stood for free and fair elections.”

Tunku Aziz said the rebuke gave the impression that what he had said was against the party as well as Bersih and this was why he decided to “withdraw from the party”.

The former Transparency International head for Malaysia also said that a phone call from Guan Eng on Sunday offering a new post sped up his decision to quit.

“I do not know if it was an act of compassion or the need to compensate me for the loss of the senator's post. He offered me a senior fellowship in the Penang Institute dangling travel as an attraction.

“Then yesterday, Zairil Khir Johari (Guan Eng's political secretary) called and repeated the offer and stated there was a stipend of RM50,000 to go with it.

“I regard the offer as totally insulting. It came from someone who had no sense of respect. Did he think I was that sort of a person?” said Tunku Aziz, adding that he considered the move as an attempt to bribe him.

“This man has no sense of decency. As a senior person, I think it is biadap (uncouth). This was what really made me decide to announce my resignation. I will not work with this man.”

sambung temubual sini.

Kat bawah ni video wawancara Abdul Aziz di NTV 7, malah di akhir video ini, Abdul Aziz mengumumkan bahawa beliau mahu keluar dari Dap.



McTheory:
Puak ni mana hormat Melayu..kena jual saja la.

Ahad, 8 Ogos 2010

TUNKU ABDUL AZIZ, SIAPAKAH ORANG INI? APABILA MELAYU TAK SEDAR DIA PUN MELAYU!


Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim bangkit mempertahankan rakan sePARTI dengannya Tony Pua. Kata Tunku Aziz ni orang melayu tidak sepatutnya mendapat diskaun untuk membeli hartanah mewah. Kiranya dia kata Diskaun 7% untuk membeli hartanah mewah yang berharga rm500,000 keatas patut di mansuhkan.
"Adalah jelas mereka yang digelar pemimpin Umno ini mempunyai fahaman sifar ataupun terhad, berhubung perlembagaan persekutuan kerana seboleh mungkin yang saya cuba, saya gagal mencari sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan bahawa Melayu atau bumiputera perlu diberikan hak untuk mendapat diskaun bagi membeli hartanah.
Yang pasti, perlembagaan persekutuan tidak memperuntukkan bahawa Melayu berhak mendapatkan diskaun untuk membeli hartanah mewah yang bernilai jutaan ringgit, kata Abdul Aziz".
- sambung baca sini

Sebelum kita hentam dia, kita kena tengok latar belakang dia dulu. Siapa agaknya makhluk Allah yang tak sedar diri ni? Mc percaya tak ramai orang yang kenal dengan dia ni.

Serba sedikit mengenai Tunku Aziz yang Mc dapat cari.
- Tunku Abdul Aziz pernah memegang jawatan tinggi di pelbagai organisasi swasta dan awam di Malaysia,   Hong Kong dan United Kingdom.
- Dia juga pernah menjadi presiden Persatuan Transparensi dan Integriti Malaysia, Pengarah Kumpulan Sime Darby Bhd dan kini sebagai penulis kolum mingguan untuk akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.
- Kononnya dia ni penentang terbesar amalan rasuah dan korupsi dalam pentadbiran.
- Dia juga kata, dia masuk Dap disebabkan parti ini takde rasuah dan tak rasis macam parti lain.

Untuk pengetahuan pembaca, dulu mamat ni juga yang dok kempen ajak orang melayu masuk Dap. Tak percaya? baca sini. Kali ni setelah sekian lama menyepi, Mamat ni bersuara lagi, mungkin disuruh oleh sekutu-sekutunya untuk membela Tony Pua kot. Cuma kali ini dia agak terlebih sikit sebab berani mempertikaikan hak orang melayu. Memang la diskaun untuk hartanah mewah ni nampak macam tak penting untuk orang melayu, tetapi ia termaktub dalam hak-hak istimewa. Kenapa itu pun nak kacau?

Mula-mula kacau diskaun untuk hartanah mewah, lama kelamaan? Habis semua keistimewaan hak bumiputra dipertikaikan nanti. Sejarah mengajar kita beb, dulu minta warganegara, lepas dah dapat. Satu per satu mereka tuntut hak mereka kepada kerajaan. Satu persatu, hak keistimewaan orang melayu dipertikaikan. Kalau kita terus biarkan ia berlaku, apa akan jadi kelak? Dalam apa cara sekalipun, kita kena bangkit mempertahankan HAK kita!.

Makhluk Allah yang berbangsa melayu seperti Tunku Aziz ni, usah kita pedulikan. Lantak dia la dia nak kata apa pun. Dia pun tak betul lagi mau tegur orang. Orang melayu masuk Dap ni serupa belot dengan bangsa sendiri la. Sebab dasar Dap sendiri pun kita tahu untuk tentang hak melayu. Katanya pilih masuk Dap sebab Dap ni parti bersih. Betul ke? dia sendiri bila masuk pun dapat pangkat SENATOR dan Naib Pengerusi Kebangsaan. Kalau betul-betul ikhlas diri nak masuk parti, takkan dapat jawatan sebesar tu?

Ini lah yang susah bila melayu dah tak sedar diri dia pun melayu. Ini melayu golongan 'free thinker' macam RPK dan Harris Ibrahim kot. Jenis yang boleh makan 'bah kut teh' tapi dok kata halal. Melayu macam ni, patut campak je dalam lombong! he he he. .

MctHeory:
Tengok muka pun tak seropa melayu. Jenis pengkhianat bangsa!

Selasa, 19 Januari 2010

UNGKU AZIZ: DAP UNTUK SEMUA! MELAYU MAU MASUK KE?



Topic ni agak pelik sebenarnya bagi Mc. Individu Tunku Aziz ni pun Mc tak berapa kenal la. Cuma Mc agak tertarik dengan berita ni. Petikan dari Sinar Harian. Mc tak tahulah pendapat pembaca yang lain tapi Dap untuk semua ni yang sangat pelik? Baca berita dibawah yang membuatkan Mc jadi pelik.

SHAH ALAM - DAP adalah parti berbilang kaum untuk semua rakyat Malaysia, bukan hanya tertumpu kepada kau:m Cina sebagaimana yang diketahui kebanyakan masyarakat sebelum ini.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, walaupun majoriti ahli dan pemimpin parti ini terdiri daripada kaum Cina, namun DAP tidak pernah ‘menganaktirikan’ bahkan memperjuangkan nasib ahlinya dari bangsa lain termasuk Melayu.

Menurutnya, memang diakui ramai orang Melayu menganggap DAP adalah parti untuk kaum Cina kerana melihat pengasas dan pemimpinnya adalah orang Cina.

“Pada asal penubuhan DAP, memang kebanyakan ahli adalah bangsa Cina, namun sehingga kini ramai orang Melayu telah menyertainya dan ada di kalangan mereka juga dipilih menjawat jawatan tertinggi parti.

“Kalau kita sendiri tidak menyertai parti ini, kita tidak tahu. Dalam polisi parti juga tidak mengatakan ia adalah parti berasaskan kaum,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tunku Abdul Aziz adalah bekas Pengerusi Transparency International (TI) Malaysia dan menyertai DAP pada 2008. Selain m:enganggotai Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu, beliau dilantik sebagai Senator Julai tahun lalu.

Beliau berkata, perkara utama menarik minat menyertai DAP kerana parti itu yang bebas dari gejala rasuah dan berintegriti tinggi di samping memperjuangkan nasib masyarakat pelbagai bangsa.

Ditanya mengenai matlamat DAP untuk memperoleh lebih banyak sokongan terutama di kalangan orang Melayu, beliau berkata, perkara tersebut agak sukar memandangkan orang Melayu lebih cenderung menyertai parti lain terutama berasaskan kaum.

“Walau bagaimanapun, kita tidak boleh berputus asa dan perlu berusaha. Saya yakin ianya dapat direalisasikan kerana pemikiran rakyat kini lebih terbuka dan mereka bijak membuat pilihan.

“Melihat pemerintahan DAP di Pulau Pinang, saya yakin kita dapat memperoleh lebih banyak sokongan dari kaum lain,” katanya.

Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Ahmad Ton menyifatkan rakyat Malaysia masih belum cukup nasional walaupun sudah hampir 53 tahun merdeka kerana masih mementingkan parti berasaskan kaum.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kekurangan promosi adalah punca kurangnya penyertaan ahli dari kaum lain terutama orang Melayu menyertai DAP.

Sewaktu Konvensyen DAP di Ipoh kelmarin, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menetapkan matlamat untuk memperoleh lebih banyak ahli di kalangan kaum lain terutama Melayu.
- sinar harian

Serba sedikit mengenai Tunku Aziz yang Mc dapat cari la.
- Tunku Abdul Aziz pernah memegang jawatan tinggi di pelbagai organisasi swasta dan awam di Malaysia, Hong Kong dan United Kingdom.

- Dia juga pernah menjadi presiden Persatuan Transparensi dan Integriti Malaysia, Pengarah Kumpulan Sime Darby Bhd dan kini sebagai penulis kolum mingguan untuk akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

- Kononnya dia ni penentang terbesar amalan rasuah dan korupsi dalam pentadbiran.

Cuma yang menghairankan Mc, kenapa dia pilih Dap untuk masuk politik? kalau nak masuk pembangkang pun masuk la PKR ke PAS ke, apa motif dia ni masuk Dap. Ada kepentingan kot. Masuk je dah terus dapat pangkat Senator. Mc cuma tanya bukan Mc tuduh ok.

Cakap pasal topic yang Tunku Aziz ni kata la kan. Dap untuk semua? Ye ker? Dap bukan parti rasis. Ye ke? Takde amalan rasuah dalam Dap. Ye ke? Orang gila tepi jalan pun tau apa tu Dap. Cuba tanya dia parti roket tu apa, dia pun tau jawab tu parti cina punya.

Tunku Aziz ni kat Pulau Pinang tidur ke apa? Punya la banyak salah si Guan Eng Gangster Hong Kong tu, dia boleh kata Dap ni baguih. Mc nak tuduh lebih-lebih kang kata menghasut tapi Tunku Aziz ni memang pelik la. Dia tak rasa dia ni dah jadi pengkhianat ke? Melayu masuk Dap ni, lebih kurang macam masuk komunis zaman dulu la.

Melayu masuk komunis zaman dulu disebabkan ada yang tertipu dan ada yang gila kuasa dan wang. Ramai masuk komunis sebab kuasa la, yang kena tipu tue sikit la sangat. Mc masih lagi pelik dengan Tunku Aziz ni. Tak pelik ke Tunku Aziz cakap macam tu? Tak rasa macam mengkhianat bangsa ke masuk Dap ni. Kenapa la ada juga Melayu bodoh nak masuk Dap?

MctHeory:
Err..ada ke melayu kat sini nak masuk Dap? mana tau kot-kot boleh jadi calon PRUke13 ni. Untung-untung boleh jadi YB atau Senator