Memaparkan catatan dengan label pas kedah kejam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pas kedah kejam. Papar semua catatan
Rabu, 29 Ogos 2012
PANASS!! Azizan Razak Bersedia di 'CANTAS' Oleh Puak Pas Sendiri??
Jawatan MB Kedah boleh dikatakan jawatan yang paling panas, malah lebih panas dari jawatan MB Selangor dan Perdana Menteri sendiri. Ini berdasarkan jumlah mereka-mereka yang tergila-gilakan jawatan tersebut sama ada dari parti lawan, dan jauh lebih dahsyat ialah dari dalam parti PAS sendiri.
Parti pembangkang Kedah, iaitu BN dilihat lebih tenang dalam memperkatakan calon MB tetapi, keadaan yang sama tidak berlaku di dalam parti PAS. Dengan begitu ramai yang merasakan diri mereka layak untuk menjadi MB, kedudukan Azizan semakin hari semakin getir.
Malah, PAS Pusat juga tidak ketinggalan memberi tekanan kepada Azizan kerana termakan hasutan para parasit yang tidak gemarkan kepimpinan ulama.
Umum sedia maklum bahawa tentangan paling hebat terhadap Azizan datang dari exconya sendiri yang sebelum ini telah secara terbuka menentangnya dan menuntut beliau meletakkan jawatan. Bukan sekali, malah banyak kali kedengaran exco ini mencabar atau mengutuk Azizan secara berdepan dan juga di belakang.
Mungkinkah kepimpinan PAS Pusat sedang menyediakan si-exco ini untuk menggantikan tempat Azizan?
Alasan yang digunakan oleh musuh-musuh Azizan untuk ‘menjerut’ beliau adalah masalah kesihatan. Ini kerana, semenjak beberapa bulan kebelakangan ini, Azizan sering keluar masuk hospital atas berbagai masalah antaranya, jantung, diabetes, tekanan darah dan berbagai-bagai lagi. Azizan juga dikatakan sering keletihan dan tidak berdaya untuk bergerak cergas.
Masalah kesihatan Azizan sampai ke kemuncak apabila beliau gagal menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjurannya sendiri pada 25 Ogos yang lalu. Majlis yang dihadiri ribuan rakyat Kedah, terpaksa dikendalikan sendirian oleh isteri beliau, To’ Puan Hajjah Faikah yang mana menyebabkan ramai rakyat kecewa dan tertanya-tanya.
Khabarnya, keadaan Azizan pada hari tersebut dan malam sebelumnya adalah agak mencemaskan. Sejauh mana berita ini benar, tidak dapat pula dipastikan.
Namun, rata-rata rakyat Kedah cukup maklum dengan kerakusan pihak yang mengidamkan jawatan Azizan dan sanggup berbuat apa saja untuk menjatuhkan beliau. Ramai yang menyatakan bahawa tidak boleh diketepikan yang Azizan telah diserang dengan menggunakan ilmu hitam, selain dari ugutan dan ancaman secara langsung terhadap dirinya dan keluarga.
Umum tahu bahawa pendekatan Azizan yang tegas membela Melayu dan Islam tidak disenangi oleh sekutu PAS, iaitu DAP. Beberapa kali Azizan terpaksa bertelagah dengan DAP yang mana berakhir dengan Azizan terpaksa akur dengan parti kafir harbi tersebut apabila kepimpinan PAS pusat masuk campur.
Maka, tidak hairanlah jika DAP juga sanggup menaja pihak-pihak tertentu untuk menentang Azizan.
Begitu juga dengan seorang pemimpin tertinggi PAS dari Kedah yang masih terawang-awang mencari tempat bertapak. Beliau juga dikatakan amat berdendam dengan Azizan dan Azizan juga telah beberapa kali secara terbuka mengkritik pemimpin tersebut sebagai tidak layak kerana terlalu ‘loklaq’ (tak senonoh). Tidak mustahil pemimpin tersebut juga mempunyai dendam kesumat terhadap Azizan dan ingin melihat beliau jatuh.
Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa Azizan adalah antara pemimpin PAS yang tidak dapat bersemuka dengan Anwar Ibrahim. Beliau sebolehnya memastikan yang beliau tidak akan berada dalam satu majlis dengan peliwat tegar tersebut kerana tidak setuju dan tidak mempercayai ‘kesucian’ Anwar. Beliau hanya akan duduk bersama dengan Anwar, jika majlis tersebut dihadiri oleh kepimpinan PAS Pusat sekadar untuk menghormati kepimpinan PAS Pusat.
Kesemua faktor ini, ditambah dengan ketamakan dan kerakusan individu-individu tertentu meletakkan kedudukan Azizan dalam bahaya. Azizan dikelilingi manusia rakus dan gila kuasa yang sanggup dibeli dan membeli dan membuat apa saja asalkan dapat menjatuhkan beliau.
Walaubagaimanapun, Azizan terkenal dengan sikap yang tabah dan memiliki kekuatan serta pengetahuan yang cukup untuk menghadapi serangan musuh-musuhnya dari berbagai arah dan bentuk.
Namun, apakah Azizan mampu bertahan jika kepimpinan pusat sendiri yang memberi tekanan agar beliau berundur?
Khabarnya, Azizan tidak akan berundur kerana bagi beliau, beliau telah dilantik oleh rakyat dan hanya rakyat yang boleh ‘menurunkannya’. Malah, beliau juga telah bersedia dan semakin sihat untuk menghadapi musuh-musuhnya yang selama ini dibiarkan tanpa tentangan balas.
Nampaknya, beliau agak keberatan untuk membiarkan musuh-musuhnya menang percuma.
Inilah yang memeningkan kepala parasit-parasit di dalam PAS yang tidak sabar untuk melenyapkan terus sisa-sisa ulama yang ada di dalam kepimpinan parti. Azizan juga pasti sudah sedia maklum bahawa beliau tidak boleh mengharapkan beberapa kerat ‘Ulama’ yang tinggal di dalam PAS untuk membelanya kerana kesemua mereka nampaknya sama ada sudah buntu, bingung atau mula termakan ‘nasihat’ parasit-parasit tersebut.
Azizan kini bersendirian namun nekad untuk menjadi benteng terakhir kepimpinan ulama di dalam PAS.
Jumaat, 17 Ogos 2012
EKSKLUSIF DAN PANAS!! Blogger Pas Sebenarnya Di Pukul Oleh Samseng UMNO? #PasGila
![]() |
| mangsa yang dipukul!! |
Semalam Mc ada mendedahkan kisah seorang blogger Pas yang telah dipukul oleh sekumpulan samseng Pas yang diupah oleh pemimpin Pas tertentu. Motif mereka memukul beliau hanyalah untuk menutup suara beliau dari terus membongkarkan kebusukkan dalam Pas. Boleh baca artikel tu di SINI.
Disebabkan artikel Mc tu, ada satu blog Pas Kedah telah menjawab kembali artikel berkenaan dengan mendakwa blogger Pas terbabit Asfanizam Abdullah, bukan dipukul oleh samseng Pas, tapi telah dipukul oleh samseng upahan UMNO.
Mc kenal siapa yang menulis artikel berkenaan, seorang yang berjawatan dalamKerajaan Negeri, memegang jawatan Urusetia Penerangan Negeri Kedah. Tapi tahap pemikiran bagaikan kanak-kanak rebina. Cara penulisan beliau menafikan cerita Asfanizam yang dipukul oleh samseng Pas ni bagaikan beliau tidak ada agama. Mc pun tak tahu samaada beliau Islam ke tidak. Sanggup berbohong dan membuat fitnah di bulan puasa. Semoga Allah ampunkan dosa beliau.
![]() |
| gambar kesan lebam |
Mc nak cerita sikit mengenai Asfanizam Abdullah, beliau bukan saja seorang Blogger dan Facebookers, beliau juga Timbalan Pengarah MTD Derga merangkap S/U Pemilih Pas Negeri Kedah. Seorang pejuang yang berjawatan penting dalam parti, namun beliau telah dipukul dan ditolak mentah-mentah oleh Pas sendiri. Disebabkan beberapa orang yang taksub kepada pemimpin Pas .Apa punya teruk la Pas sekarang ni.
Asfanizam dipukul oleh samseng belaan Mat Sabu dan Phahrolrazi. Dua pemimpin Pas pusat dan Kedah ini bertanggung jawab diatas perbuatan samseng-samseng tersebut. Malah Asfanizam juga telah membuat laporan polis mengenai kes ini dan dalam laporan polis beliau itu ada nama beberapa dalang yang mahu samseng Pas yang bodoh terbabit memukul beliau.
Malah ada diantaranya mereka yang beliau kenal. Sebab itu beliau tahu siapa yang mengarah untuk memukul beliau..Namun apa yang pasti, UMNO tidak langsung terlibat dalam permasalahan ini. Malah kami sendiri pun tak sangka, bahawa ada orang Pas yang bahalol, sanggup memukul kawan sendiri demi taat pada pemimpi tertentu..
![]() |
| laporan polis yang telah dibuat |
Sebab tu Mc kata, siapa yang berani menentang Mat Sabu dan Phahrolrazi, (pejuang syiah tulen) akan dicari dan cuba didiamkan sekumpulan orang syiah dalam Pas. Mereka ini yang telah merosak dan menghancurkan Pas dari dalam. Mereka mengunakan Pas hanya untuk mencari kuasa dan mengembangkan ajaran syiah secara meluas. Contohnya Pendang, dulu tak sampai seratus orang syiah di sana. Kini, dah hampir separuh ahli Pas di Pendang tu ialah pengikut syiah.
Mc harap, bab syiah ni perlu kita tentang habis-habisan. Tak kira Pas atau UMNO, sama-sama kita tolak syiah ni dari cuba menyesatkan kita serta anak cucu kita pulak nanti. Apa pun, Mc menyokong Asfanizam menyaman blog Pas Kedah yang telah memfitnahnya tu. Perlu diajar sikit si Zulkifli Yahaya tu.. walaupun dia bukan Islam, tapi jangan la dok buat fitnah suka hati (kalau dia Islam, takkan dia nak buat fitnah?)
Kalau ada yang menafikan lagi Asfanizam di pukul oleh samseng Pas. Nampaknya nama dalam report polis tu terpaksa Mc dedahkan jua. Jangan cabar..
P/s: Nampak sangat, Pas hanya pentingkan orang atasan dari pejuang bawahan yang banyak berjasa.. apakah Pas sekarang sudah menjadi parti berkasta-kasta?
McTheory:
Pas makin bertambah sesat dengan syiah ni..
Isnin, 2 Julai 2012
TUDIAA!! Azizan Razak Terharu di Sambut PULUHAN RIBU Pengundi Luar Kawasan!! #TukarKedah
Demikianlah yang berlaku ketika Perjumpaan Pengundi PAS Kedah Luar Kawasan di Lembah Kelang Bersama Pimpinan PAS Kedah baru-baru ini.
Persediaan mereka adalah untuk seramai 2,500 orang tapi yang hadhir adalah 250 orang bersama penganjur dan pekerja parti semalam Jun 30hb di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya, Seri Kembangan.
Kehadhiran dua pihak bersaing iaitu Menteri Besar Dato Sri Azizan dan kepala kumpulan erdogan kedah, Dato Mahfuz "Mr Bean" Omar tdak angsung jadi tarikkan.
Makanan yang ditempah untuk seramai 2,000 orang itu membazir saja hingga terpaksa dibawa balik oleh orang-orang Serdang yang merupakan 90% dari yang hadhir. Kerusi sebanyak 900 orang itu kelihatan begitu lengang sekali.
SUMBER
McTheory:
Ada orang percaya kat Azizan dan Pas Kedah lagi ka? heh..
Rabu, 27 Jun 2012
TUDIAA!! Video ni boleh menyebabkan MB Kedah Azizan Letak Jawatan!! #TukarKedah
Semasa isu balak Gunung Inas didedahkan oleh blogger dan pihak media, Mc diberitahu, Azizan mengalami tekanan dan terpaksa dirawat di KMC (Kedah Medical Center).
Mungkin beliau tidak dapat menerima tekanan yang dibuat oleh pihak blogger dan media. Namun, andaikata Azizan melihat video diatas.. Mc percaya, Kedah akan perolehi MB yang baru sebelum PRU ke 13...
McTheory:
Apa nak buat, nasib badannn..
Jumaat, 22 Jun 2012
PANASS!! Tok Azeez 'Back-Hand' Ustaz Azizan Razak!! #TukarKedah
Disebabkan kekejaman yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah, Ketua UMNO Bahagian Baling telah turun padang melihat sendiri apa yang berlaku dikawasannya. Malah kenyataannya yang melibas kerajaan negeri yang diperintah oleh Ustaz Azizan membuatkan kerajaan negeri Kedah tidak senang duduk.
Pada yang belum pernah mengenai cerita balak di Gunung Inas.. boleh klik SINI
McTheory:
Cerita ini tidak habis disini.. tunggu follow up dari kami.
Pada yang belum pernah mengenai cerita balak di Gunung Inas.. boleh klik SINI
McTheory:
Cerita ini tidak habis disini.. tunggu follow up dari kami.
Langgan:
Catatan (Atom)






