Sponsor

Memaparkan catatan dengan label PRK sungai limau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK sungai limau. Papar semua catatan

Isnin, 28 Oktober 2013

HOT! Abby Albody di TOLAK Orang Pas Sendiri! #PrkSgLimau



Nampaknya nasib Abby di Sungai Limau ni tak berapa bagus, satu-satu masalah yang datang, tulah Abby jangan cakap lebih sangat, macam kamu tu diterima semua orang, termasuk dari Pas sendiri.


Gambar atas ni , diambil sebentar tadi di UPU Sungai Daun Sungai Limau , sepatutnya Abby akan memberi ceramah kotornya disini tapi malangnya tidak ada orang dan hanya beberapa orang petugas Pas UPU ini sahaja yang ada.

Nampak sangat nama Abby bukan boleh menarik orang untuk datang mendengar ceramah beliau , salah satu faktornya adalah Abby menggunakan bahasa yang kesat, maki hamun pada orang lain.


Kemarin kereta Abby terpaksa di bawa ke bengkel apabila clucth keretanya rosak di Sungai Limau.

Harap Abby renung la balik apa yang dilakukannya , percakapannya dan kelakuannya sebelum mengata orang .

Penduduk Sungai Limau mahu Hijrah ke arah lebih baik bukannya dihasut membenci orang lain seperti mana Abby dan pemimpin PR lain buat.

Aktivis Pendang Jr

Selasa, 22 Oktober 2013

HOT! Allahyarham Ustaz Azizan Pernah di PIJAK-PIJAK oleh Pas Kedah!! #PrkSgLimau


Terkejut juga Mc apabila Pas mengunakan sentimen anak buah Azizan untuk memperkenalkan si Azam Pengarah Pasti Yang Tak berjaya tu. Pas tak ada modal lain, selain mengagung-agungkan Allahyarham, kononnya seolah Pas sememangnya BAIK BENOR dengan Allahyarham Ustaz.

Semua orang tahu, cerita disebalik kepimpinan Pas Kedah yang huru hara disebabkan ramai yang gila kuasa. Kalau yang belum pernah baca, mai Mc nak ingatkan balik kisah apa yang di Kedah sebenarnya.

Bukan kerana UMNO bagi tekanan kepada Allahyarham Ustaz, tetapi dalaman Pas yang haru-biru membuatkan Allahyarham Ustaz Azizan susah hati dan jatuh sakit. Cerita kat bawah ni bukan Mc yang tulis, tapi bekas SETPOL beliau.

Baca kat bawah ni,

Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar. Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan.

Beberapa kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar perlu dilakukan.

Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."

Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.

Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya.

"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah.

Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"? Sambung Baca SINI

Kat bawah ni satu lagi bukti, betapa teruknya puak Pas ni, sanggup kutuk Allahyarham Ustaz walaupun Allahyarham sedang sakit teruk!


Itu cerita apa yang terjadi sewaktu PRU yang lepas. Sebelum tu kita jangan lupa bagaimana si Phahrolrazi memanggil Allahyarham Ustaz Azizan dengan panggilan 'MB tiga selinder'. Puak Pas Kedah juga pernah berdemo membantah Allahyarham Ustaz dari terus menjadi Pesuruhjaya Pas. Malah membuat sidang media memaki hamun pentadbiran beliau.

Kami TMK juga pernah bongkarkan bagaimana puak Pas Kedah memaki hamun Allahyarham Ustaz dalam group mereka, dan berdoa supaya Allahyarham Ustaz cepat meninggal. Sebenarnya banyak lagi dosa puak Pas Kedah dan Pas Pusat buat pada Allahyarham Ustaz. Malah Allahyarham Ustaz pernah dipaksa menerima 'PEMANDU" dari Pas Pusat untuk menjaga pentadbirannya di Kedah, atas tekanan musuh politik dalaman Pas sendiri.

Apakah itu cara Pas menyanjung seorang pemimpin? Kini mereka berubah pulak, kononnya mereka hargai dan sanjung Allahyarham Ustaz? Penduduk Sungai Limau kenal dengan Allahyarham Ustaz, dan menganggap Allahyarham Ustaz sebagai pemimpin ulung. Tetapi puak Pas Kedah ramai yang berpura-pura dan menjatuhkan Allahyarham Ustaz.

Mahukah penduduk Sungai Limau menyerahkan kuasa pada musuh yang menyebabkan 'kematian' Allahyarham Ustaz?

McTheory:
Penduduk Sungai Limau patut protes pada Pas.. dan serahkan Sungai Limau pada BN!

INFO! Dato Mukhriz Memberi Tawaran Kepada Penduduk Sungai Limau! #PrkSgLimau




Benarkah Pembangunan yang ditawarkan YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir kepada penduduk Dun Sungai Limau merupakan satu ugutan ??

Bagi yang mahu penjelasan sendiri dari YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir berkenaan dakwaan tersebut adakah ianya benar atau sebaliknya, anda boleh lihat video dibawah ini.

Dalam isu yang dimainkan pihak PAS bahawa kononnya kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir menawarkan pembangunan kepada rakyat di DUN Sungai Limau merupakan satu ugutan terhadap penduduk disitu kerana mahukan sokongan pada Pilihanraya Kecil N20 DUN Sungai Limau.

Bagi menjatuhkan imej YAB Menteri Besar Kedah supaya dianggap Zalim dengan membuat ugutan, PAS telah mendakwa bahawa YAB Menteri Besar Kedah tidak akan membangunkan kawasan DUN Sungai Limau sekiranya BN kalah dalam PRK nanti.

INFO! Siapa Calon BN Sebenarnya? #PrkSgLimau

Dr Sohaimi sewaktu diumum



Barisan Nasional (BN) mempertaruh calon anak tempatan, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu 4 November ini.

Pemilihan Ahmad Sohaimi, 52, yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk di kawasan ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis pengumuman calon di Pusat Gerakan BN di Sungai Lentang, Sungai Limau, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, Ahmad Sohaimi yang berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak di sini, mempunyai ketokohan dan cukup berpengalaman bagi menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

"Beliau berkelulusan tinggi, berperwatakan baik serta terlibat dalam parti dengan memegang beberapa jawatan sebelum ini termasuk aktif dengan aktiviti kemasyarakatan di kawasan ini.

"Selain itu beliau juga anak tempatan dan biasa bergaul dengan masyarakat di sini," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman tersebut.

"Beliau juga warak walaupun tiada kelulusan agama tetapi ada kelulusan lain, jadi kita fikir beliau calon terbaik," katanya menjawab soalan tentang peluang BN menembusi DUN tersebut yang dianggap kubu kuat Pas sejak 1995.

Menyentuh kenyataan sesetengah pihak kemenangan BN tidak membawa banyak kesan kepada kerajaan negeri kerana BN masih gagal mencapai dua pertiga kerusi DUN, Muhyiddin berkata, BN berharap menang supaya dapat melakukan perubahan besar dalam pembangunan di DUN Sungai Limau.

"Kita tidak boleh nafikan Sungai Limau kubu kuat Pas. Lima kali pilihan raya mereka menang tetapi kemenangan BN adalah untuk menentukan satu perubahan besar, anjakan baharu. Saya percaya wakil kita (jika menang) boleh lakukan tugas.

"Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri di bawah parti yang sama. Jika wakil rakyat di sini BN, lebih mudah untuk membuat perubahan. Ini yang kita tawarkan," katanya

Disini Mc sertakan detail mengenai Dr Sohaimi,


Dari blog PRK Sungai Limau

Ahad, 13 Oktober 2013

HOT! Pas Tolak Mat Sabu dan Mahfuz di Sungai Limau? #PrkSgLimau



Sebelum ini Mc ingat Mat Sabu pernah tawar diri untuk kerusi DUN Sungai Limau. Malah Mahfuz sendiri pernah bernada seumpama berminat untuk bertanding di situ. Mc rasa Pas mungkin telah membuat penelitian khas di kawasan tersebut, sebelum membuat senarai calon.

PAS semalam telah menyenarai pendek lapan calonnya untuk dicadangkan sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Limau pada 4 November depan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata senarai calon tersebut terdiri daripada anak tempatan dan pelbagai latar belakang telah dicadangkan oleh PAS Kedah dan PAS kawasan Jerai.

"Kita telah menerima senarai calon-calon. Kita telah perincikan.

"Saya juga minta supaya jawatankuasa PAS pusat turun ke bawah perincikan lagi, supaya dipastikan calon yang terpilih boleh diterima pengundi... Seorang yang boleh menyambung tugas Allahyarham Azizan Abdul Razak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, disini hari ini.

Abdul Hadi berkata antara kriteria lain bagi calon yang akan dipilih adalah bersih daripada amalan rasuah dan mampu bertugas untuk rakyat.

Turut hadir dalam sidang media itu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, dua Naib Presiden Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Pembangkang DUN Kedah Datuk Amiruddin Hamzah.

Mahfuz dilantik Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil Sungai Limau, manakala Amiruddin dilantik Pengarah Operasi bagi pilihan raya kecil itu.

Setakat ini tiga calon disebut-sebut bakal dicalonkan iaitu Setiausaha Khas kepada Azizan, Muzaini Azizan, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad dan Ketua Pemuda PAS Jerai Azam Samad.

Sementara itu, mengulas kenyataan bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu turut dicalonkan, Mustafa bagaimanapun mencelah dan menafikan perkara tersebut.

"Tidak ada pimpinan PAS pusat yang dicadangkan," kata Mustafa.

Ditanya mengenai peluang PAS untuk mempertahankan kerusi DUN itu yang dimenangi sejak 18 tahun lalu, Abdul Hadi berkata pihaknya akan berusaha untuk meningkatkan jumlah majoriti undi sebanyak lebih 2,700 yang diperolehi pada pilihan raya 5 Mei lalu.

"Insya-Allah, kita bertolak daripada majoriti 2,700 undi (yang telah dimenangi)," katanya sambil menambah calon yang bakal diketengahkan adalah muka baru.

Mengulas lanjut berhubung persiapan jentera PAS dalam pilihan raya itu, Abdul Hadi memujinya selepas menerima laporan dari badan perhubungan PAS Kedah dalam mesyuarat itu hari ini.

"Saya dapati PAS Kedah membuat persediaan awal di Sungai Limau, diatur begitu rapi termasuk jentera perhubungan negeri," katanya.

Abdul Hadi berkata pengumuman calon akan diumumkan pada 21 Oktober - dua hari sebelum penamaan calon.

Sementara itu, Mahfuz yang juga pesuruhjaya PAS Kedah ketika ditemui pemberita selepas sidang media itu berkata pihaknya sedang memperkemaskan dan menyelaras jentera negeri dan kawasan termasuk maklumat berkaitan pilihan raya kecil.

Menurutnya pelancaran jentera induk bakal dirasmikan oleh Mohamad Sabu di Kota Sarang Semut pada 17 Oktober ini.


McTheory:
BN macam mana? ehh lupaa.. UMNO sibuk pemilihan.. jawatan lagi penting.. ye tak? heh..

Rabu, 9 Oktober 2013

HOT! Kisah dan Gambar Menarik TPM Ke Sungai Limau! #PrkSgLimau



Untuk pengetahuan pembaca, Sungai Limau ni dulunya dikenali sebagai DUN Sala. Sebut Sala memang kawasan pesawah la. Semua orang tau, penduduk sana hampir 90 peratus pesawah malah kebanyakan mempunyai hubungan keluarga. Memang agak unik Sungai Limau ni.

Orang BN dulu nak masuk Pekan Sungai Limau pi pacak bendera pun takut.  Mana tak takut, silap-silap boleh kena 'tabuh' dengan kayu. Dalam Kedah ni ada 3 tempat kawasan gelap, nombor satu DUN Sungai Limau, Bukit Penang dan Tokai.

Sekarang ni kita sedang berhadapan dengan sebuah DUN yang dianggap KEBAL Pas. Kalau BN menang di Sungai Limau.. tak mustahil bila ada pilihanraya pulak, Bukit Penang dan Tokai, mampu kita tawan.

Semalam TPM Tan Sri Muhyiddin Yasin dan MB Kedah Dato Paduka Mukhriz turun bersantai dan bermesra bersama penduduk Sungai Limau.

Gambar boleh tengok dibawah,

Memberi sedikit ucapan.. (belakang tu bakal calon BN ka?)

Ramai jugakk..


Datang bertanya kabar dengan TPM..

Ini bukan angkut tauu..

Bersama DPMM menerima cenderamata dari penduduk..

Bukan senang jentera BN nak masuk Sungai Limau. Bila depa dah bagi kita masuk, saya harap jentera luar kena follow cara penduduk Sungai Limau. Jangan main langgar sesuka hati. Dulu depa alergik dengan bendera biru, lanie kita cuba suruh depa tinggalkan bendera hijau yang lusuh tu. Kita pacak bendera biru depan rumah depa.

Tapi nak kena ada cara yang betui la? Silap pacak kena pelekoh naya. he he..

Jom Tawan Sungai Limau.. Sungai Limau For BN!

Sumber dari blog  Prk Sungai Limau

Selasa, 8 Oktober 2013

INFO! BN Kedah Guna Taktik Baru Tawan DUN Sungai Limau!! #PrkSgLimau


Barisan Nasional (BN) Kedah akan menggunakan strategi berbeza dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau memandangkan kini BN ialah kerajaan di Kedah.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata strategi yang berlainan akan dilaksana kerana BN bukannya bergerak atas platform pembangkang lagi.

"Kita (BN) akan cuba meredakan keadaan yang tegang dan pertembungan yang biasa berlaku dalam mana-mana pilihan raya antara Pas dan BN, supaya tidak menimbulkan masalah kepada kedua-dua parti yang bertanding.

"Penekanan kempen juga tidak lagi kepada perbezaan ideologi antara Pas atau BN, sebaliknya kita akan fokus kepada kebaikan yang kita tawarkan kepada pengundi di Sungai Limau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas mengenai calon untuk PRK 4 November depan, Mukhriz berkata BN Kedah sudah menyenarai pendek tiga nama sebagai calon boleh menang.

"Setakat ini kriteria yang kita perlukan ialah calon tersebut dikenali ramai (pengundi)." Ditanya mengenai peluang BN untuk menang PRK itu, Mukhriz berkata: "Kita (ketika ini) hanyalah sebagai `underdog', namun sudah pasti BN akan terus berusaha untuk memastikan kebarangkalian menang itu akan terus meningkat berdasarkan gerak kerja berkumpulan," katanya.

PRK Sungai Limau diadakan berikutan kematian wakil rakyat yang juga bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abu Bakar pada 26 September.

Pada pilihan raya umum ke-13, Azizan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru yang turut membabitkan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dari BN. - Bernama

INFO! UMNO Perlu Menangkan Mukhriz Sebelum Sungai Limau? #MM4VP #BeraniBerubah


SPR sudah pun menetapkan tarikh pilihanraya kecil DUN Sungai Limau pada 4 November depan manakala hari penamaan calonnya pada 23 Oktober. Dengan penetapan tarikh ini, kedua-dua parti yang bakal bertanding di situ iaitu Pas dan UMNO, bolehlah mula mempertingkatkan lagi gerak kerja masing-masing bagi memenangi pilihanraya nanti.

Pas memang ingin mengekalkan kawasan DUN Sungai Limau kerana sejak 1995 kawasan itu menjadi milik tradisinya melalui Allahyarham Azizan Razak. Bahkan dalam pilihanraya umum lalu, kemenangan Pas diraih dengan majoriti yang agak besar iaitu 2774 undi. Dalam hal ini, sudah tentu Pas mahu mengekalkan penguasaannya di Sungai Limau dan tidak rela menerima kekalahan lagi setelah tewas dalam usaha mengekalkan kerajaan negeri Kedah dalam pilihanraya umum lalu.

Bagi UMNO pula, terlihat juga keinginan yang tinggi untuk memenangi DUN Sungai Limau ini. Pilihanraya kecil ini merupakan ujian sebenar kepada Menteri Besar, Mukhriz Mahathir kerana ianya dilihat sebagai penentu sama ada beliau benar-benar diterima oleh rakyat Kedah atau sebaliknya.

Kemampuan UMNO memenangi pilihanraya kecil ini bukan saja akan meningkatkan lagi prestasi Mukhriz sebagai pemimpin yang diterima rakyat tetapi turut memberi harapan bahawa BN Kedah mampu menguasai lagi negeri itu dalam pilihanraya ke 14 nanti. Tetapi ianya bukanlah usaha mudah, lebih-lebih lagi majoriti 2774 itu dikira relatif besar dalam konteks persaingan politik di Kedah.

Oleh itu, dengan kedua-dua pihak saling ingin memenangi pilihanraya kecil ini, dijangka pertembungan sengit antara Pas dan UMNO bakal berlaku sepanjang kempen pilihanraya itu nanti.

Bagi Mukhriz pula, cabarannya selain mahu merampas kerusi DUN Sungai Limau, beliau juga akan bertanding untuk memenangi salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden pada pemilihan UMNO 19 Oktober ini.

Hanya empat hari selepas berakhirnya pemilihan UMNO yang akan menjadi penentu cerah atau gelap bintangnya dalam parti itu, beliau terpaksa mengumpul tenaganya semula untuk hari penamaan calon DUN Sungai Limau pada 23 Oktober yang turut menjadi kayu pengukur jatuh bangunnya sebagai peneraju kerajaan negeri Kedah.

Sementara di DUN Sungai Limau, semua pihak dalam UMNO mengharapkan kemenangan dan meletakkan harapan yang tinggi kepadanya tetapi di dalam pemilihan UMNO, kehadiran Mukhriz bertanding jawatan nombor tiga itu tidak berapa disenangi oleh beberapa pihak dan ada yang bersungguh-sungguh mahu mengalahkannya.

Selain penyandang Naib Presiden sedia ada dilihat selesa dengan status quo dan tidak menolak adanya pakatan kerana keserasian, serangan kepada Mukhriz yang mengaitkan kedudukannya sebagai anak bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan kedudukannya yang tidak pernah menjadi Ahli MT UMNO tetapi terus mahu melangkau ke jawatan Naib Presiden, semakin kerap didendangkan oleh kumpulan musuh-musuh politiknya menjelang hari pemilihan ini.

Kesungguhan untuk memastikan beliau tewas diyakini akan terus berjalan dan mungkin lebih hebat lagi menjelang hari-hari pengundian nanti.

Secara idealnya, untuk memberi kelebihan dari segi wibawa dan persepsi penerimaan rakyat dalam menghadapi pilihanraya kecil DUN Sungai Limau, Mukhriz sewajarnya diberi kemenangan sebagai Naib Presiden UMNO terlebih dahulu. Dengan memegang jawatan lebih kanan dalam UMNO Pusat, kehadirannya di hari penamaan calon dan semasa kempen pasti lebih menyerlah dan meyakinkan lagi.

Tetapi sekiranya beliau kalah dalam pemilihan 19 Oktober nanti, kehadirannya di hari penamaan calon akan kelihatan kusam dan tidak bererti kerana hadirnya beliau sebagai pemimpin yang ditolak oleh partinya sendiri. Kalau dalam peperangan, kehadirannya itu tidak lebih umpama jenderal yang patah kaki.

Dengan kalahnya Mukhriz juga, Pas tentunya akan mempergunakan isu tersebut kepada pengundi Sungai Limau untuk menolak UMNO dan akhirnya peluang UMNO merampas kawasan itu daripada Pas, tidak akan kesampaian.

Memberi kemenangan kepada Mukhriz sebagai salah seorang Naib Presiden pada pemilihan UMNO 19 Oktober ini tidak harus dilihat untuk kelangsungan masa depan anak Mahathir itu semata-mata tetapi hendaklah dilihat dari aspek untuk memberi sedikit kelebihan kepadanya dan UMNO untuk memenangi DUN Sungai Limau nanti.

Sekiranya Mukhriz kalah dalam persaingan Naib Presiden, kekalahan UMNO di Sungai Limau juga sudah dapat dibayangkan dan jika begitu keadaannya nanti, lebih baiklah UMNO memberi kemenangan percuma saja kepada Pas untuk terus menguasai kawasan itu. sumber


Isnin, 7 Oktober 2013

HOT! Puak Malaun Pas Ugut Isteri Allahyarham Ustaz Azizan?! #PrkSgLimau

Hiasan semata..

Info ni nak kata baru pun tak sangat, nak kata panas pun rasanya bagi orang Kedah biasa-biasa saja. Tetapi kemungkinan besar orang luar tak tahu perangai malaun Pas Kedah yang gila kuasa ni, info ni rasa macam panass.

Dulu semasa Allahyarham Ustaz Azizan masih hidup, mereka selalu beri tekanan kepada Allahyarham Ustaz Azizan. Nak projek la, nak kontrak la, nak itu nak ini. Puak ni la yang marah sangat bila projek atau tender kerajaan Pas dulu dapat pada orang UMNO. Dah orang Pas tak reti nak berniaga, nak buat macam mana ya?

Kali ni bila Allahyarham Ustaz Azizan dah takdak, kawasan Allahyarham Ustaz Azizan pun dah kosong. Puak malaun ni berebut nak jadi calon pulak. Pas Kedah mahu kalau boleh individu yang berkaitan dengan Allahyarham Ustaz Azizan jadi calon, malah dipersetujui oleh Puan Sri isteri pertama Allahyarham.

Disebabkan itu, puak malaun Pas ini tak puas hati dan membantah akan keputusan tersebut. Depa ni kalau boleh nak puak depa juga jadi calon. Sampai kawasan Sungai Limau yang sekangkang kera ni pun depa nak sapu. Jenis jenama Islam mai mana celah pun taktau la.

Bila dengar BN taknak bertanding kalau Pas letak calon anak Allahyarham Ustaz Azizan sendiri, puak ni makin meroyan hingga tuduh keluarga Allahyarham Ustaz Azizan ni berpakat dengan BN. Memang sah puak malaun Pas ni dah rosak otaknya. Sudah gila kuasa barang kali.

Puak malaun Pas ni nak letak calon dari puak depa, dipercayai ada kaitan dengan syiah dan unsur yang tidak disukai oleh keluarga Allahyarham Ustaz Azizan. Puak ni bukan nak kira bersatu sesama ummah, kalau boleh Pas dan UMNO berperang sampai mati pun takpa. Macam orang gila perangai puak ni.

Kalau tak gila, takkan la Mat Sabu sanggup tawar diri nak jadi calon bagi Sungai Limau? Hanya orang yang tak berapa betul otak saja akan bertindak macam mana Mat Sabu tu. Siapa Mat Sabu nak jadi calon? Patutnya utamakan family Allahyarham Ustaz Azizan dulu, ni tiba-tiba dah nak lobi jadi calon. Akai ada ka?

Hingga ke hari ini, geng sekepala dengan Mat Sabu masih terus melobi dan memberi tekanan kepada keluarga Allahyarham Ustaz Azizan.

Puak ni pakai jubah, serban putih, janggut panjang. Tapi perangai kendiri tak mencerminkan seorang muslim yang sejati. Jahat lebih dari setan. Itulah malaun Pas yang dok buat kacau kat Kedah ni.  Teruk yaa amaatt. Kononnya perjuang Islam, macam mana nak tarik orang bukan Islam dekati kita, kalau orang Islam sendiri pun boleh lari bila berdamping dengan orang yang macam ni?

Buat malu nama Islam saja laa..

Ahad, 6 Oktober 2013

INFO! Allahyarham Azizan Razak di ANTI Puak Pas Kedah? #PrkSgLimau


Bahang PRK Sungai Limau sudah mula terasa. Di beberapa ceruk kampong di DUN Sg Limau masyarakat di sana mula memperkatakan siapa bakal calon UMNO yang akan bertanding dalam PRK nanti untuk melawan calon PAS. Bunyinya agak aneh mengapa calon UMNO yang disebut-sebut sedangkan sepatutnya mereka lebih memperkatakan kelibat calon PAS?

Mungkin ini satu kebetulan kerana jentera UMNO dilihat lebih banyak memainkan peranan membantu rakyat di kawasan tersebut di kala Allahyarham Tan Sri Azizan sedang dirawat di hospital. Sedangkan jentera PAS hanya sekali sekala datang menjenguk pengundi dengan hanya mengadakan ceramah-ceramah sambil-sambil hulur karung dan usung tin mintak derma.

Di kala pemergian Allahyarham Tan Sri di hospital, kelibat pemimpin-pemimpin UMNO juga yang sibuk untuk menguruskan jenazah. Kami dapat melihat kehadiran YAB Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah serta Mukhriz yang lebih mendapat perhatian rakyat.

Kami tertanya mengapa Tun berdua sanggup bergegas ke hospital untuk melawat ‘musuh’ politik UMNO dengan meninggalkan sebuah majlis di kawasan lain. Walhal beberapa pemimpin PAS yang lain lebih sibuk ke Bangkok untuk tunduk sembah hormat kepada bangkai Chin Peng dan sibuk melalut nak bawa balik abu bangkai pengganas tersebut.

Dari sembang-sembang kami dengan beberapa ahli PAS asal Bukit Besar dan Sungai Dedap mereka menyatakan "pemimpin PAS la nie (kini) lebih kalut nak bela komunih dan syiah. Depa lebih suka Ustaz Azizan mampuih cepat sebab Azizanlah punca Kedah kalah, sebab tu kena kafarah habih kaki kena potong".

Terkejut juga kami mendengar penjelasan tersebut.

Kami bertanya lagi agaknya siapa yang layak jadi pengganti Arwah Ustaz. Mereka kata "mungkin anak arwah yang layak tapi dalam PAS ni jenuh sikit sebab puak Mahfuz pun ada orang depa sendiri, Mahfuz nak bertanding, Mat Sabu pun nak jugak. puak Fakrul Razi pun nak, puak Taulan pun nak jugak. Nak letak anak arwah pulak had (yang) mana satu? Had anak bini nombor satu ka, had anak bini nombor dua? Had Musadak pun ada orangnya jugak, dia pun nak jadi calon…nak letak Muaaz ka atau letak Muzaini?" Mymassa sendiri tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh ahli-ahli PAS ini.

Mymassa pun tak dapat nak sembang panjang sebab ramai berpusu-pusu datang kat hospital. Tapi dalam benak kami ramai ahli PAS yang kecewa apabila segelintir ahli dan pemimpin PAS sendiri tergamak menentang arwah semasa hayatnya. Sampai ada yang mintak arwah dipecat dari PAS dan jawatan Menteri Besar Kedah hanya kerana ketegasan arwah tidak melayan tuntutan melampau segelintir ahli PAS yang gilakan projek.

Arwah juga ditentang hebat oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri berkaitan isu Syiah sehingga ada yang sanggup mencerca arwah kononnya menjadi barua UMNO. Itu belum masuk lagi kes KUIN sehinggakan apabila arwah sakit dan masuk hospital ada segelintir ahli PAS mendesak arwah dan kerajaan negeri melantik seorang pemangku dengan segera tanpa menghormati keadaan arwah yang sakit tenat.

Kami juga mendapat tahu dari Pak Su Man yang dari PAS Kampung Gelam Tiga mengenai perangai segelintir ahli-ahli PAS yang mensabotaj jentera parti sendiri semasa PRU 13 lalu. Pak Su Man memberitahu "ahli-ahli PAS pakat cabut bendera parti dan pacak bendera BN keliling kampung sebagai protes kepada Azizan. Tak cukup dengan tu, depa pakat pacak bendera PAS hitam putih keliling Sungai Limau dan mengugut tak akan keluar mengundi".

"Bila arwah menang ADUN Sungai Limau pada PRU 13 tapi dengan majoriti berkurang, ahli-ahli PAS bersorak riang. Bila arwah masuk hospital dan kena potong kaki depa hambuq kata lebih baik Ustaz mampuih teruih".

Perbuatan-perbuatan segelintir penyokong PAS ini ternyata menguriskan hati dan perasaan isteri -isteri dan keluarga Tan Sri Azizan. Pernah wakil Mymassa melihat Mukhriz sebak melihat isteri arwah mengalirkan air matanya sebab arwah dicaci dan dihina sebegitu rupa, sedangkan arwah begitu besar jasanya kepada PAS dan Negeri Kedah.

"Ustaz Azizan bukan sebarang orang. Dia Menteri Besaq dia banyak berjasa pada orang Kedah tanpa kira depa tu PAS atau UMNO. Tapi orang PAS sendiri sanggup hina dan humban Ustaz sampai lagu ni. Sakit pun susah depa nak mai lawat. Kami malu kat Datuk (Mukhriz) dan Tun Mahdey (Mahathir)…"

Itulah yang diluahkan oleh ahli keluarga Allahyarham kepada wakil Mymassa di Kedah. Kami tak mahu mengaibkan orang lain apatah lagi sesama bangsa. Kami juga turut bersimpati dan berkabung atas pemergian Allahyarham. Tapi sampai bila kami perlu sembunyikan dapatan fakta dari pengalaman kami sendiri?

Kedamaian di Sg Limau antara kawasan jelapang padi negeri Kedah


Memang hasrat arwah ingin memajukan Sg Limau. Tapi setakat itu kemampuan arwah dan kesempatan yang Allah Taala berikan pada arwah. Arwah pergi meninggalkan kita dan amat teringin melihat penyatuan umat Melayu. Namun hajat arwah itulah yang menjadi punca beliau ditentang hebat oleh segelintir ahli-ahli dan pemimpin PAS sendiri. MyMassa

HOT! BN Serah DUN Sungai Limau Pada Keluarga Ustaz Azizan? #PrkSgLimau



.... syaratnya keluarga Azizan

Allahyarham Tan Sri Azizan dipuji Tun Dr Mahathir sebagai orang yang baik. Difahami dia tak pernah kisah sangat pasal perbezaan UMNO dan PAS. Hanya politik saja katanya.

Orang PAS marah pada dia ketika dia MB sebab dia beri projek tak tengok parti. Pasal mereka tak tahu apa pasal berniaga dan hanya tahu berceramah, berdemo, dan mengeluarkan kata kesat, maka tak dapatlah menang tender. Lalu dikata Azizan kasi pada UMNO.

Apabila dia sakit dan meninggal dunia, orang PAS tak boleh asingkan politik dan kesopanan Melayu yang sentiasa hormat menghormati. Lalu mereka tak datang ziarah pun.

Mukhriz adalah antara orang yang pertama ziarah ketika dia masuk hospital. Dia juga banyak kali datang berziarah dan sehari sebelum dia meninggal dunia dan sudah nazak, dia ziarah juga.

Bila dia meninggal dunia, Mukhriz buat tahlil dan jempput semua rakyat tak kira parti datang.

Fikir-fikirlah ... apa salah kita tak payah tanding dan serah saja Sg Limau keapda keluarga Tan Sri Azizan ganti. Syaratnya keluarga dan bukan magreb macam Mat Sabu syiah dan Mahfuz bodoh tu.

Apa hal pun bukan kita boleh dapat dua pertiga pun.

Mudah-mudahan ada pihak PAS akan tersentuh dengan huluran ranting zaiton dan dapat kita bersama berjuang dengan satu tujuan untuk imarahkan bangsa dan ummah. Taklah bersaing politik hingga kalimah Allah nak dijaja untuk undi Cina dan Kristian!

Tak jadi takpa ... janji usaha.

Syaratnya pada keluarga Azizan. Bukannya Mussodak atau Firdaus yang turut sama hendak kerusi yang diluangkan Azizan.


PAS perlu lawan usaha Phahrolrazi yang dendamnya terhadap Azizan tak habis-habis walaupun dia sudah meninggal dunia. Dia tengah lancar kempen tolak anak atau keluarga azizan.  Puan Seri Faekah, isteri pertama Azizan memang sedang sakit hati dengan grup Phahrlrazi.
 
Mereka hanya tahu salahkan Azizan tapi tak salahkan perpecahan dalam PAS yang didalang olehnya, Mahfuz dan Mat Sabu.

Kalau keluarga Azizan tentukan kasi pada Fadillah sepupu Azizan yang lawan Azizan ketika PRU baru-baru ini tapi bantu Azizan jaga kawasan, terimalah hakikat. Harap Ketua Bahagian, Dato SUhaimi sedia beri jalan.

Kalau pilihan keluarga adalah ahli keluarga lain yang dalam PAS, kita terima. Idea gila dan tak dibuat orang tapi bukan kita tak pernah tak tanding PRK kan?

Biar mengalah asal kita menang perang yang lebih besar yang itu bukan perang sesama bangsa dan ummah. 
Mc ada dengar cerita yang dibawa oleh The Unspinners ni. Tapi tak berani nak keluarkan, sebab takut menganggu momentum PRK.
Apa pun terpulang pada pucuk pimpinan, sama ada betul atau tidak. Kami terima saja..

Jumaat, 4 Oktober 2013

HOT! Sepupu Allahyarham Ustaz Azizan BAKAL Jadi Calon BN? #PrkSgLimau


Siapa sebenarnya yang layak menjadi calon PRK Sungai Limau, sudah tentu ciri-cirinya ialah anak tempatan, dikenali orang tempatan, bijak pandai agama, ceburi bidang politik dan bonus kalau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Allahyarham Ustaz Azizan.

Kalau mengikut ciri-ciri calon yang Mc sebutkan diatas, hanya ada dua calon yang paling layak pada ketika ini. Datuk Suhaimi, Ketua Bahagian UMNO Jerai dan bekas calon PRU yang lepas Fadzilah. Kedua-duanya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Allahyarham dan baik dengan penduduk kampung.

Ada orang kata beri peluang semula pada Fadzilah untuk jadi calon pada PRK kali ini. Bagi Mc, beliau ok.. tapi apa kata kita cuba calon lain yang lebih berpengalaman.

Semasa kunjungan Menteri Besar, Dato Mukhriz turun ke warung Pak Su, Bukit Besar, Sungai Limau. Beliau telah berjumpa dengan Imam Masjid Bukit Besar, Ustaz Sayuti. Ustaz Sayuti ni sememangnya individu yang sangat dihormati di Sungai Limau.

Pengaruh Ustaz Sayuti ni pun tak boleh dipandang ringan. Walaupun ramai orang kata Ustaz Sayuti ni memang kuat Pas, tetapi hubungan ukhwah sesama muslim mengatasi segalanya. Petang tu, beliau ada bisikan sesuatu di telinga MB Kedah. Katanya "penduduk Sungai Limau mahukan Datuk Suhaimi menjadi calon".

Kenapa Ustaz Sayuti memilih Datuk Suhaimi, atau lebih mesra dipanggil Tok Mie oleh penduduk tempatan.

Disebabkan Tok Mie memang asal orang Sungai Limau, malah beliau juga ada hubungan keluarga dengan Allahyarham. Tak ramai orang tahu tentang hal ini, tetapi itulah hakikatnya.

Malah Tok Mie juga hampir dijadikan calon Sungai Limau pada PRU 2008, sebelum beliau di 'kerat' oleh seseorang kerana kepentingan politik dan permainan politik kotor yang menghantui UMNO di Kedah.

Sebagai orang lama di Jerai dan berpengalaman, Mc pun bersependapat dengan Ustaz Sayuti tu, beri peluang kepada Tok Mie untuk buktikan beliau dalam PRK pada kali ini. Sudah la pada PRU yang lepas beliau tidak menjadi calon. Pada kali ini, apa kata pimpinan UMNO berikan beliau peluang untuk menangkan BN di Sungai Limau.

Ini cuma pendapat peribadi Mc saja, terpulang pada kebijaksanaan dato Paduka Mukhriz untuk membuat penilaian.

Semua orang tahu, dah 5 kali BN kalah di Sungai Limau.. hanya orang yang berpengalaman saja mampu untuk tempuhi PRK itu pada kali ini.


Laporan dari blog PRK Sungai Limau

Khamis, 3 Oktober 2013

HOT! Calon Pas Bagi PRK Sungai Limau Akhirnya terBONGKAR!! #PrkSgLimau



Pas dok penin nak letak siapa jadi calon PRK Sungai Limau. PKR pun pening juga tolong fikir masalah Pas tu. Cuma Dap saja dok penin sama sendiri pasal CEC yang hancur dan pemilihan menipu dari mula sampai habis.

Bila Mc fikir masalah depa ni, Mc sendiri pun penin. Akhirnya Mc dapat tahu siapa calon Pakatan bagi PRK Sungai Limau ni. Nak tengok sapa? Tengok la gambar bawah ni..

Yang ni ke?


 Ehh bukan lahh..

Atau yang bawah ni..



Alamakk silap, ini pun bukannn..

Sat naa.. yang mana ni, 

Yang ni kot??




Ishhh.. rasanya bukann..


Haaa.. dah jumpa dah gambar dia.. yang bawah ni laaa...


Tuu Tuu..


Nurul Izzah dah jumpa dia dah..


he he he..  yang ni ka?



Ha ha ha.. yang ni la calon PRK Sungai Limau bagi Pas nanti.. Nurul Izzah siap pi jumpa dia ni.. he he he..

Inilah si Pak Guard yang gaduh dengan bini Mat Yo tuu.. he he he..

McTheory:
Jangan marahh haa.. gurau tengah malam..

Selasa, 1 Oktober 2013

INFO! Siapa Calon PRK Sungai Limau? #PrkSgLimau

 
Bila PRK sudah tentu orang tertanya-tanya siapa calon bagi parti BN ataupun pembangkang. Semalam BN Kedah kata akan senaraikan tiga nama untuk Sungai Limau. Mc taktau sapa calon untuk Sungai Limau, tetapi semestinya orang yang amat rapat dengan penduduk disana.

Calon Sungai Limau, semestinya anak tempatan, kalau asal dari situ lagi bagus, berpendidikan agama dan mesra orang kampung. Maknanya, sebut nama saja orang kampung kenai dia tu. Cuma Mc nak tambah lagi, kalau boleh bagi la orang muda. Sebab kalau bagi orang tua takut ada PRK pulak lagi. he he.. gurau saja.

Baca cerita calon Sungai Limau,

BN Kedah akan mencadangkan tiga nama kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih sebagai calon pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata individu yang akan dicadangkan mesti mempunyai ciri-ciri kelayakan tertentu terutama memenuhi kehendak pengundi di kawasan itu.

"Tiga calon yang akan kami cadangkan mesti ada pendidikan agama dan anak tempatan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Perhubungan Umno Negeri membincangkan persiapan pilihan raya kecil Sungai Limau di Alor Setar, malam tadi.

Pilihan raya kecil kawasan DUN Sungai Limau bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas Pesuruhjaya PAS Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak 26 September lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Azizan yang juga bekas menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

Mukhriz yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, berkata BN perlu bekerja keras dan menunjukkan kesungguhan untuk membangunkan kawasan itu dengan menyakinkan penduduknya tentang keikhlasan kerajaan negeri jika mahu menawan Sungai Limau.

Beliau berkata kira-kira 40 peratus daripada 27,287 pengundi Sungai Limau adalah golongan muda dengan Melayu seramai 25,388 orang.

BN yakin mereka (golongan muda) mahukan pembangunan dan lebih banyak peluang pekerjaan diadakan, katanya.

Pada mesyuarat malam tadi, Mukhriz berkata beberapa jawatankuasa khas bagi menghadapi pilihan raya kecil Sungai Limau ditubuhkan untuk menggerakkan jentera dan kempen BN agar berjalan lancar termasuk penempatan negeri dan bahagian-bahagian angkat di 19 pusat daerah mengundi dalam DUN itu.

-Bernama

Isnin, 30 September 2013

PANASS!! Gambar Menarik Dato Mukhriz Gempur Sungai Limau!! #PrkSgLimau



Semalam Dato Paduka Mukhriz Mahathir turun bermesra bersama rakyat di Warung Pak Su, Bukit Besar Sungai Limau. Bukit Besar ni adalah kawasan HITAM bagi UMNO/BN. Bak kata orang, kempen sampai lunyai pun takkan menang. Namun pendekatan yang dibuat oleh MB Kedah, mengejutkan ramai pihak.

Mana ada pemimpin yang turun padang ke tempat musuh dulu betul tak?

Mai kita tengok sambutan orang Bukit Besar terhadap beliau,

Kedatangan MB Kedah disambut meriah


penuh..
Malah Imam Masjid Bukit Besar Ustaz Sayuti turut bersama MB Kedah

Sambutan hebat..

Boleh tahan! Sewaktu sesi berbual dan bermesra bersama penduduk di Bukit Besar ni, ada juga yang sok sek sok sek mahukan Datuk Suhaimi, Ketua Bahagian UMNO Jerai di jadikan calon DUN Sungai Limau.

Sambung baca di blog PRK Sungai Limau

Ahad, 29 September 2013

HOT! Mukhriz Mahathir Takut Hadapi PRK Sungai Limau? #KedahAmanMakmur


Siapa sangka, disebalik taruhan untuk menjadi Naib Presiden, Mukhriz Mahathir diuji pula dengan ujian paling getir dalam sejarah politik beliau. Menjadi Ketua dalam pilihanraya kecil, walaupun DUN, tetapi ia lebih getir kerana DUN Sungai Limau merupakan tempat kubu kuat pembangkang di Kedah.

Masakan tidak kuat, DUN Sungai Limau merupakan tempat bekas Menteri Besar Kedah yang lepas dan merupakan kubu kat Pas setelah sekian lama. Pengaruh peribadi dan keluarga merupakan kekuatan utama Allahyarham Azizan Razak di Sungai Limau.

Sentuhan peribadi terhadap orang Sungai Limau menyebabkan Allahyarham Azizan Razak tidak tumbang pada PRU yang lepas walaupun beribu orang Pas tidak mengundi Allahyarham kerana protes terhadap kepimpinan kerajaan terdahulu.


Sungai Limau diprotes oleh orang Pas sendiri, kempen TOLAK AZIZAN dilakukan secara bergerak oleh pemimpin Pas Kedah berhaluan kiri, hinggakan orang UMNO pun pelik betapa dahsyatnya dendam pemimpin Pas berhaluan kiri kepada Allahyarham.

Pernah Ketua Cawangan UMNO disana, tergaru-garu kepala, kerana tiba-tiba dikawasan beliau penuh dengan bendera BN. Sedangkan tidak pernah pula beliau mengarah atau menyuruh sesiapa pacak bendera BN di sempadan Sungai Limau sebegitu banyak.

Bila disiasat, rupanya orang Phahrolrazi pemimpin Pas Kedah berhaluan kiri yang mengupah budak-budak Pas kawasannya supaya memacak bendera BN di sempadan Sungai Limau. Maklumlah Sungai Limau dengan Pengkalan Kundur kan berjiran, maka senanglah dia nak buat kerja jahat!

Pertelingkahan antara dua puak Pas boleh dijadikan modal besar kepada Dato Mukhriz untuk memenangi kerusi ini. Namun faktor kekuatan sendiri dan calon juga perlu diambil kira.

Mc difahamkan Pas sedang bergaduh sesama sendiri untuk meletak calon di Sungai Limau. Biasa la sentimen puak A dan puak B, masih belum hilang, walaupun penyandang yang lepas sudah tiada. Namun sikap berpuak-puak tetap wujud di dalam Pas Kedah.

Lihatlah betapa kurang ajarnya Pas berhaluan kiri, belum beberapa jam Allahyarham Ustaz Azizan meninggal dunia, mereka sudah berbicara bab calon malah wujud pertelingkahan untuk meletakan calon mereka sendiri.

Sudah la sewaktu Allahyarham hidup mereka tidak hormat terhadap Allahyarham, selepas meninggal pun, mereka tetap bersifat begitu, apakah ini sikap umat Islam yang kononnya patut semua umat Islam contohi?

Sambung baca blog PRK Sungai Limau

Isnin, 5 Ogos 2013

PANASS!! Pas Tolak PRK Di Sungai Limau? #KedahAmanMakmur


Kita tahu Pas tidak kisah jika wakil rakyatnya sakit atau tak dapat buat kerja pun. Asalkan kerusi DUN yang dipegang oleh parti Pas tidak akan dipertandingkan untuk PRK.

Atas sebab demikian, Pas seolah-olah tidak mahu terjadi PRK di Sungai Limau.

Pas menyatakan kedudukan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai Adun Sungai Limau bergantung kepada tahap kesihatannya.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini Azizan kekal sebagai Adun Sungai Limau setelah berjaya mempertahankan kerusinya itu pada PRU13, 5 Mei lalu.

Menurutnya, desas-desus menyatakan Azizan menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Adun di kawasan tersebut adalah tidak benar.

“Kedudukannya bergantung kepada tahap kesihatan beliau, kita lihat tahap kesihatannya semakin pulih.

“Lagipun ada yang membantu beliau untuk menjalankan tugas walaupun beliau berada di hospital, jadi ia tak ada masalah untuk meneruskan tugasnya sebagai wakil rakyat,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Jumaat lalu, media melaporkan Azizan masih Adun Sungai Limau, dan setakat ini tidak pernah menandatangani mana-mana surat peletakan jawatan Adun terbabit.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini berkata, walaupun Azizan belum dapat melaksanakan tugas sebagai Adun selepas memenangi kerusi itu, ia bukan alasan pihak tertentu untuk cuba memanipulasi keadaannya.

“Walaupun Azizan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) hampir tiga bulan dan belum angkat sumpah jawatan Adun, Azizan tetap Adun Sungai Limau berdasarkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang menjawab persoalanan kemungkinan Pas akan berbincang mengenai kedudukan Azizan di Sungai Limau berkata, Pas di peringkat Pusat tidak mempunyai keperluan untuk berbincang mengenai kedudukan Azizan di Sungai Limau.

“Memang kita akan adakan mesyuarat bulanan selepas Hari Raya, tapi saya tak fikir kita akan bincang isu Azizan.

“Ia bukan keperluan, Azizan akan tetap menjadi Adun Sungai Limau, apabila kita lihat dia semakin sihat,” katanya.