Sponsor

Memaparkan catatan dengan label balak Ustaz Azizan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label balak Ustaz Azizan. Papar semua catatan

Selasa, 30 April 2013

PANASS!! Video Terlampau Ustaz Azizan Pulak Tersebar!! #TukarKedah #SaveKedah


Video kat bawah ni memberi jawapan kenapa Kerajaan Negeri Kedah tak maju dan pengurusannya langsung tak cekap. Nak cekap apa, asyik tidur saja kerjanya. Ini depan orang ramai pun tidur. Cuba bayangkan kalau belakang kita, macam mana? Patutla macam-macam masalah dah jadi, rupanya sebab ni!


McTheory:
Azizan dah macam Pak Lah dalam Pas la pulak!

Ahad, 17 Februari 2013

PANASS!! Azizan MB Kedah Memang Suka Buat Lawak?


Ternganga kita dibuatnya apabila Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah mengugut Kerajaan Pusat agar membayar RM100 juta setiap tahun kepada negeri itu sebagai pampasan jika ingin pihaknya menghentikan penggondolan hutan untuk pembalakan. Nampak benar, yang Menteri Besar Kedah ini telah benar-benar buntu dalam usaha menjana pendapatan negeri.

Kata orang, ego biar bertempat. Jika sudah buntu, dan tak tahu apa-apa, buangkanlah ego itu jauh-jauh, jika tidak, pasti terserlah kebodohan sendiri. Tidak apa jika bodoh itu tidak memberi kesan kepada sesiapa, tetapi masalahnya bodoh seorang Menteri Besar memberi kesan kepada rakyat, malah bumi Kedah juga.

Jika dulu Azizan begitu lantang menghamun kepimpinan Barisan Nasional, kononnya bodoh, tidak prihatin dan korup, tetapi setelah diberi peluang untuk menunjukkan cara kepimpinan yang bijak, prihatin dan telus, bingunglah pula Azizan jadinya. Kini, baru beliau tahu bahawa mentadbir negeri memerlukan lebih dari sekadar ijazah dalam bidang agama dan suara lantang yang gemar menghentam orang.

Sepertimana kaum Arab yang dikurniakan sumber paling berharga di dunia tetapi tidak mampu menjadi peneraju ilmu dan pemerintah dunia, begitulah keadaannya di kalangan pemimpin PAS. Telah dikatakan di dalam AlQuran, bahawa ilmu yang penting adalah ilmu sains dan matematik dari pengamatan bintang dan cakerawala, gunung ganang dan lautan mahupun zarah-zarah di dalam udara. Tetapi mereka tidak mendengarnya, mereka tidak memahaminya walaupun ramai di antara mereka fasih berbahasa Arab, hatta hafal Al-Quran juga.

Justeru, hari ini kita melihat sendiri apa terjadi apabila seseorang yang mengaku pakar agama mentadbir macam orang tak ada agama. Terserlah sikap angkuh, ego, takbur, riak, panas baran dan mengugut sana sini apabila buntu dan terdesak.

Bukan sahaja kerajaan pusat hendak diugut, tetapi juga kerajaan sahabat merangkap jiran sendiri, iaitu Pulau Pinang juga turut cuba diperas. Oleh kerana Pulau Pinang enggan melayan mimpi Azizan untuk mengenakan caj bekalan air mentah ke negeri itu, maka Phahrolrazi, exco Kedah telah membuat kenyataan berbaur ugutan iaitu Pulau Pinang akan mengalami kesukaran jika terus enggan melayan cadangan Kedah.

Malangnya, Pulau Pinang mengambil sikap ‘bo-layan’ sahaja terhadap ugutan Kedah.

Maka, semakin bingunglah Azizan sehingga sanggup mengambil risiko memusnahkan alam sekitar dan mendedahkan rakyat kepada risiko kehilangan nyawa dan harta benda akibat bencana alam dengan berdegil untuk meneruskan pembalakan haram. Maka, satu-satunya cara untuk menghentikan kegilaan ini ialah dengan kerajaan pusat membayar sejumlah RM100 juta kepada Kedah.

Persoalannya, sampai bila Azizan boleh mentadbir dengan cara mengugut?

Kenapakah keadaan sebegini tidak pernah terjadi semasa pemerintahan BN? Kenapakah walaupun dikatakan korup, bodoh dan zalim, BN tidak pernah mengambil risiko ke atas nasib rakyat dan tidak pernah membiarkan kewangan negeri berada dalam keadaan begitu tenat?

Bagaimana jika kerajaan pusat mengambil keputusan untuk mengugut Azizan kembali iaitu, jika beliau inginkan RM100 juta itu, maka beliau harus menjustifikasi dan menangani segala ketirisan dalam kewangan negeri Kedah secara terperinci terlebih dahulu, bagi memastikan RM100 juta tersebut tidak terbazir begitu saja.

Atau lebih baik lagi, jika kerajaan pusat mengugut agar Azizan meletakkan jawatan terlebih dahulu, jika inginkan RM100 juta itu disumbangkan kepada Kedah.

Atau lebih mudah, mungkin kerajaan pusat boleh mengugut Azizan agar membuat pengakuan terbuka dan meminta maaf kepada rakyat Kedah kerana beliau benar-benar tidak tahu bagaimana untuk mentadbir sebuah negeri, sebelum menyalurkan RM100 juta tersebut kepadanya. Bagaimana?

Walaupun persoalan ini kelihatan seperti ‘lawak’, kata orang Kedah, tetapi sebenarnya tiada apa yang lawak mengenainya, malah sedih dan membimbangkan.

Khabar dari Kedah menyatakan bahawa kewangan Kedah sudah terlalu sangat meruncing sehinggakan semua program dan perjalanan dibekukan kerana kerajaan negeri tidak dapat menanggung kos, terutamanya kos minyak.

Mana tidaknya, jika kesemua perbelanjaan negeri bergantung sepenuhnya kepada pendapatan dari balak semata-mata. Bayangkan, ketika pemerintahan BN pada tahun 2007, balak hanya menjana RM8 juta, tetapi di masa pemerintahan PAS pendapatan dari balak dalam keluasan yang sama mencanak naik sehingga RM35 juta pada 2008, RM38 juta pada 2009 dan RM53 juta pada 2010?!

Kini balak-balak hampir habis, sehinggakan hutan simpan kekal juga gondol dikerjakan PAS Kedah sedangkan di masa yang sama kesemua anak-anak syarikat dan projek-projek negeri mengalami kerugian dan masih lagi menjana kerugian kerana ketidakcekapan, ketidaktelusan dan ‘ketidak-tahuan’ para pegawai yang dilantik. Mahu tidak meroyan jadinya Azizan?

Benarlah rungutan rakyat Kedah, bahawa PAS memerintah bagaikan mentadbir sebuah kampung. Perihal peraturan dan undang-undang semuanya diambil ‘enteng’. Kesemua pegawai dan exco membawa sikap ‘kaduk naik junjung’ dan ‘kera mendapat bunga’ seolah-olah merekalah kuasa segala kuasa dan boleh berbuat apa saja. Akhirnya, semuanya berada di luar kawalan.

Khabarnya juga, pegawai kewangan negeri, Dato’ Haji Puat, sepupu Azizan yang telah berada di situ sejak zaman pemerintahan BN juga sudah putus harapan kerana gagal mendapat kerjasama Azizan sendiri.

Justeru, apakah kesudahannya nasib Negeri Kedah?

Nasib negeri Kedah adalah tidak pasti kerana ia bergantung kepada rakyat Kedah dalam PRU-13 ini.

Namun, apa yang pasti ialah Azizan tidak ada hak untuk mengugut, tetapi inilah masanya untuk beliau mengangkat tangan, mengaku kalah.

Jumaat, 15 Februari 2013

PANASS!! Azizan Razak Minta RM100 Juta Pada Tun Dr Mahathir? #TukarKedah

bagi apa tu?? ishh ishh..

 Tergelak bila Mc baca bila Azizan menyuruh Tun Dr Mahathir membayar pampasan RM100 juta semata-mata untuk untuk Kerajaan Negeri Kedah hentikan penebangan balak.

Kononnya hak kerajaan negeri untuk menebang, dan kerajaan pusat tidak berhak menghalang.

Baca apa yang Azizan kata kat bawah ni,

Kerajaan Negeri Kedah meminta kerajaan persekutuan membayar pampasan sebanyak RM100 juta sekiranya mahu penebangan balak di negeri itu tidak dilakukan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pampasan itu sebenarnya pernah dijanjikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri, namun tidak pernah ditunaikan hingga kini.

 "Kalau bising sangat (mengenai penebangan balak), bayar kami RM100 juta, hutan hak Kedah...lagipun tak tebang kawasan tadahan air, kawasan hutan simpan saja tebang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata perjanjian oleh Dr Mahathir itu hanya dibuat secara lisan manakala Menteri Besar Kedah sebelum ini tidak pernah menuntut janji berkenaan.- Baca Seterusnya

Takdak sapa marah pun Azizan nak tebang balak, tebanglahhh.. tapi dapatkan kelulusan dahulu, hantar laporan kepada badan teknikal seperi pejabat tanah, pejabat hutan, jabatan alam sekitar dan lain-lain dulu. Kemudian bila dah lulus, tebanglahh.

Kalau tak lulus, itu bermakna ada masalah. Mungkin berkaitan tadahan air ataupun kawasan tersebut memang hutan simpan bernilai tinggi yang untuk disimpan.

Bukan main redah macam sekarang. Guna kuasa Menteri besar ambil tanah, kemudian diberikan kepada PMBked. PMBked pula buka tender, kemudian kontraktor balak beli tapak ikut kawasan, lepas beli, terus boleh tebang. Mudah gila prosedur sekarang ni.

Kawasan Balak Pedu dan Gunung Inas, Kerajaan BN pun pernah apply kat badan teknikal, tapi tak lulus sebab kawasan tadahan air. Tapi bila datang Pas Kedah, terus redah! Tanpa rujuk teknikal, sebab tu jadi porak peranda macam ni.

Sekali lagi Mc ulang, kami tak marah pun Azizan nak tebang balak. Tebanglah!! Cuma ikut peraturan! Setahun hanya 2000 hektar boleh tebang. Sekarang ni, dah berapa puluh ribu dah balak di tebang, berapa tahun nak 'claim' tu? Itu pun dah langgar peraturan, siapa nak jawab ni?

Jabatan Hutan dan Pejabat Tanah buat apa? Makan gaji buta? Macam mana boleh biarkan semua ni berlaku? Tolong pantau boleh tak? Atau kedua-dua ni dah dapat syer dari Azizan kot? heh..

McTheory:
Dengar kata Pengarah Hutan dengan Pengarah Tanah, baik gila dengan Azizan? Betui ka?

Sabtu, 26 Januari 2013

EKSKLUSIF!! Kerajaan Negeri Kedah Jual Tanah Untuk Tipu Rakyat!! #SlmtknGngInas #TukarKedah


Masalah Pembalakkan di Gunung Inas kini sampai ke kemuncaknya apabila Penduduk kampung di sini sepakat untuk mengambil tindakan kepada Kerajaan Negeri Kedah dan seterusnya melaporkan kepada Pihak Polis dan SPRM..

Sesi dialog hari ini atas inisiatif penduduk kampung sendiri turut disokong oleh Pemuda Umno Baling untuk mendapatkan khidmat bantuan peguam dari Biro Guaman Pemuda Umno Malaysia untuk mencari jalan penyelesaian penduduk kampung di Gunung Inas bagaimana caranya untuk mengambil tindakkan kepada pihak kerajaan negeri.

Laporan dan gambar akan diupdate selepas ini!!

Sabtu, 5 Januari 2013

GEMPAR!! 3000 Pengundi Sungai Limau Tolak Undi Azizan Pada PRU 13 nanti!! #TukarKedah


Mc sambung lagi cerita mengenai Dun Sungai Limau, kubu kuat Ustaz Azizan Menteri Besar Pas Kedah yang pertama dan bakal yang terakhir kelak. Insyallah.

Terdahulu Mc pernah bercerita mengenai orang kuat Azizan di Sungai Limau, telah dibeli oleh Phahrolrazi untuk membuat gerakan bawah tanah tumbangkan Ustaz Azizan dalam diam.

Kemudian Mc pernah ceritakan bahawa 3000 pengundi luar yang diimport oleh Pas untuk membantu Azizan memenangi kerusi Dun Sungai Limau pada PRU yang ke 12.

Lepas tu, Mc juga pernah ceritakan mengenai Azizan yang mengabaikan orang kampung di Sungai Limau, tidak tepati janji dan sombong. Malah Sekolah Pondok Pak ya yang terletak berhampiran juga sudah 'isytihar' untuk tolak Pas serta Azizan pada PRU kali ini.

Semua cerita ini bersangkutan diantara satu sama lain. Malah cerita bersiri ini akan membongkarkan misteri siapa Azizan Razak di Sungai Limau secara detailnya kelak.

Disebabkan Azizan yang tidak ambil peduli dan kisah akan orang yang membantunya memenangi kerusi Dun Sungai Limau. Individu yang menguruskan pengundi import tersebut, bertekad untuk 'memulaukan' undi untuk Pas supaya Pas kalah dikawasan tersebut.

Beliau berani jamin bahawa 3000 pengundi yang beliau bawa untuk bantu Azizan dulu, takkan turun seorang pun bagi mengundi Pas serta Azizan. Semua ini, hanyalah untuk mengajar Azizan supaya berterima kasih serta sedar diri setelah kalah nanti.

Itu 3000 pengundi yang diimport, bagaimana pula dengan pengundi asal di Sungai Limau yang selama ini terpinggir dengan perbuatan Azizan yang sombong dan lupa diri tu?

Semua ini akan Mc huraikan kelak. Banyak cerita lagi ni..

McTheory:
Habis la Azizan, bungkuih la lepas ni.

Rabu, 26 Disember 2012

TUDIAA!! KUIN Jadi LUBUK Kayakan KRONI Jamil dan Azizan? #TukarKedah



Apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dikritik hebat oleh ratusan kakitangan dan ribuan pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kerana tidak mampu mentadbir universiti itu dengan baik, Azizan melenting “naik minyak”.

Di sidang DUN Kedah tempohari, dia berkata KUIN dalam keadaan “baik” diuruskan oleh rakan baiknya, Datuk Dr. Jamil Osman sebagai Rektor dan universiti yang menjadi kebanggaan rakyat negeri Kedah itu tidak mengalami sebarang masalah kewangan sebagaimana didakwa.

Kononnya, KUIN akan lebih berjaya apabila kampusnya di Kuala Ketil siap dibina kelak.

Sebagaimana maklum, Azizan sering menyebut di mulutnya agar semua pihak “buat kerja cara Islam” dan tidak menipu memandangkan penipuan itu adalah dilarang, tidak bermoral dan berdosa dari sudut hukum Islam.

Namun, bagaimana jika saya katakan bahawa Azizan berbohong besar dan telah hampir merosakkan KUIN? Sebenarnya, saya melihat KUIN kini telah menjadi “pusat pengagihan kekayaaan” di kalangan kroni-kroni Azizan, Dr. Jamil dan rakan-rakan baik Anwar Ibrahim.

Saya memiliki senarai puluhan nama yang dikatakan kroni-kroni Azizan, Anwar dan khususnya Dr. Jamil yang dilanjutkan kontrak sebagai Rektor selama 4 tahun baru-baru ini oleh Azizan meskipun kakitangan KUIN mendesak dia dipecat segera dari kolej universiti itu.

Antaranya ialah CEO Insan Medik yang membawa isteri dan menantunya masuk ke KUIN dan menjawat jawatan utama.

CEO Insan Medik itu juga merangkap Fellow Kuliyyah Perubatan, Pensyarah dan pemangka CEO Insaniah Holdings itu dikatakan memperoleh pendapatan lebih RM40,000 sebulan, isterinya RM25,000 sebulan dan menantunya pula memperoleh lebih RM15,000 sebulan.

Bayangkan mereka sekeluarga sahaja sudah menelan wang sebanyak RM80,000 sebulan dan mereka bukanlah satu-satunya keluarga kroni Dr. Jamil yang ada di KUIN! Ada ramai lagi kroni-kroni, rakan baik, bekas rakan sejawat dan tukang bodek “jester” yang “menghabiskan wang rakyat” di KUIN!

Punyalah hebat KUIN, mereka kini sudah memiliki Kuliyyah Perubatan sendiri yang diketuai oleh CEO Insan Medik itu sendiri. Untuk makluman, Insan Medik merupakan satu syarikat bukan di bawah KUIN dan dibayar untuk menjadi tenaga pengajar di KUIN. Ada berlaku di universiti lain?

Kuliyyah itu ditubuhkan pada tahun 2011 dan hanya memiliki seramai 26 orang pelajar. 15 pelajar belajar ditahun dua dan 11 pelajar baru masuk tahun 2012 baru-baru ini. Maklumlah, kos baru ditubuhkan…

Peliknya, mereka memiliki 11 mayat untuk menjadi bahan kajian dalam pengajian mereka. Pernah dengar pelajar yang baru ditahun satu dan dua sudah dibenarkan “sentuh” mayat? Cuba bersangka baik, saya menjangkakan kuliyyah itu hanya menggunakan 1 mayat sahaja untuk dikaji.

Tapi, bagaimana pula dengan 10 lagi mayat yang ada? Bagaimana dengan kos penyelenggaraan mayat yang melibatkan kos ratusan ribu ringgit? Syarikat mana yang mendapat “anugerah direct-nego” tanpa tender untuk menguruskan mayat-mayat tersebut?

Bayangkan, dengan jumlah-jumlah kos yang tinggi yang saya sebutkan di atas melibatkan Kuliyyah Perubatan di KUIN, apakah ia dapat ditampung dengan kos yuran para pelajar seramai 26 orang itu?

Itu baru membabitkan satu kuliyyah di KUIN dan bayangkanlah apa yang berlaku pada kuliyyah-kuliyyah lain yang ada di universiti tersebut. Dan bayangkan pula apa yang terjadi pada kedudukan kewangan KUIN…

Ketika KUIN ditinggal dan diamanahkan kerajaan BN kepada PAS Kedah, kedudukan kewangan di universiti itu sangat kukuh dan sama ada kakitangan atau para pelajar, mereka begitu aman terteram serta berbangga sebagai warga KUIN.

Tapi bila PAS mengambil alih KUIN sejak Mac 2008, boleh dikatakan hampir setiap enam bulan kolej universiti Islam itu dicemari dengan insiden demonstrasi dan rusuhan yang menggambarkan protes dari seluruh kakitangan serta para pelajarnya.

Peliknya, yang mengetuai gerakan demonstrasi-demonstrasi tersebut adalah seorang pendokong PAS totok yang pernah sanggup mengambil cuti untuk membantu Nizar Jamaluddin berkempen di PRK Bukit Gantang dulu.

Jadi, jangan hairanlah jika selepas ini saya katakan bahawa para penyokong PAS tegar sendiri pun menyampah, marah, kecewa dan benci dengan pentadbiran PAS Kedah. “Kerja cara Islam” pun penyokong PAS benci? Pelik, kan?

SUMBER MYKMU

Sabtu, 22 Disember 2012

PANAS!! Pas Kedah Sanggup BUNUH Rakyat Demi Balak!! #TukarKedah


Jika tulisan boleh berbunyi, rungutan dan keluhan boleh didengar sekuat-kuatnya, tentulah bising, riuh rendah, gamat lagi bingit jadinya negeri Kedah dengan seruan memanggil Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah.

Serata ceruk akhbar, blog dan laman web sedang memanggilnya, serata ceruk kampung sedang menyebut namanya, meminta beliau bangun dari tidur dan melihat apa yang terjadi di negerinya. Semua orang menjerit-jerit memberitahu bahawa pembalakan tidak terkawal di negeri Kedah kini berada di tahap kronik dan bakal menyebabkan bencana. Semua orang mengharapkan beliau menjawab dan seterusnya menyelesaikan apa jua masalah yang melanda.

Namun, sehingga habis empangan tercemar, sehingga habis sungai menjadi keruh dan gondol hutan-hutan dikerjakan, Azizan masih terus berdengkur. Amaran dari pihak Jabatan Alam Sekitar juga tidak diambil endah, malah sepatah pun Azizan tidak berkata apa-apa, baik di dalam media perdana, jauh sekali di media pembangkang.

Kata orang Azizan tidak tahu apa-apa, maklumlah, akhbar Harakah langsung tidak melaporkannya.

Walaubagaimanapun, memandangkan Azizan pernah mengugut untuk menebang balak di kawasan tadahan, maka tidak salah jika kita mengesyaki yang Azizan bukan tidak tahu tetapi cukup maklum mengenai pembalakan tidak terkawal di kawasan tadahan di Kedah. Lebih-lebih lagi apabila Azizan sendiri pernah bermegah kerana berjaya meningkatkan hasil pungutan balak daripada RM35 juta kepada RM39 juta sejurus selepas PAS mengambil alih Kedah.

Bukan sahaja Azizan, tetapi Amirudin, exco Kedah, pada Mei lalu juga masih lagi berceramah megah mengenai ‘kebijaksanaan’ PAS membuat keuntungan dari pembalakan. Dalam satu video ceramahnya, Amiruddin berbangga mengumumkan pendapatan Kedah dari pembalakan melonjak sehingga RM48.5 juta pada tahun 2010 dan seterusnya, pada tahun 2011 pula sehingga RM80 juta!

Lihatlah saja cerdik tak cerdiknya kerajaan PAS Kedah. Walaupun ketika orang ramai sedang menjerit-jerit memberitahu bahawa pembalakan di Kedah sudah tidak terkawal, kronik dan membawa bencana tetapi pemimpin-pemimpin PAS Kedah berbangga pula kerana dapat meningkatkan pendapatan dari punca bencana itu.

Kita percaya, sehingga kini tiada seorang pun dari pemimpin PAS Kedah yang prihatin dan turun melihat sendiri apa yang berlaku bagi mengesahkan pendedahan ini.

Kerana itu, kita mengesyaki yang pemimpin PAS Kedah sebenarny sedia maklum mengenainya tetapi sengaja membiarkan saja keadaan menjadi buruk kerana tidak tahu cara lain lagi untuk menjana kewangan negeri.

Mereka tidak mampu membawa masuk pelaburan dan tidak pula dapat meningkatkan pendapatan anak-anak syarikat kerajaan negeri. Lalu, balak sajalah jawapannya, tidak kira yang sebesar pemeluk atau sebesar jari, semuanya ditebang asalkan ia mampu membawa masuk sedikit wang kepada negeri, atau mungkin juga ke poket sendiri.

Tidak cukup balak di negeri sendiri, kerajaan PAS Kedah juga memalukan negara dengan projek balak di Papua New Guinea. Pembelian saham projek pembalakan dan peladangan bernilai RM31.21 juta oleh Kedah Corporation Berhad (KCB) mendedahkan satu penyelewangan dalam bentuk sogokan kepada Menteri negara itu.

Laporan audit negara 2011 melaporkan kerugian yang membabitkan pembayaran goodwill kepada vendor sebanyak RM1.21 juta, pembayaran perbelanjaan mobililisasi (RM3 juta), komisyen dan yuran guaman pinjaman (RM1.6 juta) dan pinjaman dari lima syarikat dan kos berkaitan (RM7.68 juta) mulai 2007 hingga Mac 2011. Projek tersebut, bagaimanapun tidak berjalan.

Yang membuatkan kita bukan sahaja menggeleng-gelengkan kepala, tetapi ternganga kehairanan ialah semua perjanjian ini dilakukan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah. Sama ada kerajaan negeri Kedah termaklum atau tidak mengenainya, masih lagi menjadi tandatanya. Ini kerana, tiada sepatah pun respon dari Azizan dan sesiapa jua dari kerajaan negeri untuk menjelaskan perkara ini kepada umum.

Sikap kekampungan PAS kini terbukti menimbulkan masalah di mana mereka mengurus negeri bagaikan mengurus sebuah kampung. Etika dan professionalisme langsung tidak wujud dalam pentadbiran mereka. Prosedur dan undang-undang adalah perkara asing bagi mereka.

Dalam pada itu, mereka amat tergila-gilakan kuasa dan masih teruja dengan kedudukan dan jawatan. Mereka mengalami kejutan budaya bila berada di atas. Sangka mereka, negeri, negara dan dunia ini, diperintah secara suka-suka hati pemimpin kerana kuasa ada di tangan mereka. Oleh itu, apapun yang diperkatakan oleh media dan apapun yang disungutkan oleh rakyat terhadap kepimpinan mereka dianggap sebagai asam garam politik semata-mata.

Bagi PAS, jika Kedah akan ditenggelami lumpur, itu sudah takdir. Jika rakyat sakit akibat bekalan air tercemar, itu adalah ujian. Jika ada rakyat Kedah yang mati dalam banjir lumpur, itu sudah ajalnya.

Ia bukan tanggungjawab mereka, kerana kerajaan PAS Kedah perlu buat duit untuk negeri, dan satu-satunya cara yang ada ialah dengan menebang balak sebanyak yang mungkin dan selagi ia boleh dilakukan sementara kuasa masih di dalam tangan.

Rabu, 19 Disember 2012

PANASS!! Balak Gila Babi Tu Fitnah? Kedah Musnah di tangan PAS!! #TukarKedah






Utusan Malaysia hari ini telah mendedahkan secara terperinci masalah pembalakan di Kedah yang meruncing. Masalah ini telah lama didedahkan oleh media alternatif iaitu blog-blog dan laman-laman web, tetapi telah tidak diendahkan oleh kerajaan negeri Kedah, mahupun pemimpin-pemimpin PR pusat. Para penyokong PR pula menganggap pendedahan tersebut sebagai fitnah walaupun ada di antaranya disertakan dengan gambar-gambar sebagai bukti.

Oleh itu, tidak mengejutkan jika pendedahan besar-besaran oleh Utusan Malaysia yang dilengkapi bukti gambaran dari atas juga, dianggap sebagai fitnah BN untuk memburukkan kerajaan PAS Kedah dan PR secara keseluruhannya.

Malah, kalaupun ada yang menerimanya sebagai benar, mereka hanya akan menepisnya dengan alasan masalah tersebut dimulakan oleh kerajaan BN iaitu alasan atau jawapan ‘standard’ kerajaan PAS Kedah untuk semua masalah di dalam negeri itu hari ini.

Kerana asyik menuding jari, maka masalah pembalakan tidak terkawal di Kedah kini bukan sahaja tidak selesai tetapi semakin hari semakin buruk dan bakal menjadi satu bencana besar. Ini disahkan oleh pakar-pakar melalui ujian dan penilaian oleh Jabatan Alam Sekitar. Antara bencana yang dijangka ialah masalah banjir lumpur dalam skala yang jauh lebih besar daripada yang berlaku pada 2010, di Sik, Kedah yang menjejaskan 6 buah kampung – iaitu berita yang langsung tidak dilaporkan oleh Harakah, media rasmi PAS.

Selain itu, bencana yang kini sedang berlaku dan semakin parah ialah masalah kualiti air akibat aktiviti tanah yang ‘menggila’ iaitu merangkumi pembalakan, perlombongan dan korek pasir sekali gus, di kawasan tadahan yang mencemarkan air di empangan. Setakat ini sahaja, kadar kekeruhan kawasan tadahan di Kedah berada di tahap 8,000 – 18,600 Nephelometrik Turbidity Unit (NTU) yang mana telah terlalu jauh mengatasi kadar yang dibenarkan iaitu 50 NTU, bagi kawasan tadahan, dan 1000 NTU bagi sungai-sungai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Walaubagaimanapun, Ustaz Azizan bertegas menyatakan yang masalah ini berpunca dari kerajaan BN dan beliau tidak punya kuasa untuk menyelesaikannya. Persoalannya, benarkah begitu?

Setiausaha Politik beliau, Sanusi Md. Noor, menjawab perkara ini di dalam blog beliau sekitar Ogos 2011, seperti berikut: “kegiatan pembalakan tersebut diluluskan dalam mesyuarat JHB pada 25 Ogos 2005 dan 9 November 2005, iaitu di zaman BN menjadi kerajaan. Lesen menebang adalah proses terakhir dalam proses membalak selepas kelulusan diberi. Sebelum dapat lesen menebang, sesuatu kawasan yang diluluskan mesti melalui proses persempadanan, penandaan pokok (tagging), penelitian laluan air dan lain-lain aspek teknikal. Kalau semua peraturan telah dipatuhi, lesen menebang akan dikeluarkan oleh Jab Perhutanan. Telah saya katakan, tempoh antara kelulusan dan menebang memakan masa bertahun-tahun. Ternyata kawasn ini memakan masa 5 tahun sebelum dapat ditebang.”

Namun, sebelum itu, pada 3 Januari 2010, Harakahdaily melaporkan bagaimana Azizan berjaya meningkatkan pendapatan melalui balak melalui sistem tender terbuka. Kata Azizan, "Sistem tender terbuka yang diperkenalkan memberi pulangan positif kepada kerajaan dan rakyat negeri ini. Pada tahun 2008 yang lalu semasa pengambilalihan kuasa pentadbiran, hasil pungutan balak hanyalah sebanyak RM35 juta. Ia meningkat kemudiannya kepada RM39 juta pada tahun 2009 yang lalu. Pencapaian memberansangkan itu berlaku hasil dari sistem tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Pakatan Rakyat yang berjaya memberi pulangan menggalakkan kepada negeri.”

Mengikut rekod, terdapat 10 syarikat yang menerima lesen pembalakan dari kerajaan negeri melalui ‘tender terbuka’ tetapi sehingga kini, Azizan tidak pernah mengumumkan keluasan dan kawasan mana yang terlibat dalam tender tersebut.

Hakikatnya, proses pengeluaran lesen penebangan oleh Jabatan Hutan dan Galian serta Alam Sekitar hanya memakan masa 6 bulan. Oleh itu, jawapan Setiausaha Politik Azizan bahawa ia mengambil masa 5 tahun amatlah menghairankan.

Dan mengikut rekod juga, dari zaman Dato’ Seri Syed Razak dan Dato’ Mahadzir Khalid menjadi MB Kedah, tiada lesen pembalakan yang dikeluarkan di kawasan tadahan. Ia pernah dikeluarkan untuk Rimba Teloi tetapi pengeluaran balak dibuat ketika Empangan Beris BELUM LAGI dibina dan ianya bersifat TERKAWAL. Namun, apa yang berlaku di Kedah sekarang ialah ianya sudah tidak terkawal atau di tahap ‘menggila’ sehinggakan balak-balak yang masih muda, sekecil betis juga diangkut sekali.

Secara umumnya, rakyat Kedah cukup maklum dengan sikap MB mereka yang suka ‘buat tak tahu’. Laporan audit Kedah baru-baru ini sudah cukup untuk membuktikan sikap MB yang ‘tidak tahu apa-apa’ ini di mana projek-projek besar yang memakan ratusan juta juga telah dilaksanakan atau telah tidak terlaksana secara tanpa kawalan iaitu tanpa pengetahuan dan tanpa kelulusan pihak-pihak yang berkenaan di dalam kerajaan.

Seolah-olah, di Kedah masing-masing boleh berbuat sesuka hati dari peringkat kepimpinan bawahan sehinggalah ke peringkat exco. Lebih memburukkan keadaan ialah apabila ramai yang keliru atau sengaja mengelirukan kedudukan kuasa antara kepimpinan negeri dan parti PAS.

Sewajarnya, laporan Utusan Malaysia hari ini diambil sebagai loceng yang menggerakkan Azizan dari tidur. Beliau tidak boleh menuding jari lagi, sama ada kepada BN atau kepimpinan bawahan negeri dan parti PAS sendiri. Siapapun yang bersalah, adalah soal kedua, yang penting kini, beliau wajib memikul tanggungjawab mencari jalan bagi menghindari bencana besar.

Lebih dari itu, beliau tidak boleh menafikan bahawa beliau pernah mengugut untuk membalak di kawasan tadahan sekiranya kerajaan pusat enggan membayar pampasan RM100 juta setahun. Kata beliau:

"Kita dah banyak berkorban dengan tidak mengambil balak di kawasan simpanan dan tadahan supaya dapat membekalkan air kepada Pulau Pinang dan Perlis untuk kegunaan industri, pertanian dan minuman tanpa mendapat bayaran.

"Sebab nak jaga kawasan itu kita kehilangan hasil bumi. Kami orang Kedah nak makan apa. Kerajaan pusat hantar duit mai tak apa la. Salahkah kerajaan negeri lakukan ini untuk rakyat dia. Kalau balak itu diambil untuk menteri besar atau exconya, itu barulah salah," kata Azizan.

Beliau berkata atas alasan itu kerajaan negeri mempunyai sebab kukuh untuk menebang balak di tanah miliknya.

Ditanya mengenai kesan penebangan balak terhadap alam sekitar di kawasan terbabit, Azizan berkata: "Kita tahu polisi itu tetapi sampai orang yang tinggal di tepi laut nak makan pun tidak cukup, nak buat apa. Itu tidak boleh, ini tidak boleh."

--- Malaysiakini (Jun 19, 2008)

Justeru, rakyat Kedah wajar memikirkan semasak-masaknya untuk mengenali pemimpin negeri mereka – apakah benar Ustaz Azizan tidak tahu apa-apa, atau sekadar ‘buat-buat tak tahu’? Rakyat Kedah perlu buat keputusan tepat dalam memilih kerajaan negeri dalam PRU kali ini agar negeri Jelapang Padi ini tidak berubah menjadi Jelapang Lumpur…

Tetapi sebelum itu, rakyat Kedah perlu mencari jalan agar Ustaz Azizan tersedar, bangun dan bekerja untuk negeri terlebih dahulu, sebelum bekerja untuk pilihanraya.

Jumaat, 2 November 2012

TUDIAA!! Pas Rasuah, UMNO Salah! Tipikal Pas! Azizan Razak!

Macam lebih kurang sama saja pun..

Bosan, bosan dengan alasan bodoh yang tipikal. Sendiri tak pandai mentadbir, cari salah orang lain untuk jadikan alasan. Orang suruh jawab dakwaan, dia berlagak pandai kononnya hebat taknak jawab. Takdak teloq cakap takdak teloq, toksah dok pusing-pusing lagi dah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri Kedah tidak akan melayan sebarang tuntutan, desakan atau komen parti komponan Barisan Nasional (BN) berhubung dakwaan penyelewengan kerajaan negeri.

"Saya akan beri kerjasama penuh kepada SPRM dan tidak akan membela pegawai atau siapa sahaja yang terlibat dengan rasuah.

Saya tidak akan bersama-sama dengan orang tidak betul malah saya sedia disiasat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini.

Antara isu dibangkitkan ialah penyelewengan wang projek perumahan kos rendah sebanyak RM2.55juta oleh Bahagian Perumahan Negeri dan pelaburan Kedah Corporation Berhad (KCB) dalam projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea (PNG) mengakibatkan kerugian RM31.21 juta berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2011.

Sebaliknya, Azizan mendakwa kerajaan negeri terpaksa menanggung beban hutang selepas mengambil alih Kedah daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, beliau enggan menjawab berhubung tindakan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang membuat laporan kepada SPRM di Putrajaya semalam berhubung projek pembalakan dan perladangan di PNG oleh KCB. - BERNAMA

Azizan Razak dah mengesahkan bahawa orang Pas ni takdak teloq dah lemah tenaga batin. Patut la harakah dok tayang iklan ubat kuat banyak sangat, sebab memang ramai orang Pas lemah tenaga batin!

Buat salah tak berani mengaku, kemudian salahkan orang lain pula. Macam yang pernah Mc kata sebelum ni, Pas tak reti nak perintah, tapi UMNO juga yang salah. Macam mana tu?

Senang cerita, kalau taktau perintah, mai bagi kat UMNO balik la, tak payah nak kalut sangat la Azizan oii..


McTheory:
Orang bodoh sombong macam orang Pas ni memang payah!

Ahad, 28 Oktober 2012

PANASS!! Betui ka Azizan Razak Taktau Pasal Projek Papua New Guinea? #TukarKedah

Raja Balak Malaysia..

Azizan Razak MB Kedah paling tersohor (dari belakang) membuat penafian bahawa projek Papua New Guinea tu bukan atas tanggung jawabnya. Kiranya dari mula projek tu, sampai ke habis pun, dia taktau. Mc taktau la apa fungsi dia sebagai MB Kedah. Kalau dia asyik taktau saja apa yang berlaku.

Itu yang kita dengar dari mulut Azizan, mulut nak pelepas diri.

Tapi bila pulak si Azizan nak jawab persoalan yang diutarakan oleh Ketua Pemuda UMNO Kedah ni? Alaa.. Ustaz, Ketua Pemuda saja pun, takkan Ustaz sebagai MB dah rasa tercabar kot? he he


Ustaz kan MB Kedah yang paling hebat dan macho habis.. jawab la persoalan tu.. kacang goreng saja tu kann Ustaz kann..

Persoalan Pertama. Siapa yang membenarkan Dato' Puad Pegawai Kewangan Negeri ke London untuk membuat pinjaman kewangan?

Persoalan Kedua Siapa tanda tangan cek untuk pelaburan ke Papua New Guinea? Bukankah Chairman dan board of director KCB saja yang boleh luluskan cek yang lebih dari rm10,000.

Persoalan Ketiga. Pasal lembu kat Australia.. Mc tau pasai lembu tu.. tapi takpa, Mc tak persoalkan bab tu dulu. Nanti kita londeh kemudian. 

Pasal tanda tangan cek tu, awat Azizan kata dia taktau? Pelik kann??

Azizan boleh tolong jawab tak?

McTheory:
Atau Azizan dok muhung orang kata dia taktau? hmm..

Selasa, 31 Julai 2012

PANASS AIHH!! Bulan Puasa Pun Pas dok Cuba Curi Balak Lagi?? #TukarKedah


Pada 20 Julai lalu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengarahkan agar aktiviti pembalakan di Gunung Inas, Baling dihentikan serta merta oleh Kerajaan PAS Kedah. Rujuk di sini.

Namun, menurut tinjauan rakan TMK, Kamera Kupang, dia menjelaskan bahawa aktiviti-aktiviti pembalakan masih belaku di kawasan Hutan Simpan Kekal Gunung Inas. Cuma kali ini, kontraktor yang dilantik untuk merompak balak tu gunakan cara lain...


Menurut hasil tinjauan dan fakta dari orang kampung di kaki Gunung Inas, serta penjelasan dari "taiko-taiko" balak di situ, mereka menebang balak dan membiarkan balak yang ditebang tidak diangkut seperti biasa di tempat simpanan balak biasa.






Balak-balak tersebut dibiarkan sehingga seolah-olah telah lama ditebang dan setelah lori balak sedia, barulah ia diangkut untuk diletakkan terus di atas lori dan dibawa keluar dari kawasan itu...

Kamera Kupang yang turun padang pada bulan puasa baru-baru ini merakamkan bukti bahawa aktiviti pembalakan masih berlaku di situ meskipun lesen pembalakan di compartment itu telah tamat tempoh dan notis menghentikan aktiviti balak telah diberikan.

Nampaknya, PMBKed telah melanggar peraturan, undang-undang dan arahan pihak berkuasa.


Saya juga mendapat maklumat bahawa pihak Jabatan Hutan Negeri yang cuba memantau ketat aktiviti pembalakan di situ telah mendapat tekanan dari pihak tertentu. Siapakah yang mengancam penguatkuasa yang menjaga sumber alam tersebut?

Seperkara lagi, apakah usaha yang dibuat oleh MB Kedah, Azizan Razak dan apakah jawapan dari Setpolnya, Sanusi Md Mor mengenai pencabulan notis larangan tersebut. Apakah PMBKed punya sebarang jawapan mengenai kedegilan ini dan terus merompak hasil hutan Kedah?

Jawab brooo...!!! Jawabbbbb..!!!

DUKE OF UMNO

Rabu, 25 Julai 2012

TUDIAA!! Kisah Azizan Razak Beri Kroninya Berjuta-Juta Bersambung Lagi!!


Pada dua hari lepas Mc ada mengeluarkan cerita mengenai Ustaz Azizan memberikan projek Direct tender kepada kroninya. Nak baca boleh klik SINI.

Kali ni Mc nak tambah sikit lagi, kroni yang Mc maksudkan itu ialah adik iparnya. Rasanya kalau Ustaz Azizan baca pasal ni, tentunya beliau tahu apa yang Mc maksudkan.

Tambah sikit 'hint'

Paksi Sempena dan Quartzcity Global.. siapa punya company tuuu??? Apa agaknya yang Ustaz Azizan berikan pada dua company ni? he he.. tungguuu..

ehemm.. ehemm.. cerita ini bersambung lagi...



McTheory:
Haaa.. suspen dakk... habis la hang Azizann!!

Ahad, 22 Julai 2012

PANASS!! SAH!! Balak di Gunung Inas dan Pedu Langgar Peraturan!! #TukarKedah #JijanBalak

balak gunung Inas..

balak di Pedu
Sudah terbukti pembalakan di Gunung Inas sudah melanggar peraturan Jabatan alam sekitar. Sehingga memaksa, Jabatan Alam Sekitar mengeluarkan notis pemberhentian..


Ini berita penuhnya dibawah..

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata aktiviti pembalakan Hutan Simpan Gunung Inas berhampiran Baling, Kedah telah dihentikan.

Katanya aktiviti pembalakan akan terhenti sehingga Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) diserahkan.

Douglas berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Sisa dan Pameran 2012 di sini, Khamis.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Halimah Hassan berkata pihak berkaitan aktiviti pembalakan itu sudah menyerahkan EIA namun ditolak.

"Jabatan Perhutanan memberitahu bahawa kerja-kerja berkenaan telah berhenti dan EIA tidak dikeluarkan," katanya.

Beliau menambah EIA diperlukan untuk dua jenis aktiviti pembersihan tanah.

"Ia diperlukan untuk aktiviti pembalakan di atas tanah 500 hektar dan ke atas. Selain itu dalam kes-kes yang melibatkan perubahan status dalam penggunaan tanah, EIA diperlukan bagi projek-projek yang melibatkan kawasan lebih daripada 50 hektar," kata Halimah.

Dalam pada itu Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kedah, Mohamad Sayuti Sepeai juga berkata EIA Gunung Inas telah ditolak.

"Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini telah mengemukakan permohonan tetapi ditolak kerana ia tidak layak untuk menjalankan pembalakan yang luas di kawasan itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, untuk pembalakan di Pedu, EIA tidak pernah dipohon.

Sebelum ini The Star melaporkan bahawa kira-kira 5,000 hektar tanah di Baling dan Pedu telah dibersihkan sejak pertengahan 2011 untuk memberi laluan kepada pelaksanaan projek Ladang Sejahtera.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa pembalakan di rizab hutan di Pedu, Jeniang dan Baling dilaksanakan mengikut garis peraturan dan panduan yang ditetapkan Dasar Perhutanan Negara. - mStar

Kerajaan negeri Kedah, bukan kisah kesan pembalakkan pada alam sekitar. Apa yang depa kisah hanyalah duit, duit, duit, duit. Kalau air kotor ke, tanah runtuh ke, banjir kilat ke, jalan lubang ke, kerajaan negeri mana pernah peduli. Asalkan poket depa penuh.. itu yang depa kisahkan.. selamatlah Jabatan Alam Sekitar keluarkan notis, kalau tak macam-macam lagi yang akan terjadi kesan dari pembalakan tu.



McTheory:
Balak, balak, balak..kalau boleh satu Kedah depa nak rembat!!

Selasa, 12 Jun 2012

EKSKLUSIF!! Bukti Nyata Ustaz Azizan MB Kedah, BERBOHONG Mengenai Pembalakkan Gunung Inas! #SaveKedah #JijanBalak

Tak baik menipu woo.. Ustaz..

Nampaknya Azizan Razak sudah tersepit. Apabila tersepit mula la nak menipu. Mari kita bongkarkan penipuan yang dilakukan oleh Menteri Besar Kedah ni. Mc minta baca bagi habis untuk faham keseluruhan cerita!

SIK 10 Jun - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan dakwaan kononnya kerajaan negeri menggunakan projek Ladang Sejahtera untuk mengaut hasil balak secara tidak terkawal di negeri itu.


Sebaliknya, jelas beliau, projek tersebut dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Menurutnya, kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dan Pejabat Daerah mendapat nasihat pihak berkaitan dan projek itu di pantau jabatan tertentu termasuk Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).


"Tidak timbul isu ambil balak kerana kita sedia maklum mengenai kawasan yang dibenarkan untuk aktiviti pembalakan serta bilangan pokok balak yang boleh ditebang. Orang saja buat bising sebab tak mahu projek ini jalan dan mereka nak tengok projek ini gagal.


"Kita kena ingat peraturan memotong balak ditentukan oleh Dasar Perhutanan Negara dan diwakili dua pihak iaitu Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar.


"Kalau kita lulus tanah tetapi dua pihak tersebut tidak lulus pun kita tak boleh buat projek ini. Jadi projek ini bukan tak ada lesen, semua buat ikut peraturan," katanya ketika ditemui di Padang Awam Pekan Sik di sini baru-baru ini.


Menurut Azizan, untuk beberapa daerah, PMBKed telah mengenal pasti seluas 13,325 hektar tanah untuk diusahakan sebagai Ladang Sejahtera.


"Kerajaan negeri menyasarkan sehingga 2016 seluas 20,000 hektar Ladang Sejahtera akan diusahakan di seluruh negeri ini," ujarnya.


Azizan menjelaskan, dakwaan penduduk di sekitar kawasan Gunung Inas bahawa air sungai di kawasan itu keruh disebabkan aktiviti pembalakan juga tidak benar.


"Kalau musim hujan semua tempat air keruh, tempat jernih pun jadi keruh," ujarnya.


Menurut beliau, pihak-pihak yang mengadakan demonstrasi di pekan Baling baru-baru ini mengenai isu air keruh itu bukan penduduk asal di kawasan Gunung Inas.


"Semua saja buat kacau, macam-macam isu depa kacau sekarang. Yang penting sekarang saya tidak ambil duit rakyat, apa yang kerajaan negeri dapat akan diberikan kepada rakyat," jelasnya.


Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan bahawa peserta-peserta Ladang Sejahtera terdiri daripada ahli-ahli Pas, Azizan berkata, senarai nama peserta Ladang Sejahtera diuruskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). - Utusan

Itu kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Kat bawah ni pula video yang kami rakam semasa temubual bersama dengan pegawai dari Jabatan Hutan. Pegawai ni diminta turun sendiri oleh Pengarah Jabatan Hutan Negeri Kedah, setelah beliau tidak dapat turun kerana ada urusan lain.

Dengar apa jawapan dari beliau bila ditanyakan mengenai kelulusan dari pihak Jabatan Alam Sekitar


Pegawai ni cakap dalam 'proses'.. hakikat yang sebenarnya, projek ladang hutan ni tidak pernah memohon pun kelulusan EIA (Environmental Impact Assessment). Malah kami TMK akan dedahkan temubual ini sepenuhnya, bagaimana PMBked (Perbadanan Menteri Besar Kedah) begitu berkuasa mengarah Jabatan Perhutanan mengikut kehendak mereka atas LESEN LADANG HUTAN (Ladang sejahtera atau Ladang Rakyat).

Sebenarnya, projek Ladang Hutan di Gunung Inas ini benar-benar telah merosakkan alam semulajadi. Sungai telah disekat dan dijadikan laluan jentera dan lori untuk mengeluarkan kayu balak. Kawasan tadahan air bersih penduduk telah diganggu, hingga bekalan air mereka tercemar. Andaikata Jabatan Alam sekitar benar-benar membuat siasatan, Mc confirm projek Ladang Hutan akan diberhentikan serta merta. Itu pun kalau takdak 'kawtim' oleh PMBked la. he he..

Sebelum ni kami sengaja tidak mengeluarkan artikel mengenai EIA, sebab nak tunggu MB jawab mengenai hal ini. Alhamdullilah.. MB pun jawab dan siap berbohong lagi mengenai EIA. Nampaknya perangkap dah kena!

MB Kedah kata, penduduk yang buat demo tu, bukan penduduk kampung Iboi? Mc minta MB Kedah Ustaz Azizan hubungi Mc, untuk Mc bawa Ustaz Azizan ke rumah-rumah penduduk yang buat demo tu. Kadang kala kita kena tengok dengan mata dan kepala kita sendiri, dari mengharap 'report' yang tiba di meja MB tu.

Mengenai air keruh apabila hujan?

ni gambar diambil setelah dua minggu tak hujan..
Ini diambil  2 hari lepas hujan
Ini diambil pada hari hujan bersama dengan pegawai Jabatan Alam Sekitar

Siap ambil sampel air lagi..
Jabatan Alam Sekitar pun satu hal.. bila keadaan dah teruk, orang dah bising, baru terhegeh-hegeh nak datang check dan ambil sampel air. Sebelum ni kemana hilangnya mereka, apabila hutan dan air sungai dirosakkan?

Jika perkara ini tidak dapat diselesaikan, kami akan bawa perkara ini hingga ke meja MB Kedah. Kalau tetap tak boleh, Mc akan laporkan kepada SPRM mengenai hal ini. Bagaimana projek Ladang Hutan boleh dijalankan tanpa EIA dari Jabatan Alam Sekitar dan mengikut peraturan tertentu. Pasti ada salahlaku atau 'undertable' yang telah dilakukan.

Apa yang penting, MB Kedah telah menipu mengenai EIA dari Jabatan Alam Sekitar, penduduk kampung dan air keruh. Tiga bukti nyata yang boleh kita pegang untuk kita ketahui bahawa, sememangnya MB Kedah ni sanggup menipu untuk menyelamatkan diri.

Ini memang perangai orang Pas.. sapu duit, bila kantoi, mesti menipu, kantoi menipu, minta tolong Nik Aziz bagi fatwa untuk sucikan dosa. Sia-sia orang panggil Ustaz, kalau dok menipu sana sini.

Insyallah kami akan terus 'follow up' isu ni hingga dapat keputusannya kelak. Disamping, isu-isu lain di Kedah yang kami akan korek dan gali semula untuk menunjukkan bahawa Pas Kedah hanya pandai cakap, sapu duit dan tak reti nak perintah.


McTheory:
Bersedialah Pas Kedah.. gegar kerusi MB lepas ni..

Khamis, 7 Jun 2012

EKSKLUSIF DAN PANASS!! Kejadian Pelik Tapi Benar Di Gunung Inas, Baling, Kedah!! Wajib Baca! #SaveKedah

Air adalah anugerah ciptaan Allah yang paling bermakna dalam kehidupan manusia. Manusia mengunakan air untuk terus hidup di dalam kegunaan harian. Kehidupan manusia tanpa bekalan air boleh menyebabkan maut dan terancam. Bekalan air yang tidak sempurna juga boleh menyebabkan manusia dijangkiti penyakit dan wabak yang memudaratkan kehidupan.

Itulah yang terjadi kepada penduduk Kampung Iboi, Kupang, Baling. Sumber bekalan air harian mereka telah dicemari dengan selut dan lelehan air dari tapak pembalakkan. Boleh rujuk gambar dibawah.

Ini adalah air dari lata chelak yang bercampur selut..

Percayakah anda suatu ketika dulu ianya pusat perlancongan?

Ini waktu pembalakkan sudah mengila di ambil
Kat bawah ni pula gambar simpanan orang kampung sebelum aktiviti pembalakkan mengila oleh kerajaan negeri dimulakan.

lihat betapa jernihnya air

cantik air terjunnya..




Untuk pengetahuan semua, pembalakkan memang sudah dilakukan oleh kerajaan terdahulu (UMNO/BN), tetapi ianya dilakukan mengikut spek dan aturan menjaga alam sekitar. Sebab itu air Lata Chelak tak tercemar. Bukan macam sekarang, habis digondolnya Gunung Inas tu.

Untuk pengetahuan pembaca juga, Lata Chelak bukan hanya tempat rekreasi untuk bermandi manda, malah air sungainya juga merupakan sumber bekalan air bersih (sebelum ni bersih) kepada penduduk kampung Iboi. Gambar dibawah adalah tempat simpanan air dan paip yang disalurkan kepada seluruh penduduk kampung.



air yang ditadah dari paip bekalan air

Dahulunya, paip dan pam inilah punca airnya dari Lata Chelak digunakan oleh seluruh penduduk kampung sebagai bekalan air harian mereka, hampir 400 keluarga mengharapkan kegunaan air ini. Namun setelah tercemar, mereka berpakat dan membuat satu kolam tadahan dan rumah pam sendiri untuk kegunaan orang kampung.

Namun air dari Lata Chelak terlalu keruh dan kotor hingga kolam tadahan ini juga gagal untuk berfungsi menapis air yang keruh. Lihat kolam tadahan yang dibuat oleh orang kampung.

Kolam 1
Masih lagi di kolam 1, lihat airnya masih keruh..

keadaan di kolam 1
Ini pula kolam ke2 baru dibina untuk kegunaan penduduk
awat pulak diletakkan bendera BN di kolam ke2?
Disebalik cerita pencemaran air, terselit kisah yang amat pelik untuk kita yang waras ini fikirkan. Kenapa ada dua kolam tadahan, kolam 1 dan kolam 2? Apakah satu kolam tidak mencukupi untuk menampung air yang diperlukan penduduk kampung? Tidak.. jawapan sebenarnya ada disini.

Kisah yang amat tragis dan pelik berlaku apabila kolam tadahan 1, sudah menjadi HAK MILIK ORANG PAS SAHAJA!! bermakna, saluran paip dari kolam tadahan tersebut disalurkan HANYA untuk rumah ORANG PAS SAHAJA!!

Sedangkan orang UMNO hanya dibenarkan mengunakan Pam dan saluran lama yang telah teruk tercemar. Bila Mc tanya kenapa orang Pas tak benarkan mereka gunakan kolam tadahan 1 tu, salah seorang orang kampung pun jawab.

"Depa kata, lani depa berkuasa, tanah, air, balak dan apa pun depa punya, jadi sukahati depalah nak buat apa pun" kata seorang penduduk kampung mengajuk kata-kata dari wakil MKK Pas.

Disebabkan perkara bodoh yang diciptakan oleh penganut Pas tu. Para penduduk yang menyokong UMNO, diketuai oleh JKKKP telah memohon peruntukan dari tokey balak untuk membuat kolam tadahan ke2. Pada hari yang Mc membuat tinjauan, kolam tadahan tersebut baru siap dan masih belum berfungsi.

Maknanya, hingga sekarang penduduk kampung pro UMNO, masih lagi mengunakan Pam saluran lama yang telah teruk tercemar.

Mc pun pelik, politik punya pasal, hinggakan air pun dibahagi-bahagikan. Bukankah air dari Lata Chelak tu kurniaan dari Allah. Tak milik sesiapa.. kepunyaan hak pencipta, kenapa perlu di asing-asingkan Pas dapat dan UMNO tak dapat?

Pada mula Mc diberitahu perkara ini, Mc ingat ianya hanya gurauan. tapi bila penduduk kampung membawa Mc untuk meninjau kolam 1 dan 2. Mc rasa, politik sudah merosakkan penyatuan penduduk kampung. Bayangkanlah hinggakan bekalan air pun dapat dibeza-beza. Ini maknanya sudah KRITIKAL!!

Kenapa perkara seperti ini tidak pernah langsung berlaku ketika pemerintahan UMNO/BN selama 50 tahun yang lepas. Ianya hanya terjadi ketika pemerintahan Pas yang 4 tahun saja ni.

Apakah saudara atau saudari yang membaca artikel ini belum sedar akan sifat pelik penganut Pas? Mereka mentakrifkan Pas itu sebagai agama dan level mereka lebih tinggi dari orang lain. Maknanya, kalau anda bukan penganut Pas, anda tidak boleh duduk dengan mereka. Sebab itulah..hinggakan bekalan air pun mereka sanggup beza-bezakan. Masyallahh.. apa nak jadi dengan puak Pas ni.

PRU sudah dekat tiba.. mahukah anda yang dulu memilih Pas dan Pakatan Haram terus mengundi mereka? Atau mahu kembali kepada kerajaan dulu (UMNO/BN) yang telah mempelajari kesilapan mereka semasa pentadbiran mereka terdahulu?

Bagi pendapat peribadi Mc, Kedah akan hancur, lebur dan musnah jika Pas diberi mandat lagi sekali untuk memerintah. Apakah kita berani mengadaikan nasib kita?

Saudara fikirlah sendiri..

P/s: ini adalah pendedahan kecil mengenai kes Pembalakkan Gunung Inas.. banyak lagi yang kami akan dedahkan..




McTheory:
Baik bagi yang pandai buat kerja, dari pandai cakap saja.

Khamis, 17 Mei 2012

EKSKLUSIF!! Video Panas Khas Untuk Ustaz Azizan dan Kroninya!! #saveKedah


Video khas untuk Ustaz Azizan dan kroni-kroninya di Pas Kedah. Selamat menebang balak satu Kedah!! Kutiplah duit balak untuk PRU yang sudah dekat ni.. sapu bagi habis, nanti tak dan dahh..

Cerita balak Eksklusif baca kat SINI dan SINI


McTheory:
Banyak lagi Team Media Kedah nak dedah nihh!! TUNGGUUUUU!!