Sponsor

Memaparkan catatan dengan label datuk t. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label datuk t. Papar semua catatan

Khamis, 2 Jun 2011

KASI PANAS!! BILA AGAKNYA ESKAY NAK DEDAHKAN RAHSIA ANWAR NI??







  • Bila agaknya Datuk Eskay nak dedahkan rahsia Anwar ni.. takkan nak tunggu kes video seks selesai baru nak dedah kot?

    Kes video seks tu, polis dah tahu orangnya, tapi kenapa la polis taknak dedahkan? Peguam negara pulak tunggu apa lagi? Kasi pecah laa..

    McTheory:
    Tak payah tunggu pru , dedah je sekarang..

    Selasa, 24 Mei 2011

    PANAS!! UTUSAN TERUS MENGHENTAM ANWAR!!


    Pendedahan terbaru Eskay di Utusan online

    Kenyataan Eskay dalam akhbar Utusan nak baca klik gambar

    gambar keratan akhbar dari blog Anak Seberang

    Nampaknya Utusan terus konsisten menghentam Anwar. Kali ni Eskay mendedahkan segala-galanya pasal Anwar. Nak tau cerita baca sendiri.

    P/s: Puak Pkr meroyan dah ka?

    McTheory:
    Jualan akhbar Utusan hari ni pasti meletopppp!!

    Sabtu, 7 Mei 2011

    KASI PANAS!! DATUK ESKAY AKAN DEDAHKAN SATU RAHSIA BESAR ANWAR!! Rahsia apakah itu?


    Apa agaknya rahsia itu? Anwar selalu pergi Thailand 'main' pondan kah? Anwar 'tut' besar kah? Itu bukan lagi rahsia.. err.. Anwar nak ulang sejarah 16 sep kah? Macam tak logik, atau Anwar merancang nak buat rusuhan kaum secara besar-besaran seluruh Malaysia sempena hari kepulangan beliau ke Rumah Rehat di Sungai Buloh kah? Tah laa.. sama-sama kita nantikan la ye..

    McTheory:
    Kita tengok siapa yang kena??

    Khamis, 5 Mei 2011

    ESKAY DI UGUT BUNUH??


    DATUK ESKAY mendakwa beliau sentiasa mengambil langkah berjaga2 dan mengakui memakai jaket kalis peluru ketika berlangsungnya Pengakuan Bersumpah Masjid Amru Al As Kuala Lumpur. Beliau mengakui sentiasa diburu dan mendapat ugutan bunuh dari beberapa pihak setelah membongkar Video Seks Anwar. Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada dua lagi rakannya dalam trio 'Datuk T' - ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim - memakai jaket yang sama. Datuk Eskay mendakwa beliau sanggup menerima sebarang risiko demi membongkar kebenaran yang selama ini disimpan sejak sekian lama mengenai perilaku Anwar. Anwar yang juga bekas sahabat karib beliau katanya telah banyak menggunakan penyokong2 setianya agar memberontak demi mengejar kuasa. Malah, Anwar sanggup melakukan apa jua cara sekalipun demi menjatuhkan krelibiliti Pemimpin2 UMNO waimah ianya berkaitan dengan perkara yang menentang dasar Agama. Datuk Eskay tidak mengambil peduli mana2 pihak yang cuba mempertikaikan soal akhlak dan moral beliau. Namun, moral seorang Pemimpin bernama Anwar yang selama ini ditutupi dengan sifat kepimpinan berakhlak tinggi akan terus dibongkar kerana bahana akan menimpa Negara jika Ketua Pembangkang ini terus dibiarkan melaksanakan agenda jahat yang akan dilaksanakan selepas ini. - G-rakyat

    McTheory:
    Anwar memang jahat!!

    Selasa, 3 Mei 2011

    UJIAN POLIGRAF!! DOK KATA DAH, ANWAR MESTI TAK BERANI PUNYALAH..


    Dok kata dah, Anwar mesti tak berani punyalah. Ni dah keluar fatwa dari Ulamak besar PKR si Assmin Alie yang tidak membenarkan Anwar melayani tuntutan untuk membuat ujian poligraf. Sedangkan desakkan itu dicadangkan oleh Husam kepada Eskay untuk membuktikan si Eskay bercakap benar atau tidak. Eskay pula mengajak Anwar untuk melakukan ujian poligraf sekali dengannya untuk membuktikan siapa yang benar dan siapa yang salah.

    Tapi biasalah, macam Mc kata semalam, Anwar tetap Anwar, yang salah tetap akan berdolak dalih, kali ni dengan menggunakan Assmin pulak. Kitaorang pun dah jangka Anwar takkan buat ujian tu. Kenapa Anwar tak cakap sendiri yang dia taknak buat malu ke?

    P/s: dah salah.. memang la takut nak buat apa pun..biasala Anwar..

    McTheory:
    Penakut! sorok la bawah ketiak Assmin tu Anwar woiii...

    Isnin, 2 Mei 2011

    VIDEO SEKS OMEGA!! ESKAY SANGGUP MENJALANI UJIAN POLIGRAF BERSAMA ANWAR, TAPI ANWAR?



    Pagi tadi akhbar Sinar hairan ada mengeluarkan artikel Husam mencabar Datuk Eskay untuk menjalani ujian Poligraf (ujian untuk pembohong). Baca artikel dibawah,

    Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa mencabar trio ‘Datuk T’ menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada mereka berbohong atau tidak dalam isu video seks yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


    Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, ujian itu perlu dilakukan bagi membolehkan dakwaan mereka itu benar-benar boleh dipercayai dan bukan sekadar tindakan terdesak untuk kepentingan politik murahan.


    “Kalau Datuk T betul, saya cadangkan adakan ujian poligraf untuk memastikan mereka tidak berbohong 9mengenai isu video aksi seks). Ujian perlu dilakukan secara terbuka dengan dihadiri panel-panel pakar,” katanya

    Ini jawapan balas Datuk Eskay terhadap gesaan Husam kepadanya,

    Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah menyambut cabaran pimpinan PAS supaya mengambil ujian poligraf bagi memastikan beliau tidak bercakap bohong melibatkan video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


    Bagaimanapun dengan syarat Ketua Pembangkang tersebut turut menjalani ujian poligraf yang sama. "Saya mahu proesedur itu disiarkan secara langsung di televisyen. Saya mahu dunia lihat saiapa yang benar dan berbohong," kata Shazril Eskay yang pada Jumaat lalu bersumpah laknat bahawa pelaku dalam video berkenaan ialah Anwar.


    Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa yang mahukan trio Datuk T menjalani ujian itu bagi membuktikan mereka bercakap benar.

    "Saya yakin Anwar tiada masalah menggunakan teknik sains untuk membuktikan siapa yang bersalah selepas menolak untuk bersumpah dengan pelbagai alasan," katanya. - Mstar

    he he he.. kita tengok pulak jawapan balas Anwar nanti. Apakah Ulamak Anwar tak bagi Anwar jalani ujian Poligraf ? Atau ada pulak orang lain yang menghalang Anwar untuk jalani ujian ini. Atau Anwar sendiri yang akan berdolah dalih. Ala macam biasa, siapa yang tak kenal Anwar.

    Pas kata parti Islam. Tapi Pas lebih percayakan mesin dari Allah. Apa punya turr la puak Pas ni.. he he he..

    P/s: bersumpah taknak, test dengan mesin pulak, nak tak?..

    McTheory:
    Tapi kalau dah salah ni, tunggul batu dia kata hantu!

    Khamis, 28 April 2011

    ANWAR ADA BERANI KA ANGKAT SUMPAH!! Semua orang dah bersumpah, Anwar bila lagi?


    Kuala Lumpur, 28 April – Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersumpah laknat mubahalah selepas Solat Jumaat, esok di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul bagi membuktikan bahawa dia bukan individu pelaku dalam video seks.

    Datuk Shazryl Eskay berkata beliau bersama Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Datuk Shuib Lazim akan menunggu Anwar di masjid tersebut untuk menegakkan kebenaran.

    Jelas beliau Anwar adalah seorang manusia yang cukup licik berpura-pura menjadi orang yang begitu alim, warak dan mempunyai peribadi mulia, tetapi sebaliknya melakukan perbuatan yang tidak pernah terjangkau oleh pemikiran yang waras dan nilai-nilai Islam.

    “Kami bertekad tidak akan membenarkan orang bernama Anwar yang merupakan pelaku dalam video tidak bermoral itu daripada menjadi pemimpin yang akan memimpin negara ini.

    “Ingin diperjelaskan bahawa hasrat kami menayangkan video tersebut kepada beberapa wartawan kanan bukanlah untuk menunjukkan bahan lucah, tetapi untuk menjadi sebahagian bahan dokumentasi bagi menegakkan kebenaran, agar rakyat boleh menilai sendiri siapakah Anwar yang sebenarnya,” ujarnya dalam satu sidang media di sebuah hotel di ibu negara di sini, hari ini.

    Justeru beliau mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut yang akan diadakan selepas Solat Jumaat, esok di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.-UMNO Online

    Dulu DS Najib dituduh ada kaitan dengan Altantuya, DS Najib bersumpah laknat sebanyak tiga kali untuk menafikannya. Saiful mangsa liwat Anwar, bersumpah laknat mengatakan dia diliwat. Malah Saiful baru-baru berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah. Berdoa dihadapan kaabah untuk memperolehi kebenaran.

    Bermula dengan Kes liwat, dan sekarang kes skandal video seks. Anwar langsung tidak berani untuk bersumpah. Apa lagi mahu ke Mekah. Sebagai umat Islam, apakah kita tidak rasa pelik dengan kelakuan Anwar? Orang yang dituduh jahat, berani bersumpah, tapi orang yang dikatakan baik, langsung tak berani nak angkat sumpah.

    P/s:Kenapa takut Sumpah Laknat mubahalah? Takut kena makan sumpah ke?

    McTheory:
    Hanya orang yang bersalah saja yang kena makan sumpah..