Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pasukan bola sepak kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pasukan bola sepak kedah. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Januari 2014

HOT!! Penyokong Bola Kedah Ugut BOIKOT? #HanyaDiKedah




Nak boikot? Taknak beli jersey dan barang KFA baru? Apa punya penyokong ni?

baca kat bawah,





Satu majlis pelancaran jersi dan pasukan akan dilangsungkan bersama peminat setia hijaukuning, nantikan ianya pada 15 Januari ini. Bertempat di Perkarangan Stadium Darul Aman.

KFA nak lancar logo baru..

Apakah ada "himpunan" protes logo baru akan di adakan semasa Majlis itu berlangsung?





Jika dilihat pada status yang dikeluarkan di Fb akan ada gerakan atau tindakan untuk mengadakan protes besar-besaran di Majlis itu kelak.



Logo tu memang maruah, tapi yang lebih penting kewangan dan sponsor dari pihak yang nak bantu pasukan Kedah ni. Kalau dok sibuk dengan logo saja pun tak guna, kalau duit takdak. Pemain nak makan apa, sewa stadium sapa nak bayar? Perancangan masa depan bola sepak Kedah lagi. Lebih baik kita tumpukan kepada semua itu dari nak bantah logo baru ni.

perasaan orang lama yang berat hati nak tukar logo, tapi pandanglah kearah kebaikkan, pandanglah kearah kemajuan. Kita boleh buat brand baru untuk niagakan logo baru kita ni. Persatuan boleh cari duit, mungkin ada pihak sponsor yang tertarik dengan imej baru bola sepak Kedah.

Kita ambil Johor DT sebagai contoh, macam mana depa niagakan brand baru JDT hinggakan orang luar Johor pun tertarik dengan baju dan poster JDT. Itu contoh, bukan Mc nak puji JDT tapi mereka merupakan salah satu pasukan bola yang digeruni, walaupun pada hakikatnya tak kuat mana.. he he he..

Kepada brader-brader otai bola sepak yang dok marah tak tentu pasai, dok hingaq sampai nak buat demo tu, pikiaq la pat lima kali brader. Apa yang orang buat hanya untuk kebaikan bola sepak Kedah, takkanlah ada orang saja-saja nak pelingkup pasukan bola sepak negeri sendiri? Sambung Sini

Kita fokus pada apa yang penting, iaitu memartabatkan semula bola sepak Kedah.

Bukan semua penyokong hijau kuning membantah logo baru tu. Ada yang setuju untuk tukar. Cuma bila ada yang berkepentingan dan ada juga yang hanya mengikut-gikut, membantah tanpa tujuan. Rasanya tak salah nak tukar kearah kebaikkan.

Lagi pun Mc rasa bukan semua persatuan dan kelab penyokong Kedah ni yang berdaftar. Berapa kerat sangat yang benar-benar berdaftar, malah ahli persatuan dan kelab pun tak ramai mana. Malah penyokong hijau kuning yang tidak berdaftar bawah kelab dan persatuan pun jauh lebih besar angkanya.

Keduanya kalau boleh Mc cadangkan persatuan dan kelab penyokong hijau kuning ni, berdaftar dibawah satu persatuan saja. Buat apa banyak kelab dan persatuan, kan bagus kalau dibawah satu kepala saja.

Ketiganya kalau betul sayangkan KFA, jangan lagi minta tiket percuma untuk sebarang perlawanan dan pastikan peminat yang ada di bawah persatuan depa ni, jangan dok bakar mercun setiap kali permainan. Teruk KFA nak bayar denda. Tu pun kalau rasa sayang dan nak bantu KFA la.

Dari kita asyik membantah, apa kata kita bagi peluang kepada KFA untuk buktikan kemampuan mereka pada tahun ini. Kita tengok apa yang mereka mampu buat, dan sejauh mana KFA mampu membuat perubahan pada pasukan bola sepak Kedah.

Tu ayat yang Mc ulang balik!! Ada berani ka wahai-wahai brader otai-otai semua?

Lagi satu yang membantah dan demo ni, bila check balik, ramai dari puak-puak Pas!! Apa nak herann.. memang kerja depa asyik nak demo saja!

Kalau tak mampu nak bantu, jangan menyusahkan boleh?


McTheory:
Dah la tak bantu.. lagi nak bising plak..

Isnin, 23 Disember 2013

HOT! Kelab Penyokong Bantah Logo Baru Persatuan Bola Sepak Kedah? #HanyaDiKedah


Lepas Mc keluarkan artikel mengenai Pasukan Kedah sedang di UPGRADE berdasarkan ciri-ciri dan sponsor baru, nak baca boleh klik SINI.

Kemudian kecoh diperkatakan bahawa ada pihak yang menentang logo baru bola sepak Kedah yang akan diperkenalkan nanti. Walaupun ada ura-ura yang mengatakan Tunku Sultan Kedah juga telah bersetuju akan merasmikan logo terbaru tersebut.

Kemudian tersebarlah poster protes seperti dibawah!


Tak cukup dengan poster protes yang tersebar di internet, ada pulak yang buat interview dalam surat khabar kononnya nak pertahankan nostalgia.

Punggahh..


Awatlah kecoh sangat cekk oii.. bila baca balik apa yang depa kata ni. Mc nak gelak pun ada, nostalgia tu, memang la nostalgia bangg.. sepatutnya kita sokong bila kerajaan negeri nak buat pembaharuan pada bola sepak Kedah yang sedang merudum ni.

Logo tu memang maruah, tapi yang lebih penting kewangan dan sponsor dari pihak yang nak bantu pasukan Kedah ni. Kalau dok sibuk dengan logo saja pun tak guna, kalau duit takdak. Pemain nak makan apa, sewa stadium sapa nak bayar? Perancangan masa depan bola sepak Kedah lagi. Lebih baik kita tumpukan kepada semua itu dari nak bantah logo baru ni.

Mc faham perasaan orang lama yang berat hati nak tukar logo, tapi pandanglah kearah kebaikkan, pandanglah kearah kemajuan. Kita boleh buat brand baru untuk niagakan logo baru kita ni. Persatuan boleh cari duit, mungkin ada pihak sponsor yang tertarik dengan imej baru bola sepak Kedah.

Kita ambil Johor DT sebagai contoh, macam mana depa niagakan brand baru JDT hinggakan orang luar Johor pun tertarik dengan baju dan poster JDT. Itu contoh, bukan Mc nak puji JDT tapi mereka merupakan salah satu pasukan bola yang digeruni, walaupun pada hakikatnya tak kuat mana.. he he he..

Kepada brader-brader otai bola sepak yang dok marah tak tentu pasai, dok hingaq sampai nak buat demo tu, pikiaq la pat lima kali brader. Apa yang orang buat hanya untuk kebaikan bola sepak Kedah, takkanlah ada orang saja-saja nak pelingkup pasukan bola sepak negeri sendiri?

Apa yang Mc tulis hanyalah pendapat peribadi Mc, kalau ada yang nak bagi pendapat atau luahan hati pasal logo ni, boleh tulis dikomen, atau emailkan pada Mc saja ok.


McTheory:
1 tekad 1 arah 1 akidah.. pulun Kedahh pulun..