Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun bakal diumumkan sebagai calon Barisan Nasional untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat kira-kira pukul 2 petang Jumaat.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman itu pada sidang media di Menara Daton Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.
Difahamkan Chew telah mendapat persetujuan daripada MCA dan parti komponen BN yang lain sebagai calon di kerusi tersebut.
Chew membuat kemunculan semula selepas berehat selama tiga tahun apabila memenangi salah satu daripada empat kerusi Naib Presiden pada pemilihan parti itu 21 Disember tahun lalu.
Chew, 50, adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama, Senator, Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh bagi membuka jalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK itu.
Memaparkan catatan dengan label calon bn. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label calon bn. Papar semua catatan
Sabtu, 22 Februari 2014
Selasa, 22 Oktober 2013
INFO! Siapa Calon BN Sebenarnya? #PrkSgLimau
![]() |
| Dr Sohaimi sewaktu diumum |
Barisan Nasional (BN) mempertaruh calon anak tempatan, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu 4 November ini.
Pemilihan Ahmad Sohaimi, 52, yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk di kawasan ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis pengumuman calon di Pusat Gerakan BN di Sungai Lentang, Sungai Limau, di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, Ahmad Sohaimi yang berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak di sini, mempunyai ketokohan dan cukup berpengalaman bagi menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan itu.
"Beliau berkelulusan tinggi, berperwatakan baik serta terlibat dalam parti dengan memegang beberapa jawatan sebelum ini termasuk aktif dengan aktiviti kemasyarakatan di kawasan ini.
"Selain itu beliau juga anak tempatan dan biasa bergaul dengan masyarakat di sini," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman tersebut.
"Beliau juga warak walaupun tiada kelulusan agama tetapi ada kelulusan lain, jadi kita fikir beliau calon terbaik," katanya menjawab soalan tentang peluang BN menembusi DUN tersebut yang dianggap kubu kuat Pas sejak 1995.
Menyentuh kenyataan sesetengah pihak kemenangan BN tidak membawa banyak kesan kepada kerajaan negeri kerana BN masih gagal mencapai dua pertiga kerusi DUN, Muhyiddin berkata, BN berharap menang supaya dapat melakukan perubahan besar dalam pembangunan di DUN Sungai Limau.
"Kita tidak boleh nafikan Sungai Limau kubu kuat Pas. Lima kali pilihan raya mereka menang tetapi kemenangan BN adalah untuk menentukan satu perubahan besar, anjakan baharu. Saya percaya wakil kita (jika menang) boleh lakukan tugas.
"Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri di bawah parti yang sama. Jika wakil rakyat di sini BN, lebih mudah untuk membuat perubahan. Ini yang kita tawarkan," katanya
Disini Mc sertakan detail mengenai Dr Sohaimi,
Dari blog PRK Sungai Limau
Langgan:
Ulasan (Atom)



