Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pasir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pasir. Papar semua catatan

Selasa, 28 Januari 2014

INFO! Amaran KERAS Kepada Pengusaha Pasir! - YB Exco Kedah



Macam ni la contoh Exco yang orang Kedah nak. Berani untuk menjaga hak rakyat Kedah.

Baca apa terjadi semalam,

Semalam ADUN Kuala Nerang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah YB Haji Badrol Hisham telah turun meninjau lokasi Sungai Sari, Padang Sanai yang tercemar akibat aktiviti perlombongan pasir berlesen namun gagal menepati piawaian dan prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Sumber Air Kedah.

Di dapati memang air sungai di Sungai Sari, Padang Sanai telah tercemar dan berkeladak teruk. YB Haji Badrol Hisham bersama Pengarah Lembaga Sumber Air Kedah Tuan Haji Fadhil, Pegawai Jabatan Alam Sekitar Kedah,Pegawai Pejabat Daerah Padang Terap, AJK Pemuda UMNO Padang Terap, Pegawai Khas Pejabat ADUN Kuala Nerang, Penghulu Badrol serta beberapa orang kampung turut meninjau ke kuari pasir tersebut.

YB Haji Badrol Hisham menegaskan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha kuari tersebut. Notis dua minggu telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Padang Terap kepada pengusaha kuari pasir tersebut untuk menyelesaikan masalah yang menyebabkan air Sungai Sari tercemar. Sekiranya pengusaha kuari pasir tersebut gagal menepati syarat yang ditetapkan dalam masa dua minggu ini, tindakan tegas akan di ambil. Malah YB Haji Badrol Hisham juga turut memberi amaran kepada pengusaha-pengusaha kuari pasir di negeri Kedah agar sentiasa mematuhi syarat dan prosedur yg ditetapkan. Pemantauan terhadap kuari-kuari pasir akan lebih kerap dilakukan bagi memastikan mereka tidak melanggar syarat yang ditetapkan.

McTheory:
Syabas Abang Sham.. jangan takut, buat yang terbaik untuk rakyat Kedah..

Rabu, 23 November 2011

Gempar!! Kat Kedah Pun Ada Kes Curi Pasir!!




Dengan permit dan alasan membersihkan sungai. Ada kontraktor menyalahgunakan permit dengan mengorek pasir sungai untuk mendapatkan sumber yang lumayan.

Dikebanyakan tempat di sungai Serdang dan Air Putih, berhampiran kawasan kebun kelapa sawit. Ada kontrak yang menyalahguna permit dengan membuat korekan besar di tepi sungai sehingga menganggu aliran air sungai.

Perbuatan mengorek pasir haram dilakukan dengan mengunakan jentera-jentera besar dan berpuluh lori pasir keluar masuk untuk mengangkut pasir. Kegiatan dilakukan diwaktu malam.

Khamis, 29 Julai 2010

KES CURI PASIR SELANGOR MASIH LAGI BERTERUSAN!



Video Bos KSSB disoal oleh wartawan berkenaan hal membatalkan lawatan ke kawasan perlombongan pasir Haram.

Nampaknya kes curi pasir di Selangor semakin menjadi-jadi dan tidak berkesudahan, baca taktik terbaru curi pasir di Hulu Selangor klik sini dan curi pasir yang tidak berkesudahan, nak baca klik sini. Link ke rakan blog yang lebih handal dalam kes curi pasir ni.

MctHeory:
Habis la jahanam semua pasir kena sapu dengan puak-puak ni.

Khamis, 15 Julai 2010

ISU PASIR! WOII GAGAP! TOLONG JAGA SELANGOR ELOK-ELOK!



Nampaknya isu pasir di Selangor sudah semakin serius sehingga menyebabkan bukan saja kerugian kepada negeri malah kerosakkan alam sekitar dan juga sumber air bersih. Bagi mengelakkan kejadian curi pasir terus berlaku, Dr Khir Toyo bersama pemberita ke sebuah tapak melombong pasir yang disyaki HARAM di Rasa.

"Akibat daripada kegiatan melombong pasir yang berleluasa sekarang ini, nanti apa yang tinggal di Selangor hanyalah lubang-lubang besar yang sudah tidak bernilai sedangkan tanah itu boleh digunakan untuk pembangunan ataupun pertanian," kata bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo kepada pemberita selepas membuat tinjauan di satu lombong pasir di Rasa di sini.

Katanya jika pasir diambil sehingga kedalaman tanah 36.6 meter, kos untuk menimbusnya adalah tiga kali ganda daripada hasil pasir yang dikeluarkan.

Beliau berkata mereka yang melombong pasir di Selangor kini cenderung untuk mengorek sehingga dalam bagi mendapatkan silika, iaitu pasir berkualiti tinggi, mungkin untuk dieksport berbanding dengan pasir biasa yang digunakan untuk pembinaan.

Khir berkata bahawa kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional dahulu hanya membenarkan pasir dikeluarkan di kawasan tanah persendirian dan kerajaan hanya mengutip royalti.

Katanya semasa beliau menjadi Menteri Besar, lebih 20 kawasan melombong pasir secara haram di sepanjang Sungai Selangor telah ditutup bagi mengelak pencemaran sumber air mentah ke loji rawatan air di Bukit Badong dan di Bukit Tagar berdekatan Batang Berjuntai.




Khir juga mempertikaikan peranan badan-badan bukan kerajaan yang semasa zaman beliau menjadi Menteri Besar aktif membangkitkan isu mengenai perlombongan pasir tetapi pada semasa pemerintahan kerajaan pakatan DAP-Pas-PKR sekarang, mereka ini tidak lantang seperti dahulu.

Mengenai dakwaan Abdul Khalid bahawa kawasan perlombongan pasir di Olak Lempit di Banting adalah sah, beliau berkata apa yang pertikaikan ialah kegiatan melombong pasir yang tidak terkawal di Bukit Changgang yang terletak bersebelahan dengan kawasan perlombongan pasir sah milik Kumpulan Semesta di Olak Lempit.

Apa yang boleh kita pertikaikan ialah, kenapa mereka (pekerja lombong) melarikan diri selepas mengetahui kedatangan Dr Khir dan pemberita dikawasan lombong. Jika benar lombong terbabit mempunyai permit yang sah? Apakah kebanyakkan lombong pasir ini sering dipantau oleh kerajaan negeri? atau kerajaan negeri mempunyai syer tertentu hingga boleh membiarkan bumi Selangor dipenuhi lubang-lubang haram? Hanya sigagap MB Selangor saja yang boleh jawab semua soalan ini.

Ds Najib juga berharap si Gagap ni buat kerja jaga Selangor elok-elok kata beliau "Saya berharap kerajaan negeri (Selangor) akan mengambil tindakan untuk memulihkan keadaan ini sebab isu ini telah menimbulkan kemarahan rakyat. "Rakyat Malaysia yang melihat (isu) ini sebagai satu kelemahan besar yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri (Selangor),”

Sumber Bernama

MctHeory:
Kita tengok apa akan jadi pada sidang dun Selangor nanti, apabila Ketua Pembangkang Selangor (Dr Khir) telah kembali dan bakal mengegarkan dun Selangor setelah lama digantung. Tungguuuuuuuuu!

Isnin, 12 Julai 2010

SELANGOR MAJU, SYABAS ! – PKR ANGKUT PASIR DI DENGKIL PULA !


Kerajaan Negeri Selangor berjaya menambah satu lagi pendapatan secara haram kepada rakyat Selangor dengan kehiatan melombong pasir secara haram seluas 20 hektar berdekatan Paya Indah Wetlands, Dengkil.

Aktiviti melombong secara haram ini dikatakan mampu menjana pendapatan Kerajaan Negeri Selangor RM 220 juta hasil dari anggaran 10 juta tan metrik pasir yang dibawa keluar setiap hari.

Walaubagaimanapun, aktiviti haram tersebut bakal mengundang gangguan ekosistem hidupan unggas disamping menjejaskan salah satu produk pelancongan di Selangor.

Kegiatan haram ini tidak dapat dihidu dan dikesan oleh Exco Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong dan juga NGO Alam Sekitar yang lain … sibuk tengok World Cup agaknya ! Atau mungkin sibuk membuat klip video ais krim yang baru !

Penduduk setempat mulai gusar akibat kegiatan haram yang telah mengganggu hidupan unggas dan alam sekitar. Kegiatan haram ini juga telah menyebabkan projek pertubuhan belia iaitu pusat penternakan ikan talapia dan baung tercemar ekoran tumpahan minyak ke dalam kolam berkenaan.

Aktiviti ini juga telah menyebabkan nyawa dan keselamatan penduduk setempat terancam berikutan kejadian tanah runtuh dan tanah jerlus yang bakal berlaku. Di samping itu, keselamatan kanak kanak juga turut terancam berikutan lori lori pasir haram yang memandu laju.

Syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah berjaya menambahkan pendapatan rakyat Selangor secara amnya.

Rakyat Selangor seharusnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penasihat Ekonomi RM 1.00 Negeri Selangor, Anwar Ibrahim kerana dengan kepakaran beliau dalam bidang ekonomi, negeri Selangor telah berjaya menjana satu pendapatan baru.

Syabas di ucapkan sekali lagi kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan PKR dan Menteri Besar Selangor, Khalid ’Al Gagap’ Ibrahim.

Jahanam … Jahanam ! Penasihat Ekonomi Negeri Selangor RM 1.00 yang dapat 20%.

MELAYU ATAS PAGAR

Sumber Unit Media Wangsa Maju

MctHeory:
Anwar kan baru je habis duit pergi pujuk yahudi kat U.S. Agaknya habis duit Selangor dia kopak, ni kena la cari lubang buat duit. Habis pasir semua dia sapu.