Sponsor

Memaparkan catatan dengan label islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label islam. Papar semua catatan

Khamis, 9 April 2015

Kedah Tidak Memandang Remeh Gerakan Ajaran Wahabi - Exco

Kerajaan Negeri Kedah tidak memandang remeh gerakan ajaran Wahabi walaupun ajaran itu tidak dikesan di Kedah tetapi bimbang dengan gerakan ekstrem dibawa fahaman Wahabi yang dilihat mampu menjurus kepada kecenderungan untuk menyertai kumpulan militan.

Semasa sesi kedua sidang Dun Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid telah menjawab isu tersebut di dewan.

"Kami tidak mahu pemikiran ekstrem yang diperolehi mereka dari negara luar dibawa masuk ke Malaysia kerana bimbang ia boleh menyebabkan perpecahan berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

"Kami takut fahaman ini akan merosakkan negara kerana fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang kita pegang sama sekali tidak menggalakkan kekerasan seperti membunuh orang," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Yahya (PAS-Alor Mengkudu).

Kerajaan Negeri telah meminta imam dan guru pondok untuk memberi penerangan lebih jelas tentang bahaya fahaman itu.

Selepas sidang DUN tamat, beliau berkata walaupun fahaman Wahabi tidak menyesatkan tetapi ia dilihat cenderung ke arah fahaman ekstremis.

"Contohnya, ulama yang tidak sealiran dengan fahaman mereka akan dianggap sebagai kafir. Lebih memeranjatkan apabila ada kitab-kitab yang ditulis oleh ulama Wahabi yang mengkafirkan Imam Nawawi," katanya.

Katanya, sehingga kini kerajaan negeri Kedah tidak mengeluarkan fatwa mengenai pengharaman fahaman Wahabi di negeri ini namun pemantauan untuk memastikan fahaman itu tidak tersebar sentiasa dijalankan.

Isnin, 6 September 2010

DUA SENJATA TERBESAR YANG DITINGGALKAN RASULLULLAH S.A.W KEPADA UMAT ISLAM!

Rasullullah s.a.w telah meninggalkan dua perkara yang teramat penting kepada kita,di mana dengan berpegangkan dua perkara ini,maka kita tidak perlu risau atau merasa takut lagi kerana ia akan menjadi benteng sekaligus senjata yang amat ampuh melawan syaitan-syaitan manusia dan syaitan-syaitan jin. Dua Senjata Utama umat Islam ini terkandung di dalam Khutbah Terakhir Rasullullah s.a.w,kepada umat Islam inilah harta pusaka yang tidak ternilai harganya ditinggalkan oleh Rasullullah kepada kita.Hayati,sebar-sebarkan dan ambil peringatan daripadanya.

KHUTBAH TERAKHIR RASULLULLAH S.A.W
KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH
DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH

Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!!

Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Sumber MisTis File

MctHeory:
Janganlah kita lalai dan lupa dengan pesanan terakhir Rasullullah S.A.W

Jumaat, 27 Ogos 2010

BENARKAH UMNO SALAH KERANA MEMBELA MELAYU?! KENAPA KITA PERLU MEMPERTAHANKAN BANGSA KITA?

Membuak-buak mendidih hati Mc semasa nak menaip artikel ni. Perasaan marah yang meluap-luap makin teruk apabila kisah Melayu diungkitkan saban hari. Kalau tak sayang bangsa melayu pun takpa la, tapi sekurang-kurangnya hormatlah sesama kaum. Ini tidak, makin hari makin galak pulak kaum lain mempertikaikan melayu. Terbaru apabila UMNO pulak disalahkan. For your information, Mc bukan marah kerana ada orang mempertikaikan UMNO. Lantaklah nak kutuk UMNO ke apa ke, Mc marah apabila mereka salahkan UMNO kerana membela melayu.

Bagi Mc, selamatlah ada UMNO yang masih lagi terhegeh-hegeh menjaga hak melayu, walaupun sekarang UMNO sudah longlai dalam menunaikan tanggungjawabnya. Akan tetapi hanya UMNO sahajalah yang masih berjuang demi bangsa dan agamanya. Dalam NGO pulak ada Perkasa yang memainkan peranan penting dalam menjaga kaum melayu. Sedang UMNO lemah tenaga batin, Perkasa pula memainkan peranan bangkit menjaga hak melayu.

Sebelum ini pelbagai cara untuk melemahkan melayu ditanah airnya sendiri. Paling kurang ajar apabila ada 'bangsat' melayu sendiri yang mengubah sejarah Tanah Melayu semata-mata untuk menafikan Malaysia ini sebenarnya memang Tanah Melayu. Malah ada cubaan menghasut rakyat dengan mengatakan Tun Sri Lanang, pencatit sejarah Tanah Melayu sebenarnya 'syok sendiri' dan mengubahsuai cerita sejarah mengikut keperluan politik Istana. Sedangkan dua manuskrip agung Melayu, Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah) yang dicatit dalam dua manuskrip ini diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan dunia.

Individu seperti Abdullah Munshi, Shahabudden Jalil, DR. Yusof Rawa, Hishammudin Rais dan ramai lagi tokoh-tokoh melayu 'banggang' yang sering mempertikaikan hak melayu di Tanah Melayu. Kebanyakkan mereka ini berhaluan kiri dengan membuat tesis atau teori sendiri semata-mata untuk mempertikaikan orang Melayu adalah bumiputra di Malaysia. Golongan seperti ini juga yang sering mempertikaikan sejarah melayu, malah golongan ini yang kononnya memperjuangkan Orang Asli di Malaysia adalah penduduk asal Tanah Melayu.

Tidak dinafikan kewujudan orang Asli di Tanah Melayu, malah orang asli sememangnya asalnya dari kaum melayu yang tinggal didalam gua atau kawasan hutan pergunungan. Sebab itulah kewujudan mereka sukar dikesan dan disisihkan dari kemajuan tamadun setempat. Paling menarik sekarang apabila Dap, Pas dan PKR menjadi pejuang sejati membela orang Asli. Ini hanya perjuangan politik, semata-mata untuk menafikan hak melayu di tanah bumi Malaysia. Malah ada diantara mereka mengatakan orang Melayu merompak 'hak' orang asli sebagai orang pribumi di Malaysia.

Kenapa mereka mempertikaikan hak melayu? Apa motif sebenar mereka? Motif sebenar mereka ialah untuk mendapat kuasa politik, sebab itu mereka mencari jalan untuk menjatuhkan melayu dengan membuat cerita sejarah palsu dan menafikan sejarah melayu. Mereka anggap dengan menjatuhkan bangsa melayu dan dinafikan haknya, mereka akan berjaya dalam 'sesi' mengalahkan UMNO dan menawan Malaysia. Sebenarnya mereka tak sedar, mereka sedang membakar rumah sendiri.

Jika gila nak berkuasa, atau mahu kuasa politik sekalipun, janganlah sampai mengadaikan melayu. UMNO tu hanya sebuah parti politik, bila-bila masa boleh bubar dan bila-bila masa boleh tubuh. Tetapi melayu adalah darah daging dan tanah bumi Malaysia ini ialah 'rumah' kita. Untuk ambil hati kaum lain, perlukah kita mengadaikan apa yang kita ada? Untuk dapat undi bukan melayu, perlukah kita melacurkan diri demi mereka? Mungkin ada diantara kita tak sanggup, tapi masih ramai yang sanggup.
Andaikata kita ubah sejarah dan melayu di iktiraf sebagai bukan bumiputra dan semua hak keistimewaan melayu ditarik balik. Malaysia akan jadi negara bebas dan kehidupan kita akan sama seperti kaum-kaum lain. Soalannya, apakah bangsa Melayu sudah bersedia bersaing dengan kaum-kaum lain? Dengan pertolongan DEB pun kita gagal meningkatkan ekonomi orang melayu. Apatah lagi bila disuruh berdikari, percayalah kalau bukan kerana kita ini ada 'keistimewaan' yang membela orang melayu, sudah lama Malaysia ni jadi seperti Singapork.

Ada orang kata, mereka pentingkan Islam dan tak kisah langsung tentang perihal bangsa mereka. Cakap memang la senang, kita bangga jadi melayu sebab kita ada negara sendiri, tanah air sendiri. Tengok negara Palestin mereka berperang hingga titisan darah terakhir untuk mempertahankan negara mereka dari dirampas oleh Israel. Kerana apa, kerana negara. Mereka nak tanah mereka. Mereka mempertahankan negara mereka. Kita sekarang sudah ada negara sendiri, kita cuma perlu jaga. Kita boleh kongsi bersama kaum lain, tapi tanah ini masih lagi hak kita, dengan sedikit 'keistimewaan', takkan itu pun tak boleh.

Pasti ada diantara pembaca yang kata Mc terlalu banggakan melayu hingga ketepikan Islam. Harap maaf, Mc bercakap mengenai hal dunia sekarang. Iaitu mengenai bangsa dan negara. Kalau bercakap tentang agama, Mc akan angkat Agama Islam lebih tinggi berbanding bangsa dan negara. Cuba kita fikir, jika kita dijajah dan kita tidak berkuasa, bagaimana kita nak menegakkan dan memperjuangakan Agama Islam? Bagaimana kita nak pelihara agama kita dari dicemari oleh orang lain kalau kita tidak kuat?

Apabila bangsa kita kuat, negara kita kuat. Tentunya senang kita hendak menjaga agama kita. Seperti sekarang. Islam amat kuat di Malaysia. Siapa saja boleh masuk Islam. Masjid dan Surau ada dimana-mana. Boleh pakai tudung dan ketayap, tiada siapa nak halang. Walaupun masih ada cacat cela, tetapi sekurang-kurangnya umat Islam warganegara Malaysia, amat dihormati diserata dunia. Pergilah ke Mekah, beritahu asal dari Malaysia, nescaya kita akan disambut baik oleh mereka.

Kenapa kita dihormati? Kerana Umat Islam dari Malaysia ni kebanyakkannya bagus, baik dan negara kita pun identitinya bagus. Cuba kita bangsa merempat, ada ke orang nak hormat kita? Silap haribulan, pandang kita pun taknak. Mc beri contoh, zaman Nabi Muhammad SAW pun berhijrah dari Mekah  ke Madinah mencari penempatan baru untuk mengembangkan ajaran Islam sambil membentuk kerajaan Islam yang kuat. Bila kerajaan Islam dah kuat, baru Rasullulah SAW mengembangkan lagi ajaran Islam. Maksud Mc disini ialah, bila asas kerajaan kita kukuh, baru Islam akan kuat.

Sebab itu kita kena mempertahankan hak kita dibumi Malaysia. Jangan mudah sangat beri segalanya pada orang lain. Lupakah kita pada zaman kita dijajah dahulu? Mungkin ada sesetengah melayu yang sudah lupa sejarah, sebab itu mereka langsung tidak ada sifat patrotik dalam diri. Almaklumlah.. melayukan mudah lupa.

Oleh itu janganlah kita anggap bangsa dan negara tidak penting dalam hidup kita. Sebab itu dalam Islam, orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara, dianggap 'fisabillilah', kalau mati pun, mati syahid. Fikirkanlah.. Jangan terpengaruh dengan dakyah songsang yang mempertikaikan bangsa melayu. Kerana, jika tidak ada melayu, pastinya tidak ada bangsa lain di Malaysia yang mahu mempertahankan Islam.

UMNO cuma parti bangsa melayu yang bertunjangkan Agama Islam. Jadi untuk perjuangkan Islam, perjuangan bangsa juga perlu. Sama juga seperti Pas. Apakah bezanya UMNO dengan Pas, adakah ahli dalam Pas semuanya bukan melayu seperti mamak? Cina? Mat Saleh? Filipino? Rasanya takde beza UMNO dengan Pas, dalam Pas pun ramai melayu. Cuma Melayu Pas berlakon lebih sikit alim dari UMNO. Sedangkan, Pas pun tunduk pada Dap. Sebab tu mereka tak mengaku mereka melayu.

P/s: Jadi jika melayu lemah, Siapa yang nak mempertahankan Islam? Karpal Sink? Guan Eng? Atau Ronie Liu? he he he. .

MctHeory:
Fikir la sendiri, kalau tak faham sila baca sampai faham!

(Post ini telah diulang)

Khamis, 26 Ogos 2010

UMNO cuma parti bangsa melayu yang bertunjangkan Agama Islam. jadi untuk perjuangkan Islam, bangsa pun kena turut sama berjuang. Sama juga dengan Pas. Apakah bezanya UMNO dengan Pas, adakah dalam Pas semuanya bangsa mamak ke? atau, Cina? Mat Saleh? Filipino? takde bezanya, dalam Pas pun ramai melayu. Cuma Pas berlakon lebih sikit alim dari UMNO. Sedangkan, Pas pun tunduk pada Dap.

P/s: Jadi jika melayu lemah, Siapa yang nak mempertahankan Islam? Karpal Sink? Guan Eng? Atau Ronie Liu? he he he. .

MctHeory:
Fikir la sendiri, kalau tak faham sila baca sampai faham!

Rabu, 11 Ogos 2010

UMAT ISLAM TERTANYA-TANYA, ADA APA DALAM KAABAH? MASUK DAN TENGOK! VIDEO SEMPENA RAMADHAN!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera! Salam 1 Malaysia. Sempena menyambut Ramadhan al-mubarak, Mc siarkan video inside Kaabah (rumah Allah). Bukan semua umat Islam layak masuk ke dalam kaabah. Hanya orang tertentu dan pemimpin negara Islam peringkat tertinggi saja yang layak masuk ke dalam kaabah.

Video ni dirakam oleh seorang arab, Mc pun tak kenal, he he. .Mc cilok kat You Tube, sebab selama Mc hidup lebih 30 tahun, ini pertama kali Mc tengok dalam kaabah. Pergi haji belum lagi, insyallah ada rezeki dengan izin Allah sampai kot Mc kat tanah haram.

Taip panjang-panjang pun tak guna, tengok je a dulu.

Terima Kasih kepada pembaca blog Mc yang setia. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang memberi sokongan. Walau ada yang tak suka Mc, itu hak mereka dan keluarga mereka. Mc tetap dengan blog Mc yang mempertahankan Islam, membela melayu dan menyelamatkan negara dari anasir-anasir jahat Puak Pakatan Haram, terutamanya Anwar dan Dap, tak lupa pada anjing mereka Pas.

P/s: Yang baik semuanya datang dari Allah, yang buruk datangnya dari Anwar Ibrahim. he he. .

MctHeory:
Salam Ramadhan buat Semua! Jangan tak puasa lak!, Terawih Jangan lupa!

Sabtu, 10 Julai 2010

VIDEO YANG MENGHINA UMAT ISLAM!

Video ini dihantar oleh seorang pembaca blog yang dikenali sebagai Mohd kepada Mc untuk disiarkan. Terima kasih Mohd. Dah lama Mc simpan video ni baru sekarang Mc dedahkan. Apabila Islam lemah, inilah yang akan terjadi, dikeji dan dihina. Bila agaknya umat Islam nak sedar diri, nak bersatu. Mungkin video ini bukan di Malaysia. Tontonlah sendiri!

,

Jika budak-budak ini orang Malaysia, Mc harap mereka diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Kerana perbuatan mereka memang tidak boleh dimaafkan. KURANG AJAR TAHAP TERUK NI! BODOH MACAM BABI!

MctHeory:
Dapat kat Mc, sahih kena pijak sorang 20kali.

Rabu, 2 Jun 2010

AKIBAT PEPECAHAN! ISLAM DITINDAS! JIHAD TERHADAP KEZALIMAN ISRAEL!

Cerita mengenai Komando Israel menyerang kapal Konvoi free Gaza Movement sudah menyebabkan umat Islam dunia bangkit mengutuk kekejaman dan kezaliman Israel. Punya la kurang ajar tindakan tentera Israel menyerang sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang langsung tiada senjata. Walaupun untuk mempertahankan diri. Malah secara kurang ajarnya jurucakap Israel mengeluarkan berita, kononnya mereka diserang dahulu, kemudian baru mereka menembak.

Akibatnya, 19 orang anggota sukarelawan konvoi Free Gaza mati dan ramai yang cedera. Mereka diserang diperairan antarabangsa, masih jauh lagi dari pelabuhan masuk ke Gaza. Sungguh berani Isreal menyerang diluar perairannya. Jika mengikut undang-undang, Israel perlu dikenakan tindakan sekatan ekonomi dan denda oleh PBB. Apakah keberanian Israel ini kerana kelemahan sendiri dunia Islam?

Dahulu Islam merupakan satu nama besar dizaman Turki masih memegang tampuk kuasa besar dunia. Segala bidang penting dunia seperti ekonomi, pendidikan, kewangan dan ketenteraan, semuanya dikuasai oleh umat Islam. Malah negara eropah menghantar cendekiawan mereka untuk belajar cara sains Islam.

Itulah kelemahan umat Islam paling besar ialah, mudah lupa diri apabila ditampuk kuasa. Akibatnya kini dunia Islam semakin lemah dan kebanyakan negara Islam sudah dibeli oleh Amerika Syarikat. Maksudnya Amerika sudah mempunyai kepentingan didalam ekonomi dan pentadbiran negara Islam terbabit.

Mesir, Arab Saudi, Turki, Kuwiat, Maghribi dan Iraq semuanya dikawal oleh Amerika Syarikat. Sebab itu dunia Islam semakin lemah dan tidak dihormati oleh musuh Islam yang lain. Apakah kita boleh mengharapkan OIC? Pertubuhan Islam Antarabangsa? Apakah OIC dapat menghalang pergerakan kekuatan tentera Israel?

OIC hanya satu pertubuhan yang hanya pandai bercakap. Tiada satu pun tindakan keras yang pernah dilakukan oleh pertubuhan ini. OIC pernah dicadang supaya menubuhkan tentera gabungan negara Islam. Tetapi ini ditentang keras oleh Amerika, akibatnya negara kroni Amerika membantah penubuhan tentera gabungan negara Islam.

Kini harapan kita hanya kepada PBB, mampukah PBB mengambil tindakan kepada tentera Israel? Apakah perlu PBB menghantar tentera pengaman mengiringi kapal Konvoi Free Gaza Movement bagi menjamin keselamatan anggota konvoi? Semua ini takkan terjadi jika Islam dipandang tinggi di dunia. Nak satukan orang Islam di Malaysia pun susah, inikan pula dunia. Hanya Allah saja yang tahu.

Mungkin kita tidak dapat berjihad secara berperang fizikal, tapi kita dapat berjihad secara jauh dengan mengunakan segala apa yang kita mampu untuk menentang kezaliman Israel laknattulah terhadap orang Islam dan konvoi kemanusiaan Gaza. Ayuh umat Islam Malaysia bangun menentang musuh Islam.

MctHeory:
TAKBIR! ALLAHUAKBAR!!

Jumaat, 28 Mei 2010

BINCANGKAN! PEGUAM SYARIE BUKAN ISLAM? PERLUKAH!

Permulaan hari ni kita lari sikit dari topic politik, kita cuba bincangkan topic berkenaan peguam syarie orang bukan Islam. Boleh ke tidak? Perlu atau tidak perlu? Ada orang kata peguam syarie khas atau hanya untuk orang Islam, dan ada pula yang kata syarie (syariah) hanya undang-undang Islam, jika belajar dan fahaminya, orang bukan Islam pun dapat menjadi peguam. Bagaimana dengan anda? Sila komen dan Mc akan postkan komen yang terbaik bersama pendapat Mc sendiri.

MctHeory:
Asyik Mc aje tulis, nak gak sama dengan pembaca!

Rabu, 19 Mei 2010

BENARKAH KITA ISLAM JIKA TINGKAH LAKU KITA BEGINI?

Sebelum kita memulakan dengan topic yang berat-berat Mc nak sampaikan pesanan dan sindiran kepada semua umat Islam yang mengaku dirinya Islam. Tak kiralah setakat Islam dalam I.C atau betul-betul yang mengamalkan ajaran Islam.

1- Orang lelaki Islam yang sederhana akan beritahu orang bahawa jika dia berkahwin, ada 4 orang anak pun dah cukup, tetapi ada pula orang Islam yang kaya tapi tak berapa nak sedar diri, mengatakan jika ada 4 bini lagi bagus ehh.

2- Ibu ayam kampung cukup marah dan bengis kalau kita kacau anak ayamnya yang baru menetas, tetapi ibu ayam dibandar-bandar besar pula cukup suka kalau anak-anaknya kena usik dengan orang.

3- Orang Islam yang ingat Tuhan bangun awal pagi untuk sembahyang subuh tetapi orang Islam yang ingat dunia hanya bangun pagi semata-mata untuk berjogging kononnya kesihatan diri.

4- Orang yang beriman selalu beringat 'yang hidup pasti mati' tapi orang yang tak beberapa nak cukup iman pula cakap 'hidup mesti terus'.

5- Dulu kita pergi sekolah, cikgu ajar kira-kira dari angka kosong hingga sembilan, tetapi orang yang 'tak sekolah' biasa belajar dan hafal empat nombor ekor je.

6- Orang Islam selalunya pandai mendidik dan menjaga anak dengan baik tetapi orang yang cuma mengaku Islam, cuma pandai buat anak lepas tu buang merata-rata.

MctHeory:
Bagi sesetangah orang dunia adalah pentas lakonan dan jenaka hidup. Bagi kita orang Islam, dunia adalah tempat ujian dan mencari bekal untuk ke peringkat seterusnya. amin. .