Sponsor

Memaparkan catatan dengan label mat said keluar umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mat said keluar umno. Papar semua catatan

Rabu, 14 Mei 2014

HOT!! Sambungan Cerita Sebenar Mad Said Keluar UMNO?


Sebelum ni ramai yang simpati dengan Mad Said ni, nampak seolah-olah di aniaya oleh pimpinan tertinggi UMNO. Berlandaskan alasan kononnya anak nak kawin kat rumah rasmi MB. Alasan tu pun Mad Said dah menipu orang ramai. Sebenarnya rumah rasmi MB di Kuala Terengganu, bkn di Kemaman. Nampak sangat Mad Said cuba nak tipu orang ramai dengan simpati yang dibuat-buat.

Akibatnya jentera UMNO pecah dua semalam, satu menyokong sebab simpati, satu lagi membela pimpinan sebab dah tahu cerita sebenar. Tindakan Mad Said memang merosakan parti, sudahlah tidak tunaikan janji. Direkacerita yang bukan-bukan, hingga ada yang keluar parti kononnya setia pada dia. hmm..

Untuk penjelasan lebih lanjut, boleh baca di gambar-gambar yang Mc bagi ni..



Kalau tak berapa nak faham juga, boleh baca kat SINI

McTheory:
#MadSaid Pengkhianat!

Selasa, 13 Mei 2014

HOT!! Mat Said dan Sekutunya Pengkhianat Parti!!


Mat Said Mengkhianati Janjinya sendiri.

Selepas PRU13 Dato Sri Ahmad Said telah mengakui beliau gagal membawa UMNO Terengganu. Malah laporan dari seluruh bahagian pelbagai peringkat di Terengganu meminta agar Ahmad Said berundur. Satu perjanjian telah dimohon oleh Ahmad Said agar YAB PM memberikan beliau setahun tempoh bagi menguruskan beberapa pekara sebelum meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu.

Pekara ini telah pun dimaklumkan kepada Duli Tuanku Sultan Terengganu sejak setahun yang lepas dan mendapat perkenan Tuanku. Apabila cukup tempoh setahun yang dipersetujui oleh Ahamd Said kepada Duli Tuanku Sultan dan YAB PM beliau enggan berundur dan memungkiri janji untuk berundur dari jawatan Menteri Besar.

Untuk makluman majlis pernikahan anak Ahmad Said telah berlangsung pada minggu lalu. Ahmad Said dengan sengaja mengedarkan kad jemputan perkawinan anak beliau pada 17 Mei ini semata mata mahu mendapatkan simpati ahli UMNO dan juga rakyat sedangkan beliau tahu tempoh beliau memegang jawatan Menteri besar akan tamat pada 12hb Mei 2014 mengikut perjanjian yang telah dimeterai.

YAB PM Dato Sri Najib telah melakukan yang terbaik bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional negeri Terengganu kekal relevan. Tindakan untuk menukarkan Ahmad Said bukan satu tindakan yang terburu buru kerana ianya sepatutnya telah berlaku setahun yang lalu. Namun atas tanggungjawap dan keperihatinan YAB PM beliau mempersetujui permohonan setahun yang diminta sendiri oleh Ahmad Said.

Jelas pada kita semua, bahawa tindakan Ahmad Said adalah amat tidak wajar dan tidak seharusnya berlaku. Beliau juga seharusnya sedar bagaimana kedudukan beliau memegang jawatan Menteri Besar setelah Idris Jusoh disingkirkan selepas PRU12. Jadi hari ini ianya berbalik kepada prinsip perjuangan parti ataupun jawatan. Ahmad Said sewajarnya mejelaskan pekara sebenar kepada rakyat.

Jika Idris Jusoh ditolak sebagai Menteri Besar kerana tidak mendapat perkenan Tuanku Sultan dan bagaimana pula kali ini apabila Tuanku Sultan perkenan Yb Raziff sebagai Menteri Besar?

Dato Sri Najib Razak bukan seorang yang semberono ataupun kejam. Ahmad Said sewajarnya mengikuti contoh tauladan bekas MB Terdahulu Idris Jusof yang tetap setia bersama parti UMNO walaupun tersingkir dari jawatan Menteri Besar. Apa yang dilakukan YAB PM adalah untuk kebaikkan seluruh rakyat negeri Terengganu, UMNO dan Malaysia.

Update:

Berita terbaru kononnya ketiga-tiga Adun ni masih menyokong UMNO. Sudah tentu ada perbincangan sulit diantara mereka dengan pihak tertinggi parti.

Apa pulak drama yang nak jadi lepas ni? hmm..

HOT!! Luahan Seorang ADUN BN Pro Mat Said Tentang Krisis di Terengganu!!



Dibawah ini luahan seorang Adun BN yang memang sahabat baik pada Mat Said, bekas MB Terengganu tu.

Baca luahan beliau,

Assalamualaikum Sahabat-sahabat kepimpinan UMNO dan warga UMNO Bhg. Marang... di sini saya nyatakan pendirian saya sebagai seorang ahli Umno dan Ketua UMNO Bhg Marang tetap akan berdiri teguh sebagai ahli parti UMNO dan tetap berdiri sebagai seorang pemimpin UMNO Marang dan tidak akan sesekali keluar dari Parti Keramat UMNO yang sudah menjadi darah daging dan asas perjuangan saya DULU, KINI DAN SELAMANYA.

Saya berharap sahabat2 kepimpinan dan warga UMNO Marang kuatkan semangat dan tempuhilah situasi politik dan kemelut UMNO Trg sekarang dgn bijaksana dan secara matang... Sebagai Ketua UMNO Bhg. Marang dan Adun BN Pengkalan Berangan yg menang dan diberi mandat dlm pru 13 baru-baru ini AMAT SEDIH dan KESAL dgn peristiwa yang tak sepatutnya berlaku di Trg sekarang ini. Sedih bila tumbangnya sebuah kerajaan BN yg terbentuk selepas pru 13 (17 BN - 15 PAS) bila ada di antara rakan2 wakil rakyat BN yg telah keluar parti dan berstatus parti bebas.

Walaubagaimanapun saya terpaksa akur dan menghormati keputusan yg. mereka telah buat. Sebab mereka dgn pendirian mereka... DAN saya sangat kesal dgn. peristiwa pertukaran MB Trg yang amat mengejutkan dan terlampau drastik...sedangkan malam sebelumnya kita sama2 berjemaah dan bersolat hajat dan membaca surah yassin bersama2 dan bersalaman dgn penuh keinsafan di majlis menyambut ulangtahun ke 68 UMNO di PWTC.. SAYA AMAT KESAL kerana saya dan kebanyakan wakil rakyat BN dan Ketua UMNO Bhg. langsung dan tidak pernah diajak berbincang oleh mana2 pimpinan tertinggi parti...dlm hal pertukaran MB Trg... sedangkan sudah genap setahun kami bekerja kpd parti dan berkhidmat utk kerajaan BN Trg.malah UMNO Bhg Marang telah membuat retreat dan sama2 berikrar utk memperkasakan UMNO Marang dan berjanji untuk menawan kembali 3 kerusi Dun dan 1 kerusi parlimen yg telah tewas dlm pru 14 nanti.

Kalaulah kami diajak berbincang dulu dan memikirkan buruk dan baiknya, apakah risikonya nanti, MAKA situasi sekarang tidak mungkin berlaku. KENAPA jadi begini? MENGAPA harus berlaku? APAKAH DOSA2 KAMI org. UMNO Trg ?..Saya berharap YAB DS PM dan YAB TS TPM ambillah peranan segera utk kembalikan maruah BN/UMNO Trg..kepada KAKANDA YB. DS Ahmad Said dan Datin Seri... maafkan saya. Kepada anak2ku dan isteriku, sahabat2 seperjuanganku dan rakan2 umno Marang..kuatkan semangatmu dan berdoalah semoga Allah swt.merahmati perjuangan kita (UMNO) dan kembalikan keperkasaan UMNO utk AGAMA BANGSA dan NEGARA.

Maaf kpd kalian sekiranya luahan hati ku ini tidak disenangi. Airmataku yg berguguran ketika ku coretkan luahan ini..adalah airmata perjuanganku!!! AKU DULU, KINI DAN SELAMANYA TETAP BERSAMA UMNO...

Allahuakbar!!!!

P/s: Cerita ni tak berapa nak betul yang betuinya, boleh baca kat SINI 


McTheory:
Kalau semua perkara boleh dibincang dengan otak yang waras, dah tentu benda ni takkan jadi.