Sponsor

Memaparkan catatan dengan label ismail sabri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ismail sabri. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Julai 2014

INFO! Kebaikan Mangga yang Patut Kita Tahu! @Ismail_Sabri60 #Dsis


Buah mangga memang terkenal di negara kita. Tapi tak ramai yang tahu khasiatnya. Kita fikir ia hanya boleh dibuat jus, kerana enak diminum. Untuk pengetahuan pembaca, ada lagi kelebihan dia selain itu.

Disini saya ingin kongsikan dengan anda 9 khasiat mangga yang perlu kita tahu. Saya tahu mesti ramai yang menggemari buah mangga, bukan? Jom baca dan moga tulisan saya bermanfaat untuk anda semua.

1.Menghalang kanser

Kajian menunjukkan di dalam buah mangga terdapat kompoun antioksida yang dilihat boleh melindungi diri dari kanser kolon, payudara, eukimia dan prostat. Terdapat kompoun seperti quercetin, isoquercitrin, astragalin, fisetin, gailic acid dan methygallat serta pelbagai lagi enzim.

2. Mengurangkan kolestrol

Jumlah fiber yang banyak, pectin dan vitamin C membantu mengurangkan tahap serum kolesterol terutama sekali Low-Density Lipoprotein (LDL).

3. Membersihkan kulit

Boleh digunakan di dalam dan di luar kulit. Mangga membersihkan liang-liang yang tersumbat dan menghapuskan jerawat.

4. Kesihatan mata

Satu cawan mangga yang telah dipotong membekalkan 25% keperluan vitamin A harian anda, yang membantu dalam menjaga penglihatan dan menghalang rabun malam dan mata kering.

5. Mengalkalikan satu badan

Asid tartaric, malic dan sedikit asid sitrik yang ada di dalam buah itu boleh membantu mengekalkan rizab alkali dalam badan.

6. Membantu mengurangkan diabetes

Daun mangga membantu menormalkan tahap insulin di dalam darah. Anda boleh panaskan air, rendamkan daun tu pada waktu malam dan kemudiannya minum air tu pada waktu pagi. Buah mangga juga mempunyai glycemic index yang rendah (41-60) jadi kuantiti yang sederhana tidak akan meningkatkan kadar gular dengan mendadak.

7. Membantu pencernaan

Bukan betik sahaja buah yang mempunyai enzim untuk memecahkan protein. Terdapat beberapa buah termasuk mangga yang mempunyai manfaat ini. Fiber di dalam mangga juga membantu pencernaan dan membuang sisa-sisa dari dalam badan.

8. Mengurangkan panas badan

Buat jus dari buah mangga hijau dan mencampurkannya dengan air dan sedikit gula boleh mengurangkan panas badan dan menghalang keadaan yang bahaya pada badan. Dari kaca mata ayurveda, sebab kenapa orang selalu letih apabila anda berada di kawasan katulistiwa (Malaysia) ialah kerana tenaga matahari yang kuat memanaskan badan anda terutama sekali di bahagian otot. Kemudiannya buah pinggan menjadi penuh dengan toksin dari proses ini.

9. Meningkatkan imunisasi badan

Jumlah vitamin C dan vitamin A yang banyak di dalam mangga termasuk 25 jenis karotenoid memastikan sistem imunisasi sihat dan kuat.

Di bawah video ladang mangga chokonan di Kedah..

Khamis, 10 Julai 2014

INFO!! Tongkat Ali Boleh Pasar di London? @Ismail_Sabri60 #Dsis



Herba ni sebenarnya dah lama wujud dalam perubatan kampung orang melayu. Dulu ianya hanya digunakan secara perubatan kampung, kecil-kecilan.. tapi jika dikomersialkan ia boleh menjadi salah satu penjana ekonomi.

Siapa sangka rupanya penanaman herba juga mampu untuk memberikan keuntungan berlipat kali ganda asalkan kita rajin berbudi kepada tanah.

Kerajaan telah memberikan peluang yang amat cerah kepada para petani yang menjalankan usaha pertanian secara sepenuh masa atau separuh masa mahupun sebagai hobi.

Seperti contoh, penanaman herba juga mampu untuk menjana pendapatan lumayan dan kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif untuk mempromosi dan membangunkan industri herba.

Penjualan tahunan industri herba di Malaysia mencecah angka 2 billion ringgit sementara pasaran global pula untuk ubat ubatan pula bernilai USD $12 billion setahun.

Dalam dasar pertanian ketiga negara, tumbuhan ubat ubatan telah dipilih sebagai salah satu komoditi dengan memberi penekanan bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pembangunan bahan bahan mentah untuk kegunaan industri.

Pembangunan industri herba di Malaysia pada ketika ini aktif mempromosikan 3 sektor ekonomi iaitu pertanian, pelancongan dan pembuatan.

Pertumbuhan dalam industri herba sangat berpotensi untuk menambahkan pembangunan sektor pertanian dan perkilangan Sabah.

Sebanyak 1250 spesies dianggarkan dikenal pasti nama saintifiknya dan mempunyai nilai perubatan.

Sebanyak 10 herba yang berpotensi untuk dibangunkan dan diantara spesies tersebut ialah..

Tongkat Ali
Pegaga
Mengkudu
Dikung Anak
Kacip Fatimah
Halia
Misai Kucing
Hempedu Bumi
Mas Cotek
Limau Purut.

Kesemua tumbuhan ini sebenarnya amat mudah ditanam dan ianya boleh dikatakan sesuai untuk semua kawasan di Malaysia.

Jadi disini kerajaan mengalu alukan mereka yang berminat untuk menceburi bidang penanaman herba yang sudah pasti akan memberikan keuntungan kepada para petani.

Kita selalu dengan orang cina dengan ginsengnya, kita orang melayu juga ada tongkat ali. Jika cina berjaya popularkan ginseng hingga ke luar negara, kenapa kita tak boleh?




Khamis, 26 Jun 2014

INFO!! Cendawan Bakal Jadi Eksport Penting Negara! @IsmailSabri60 #Dsis


Cendawan satu nama yg tak asing bagi kita, tapi tak ramai yg tahu bahawa cendawan juga merupakan industri tanaman yang boleh menghasilkan sumber kewangan yang sangat baik. Malah cendawan juga telah dipatenkan dalam tin juga kering untuk industri makanan.

Perbelanjaan membuka sebuah bangsal cendawan juga tidak memerlukan modal yang tinggi malah tanaman ini mudah ditanam dan dikutip mengikut kuatiti yang kita kehendaki.

Oleh itu MOA dibawah Menterinya Dato Sri Ismail Sabri mahu petani tempatan menceburi bidang ini secara serius dan pengeluaran cendawan dalam negara boleh ditambah dan menjadi sumber pertanian import dalam meningkatkan hasil import negara dalam bidang pertanian.

Kalau anda minat dengan pertanian dan mahu mencuba, cendawan merupakan tanaman yang sesuai. Amanah Ikhtiar juga sedang hebat membuat kursus untuk membantu orang kampung memahami tanaman dan seterusnya meningkatkan ekonomi kendiri.

#Dsis

HOT!! China Sudah Mahu Beli 'Sarang Burung' dari Malaysia - @IsmailSabri60 #DSIS


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menghantar pegawai ke China bagi membincangkan isu pengeksportan sarang burung walit yang belum diproses ke negara itu.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu susulan kesediaan China membincangkan perkara tersebut yang dinyatakan oleh rakan sejawatannya dalam pertemuan mereka baru-baru ini.

“Kalau dulu mereka langsung tidak mahu bincang mengenai sarang yang belum diproses, tapi sekarang sudah setuju,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian di sini Isnin.

China sebelum ini memberi kelulusan kepada Malaysia bagi mengeksport sarang burung walit mentah bersih sejak Januari lalu, selepas beberapa siri perbincangan berikutan sekatan yang dikenakan ke atas negara ini.

Sekatan itu akibat laporan negatif media China mengenai kualiti sarang burung walit yang diimport dari Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata Malaysia sedang melihat beberapa negara sumber baharu untuk mengimport daging termasuk Sudan dan Somalia, berbanding bergantung kepada empat negara iaitu India, Australia, Thailand dan New Zealand pada masa ini.

Beliau berkata pada masa ini bekalan daging mencukupi namun langkah itu diambil untuk mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana negara, lebih-lebih lagi apabila ada ura-ura India akan mengurangkan eksport mereka pada masa depan.

“Kemboja juga merupakan negara baharu dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sedang berada di sana untuk membuat pemilihan lembu hidup bagi dibawa masuk ke Malaysia.

“Kita akan tengok kalau kita dapat pasaran baharu dengan harga dan kualiti yang lebih baik, kita akan kurangkan import dari India,” katanya. – BERNAMA

Rabu, 25 Jun 2014

INFO!! Malaysia Berjaya Tembusi Pasaran Halal China! @IsmailSabri60 #DSIS


Semasa lawatan saya ke China baru-baru ini bersama YAB PM, beliau telah arahkan MOA untuk membawa masuk produk halal ke Xian, China. Sebuah supermarket di China juga sudah bersetuju untuk membawa masuk 3000 produk Malaysia ke China.

Selain itu, produk-produk pertanian kita juga akan cuba menembusi pasaran di Hong Kong, Dubai dan Jepun.

Jadi, saya harap ramai usahawan industri asas tani akan menyahut peluang emas ini, baik usahawan baru mahupun yang sedia ada, dan kita akan menembusi pasaran negara-negara yang saya sebut sebentar tadi.

Sebanyak 3,000 produk halal buatan tempatan berasaskan pertanian akan menembusi pasaran China mulai tahun depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kini hanya 232 jenis produk halal tempatan dijual di wilayah Xian, China iaitu di sebuah pasar raya bernama “Sam Bao”.

“Kira-kira 1,000 lagi produk halal akan memasuki pasaran China sebelum akhir tahun ini dan sebanyak 3,000 produk halal akan memasuki pasaran negara terbabit tahun depan.

“China yakin dengan keluaran produk halal negara kita kerana ia bersih dan bermutu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Informasi Jelajah Usahawan Pahang, di sini hari ini.



Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Shahiruddin Ab Moin.

Ismail Sabri berkata, Malaysia mempunyai masa depan cerah untuk memasarkan produk halal di China kerana permintaan tinggi daripada masyarakat Islam di negara itu, khususnya di wilayah Xian.

Anggota Parlimen Bera itu berkata, satu seminar mengenai Produk Halal Malaysia akan diadakan di wilayah tersebut yang akan disertai pemimpin agama dan kaum negara berkenaan.

“Pengeluar produk halal di negara ini perlu lebih agresif merebut peluang daripada peningkatan permintaan daripada masyarakat Islam di sana,” katanya.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan Agro Bazar pertama yang diadakan di luar negara di Singapura 26 Jun ini.

“Empat buah kedai telah disewa di Arab Street yang akan menjual pelbagai barangan berasaskan pertanian dan buah-buahan tempatan seperti nangka madu, rambutan, manggis dan durian,” katanya.

Selasa, 24 Jun 2014

INFO! Kementerian Sasarkan RM20 juta Jualan Untuk #MAHA2014 @IsmailSabri60 #DSIS


Nampaknya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani benar-benar serius untuk mengembangkan lagi sektor pertanian keperingkat yang lebih tinggi.

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014 yang akan diadakan November ini menyasarkan jualan sebanyak RM20 juta dan lima juta pengunjung, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata pameran dwitahunan yang berlangsung selama 11 hari bermula 20 Nov di Serdang, Selangor itu juga memberikan peluang kepada usahawan pertanian dan industri asas tani di negara ini menjual produk mereka dalam pasaran yang lebih luas. "MAHA 2012 jualan kita capai RM10 juta dengan pengunjung 3.3 juta, jadi bila tahun ini sasaran kita letak lebih besar.

"Selain itu kita juga mengaturkan padanan perniagaan buat usahawan pertanian dan industri asas tani bukan sahaja dengan peniaga dalam negara malah dari luar negara," katanya di sini hari Sabtu. Beliau berucap pada Majlis Perasmian Karnival Pertanian dan Keusahawanan Sempena Road To Maha, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Serta Minggu PKS Peringkat Negeri Melaka 2014 yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.


Ismail Sabri berkata kementerianya juga kini sedang giat membantu usahawan pertanian dan industri asas tani memasarkan produk mereka ke luar negara yang mana inisiatif terbaharu ialah Agrobazar di Singapura yang dijangka siap sebelum akhir bulan ini.

Selain itu katanya pada September ini kementerian itu akan mula membawa masuk produk halal dihasilkan usahawan negara ini ke bandar Xi'an di China dan sebuah pasaraya besar di bandar itu telah bersetuju untuk memasarkan 1,000 jenis produk usahawan Malaysia di sana.

"Kita harap dapat memasarkan sebanyak 3,000 produk di wilayah sekitar bandar itu nanti dan Oktober nanti kita juga akan membawa masuk produk usahawan kita ini ke Dubai dan Jepun," katanya.

Selalu kita import sayur pada Indonesia, kemungkinan besar, selepas ni, mereka pun akan ambil pada kita, kalau kena pada gayanya.

Jumaat, 20 Jun 2014

INFO!! Nelayan Bakal Jadi Pekerjaan Terpenting di negara? @IsmailSabri60 #Dsis



Tanpa kita sedari, sektor perikanan sebenarnya penting bagi negara. Kerana ia merupakan sektor kerja dan bekalan utama negara. Malah sektor ini pernah menjadi sektor utama dalam penjanaan bekalan makanan.

Dikebanyakkan negara membangun, perikanan membangun sebagai salah satu sektor yang penting ketika kurun kedua kurun ke-20. Diakhir tahun 1990an, sektor perikanan telah menjadi antara sumber terpenting membekal makanan, pekerjaan dan tukaran asing dan situasi ini akan berterusan. Manakala bagi banyak negara membangun perikanan boleh dianggap sebagai faktor penting melonjak nilai tambah bagi aktiviti sesebuah negara termasuk melonjakkan ekonomi sesebuah negara.

Pada dekad yang lepas, penggunaan perkapita perikanan telah melonjak secara global seiring dengan perkembangan ekonomi dunia. Bagaimanapun, perkembangan ini tidak akan berterusan selamamya. Ada batasan terhadap sumber perikanan termasuk ikan dan makanan laut lain. Sejajar dengan perkembangan keperluan manusia terhadap makanan laut ia telah berkembang daripada hanya sekadar keperluan makanan kepada manusia kepada makanan "masakan khusus". Bagi negara-negara maju, makanan laut masih merupakan makanan utama. Ia merupakan sumbangan utama kepada banyak negara terutama ketika pertengahan tahun 1990an, sumber berasaskan makanan laut menyumbang lebih daripada 50% kepada populasi di 34 negara.



Dalam menjangkakan pengeluaran perikanan dunia terutama bagi tangkapan ikan liar dan akuakultur bakal mencecah rekod baru pada tahun 2013, secara totalnya 160 juta tan berbanding hanya 157 juta tan pada tahun 2012. Peratusan produk perikanan yang didagangkan di pasaran antarabangsa sangat siknifikan sekitar 37% pada tahun 2013 menjadikan sektor perikanan adalah salah satu sektor diperingkat globalisasi dan merupakan satu perusahaan dinamik dalam dunia pengeluaran makanan laut dan perikanan. Di Malaysia sahaja, pengeluaran perikanan pada tahun 2013 berjumlah 1.74 juta tan metrik bernilai RM10.6 billion (USD3.30 billion). Jumlah nilai perdagangan ikan dan produk berkaitan perikanan berjumlah RM5.9 billion (USD1.84 billion). Ini menyumbangkan 1.3% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Di bawah Polisi Agro-Makanan Kebangsaan (2011-2020), kerajaan Malaysia telah menetapkan cita-cita mahu mensasarkan 2.00 juta tan metrikikan dihasilkan menjelang tahun 2020. Dasar Agro-Makanan Kebangsaan 10 tahun ini telah diluluskan oleh Kabinet Malaysia pada 28 September 2011 bagi menggantikan Dasar Pertanian Negara. Dengan dasar baru ini bakal memberi jaminan bahawa bekalan makanan yang selamat kepada pengguna di negara ini.



Kerajaan percaya dengan bantuan yang diberikan kita mampu mencapainya. Namun, mampukah kita menyahut cabaran dan cita-cita kerajaan itu?

Doa dan usaha.. Insyallah kita akan berjaya!


Geng jangan lupa LIKE page MukhrizMahathir FC klik link bawah ni..

Khamis, 19 Jun 2014

INFO! Akibat Pencerobohan Laut Dalam 'SUPER' diwujudkan!! @IsmailSabri60 #Dsis


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah melakukan satu lagi usaha dan inisiatif di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam usaha membendung pemasalahan di kawasan penempatan nelayan dan perairan Negara. Lantas hari ini menterinya, Dato' Sri Ismail Sabri telah merasmikan skuad Sukarelawan Perikanan (SUPER) di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung.

Penubuhan skuad (SUPER) adalah sebagai salah satu usaha bagi menangani masalah pelanggaran undang-undang laut atau masalah sosial di kawasan penempatan nelayan menjadi keutamaan kerajaan supaya ia dibendung daripada menjadi besar.

Antara aktiviti – aktiviti yang melanggar peraturan dan undang- undang Negara di laut ialah :

1. Penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel / petrol subsidi.
2. Perlanggaran zon- zon perikanan seperti pencerobohan bot pukat tunda di Zon A.
3. Pengunaan alat- alat menangkap ikan yang boleh memusnahkan sumber- sumber perikanan yang dilarang oleh undang- undang Negara.
4. Mengawal pencemaran laut seperti pembuangan sampah sarap, minyak dan lain- lain kumbahan kedalam laut.
5. Mengawal penebangan pokok seperti kayu bakau yang menjadi penampang kepada hakisan pantai.
6. Pencerobohan nelayan asing.
7. Kehadiran pendatang tanpa izin melalui jalan laut.
8. Menjaga sumber perikanan di kawasan masing- masing.
9. Penyeludupan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah dan lain- lain barang- barang kawalan ke Negara asing dan juga ke Negara ini.


Menerusi inisiatif ini, sepertimana fungsi RELA yang lain, (SUPER) berfungsi:

a) Memastikan keselamatan setempat
b) Memastikan keamanan setempat
c) Memastikan kesejahteraan masyarakat setempat
d) Memastikan keharmonian setempat

Penubuhan (SUPER) di Pulau Pinang akan menjadi titik tolak dalam usaha menangani isu jenayah di laut mahupun pemasalahan di penempatan nelayan. Buat permulaan seramai lebih kurang 600 orang telah pun berdaftar untuk menjadi anggota (SUPER).

Mereka telah memenuhi syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh pihak RELA seperti Warganegara Malaysia, sihat tubuh badan dan berumur 17 tahun keatas. Ia melibatkan kawasan- kawasan seperti yang berikut:

i) Kawasan perairan Pulau Pinang
ii) Kawasan perairan SeberangPerai

Rabu, 18 Jun 2014

INFO! Kementerian Pertanian dan Asas Tani Bantu Petani yang dilanda bencana alam! @IsmailSabri60 #Dsis


Hari ni Dato Sri Ismail Sabri turun ke Kedah untuk menyalurkan bantuan kepada petani dan mengajar petani untuk menyediakan langkah pemulihan selepas bencana.

Sejumlah RM2,136,216.74 peruntukan bantuan diberikan pada petani seramai 1,165 orang dikawasan PPK LPP yang teelibat dengan bencana kemarau.

Bantuan juga diberikan pada PPK MADA yang terjejas akibat banjir hingga memusnahkan tanaman dengan yang berjumlah RM1,750,778.832 kepada 1137 orang petani.

Masalah tanah Jerlus juga melibatkan 715 petani, malah MOA tetap memberikan bantuan dengan peruntukan sejumlah RM2,724,264.50.

Bantuan diberikan untuk meringankan beban petani yang terjejas punca pendapatan akubat bencana alam yang berlaku. Sememangnya bantuan ini tidak mampu mengantikan semua kerugian, namun ia sebagai tanda kerajaan mengambil berat terhadap rakyat.

kerajaan tidak harapkan terima kasih, cuma cukuplah bersyukur dengan apa yang diberi, kerana apa yang kita perolehi hari ini, sebenarnya lebih baik dari sesetengah orang yang benar-benar memerlukan.



Jumaat, 13 Jun 2014

INFO! Jom Bertani Tingkatkan Ekonomi dan Kesihatan! @IsmailSabri #Dsis



Mc ni salah seorang peminat program pertanian. Mungkin jiwa anak Kedah ni lebih dekat dengan kerja tanah. Merantaulah ke pelusuk dunia. Tapi bila pulang ke Kedah, ternyata luas pandangan dan masih penuh dengan kehijauan hutan dan kekuningan padi.

Mc sokong program Jom Bertani disematkan pada semua rakyat Malaysia. Tidak hanya di luarbandar, dibandar pun boleh dengan mengunakan cara pertanian dalam bandar.

Berbudi pada tanah ni, tidak hanya perolehi hasil sayur atau buah, tapi jika lebih boleh dijual, malah orang yang mengerjakannya setiap pagi pun sihat, keluar peluh.

Banyak kelebihannya ni..

Jom dengar kata Dato Ismail Sabri tentang program Jom Bertani yang diadakan di Terengganu.


Asal Usul Program Jom Bertani



Merakyatkan Pertanian Sebagai Satu Budaya



Kurangkan import Sayuran dari luar negara


Kembalikan tradisi kita..

Khamis, 12 Jun 2014

INFO!! TPM Mahu Kita Kekalkan Budaya 'Bertani' Hingga Menjadi Tradisi!! @IsmailSabri #Dsis


Program Jom Bertani peringkat kebangsaan yang dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri di Besut tadi membawa sinar harapan baru kepada para petani, penternak dan nelayan di seluruh negara.

Program yang turut dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Menteri Besar Terengganu banyak memberikan manafaat kepada para petani, penternak dan nelayan dengan pelbagai bantuan dan inisiatif yang diwujudkan oleh pihak kerajaan kepada golongan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya memberitahu bahawa pihak FAMA telah memaklumkan kepada beliau bahawa 3 kawasan pasar borong baharu telah dikenal pasti untuk memberikan peluang bagi golongan petani, penternak dan nelayan memasarkan hasil jualan mereka.


Beliau juga mengatakan bahawa sebanyak RM 5 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk program Jom Bertani diseluruh negara dan pelbagai insentif disediakan seperti bantuan kepada nelayan dan penternak.

Dalam ucapan Menteri Pertanian pula, Dato' Sri Ismail Sabri mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri kerana begitu mengambil berat tentang sektor pertanian, penternakan dan penangkapan ikan diseluruh negara.


Sebelum merasmikan program Jom Bertani di Besut, Timbalan Perdana Menteri telah diiringi oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Menteri Besar Terengganu diikuti oleh ahli parlimen Jerteh, exco exco kerajaan Negeri Terengganu dan ADUN ADUN dari beberapa kawasan telah melawat pasar jualan ikan di jeti nelayan Kuala Besut.



Timbalan Perdana Menteri juga disambut dengan penuh meriah di Kampung Nyor Tujuh Besut dimana tempat pelancaran program Jom Bertani berlangsung. - Sumber

Jom kita dengar apa menteri sendiri terangkan Program ni untuk apa..


Kemudian dengar pesanan terbaik dari TPM mengenai Pertanian merupakan satu budaya..

Rabu, 4 Jun 2014

HOT!! Menteri Kempen Perangi Orang Tengah (Lintah Darat) Petani dan Nelayan Wajib Baca!! @IsmailSabri60 #Dsis



Sejak akhir-akhir ini, pelbagai bantuan daripada pihak kementerian pertanian dalam membantu meningkatkan taraf hidup para petani, penternak dan nelayan di dalam negara, disamping beberapa program lain yang dilihat mampu memberikan impak positif terhadap golongan sasar itu.

Di bawah ini adalah video-video penting bantuan pada para petani, pesawah dan nelayan. Serta kemudahan yang akan golongan ini perolehi daripada pihak kementerian.

ANTARA KEMUDAHAN UNTUK PETANI




FAMA SEDIAKAN KEMUDAHAN UNTUK PETANI 




Pihak orang tengah memang bijak menipu mereka. Pada mula nya mereka diberi in modal, wang, dahulukan wang jika perlu, tetapi pada akhirnya nya petani, penternak dan nelayan dipaksa menjual hasil mereka dengan harga ditetapkan oleh hm orang tengah sesuka hati.


LAFAZ IKRAR JIHAD MEMERANGI ORANG TENGAH 




Masalah inilah yang menyebabkan nelayan, petani dan penternak tidak maju dan hidup dalam kemiskinan.

Dengan adanya pelan strategi pemasaran yang baru oleh kementerian dan usaha memperbanyakkan produk untuk pasaran antara bangsa diharap jihad ini akan berjaya.

Semalam pada 24 Mei 2014, Dato Seri Ismail Sabri berada di RTC Gopeng Perak untuk melancarkan kempen Jihad Memerangi Orang Tengah untuk sub sayur sayuran dan buah buahan.

RM60 BERBILION RINGGIT DICURAHKAN KEPADA PETANI PENTERNAK DAN NELAYAN.





Harap dengan strategi pemasaran yang baru ini akan menjadikan anak anak muda berminat dalam bidang ini sebagai kerjaya mereka yang memberikan mereka pendapatan tinggi.

Kalau tak beberapa nak faham.. tengok penerangan dibawah,


Selasa, 3 Jun 2014

INFO!! Mangga Chokanan Tarikan Pelancongan Terbaru di #Kedah! @IsmailSabri60 #Dsis


Ladang Mangga Chokanan Terbesar Di Kedah

Dengan keluasan 14 hektar dan kapasiti 18000 pokok, Tobiar yang terletak di Pendang, Kedah kini terkenal sebagai ladang mangga chokanan yang terbesar di Kedah. Selain daripada mengeluarkan mangga, ladang ini juga dijadikan destinasi pelancongan yang wajib dilawati jika berkunjung ke Kedah.

Masa MAHA Kedah tempohari pun ada dipamerkan mempelam ni.



Nak rasa mangga segar dan terbaik dari ladang, jom singgah kat sini!


Isnin, 26 Mei 2014

INFO! Berita Baik Untuk Pesawah!! RM39.2 JUTA Wang Ehsan Dari Kementerian MOA Untuk Anda di #Kedah!! @IsmailSabri60 #Dsis #HanyaDiKedah


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengumumkan bantuan wang ihsan berjumlah keseluruhan RM39.2 juta kepada 5,447 pesawah, yang mengalami kerugian akibat kemarau dan tanah jerlus di Kedah dan Perlis.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata daripada jumlah itu, RM2.4 juta diperuntukkan kepada 1,570 pesawah membabitkan kawasan seluas 1,661.84 hektar, yang menghadapi masalah kawasan tanaman padi dilanda kemarau.

Beliau berkata, peruntukan selebihnya membabitkan RM36.8 juta pula diberikan kepada 3,877 peladang dengan kawasan seluas 6,962 hektar, yang mengalami masalah tanah jerlus sehingga dua musim penanaman padi mereka terpaksa dibatalkan bagi pemulihan kawasan itu melalui Program Pemulihan Tanah Jerlus.

“Bagi masalah kemarau, kerajaan memberikan wang ihsan sebanyak RM1,400 bagi setiap hektar kepada 1,570 pesawah, manakala bagi masalah tanah jerlus kita menyalurkan bantuan sebanyak RM2,645.50 sehektar bagi satu musim tanaman.

“Kita yakin dengan pelaksanaan Program Pemulihan Tanah Jerlus, masalah dihadapi petani sejak dua tahun lalu dapat diatasi, sekali gus mengelakkan kehilangan pendapatan yang dianggarkan bernilai RM105.2 juta setahun,” katanya kepada media selepas lawatan kerja di Kampung Bendang Raja, di sini, semalam.

Tabung khas bantu petani.

Ismail Sabri berkata, wang ihsan itu diperoleh daripada Tabung Bantuan Bencana Agro Makanan yang diwujudkan kementerian bagi membantu penternak, peladang dan nelayan yang dilanda bencana alam dengan peruntukkan keseluruhan tabung sebanyak RM10 juta pada peringkat awal.

Ismail berkata, kawasan tanaman padi yang dilanda kemarau meliputi 42 kawasan di bawah kendalian 10 buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sehingga menyebabkan kehilangan hasil sebanyak 6,600 tan.

Katanya, dalam tempoh jangka panjang, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai (PPSP) mengkaji mewujudkan telaga tiub bagi mengairi bendang yang kering akibat kemarau.

“Selain itu, kita juga akan membuat kajian bagi menyalurkan air dari Sungai Padang Terap yang jauhnya kira-kira 25 kilometer (km) ke Sungai Lampam bagi pembekalan air ke kawasan bendang di Pendang,” katanya.

Pelaksanaan program pemulihan tanah jerlus pula membabitkan pembinaan dan pembaikan sistem saliran dan mengembalikan semula kekuatan struktur tanah sawah dengan peruntukkan sebanyak RM11.42 juta melalui Rolling Plan 3 dan RM13.6 juta melalui peruntukkan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Video dibawah menerangkan enam faedah melalui dana peladang,

HOT!! 'Coffee Book' Sebuah Buku yang mendedahkan segalanya? @IsmailSabri60 #Dsis



Kalau dilihat ada kulit luar, tentu ada yang agak, Dato' Sri Ismail Sabri menulis sebuah buku. Sedangkan, Dato' Sri Ismail Sabri sendiri pun  terkejut bila menerima buku yang bernama 'coffee book'. Buku apa agaknya tu? Hinggakan tuan punya badan sendiri pun tak tahu.

Buku tersebut sebenarnya telah diilhamkan untuk beliau sempena setahun perkhidmatan beliau dalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.



Buku ini telah dihasilkan oleh setiausaha akhbar beliau bersama sama dengan kakitangan unit komunikasi dan menurut Dato' Sri Ismail Sabri, beliau tidak tahu menahu tentang perkara tersebut.

Selama setahun Dato' Sri Ismail menerajui Kementerian Pertanian, pelbagai penambah baikan untuk kemajuan para petani, penternak dan nelayan dilakukan dan baru baru ini beliau telah melancarkan jihad orang tengah yang dilihat mengambil kesempatan keatas para petani dengan memperolehi keuntungan berlipat kali ganda hingga para petani berada dalam keadaan tertekan.

Tindakan jihad memerangi orang tengah sebenarnya mampu untuk memberi pendapatan yang tinggi kepada para petani, penternak dan nelayan dengan memasarkan sendiri hasil pertanian, penternakan dan tangkapan mereka.

Semoga segala daya usaha Dato' Sri Ismail akan membuahkan hasil dan mampu memberikan imbuhan lumayan kepada para petani.

Aminnn..

Sabtu, 24 Mei 2014

INFO!! Jihad Memerangi Orang Tengah @IsmailSabri60 #Wira Petani dan Nelayan! #Dsis



Hari ini berlangsung sebuah program yang dinamakan sebagai Jihad Memerangi Orang Tengah sub sektor sayuran dan buahan di RTC Gopeng.

Perasmian program telah dilakukan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri yang juga disertai oleh pengerusi pengerusi agensi dan badan di bawah kementerian tersebut.



Program ini turut dihadiri oleh Pengerusi Tekun, Dato Hanidah Osman dan Pemgerusi FAMA , Tan Sri Badruddin serta dif dif kehormat dari kalangan pengarah dan pegawai kementerian.






Dalam ucapan YB Menteri, beliau mengayakan bahawa, kemiskinan para petani, penternak serta nelayan adalah berpunca daripada sikap orang tengah yang dilihat mengambil kesempatan serya keuntungan berlipat kali ganda hingga para petani berada dalam keadaan yang amat mendukacitakan.




Oleh yang demikian, pihak Bank Pertanian serta TEKUN telah menyediakan dana pinjaman berjumlah RM 120 juta yang mana, bank pertanian telah memperuntukkan sebanyak RM 80 juta dan TEKUN pula sebanyak RM 40 juta.

Dalam pada itu juga, YB Dato' Sri Ismail Sabri melahirkan rasa kecewa dengan segelintir nalayan dan petani yang dilihat lebih selesa berurusan dengan orang tengah daripada menjual hasil mereka secara sendirian dan sekaligus menyebabkan kehidupan mereka makin terhimpit.

Dalam program Jihad Memerangi Orang Tengah ini, pihak TEKUN pula telah mengambil pendekatan dimana sekiranya nelayan atau petani yang telah terhutang dengan orang tengah, maka pihak TEKUN akan melunaskan hutang tersebut dan petani atau nelayan ini hanya akan berhutang dengan TEKUN dan membayar pinjaman tersebut dengan cara mudah.

Dato ' Sri Ismail Sabri mengatakan bagi nelayan, bayaran hutang hanya dikira apabila ada hasil tangkapan dan jika musim tengkujuh, tiada bayaran yang akan dikutip.

Begitu juga dengan petani, mereka akan membuat bayaran apabila hasil pertanian mereka sudah boleh dituai dan dipasarkan barulah hutang berkenaan dikutip oleh pihak TEKUN.

Pelbagai lagi bantuan daripada pihak kementerian dalam membantu meningkatkan taraf hidup para petani, penternak dan nelayan dalam negara disamping beberapa program lain yang dilihat mampu memberikan impak positif terhadap golongan sasar itu.

Khamis, 22 Mei 2014

INFO!! Apa yang @IsmailSabri60 Buat di Kementerian Pertanian Selama Setahun? #Dsis


Sudah lebih setahun Dato Sri Ismail Sabri memegang jawatan menteri pertanian dan industri asas tani. Sudah tentu beliau mahu melakukan perubahan besar, seperti meningkatkan taraf hidup petani, penternak dan nelayan merupakan matlamat utama perjuangan, Datuk Sri Ismail Sabri sebaik sahaja dilantik sebagai menteri yang menerajui kementerian itu setahun yang lalu.

Beliau mahu mengubah persepsi terhadap golongan yang dilabelkan sebagai miskin dan tertindas. Biarpun agak sukar, Ahli Parlimen Bera ini tetap berazam untuk mengubah pandangan masyarakat ke atas petani, penternak dan nelayan.


Dalam tempoh genap setahun hari ini di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pelbagai perkara beliau telah lakukan, antaranya mengubah sektor pertanian itu sendiri supaya golongan muda melihat sektor tersebut sebagai jaminan masa depan yang menguntungkan.

"Kesan di sebalik persepsi negatif ke atas ketiga-tiga golongan itu menyebabkan orang muda kurang berminat menceburi sektor pertanian, mereka beranggapan ia tidak menjamin masa depan dan itulah realitinya, waima kalau kita baca novel dan tengok filem sekali pun soal kemiskinanlah yang digambarkan.

"Semua ini berpunca daripada peranan orang tengah dan inilah pentingnya kita perlu hapuskan orang tengah yang selama ini menindas golongan petani, penternak dan nelayan, produk mereka dibeli pada harga murah tetapi orang tengah mengaut keuntungan berganda menjualnya pada harga tinggi kepada pengguna," katanya.


Justeru bagi membela nasib golongan tersebut, beliau mengumumkan untuk berjihad membanteras orang tengah serta berhasrat mengubah kesusahan hidup mereka supaya dapat menikmati kehidupan lebih sempurna sejajar dengan arus kemodenan.

Bagi membela nasib golongan itu, Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjadi orang tengah membeli hasil tangkapan laut, ternakan dan tanaman pada harga lebih munasabah.

Justeru lama kelamaan golongan yang menjadi nadi kepada kelangsungan hidup masyarakat desa dan bandar ini akan berubah sedikit demi sedikit, walaupun mungkin terpaksa memakan masa Ismail Sabri optimis bahawa matlamat perjuangan beliau pastinya akan membuahkan hasil satu hari nanti.


Jihad beliau itu mungkin dilihat sebagai sesuatu yang sukar kerana tidak mudah menyingkirkan orang tengah yang telah berakar umbi sejak sekian lama, namun Ismail Sabri melihatnya sebagai satu usaha yang mesti diteruskan walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan.

"Orang tengah ini selalunya dikaitkan dengan bangsa tertentu tapi saya tidak fokus kepada bukan Melayu atau bukan Islam semata-mata kerana apa-apa bangsa pun boleh jadi orang tengah, saya sebut jihad membanteras orang tengah kerana saya mahu tunjukkan bahawa kita serius dalam melaksanakannya.

"Orang tengah ini boleh jadi Melayu dan Islam, sesiapa pun boleh asalkan dia mengambil kesempatan menindas golongan penternak, petani dan nelayan. Angkara orang tengahlah kesannya turut dirasai oleh pengguna kerana harga di pasaran akan menjadi mahal," katanya.

Cerita jihad memerangi orang tengah boleh baca kat SINI


Para petani dan nelayan tidak boleh lagi membiarkan hasil titik peluh mereka diratah oleh orang tengah, mereka tidak boleh membiarkan keringat mereka diperah sesuka hati, mereka perlu bangkit menjual sendiri hasil mereka dengan cara betul untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Tegas beliau, perjuangan untuk mengubah minda petani dan nelayan amat penting dan ia bukan hanya berlegar di peringkat kementerian sebaliknya harus dipikul oleh semua pihak.

Mengulas mengenai nasib para nelayan yang terpaksa berhutang dengan orang tengah ketika musim tengkujuh sehingga menyebabkan kudrat mereka diperah untuk melangsaikan hutang, beliau berkata, kerajaan telah menanganinya.

"Kini, hutang para nelayan sebanyak RM40 juta diambil alih oleh Tekun Nasional, Nekmat pula menyediakan tabung pinjaman tanpa faedah untuk kecemasan sebanyak RM50,000 kepada 87 persatuan nelayan kawasan serta mewujudkan 50 pasar nelayan baharu di seluruh negara bagi membolehkan hasil tangkapan dipasarkan terus.

"Nekmat juga membeli ikan dengan harga setanding ditawarkan orang tengah, FAMA pula menyediakan lebih banyak ruang di pasar tani bagi nelayan dan keluarga menjual hasil produk mereka kepada pengguna," katanya.

Matlamat meningkatkan taraf hidup tidak mungkin akan berjaya tanpa sokongan para petani, penternak dan nelayan sendiri, justeru kempen berterusan akan terus dilakukan bagi memastikan minda mereka dapat diubah.

"Saya sedar masih ramai petani kita yang selesa dengan cara lama atau cara tradisi, mereka sedar dari segi pengeluaran hasilnya rendah berbanding mengamalkan cara moden, jadi saya masih perlu bekerja keras untuk mengubah minda mereka.

"Para pemimpin persatuan nelayan dan petani juga perlu diberikan kursus untuk mengubah minda mereka, bagaimana petani hendak berubah kalau pemimpin persatuan sendiri kurang kesedaran, pegawai-pegawai di kementerian dan agensi-agensi di bawahnya juga perlu berubah supaya perubahan besar-besaran boleh dilakukan," katanya.

Beliau amat berharap agar kaedah lama dalam sektor pertanian dapat dimodenkan secara menyeluruh kerana negara memiliki tanah yang subur, kerajaan menyediakan bimbingan dan tunjuk ajar serta bantuan kewangan untuk melahirkan usahawan-usahawan tani muda yang berjaya.

Pesawah juga merupakan golongan sasar yang perlu diubah mindanya, tanaman cara lama tidak sesuai lagi diamalkan pada masa kini, sikap suka menggunakan khidmat orang tengah perlu dibuang, anjakan perlu dibuat jika mahu menambah pendapatan.

Bagi membantu pesawah, PPK akan diberi peranan dan kuasa membeli padi daripada petani manakala pengusaha kilang akan mendapatkan kuota keperluan kilang melalui PPK manakala NAFAS akan menyediakan Dana Bantuan Kebajikan sebanyak RM100,000 bagi setiap PPK yang melaksanakan skim belian padi bagi mengelakkan petani dan ahli meminjam dari broker. Cerita lengkap mengenai PPR boleh klik SINI


Sejak setahun lalu, 17 dasar dilaksanakan oleh Ismail Sabri, antaranya mengharamkan penggunaan pukat tunda saiz anak mata 38mm, membatalkan lesen pengusaha laut dalam yang memajak bot kepada pengusaha Vietnam atau menggunakan sepenuhnya nelayan asing untuk beroperasi, meliberalisasikan permit import (AP), mewujudkan Unit Agroproneur Muda dan Majlis Perundingan Agroproneur Muda (dipengerusikan oleh beliau sendiri), Program Transformasi Pertanian dan meningkatkan pengetahuan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan serta Nekmat.

"Harapan saya ialah ada perubahan minda di kalangan semua pihak agar transformasi pertanian dapat dilakukan secara mutlak, cara bekerja juga perlu berubah barulah ada perubahan. Jika tidak usaha ini tidak akan berjaya," katanya.

Dibawah Mc sertakan poster kempen dan program yang dilancarkan oleh MOA selepas setahun Datuk Sri Ismail Sabri menjadi menteri di MOA.