Isnin, 2 Mei 2011

VIDEO SEKS OMEGA!! ESKAY SANGGUP MENJALANI UJIAN POLIGRAF BERSAMA ANWAR, TAPI ANWAR?



Pagi tadi akhbar Sinar hairan ada mengeluarkan artikel Husam mencabar Datuk Eskay untuk menjalani ujian Poligraf (ujian untuk pembohong). Baca artikel dibawah,

Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa mencabar trio ‘Datuk T’ menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada mereka berbohong atau tidak dalam isu video seks yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, ujian itu perlu dilakukan bagi membolehkan dakwaan mereka itu benar-benar boleh dipercayai dan bukan sekadar tindakan terdesak untuk kepentingan politik murahan.


“Kalau Datuk T betul, saya cadangkan adakan ujian poligraf untuk memastikan mereka tidak berbohong 9mengenai isu video aksi seks). Ujian perlu dilakukan secara terbuka dengan dihadiri panel-panel pakar,” katanya

Ini jawapan balas Datuk Eskay terhadap gesaan Husam kepadanya,

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah menyambut cabaran pimpinan PAS supaya mengambil ujian poligraf bagi memastikan beliau tidak bercakap bohong melibatkan video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bagaimanapun dengan syarat Ketua Pembangkang tersebut turut menjalani ujian poligraf yang sama. "Saya mahu proesedur itu disiarkan secara langsung di televisyen. Saya mahu dunia lihat saiapa yang benar dan berbohong," kata Shazril Eskay yang pada Jumaat lalu bersumpah laknat bahawa pelaku dalam video berkenaan ialah Anwar.


Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa yang mahukan trio Datuk T menjalani ujian itu bagi membuktikan mereka bercakap benar.

"Saya yakin Anwar tiada masalah menggunakan teknik sains untuk membuktikan siapa yang bersalah selepas menolak untuk bersumpah dengan pelbagai alasan," katanya. - Mstar

he he he.. kita tengok pulak jawapan balas Anwar nanti. Apakah Ulamak Anwar tak bagi Anwar jalani ujian Poligraf ? Atau ada pulak orang lain yang menghalang Anwar untuk jalani ujian ini. Atau Anwar sendiri yang akan berdolah dalih. Ala macam biasa, siapa yang tak kenal Anwar.

Pas kata parti Islam. Tapi Pas lebih percayakan mesin dari Allah. Apa punya turr la puak Pas ni.. he he he..

P/s: bersumpah taknak, test dengan mesin pulak, nak tak?..

McTheory:
Tapi kalau dah salah ni, tunggul batu dia kata hantu!

1 ulasan:

Ular Menyusur Akar berkata...

Hoi, dahsat ayat Mc.

Berilah peluang nuar bertanya Yusof Qardawi dulu. Manalah tau adalah fatwa fatwa yang menyanggah.