Selasa, 20 Mei 2014

INFO!! Jihad Memerangi Orang Tengah Bukti Kementerian Serius Bela Nasib Pesawah, Petani dan Nelayan! @IsmailSabri60 #Dsis


Pada awal tahun ini, Kementerian Pertanian dan Asas Tani melancarkan jihad memerangi orang tengah. Memerangi orang tengah ini tertakluk dalam segala segi dan bidang.

Inisiatif Jihad Memerangi Orang Tengah Dalam Sub-Sektor Padi dan Beras dilancarkan dengan harapan membolehkan pesawah di seluruh negara menikmati pendapatan lebih tinggi serta mengelakkan mereka terus menjadi mangsa penindasan orang tengah.

Inisiatif jihad dilancarkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata berikutan itu pihaknya menubuhkan Pusat Belian Padi diuruskan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan dibawah selian Lembaga Pertubuhan Peladang, MADA dan KADA bersama BERNAS.

Menurut Ismail Sabri, inisiatif Jihad Memerangi Orang Tengah ini juga akan diperluaskan ke sub sektor lain iaitu perikanan, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Bagi melancarkan jihad memerangi orang tengah dalam sektor perikanan pula Kementerian melancarkan lapan strategi utama bagi membebaskan golongan nelayan daripada terus berada dalam cengkaman orang tengah.

Antara pendekatan agresif yang diambil kementerian dalam strategi itu termasuk mengambil alih hutang nelayan sebanyak RM40 juta daripada orang tengah menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.


"Hasil kajian yang dilakukan, dianggarkan kebanyakan 47,000 nelayan Zon A dan Zon B berhutang dengan orang tengah menyebabkan mereka terikat dan terpaksa menjual hasil kepada pihak berkenaan.

Untuk itu, kita akan selamatkan dan bebaskan hutang mereka daripada orang tengah. TEKUN akan ambil alih serta bayar secara langsung dan selepas ini mereka hanya akan berhutang dengan TEKUN," katanya .

Kerajaan juga menerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) akan menyediakan tabung pinjaman tanpa faedah untuk kecemasan sebanyak RM50,000 kepada 87 persatuan nelayan kawasan termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengelakkan golongan ini terus bergantung dengan orang tengah.

"Kerajaan juga menerusi TEKUN bersedia memberikan pinjaman kepada nelayan yang ingin membeli bot ataupun sampan," katanya.

Malah jumlah pasar nelayan pada tahun ini akan ditambah dengan mewujudkan 50 pasar nelayan baharu di seluruh negara bagi membolehkan nelayan atau kaum keluarga mereka memasarkan sendiri hasil mereka, katanya.

Dalam masa sama, katanya, Nekmat juga akan memainkan peranan membeli ikan-ikan daripada nelayan dengan menawarkan harga setanding dengan yang ditawarkan orang tengah.

Langkah meminimumkan peranan orang tengah ini juga diambil sebagai strategi bagi menurunkan harga borong bekalan komoditi pertanian, terutamanya makanan dan keperluan asas, sekaligus membendung peningkatan harga runcit di pasaran pengguna.

Video Dato Sri Ismail Sabri ulas mengenal lancar jihad orang tengah,


Tiada ulasan: