Rabu, 18 Disember 2013

HOT! Pasukan Bola Sepak Kedah Sedang di UPGRADE!! #HanyaDiKedah


Setelah bola sepak Kedah melalui musim yang tidak memberangsangkan. Bukan hanya semusim, dari tahun 2009 hinggalah sekarang, prestasi pasukan bola Kedah semakin merudum hinggalah tersingkir dari Liga Super ke Liga M.

Ingatkan dah masuk Liga M pasukan Kedah akan beraksi cemerlang dan menjadi juara. Rupanya tidak, Pasukan Kedah masih ketinggalan agak jauh dari Sarawak yang menjadi juara dan Kedah masih lagi menjadi pasukan level kedua di Liga M.

Begitu hambar prestasi pasukan Kedah walaupun sebenarnya ia dibarisi oleh pemain yang ada nama dan bermain untuk pasukan kebangsaan.

Apa masalah utama pasukan Kedah? Mc percaya sudah tentu tiada siapa mampu menjawab soalan ini.

Usah la kita kenangkan apa yang telah terjadi kepada bola sepak Kedah tahun ini dan tahun sebelumnya, namun untuk tahun hadapan dan tahun-tahun keseterusnya. Mc diberitahu Kerajaan negeri dengan kepimpinan baru telah banyak membuat rombakan dan penambahbaikan terhadap Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang sudah semakin suram.

Dengan suntikan RM10 juta kepada persatuan, malah company sponsor untuk pasukan bola juga telah ditambah. Ini bermakna pasukan Bola Sepak Kedah yang baru lebih kukuh kewangannya.

Disebabkan itu, kononnya akan ada jersi baru, lambang baru, malah maskot juga baru. Paling menarik pasukan Kedah telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan sebuah pasukan dari English Premier League (EPL).

Persediaan pasukan Bola Sepak Kedah juga telah jauh berbeza. Jurulatih baru, pemain juga telah ditambah, malah dicampur dengan pemain baru dan lama.

Senang cerita Pasukan Kedah 2014 amat berbeza dari tahun yang sebelumnya.

Malah jika sebelum ini kita melihat stadium Darulaman, gelanggang keramat Hijau Kuning makin suram dan tidak ada penambahbaikan, kali ini akan ada banyak perubahan. Prasarana stadium juga akan diupgrade, bukan hanya pasukan bola, malah stadium juga akan dibaikpulih.

Jika semua cerita yang Mc dengar ini benar-benar menjadi kenyataan, ia merupakan berita baik kepada peminat pasukan hijau kuning negeri Kedah.

Segalanya Mc nyatakan ini bukan rasmi, ianya hanya kabar dari pintu belakang. he he he.. mungkin akan ada perubahan.

Namun kita doakan segalanya berjalan lancar. Cuma dengar kata logo KFA akan ada lambang burung helang merah, betui ka?


McTheory:
Get Ready.. masa untuk Kedah langgar Piala Malaysia.. yeahh..

Tiada ulasan: