Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Exco Kerajaan Negeri Kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Exco Kerajaan Negeri Kedah. Papar semua catatan

Khamis, 9 April 2015

Kedah Tidak Memandang Remeh Gerakan Ajaran Wahabi - Exco


Kerajaan Negeri Kedah tidak memandang remeh gerakan ajaran Wahabi walaupun ajaran itu tidak dikesan di Kedah tetapi bimbang dengan gerakan ekstrem dibawa fahaman Wahabi yang dilihat mampu menjurus kepada kecenderungan untuk menyertai kumpulan militan.

Semasa sesi kedua sidang Dun Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid telah menjawab isu tersebut di dewan.

"Kami tidak mahu pemikiran ekstrem yang diperolehi mereka dari negara luar dibawa masuk ke Malaysia kerana bimbang ia boleh menyebabkan perpecahan berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

"Kami takut fahaman ini akan merosakkan negara kerana fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang kita pegang sama sekali tidak menggalakkan kekerasan seperti membunuh orang," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Yahya (PAS-Alor Mengkudu).

Kerajaan Negeri telah meminta imam dan guru pondok untuk memberi penerangan lebih jelas tentang bahaya fahaman itu.

Selepas sidang DUN tamat, beliau berkata walaupun fahaman Wahabi tidak menyesatkan tetapi ia dilihat cenderung ke arah fahaman ekstremis.

"Contohnya, ulama yang tidak sealiran dengan fahaman mereka akan dianggap sebagai kafir. Lebih memeranjatkan apabila ada kitab-kitab yang ditulis oleh ulama Wahabi yang mengkafirkan Imam Nawawi," katanya.

Katanya, sehingga kini kerajaan negeri Kedah tidak mengeluarkan fatwa mengenai pengharaman fahaman Wahabi di negeri ini namun pemantauan untuk memastikan fahaman itu tidak tersebar sentiasa dijalankan.

Selasa, 28 Januari 2014

INFO! Amaran KERAS Kepada Pengusaha Pasir! - YB Exco Kedah



Macam ni la contoh Exco yang orang Kedah nak. Berani untuk menjaga hak rakyat Kedah.

Baca apa terjadi semalam,

Semalam ADUN Kuala Nerang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah YB Haji Badrol Hisham telah turun meninjau lokasi Sungai Sari, Padang Sanai yang tercemar akibat aktiviti perlombongan pasir berlesen namun gagal menepati piawaian dan prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Sumber Air Kedah.

Di dapati memang air sungai di Sungai Sari, Padang Sanai telah tercemar dan berkeladak teruk. YB Haji Badrol Hisham bersama Pengarah Lembaga Sumber Air Kedah Tuan Haji Fadhil, Pegawai Jabatan Alam Sekitar Kedah,Pegawai Pejabat Daerah Padang Terap, AJK Pemuda UMNO Padang Terap, Pegawai Khas Pejabat ADUN Kuala Nerang, Penghulu Badrol serta beberapa orang kampung turut meninjau ke kuari pasir tersebut.

YB Haji Badrol Hisham menegaskan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha kuari tersebut. Notis dua minggu telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Padang Terap kepada pengusaha kuari pasir tersebut untuk menyelesaikan masalah yang menyebabkan air Sungai Sari tercemar. Sekiranya pengusaha kuari pasir tersebut gagal menepati syarat yang ditetapkan dalam masa dua minggu ini, tindakan tegas akan di ambil. Malah YB Haji Badrol Hisham juga turut memberi amaran kepada pengusaha-pengusaha kuari pasir di negeri Kedah agar sentiasa mematuhi syarat dan prosedur yg ditetapkan. Pemantauan terhadap kuari-kuari pasir akan lebih kerap dilakukan bagi memastikan mereka tidak melanggar syarat yang ditetapkan.

McTheory:
Syabas Abang Sham.. jangan takut, buat yang terbaik untuk rakyat Kedah..

PANASS!! Akibat Terlalu Melampau Exco dan Ketua Pemuda Kedah Buat Laporan Polis! #HanyaDiKedah

Dari kiri Syed Hafiz (KP Alor Setar), Datuk Shaiful (KP Kedah), YB Dato Rawi (Exco), Marzuki (KP Langkawi) dan Shahrol (KP Kuala Kedah)

Nampaknya Exco Agama dan Ketua Pemuda UMNO negeri Kedah yang baru telah mula bertindak dengan membuat laporan polis keatas pemilik Tahfiz Amal yang kita sering dengar menyalahgunakan kanak-kanak.

Setelah diberi amaran berkali-kali oleh kerajaan negeri Kedah kepada pemilik pusat tahfiz amal (PTA) berhubung tindakan mereka mengeksploitasi kanak kanak untuk mengutip derma, Akhirnya Kerajaan negeri Kedah melalui Exco Yb Dato Md Rawi dan Pemuda Umno Kedah Datuk Shaiful membuat laporan polis terhadap PTA berkenaan.

Laporan Polis dibuat selepas Kerajaan negeri membuat keputusan bahawa pusat tahfiz amal berkenaan masih menjalankan aktiviti mengutip derma di seluruh pelusuk negeri dan pemilik PTA berkenaan merupakan pengasas ajaran sesat Azhar Wahab yang mengaku dirinya Raja Sakti.

Kita berharap dengan laporan polis terbabit, pihak polis boleh menjalankan siasatan dan bertindak keatas pemilik Tahfiz Amal tersebut.

Video kenyataan dari Yb Dato Rawi..

Selasa, 24 September 2013

Email Panas! Exco Kedah Guna Penasihat Dari Pas? #KedahAmanMakmur

Exco yang mana agaknya?

Semalam Mc menerima email.. bila Mc baca, email ini memang ada kebenarannya. Jadi hari ni, Mc putuskan untuk menyiarkan email ini untuk kesedaran semua.

Selama ini, blog Mc banyak menapis maklumat yang dapat. Tapi nampaknya, tak guna kalau hanya kita yang terhegeh-hegeh mahu menolong Kerajaan negeri, tapi mereka diatas buat tak peduli dengan apa yang terjadi.

Exco Kedah guna Penasihat dari PAS?
Sungguh majmuk politik di Malaysia apabila ada Kerajaan menggunakan Penasihat dari pihak Pembangkang. Dan ianya berlaku di Kedah. Hanya di Kedah 
Segala perancangan dilakukan dengan cukup teliti. Habis seluruh sistem dikawal oleh beliau. Adakah Kerajaan Kedah dibawah kepimpinan Dato Paduka Mukhriz Mahathir bakal mencipta sejarah dan mengulangi kesalahan Kerajaan terdahulu? 
Siapa Penasihat Khas ini? Dan kenapa beliau sangat dipercayai oleh seorang Exco di Kedah? Adakah Exco ini tak tahu atau buat-buat tak tahu? Menerima maklumat dan nasihat serta cadangan daripada lawan untuk isu besar di Kedah? 
Mungkin Dato Paduka Menteri Besar perlu kaji balik kedudukan Exco ini dan jangan apabila nasi sudah menjadi bubur baru nak tersedar. 
Jika tiada tindakan segera maka tunggulah pendedahan selepas ini yang akan merungkai siapa orang ini. Jangan gadaikan perjuangan untuk kerusi Naib Presiden. BERANI BERUBAH

Dedahkan saja.. Mc sendiri pun banyak benda nak tulis ni.. dah penat bersabar..


McTheory:
Berbuih cakap, masih sama.. adehh..

Jumaat, 17 Mei 2013

PANASS!! Individu Ini Bakal Merubah Keadaan Pasukan Bola Sepak Kedah! #HanyaDiKedah


Mula-mula kita ucapkan tahniah buat YB Aminuddin Omar, ADUN Jitra yang cukup terkenal di kalangan pemuda BN Kedah dengan gelaran Pak Tam, beliau telah dilantik oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Paduka Mukhriz Mahathir sebagai EXCO yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan-Badan Bukan Kerajaan.

Kini pada belia dan peminat bola sepak, Pak Tam adalah harapan baru kita. Harap-harap Pak Tam dapat melakukan sesuatu yang ajaib untuk memulihkan kembali pasukan bola sepak Kedah ketahap yang lebih tinggi.

Mc dan rakan TMK sempat menemubual Pak Tam, berkenaan masa hadapan Bola Sepak Kedah yang kini berada di Liga Perdana dan pembinaan Litar Kedah kepada golongan belia yang berminat kepada sukan pemotoran.

Jom kita tengok, apa komen Pak Tam!



McTheory:
Semoga berjaya Pak Tam, kekalkan imej hemoih yang menjadi popular tu..

TUDIAA!! Siapa Exco Kedah Yang Cute-Cute Ni? #HanyaDiKedah


Siapa Exco kita yang cute ni??

Nama beliau YB Nor Sabrina Mohd Nor, ADUN Bandar Baharu, Kulim. Beliau juga dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi.

Tindakan YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir melantik Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi Melaka sebagai EXCO yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi sememangnya bersesuaian dengan pengalaman yang ada pada YB Nor Sabrina.

Di harapkan YB Nor Sabrina dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna seperti yang di janjikan.

Di bawah ini merupakan video komen YB Nor Sabrina setelah di lantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah.


McTheory:
Selamat bekerja YB.. jangan hampakan amanah rakyat!

Rabu, 15 Mei 2013

HOT INFO! Gambar Menarik dan Senarai Watikah Lantikan Untuk Exco Negeri Kedah! #HanyaDiKedah




Gambar menarik dan senarai rasmi Exco baru negeri Kedah Darulaman bersama portfolio yang mereka pikul untuk bersama rakyat Kedah.


YAB Dato' Paduka Haji Mukhriz Tun Mahathir
(Menteri Besar Kedah)
Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri,
Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber
Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan dan Syarikat Milik
Kerajaan Negeri.


YB Dato' Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, 
Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi.

YB Datuk Suraya Yaacob
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan
Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan

YB Dato' Tajul Urus Mat Zain
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan
Kerja Raya.

YB Haji Badrul Hisham Hashim
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air,
Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan.

YB Haji Mohd Rawi Abd Hamid
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India
dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan

YB Datuk Mohd Tajudin Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan
Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan.


YB Aminuddin Omar
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Kesenian,
Kebudayaan dan Warisan, Badan-Badan Bukan Kerajaan.

YB Norsabrina Mohd Noor
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat,
Komunikasi dan Teknologi Tinggi.



Mc sebagai rakyat Kedah berharap, Exco baru negeri Kedah dapat memikul tugas baru ini dengan rendah diri dan dahulukan rakyat. Kepimpinan baru Kerajaan Negeri Kedah memberi nafas baru dan mentraformasikan Kedah ke jalan yang lebih baik, lebih Islamik dan maju dari bidang ekonomi.

Paling penting, Aku Janji BN Kedah pasti WAJIB di tunaikan!!

McTheory:
Jangan sombong YB.. rakyat perlu diambil berat..