Rabu, 21 Mei 2014

HOT!! Mak Dyana Dap Kata, Dia Nak Mukhriz, Tapi Akhirnya Jadi Marina? atau Kit Siang? #PrkTelukIntan

Bagus.. Dap memang baguih..

Kekesalan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Dyana Sofya Mohd Daud menjadi calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan dijawab sendiri oleh ibunya, Yammy Samad.

Yammy berkata beliau sehabis daya mahu Dyana mengikut jejak langkah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi apakan daya perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Datin Paduka Marina Mahathir.

"Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz‎, tetapi apabila dia sudah besar dia jadi Marina.

"Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya,” katanya kepada The Malaysian Insider semasa sesi bertemu pengundi hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya apabila calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong perjuangan Umno sejak sekian lama.

"Kalau datang daripada keluarga pembangkang tidak jadi apa. Kerana sejak kecil diajar membenci Umno.

“Kalau anak orang Umno depa tidak cakap pada anak depa pasal apa Umno ni ada sejarah Umno semua, jadi bila dia besar dia bebaslah hendak buat apa sahaja," kata Dr Mahathir.

Yammy berkata Dyana berhak menentukan masa depannya sendiri, hatta untuk memilih suami yang bukan daripada kalangan Melayu.

Katanya, tiada gunanya memaksa apa yang perlu dibuat oleh anaknya jika semua yang diusahakan anaknya itu nanti akan bertemu kegagalan.

"Saya bebaskan dia memilih. Kalau dia hendak pilih suami pun saya bebaskan, inikan pula memilih parti.

“Dia hendak kahwin, terpulang pada dia. Dia hendak kahwin dengan Melayu, Cina dan India jika bersesuaian. Kalau saya paksa berakhir dengan kegagalan buat apa?” katanya.

Beliau berkata tiada apa yang perlu ditakutkan anaknya menyertai DAP kerana parti itu bukan terdiri daripada orang Cina sahaja.

Katanya, Dyana dilahirkan sebagai orang Islam dan akan terus ke akhirnya berada dalam akidah agama.

"Kenapa pula jauh daripada Islam? Anak saya dilahirkan Islam. Dia akan selama-lamamanya Islam.

"Pasal apa hendak lari (akidah)? Dalam DAP bukan semuanya Cina. Macam-macam agama ada,” katanya.

Ketika ditanya adakah anaknya itu nanti akan memperjuangkan Melayu menerusi DAP, Yammy berkata: "Insyaallah.

Mengulas mengenai sokongan orang Melayu terhadap Dyana, Yammy berkata penduduk di kawasan itu lebih gemar menyatakan sokongan secara diam seperti menerusi SMS atau pun e-mel.

"‎Sokongan dalam diam mereka melalui e-mel, hantar SMS beribu. Saya takut telefon saya meletup,” katanya. – TMI

Masalahnya makcik, dia bukan jadi Marina, tapi dah jadi Kit Siang!! he he he.. kalau dia jadi Marina, boleh lagi dibentuk sebab Marina ni dalam hatinya ada baik lagi. Tapi bila dah jadi boneka Kit Siang, apa yang dibuat, semua berpandukan apa yang Kit Siang suruh saja. Macam robot yang dikawal oleh remote control!

Ada faham ka bezanya?




Dari pilih calon boneka yang tak ada pendirian, lebih baik pilih calon yang sememangnya berprofile tinggi!


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak rosak aqidah apa yammy ooi..kalau aurat pun tak tahu, kalau nak bogel ke, nak teguk arak ke nak poya poya dengan jantan ke itu pilihan anak ko, tapi kalau tak paham aurat nak cakap pasal aurat tentu ada yang tak kena, aurat allah yang menentukan, dan ajar anak tu jangan cakap pasal ugama kalau mengaji quran pun tak habis,baca terjemah quran pun tak habis,..baca quran dan terjemahan untuk paham islam..
pasal sejarah melayu, siapa yang melawan penjajah, macam mana pejuang melayu sebelum british. semasa zaman british sanggup terima pendatang patut di pahami, melayu terlampau mulia sanggup terima tetamu, sehinnga rumah berselerak dek tetamu pun tak pa..itu lah sikap melayu yang salah dan sudah terlambat untuk di perbetul. melayu patut ramai macam mat kilau, sikap melawan..atau sikap si jebat, patut melawan...tapi itu semua sejarah yang anak ko tak minat ambil tahu..

belajar sejarah untuk mencintai ugama bangsa dan Negara..

Tanpa Nama berkata...

Marina tu x join bertanding jd Adun bagai pun, x heran pun.. tp anak ko tu yg bertanding nak jawatan dlm politik! Ni lah dikatakan Melayu x sedar diri! boleh bergaul lebih sikit dgn bangsa lain, agung2kan diaorg tp hina bangsa sendiri! open minded konon! urban sgt lah tu! kalo xde perjuangan org melayu dulu, xde ko mampu nak hantar anak ko belajar tinggi!

SentiasaPanas berkata...

Kasihan sang ibu yang terlalu kasih kepada anak. Parti Komunis yg terang jelas menentang Islam dan kewujudan Islam sebagai agama rasmi kini mendakwa mahu memperjuangkan Islam? Sedangkan PAS hanya dicucuk hidung, kini Dayana dicucuk apa pula?

bruangkoko berkata...

dyana 2 x sedar ka parti yg dia wakil 2 adalah parti sama yg nak sapu org melayu di kl dan perak? dia x sedar ka parti yg dia wakil 2 parti yg sama anggota terdiri dr komunis2 yg nak memurtadkan org melayu dan membentuk negara komunis? sejarah dah tercatat. perjuangan depa x berubah. cuma perjuangan melayu islam ja yg melahirkan pengkianat agama, bangsa dan daulat islam. melayu mudah dan selalu lupa. apa gunanya moyang saya terburai isi perut pertahankan negara dari komunis. sy percaya kbykn melayu pun ada moyang sebegitu. mungkin moyang dyana x rasa dan tak pernah cerita kpd anak bgsa tentang perjuangan melayu nak pastikan islam terus kekal di bumi malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Marina dia rosak ke dia ape ke dia dlm dunianya.. dia tk pernah join masuk politik dan membohongi org Melayu join sptnya.

Marina bukan bertanding DUN atau Paerlimen yg boleh beri pengaruh pd kempen dan cara tadbir.

Bodoh punya ibu betina balaci DAP ini.. anaknya tu dh mcm betina murahan, lucah.. jd balaci kafir terang2.. lepastu nk sindir Tun. At least anak2 Tun yg lain berguna dan berjasa, Tun sndiri jas aterllau besar.. mak betina Dyana tu anak2nya yg lain jd apa?

anak dgn mak sama2 jer.. BETINA!