Sponsor

Memaparkan catatan dengan label bola sepak kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bola sepak kedah. Papar semua catatan

Ahad, 20 Disember 2015

Skuad Kedah Pasukan BolaSepak Terbaik 2015


Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015 yang diadakan malam tadi menyaksikan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dinobatkan Pasukan Bolasepak Terbaik 2015.

Kejayaan ini diperoleh selepas pasukan Kedah menunjukan pretasi luar biasa dan cemerlang sepanjang musim apabila menjuarai liga perdana 2015 sekaligus kembali ke Liga Super 2016 dan yang terbaru menjadi Naib Juara TM Piala Malaysia bertemu Selangor di Shah Alam.

Pengurusan yang terbaik menyaksikan pasukan beraksi cemerlang dan juga penyokong yang sentiasa memenuhi stadium setiap perlawanan walaupun dalam Liga Perdana.


Anugerah Bolasepak Kebangsaaan 2015 tahun ini berdasarkan merit mata pemilihan oleh 72 pihak terdiri dari jurulatih, ketua pasukan dan penulis sukan.

Pemain yang tercalon perlu melepasi syarat minima beraksi 11 perlawanan dalam saingan tahun ini.

Senarai pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015


Sunway Convention Center 18 Disember 2015, 8.30 malam

Kategori Pemain Paling Bernilai 2015
SAFIQ RAHIM (JDT)

Kategori Anugerah Khas 2015
JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT)

Kategori Penyerang Terbaik 2015
AMRI YAHYAH (JDT)

Kategori Pemain Tengah Terbaik 2015
SAFIQ RAHIM (JDT)

Kategori Pertahanan Terbaik 2015
AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK (JDT)

Kategori Penjaga Gol Terbaik 2015
FARIZAL MARLIAS (JDT)

Kategori Pemain Import Terbaik 2015
LUCIANO FIGUEROA (JDT)

Kategori Jurulatih Terbaik 2015
MARIO GOMEZ (JDT)

Kategori Pemain Muda Harapan 2015
MATTHEW DAVIES (PAHANG)

Kategori Penjaring Terbanyak Liga Premier 2015
FRANCIS FORKEY DOE (NS)

Kategori Penjaring Terbanyak Liga Super 2015
DRAMANE TRAORE (PDRM)

Kategori Fair Play 2015
LIONS XII

Kategori Pasukan Bolasepak Terbaik 2015
KEDAH

Kategori Kelab Penyokong Terbaik 2015
ELEPHANT ARMY (PAHANG)

Kategori Pemain Wanita Terbaik 2015
NURUL AZURIN MAZLAN (SABAH)

Kategori Pemain Futsal Wanita Terbaik 2015
SITI ASNIDAH ZAMRI (S'GOR)

Kategori Pemain Futsal Lelaki Terbaik 2015
AZRUL HADEE TAUFIQ (FELDA)

Isnin, 20 Oktober 2014

EKSKLUSIF! Kata-Kata Semangat Ds @MukhrizMahathir Bangkit Semangat Pemain Kedah! #KedahSerataRata



Video suntikan kata-kata semangat dari tuan Presiden KFA, Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir. Sebelum perlawanan Kedah lawan Pahang bermula semalam.



Apakah ini punca Kedah bangkit dari era kejatuhan bola sepak?

Rabu, 18 Disember 2013

HOT! Pasukan Bola Sepak Kedah Sedang di UPGRADE!! #HanyaDiKedah


Setelah bola sepak Kedah melalui musim yang tidak memberangsangkan. Bukan hanya semusim, dari tahun 2009 hinggalah sekarang, prestasi pasukan bola Kedah semakin merudum hinggalah tersingkir dari Liga Super ke Liga M.

Ingatkan dah masuk Liga M pasukan Kedah akan beraksi cemerlang dan menjadi juara. Rupanya tidak, Pasukan Kedah masih ketinggalan agak jauh dari Sarawak yang menjadi juara dan Kedah masih lagi menjadi pasukan level kedua di Liga M.

Begitu hambar prestasi pasukan Kedah walaupun sebenarnya ia dibarisi oleh pemain yang ada nama dan bermain untuk pasukan kebangsaan.

Apa masalah utama pasukan Kedah? Mc percaya sudah tentu tiada siapa mampu menjawab soalan ini.

Usah la kita kenangkan apa yang telah terjadi kepada bola sepak Kedah tahun ini dan tahun sebelumnya, namun untuk tahun hadapan dan tahun-tahun keseterusnya. Mc diberitahu Kerajaan negeri dengan kepimpinan baru telah banyak membuat rombakan dan penambahbaikan terhadap Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang sudah semakin suram.

Dengan suntikan RM10 juta kepada persatuan, malah company sponsor untuk pasukan bola juga telah ditambah. Ini bermakna pasukan Bola Sepak Kedah yang baru lebih kukuh kewangannya.

Disebabkan itu, kononnya akan ada jersi baru, lambang baru, malah maskot juga baru. Paling menarik pasukan Kedah telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan sebuah pasukan dari English Premier League (EPL).

Persediaan pasukan Bola Sepak Kedah juga telah jauh berbeza. Jurulatih baru, pemain juga telah ditambah, malah dicampur dengan pemain baru dan lama.

Senang cerita Pasukan Kedah 2014 amat berbeza dari tahun yang sebelumnya.

Malah jika sebelum ini kita melihat stadium Darulaman, gelanggang keramat Hijau Kuning makin suram dan tidak ada penambahbaikan, kali ini akan ada banyak perubahan. Prasarana stadium juga akan diupgrade, bukan hanya pasukan bola, malah stadium juga akan dibaikpulih.

Jika semua cerita yang Mc dengar ini benar-benar menjadi kenyataan, ia merupakan berita baik kepada peminat pasukan hijau kuning negeri Kedah.

Segalanya Mc nyatakan ini bukan rasmi, ianya hanya kabar dari pintu belakang. he he he.. mungkin akan ada perubahan.

Namun kita doakan segalanya berjalan lancar. Cuma dengar kata logo KFA akan ada lambang burung helang merah, betui ka?


McTheory:
Get Ready.. masa untuk Kedah langgar Piala Malaysia.. yeahh..

Rabu, 5 September 2012

TUDIAA!! Liga Super Bungkuih!! Piala Malaysia Pun Lingkup!! Tahniah Pasukan Kedah!!


Sebentar tadi persaingan Piala Malaysia diantara Kelantan dan Kedah  baru saja berakhir. Keputusannya seri 0 - 0, Kelantan 0, Kedah 0. Ini bermakna Kedah dan Terengganu gagal melayakkan diri ke pertandingan suku akhir kumpulan B.

Walaupun peluang pasukan Kedah agak kecil, namun peminat hijau kuning masih menaruh harapan pasukan Kedah akan menang dan mencerahkan peluang ke suku akhir. Namun harapan hanya tinggal harapan. Seri dengan Kelantan pada malam ini menutup tirai gelap dan suram pasukan bola sepak Kedah pada musim 2012.

Punah segala harapann rakyat Kedah..

McTheory:
Antara sejarah bola sepak Kedah paling malang!!

Ahad, 26 Ogos 2012

TUDIAA!! Penyokong Sanggup Potong 'ANU' Kalau Pasukan Kedah Layak Suku Akhir Piala Malaysia!!



Tudiaa.. sampai macam tu sekali penghinaan terhadap Pasukan Bola Sepak Kedah. Sampai ada penyokong yang sanggup Potong 'ANU' nya sendiri kalau pasukan Kedah layak masuk ke suku akhir! Kalau dah sampai macam tu sekali, maknanya memang dah putus harapan la.

Mana ada orang yang berani mempertaruhkan 'ANU'nya kalau dia tak yakin. Lagi satu, ia satu penghinaan besar terhadap pasukan Bola Sepak Kedah. Sejak Pas memerintah Kedah, pengurusan pasukan bola sepak telah dipolitikan oleh kerajaan negeri. Ramai tokoh-tokoh lama telah disingkirkan dan digantikan dengan orang baru yang sememangnya dari parti Pas.

Kalau yang digantikan tu pandai buat kerja takpa la jugak. Mereka hanya pandai bercakap dari bertindak. Cakap berapi-api, namun tindakan 'nothing' kosong! Habuk pun tarak.

Akhirnya yang jadi mangsa ialah Pasukan Bola Sepak Kedah. Sudah la tersingkir ke Liga Perdana, dalam pertandingan Piala Malaysia ni pula, Kedah hanya kalah berturut-turut tanpa melawan, dengan pasukan-pasukan bawahan pun Kedah dibelasah teruk.

Akibatnya penyokong menunjukkan kemarahan, dengan membaling mercun kedalam padang pada perlawanan Kedah menentang ATM. Menyebabkan dua penyokong telah ditangkap atas kesalahan tersebut.

Jika keadaan sebegini berterusan, Mc rasa, perkara lain yang lebih teruk akan terjadi. Penyokong dah bosan dengan sikap acuh tak acuh pihak pengurusan. Pemain import yang dipilih pun bermasalah dan lembik.. mengabihkan duit rakyat saja!! Kalau pilih pemain import pun gagal, apa lagi nak diharapkan jaga pasukan bola!! puihh!

Mc sekalu blogger dan peminat sukan nombor satu negeri Kedah ni pun turut berasa kecewa. Sampai bila la kita nak tengok pasukan bola sepak Kedah kita jadi macam ni. Sampai tukar kerajaan negeri kot? he he.. mungkin.. mungkin.. he he..


McTheory:
Nak tukar pengurusan, kena tukar kerajaan negeri.. baru bolehh!!

Ahad, 12 Ogos 2012

PANASS!! Akhirnya Jurulatih Kedah Letak Jawatan!! Azizan dan Khazali bila lagi?? #TukarKedah

KHAZALI DIN BILA PULAK?

WAN Jamak Wan Hassan akhirnya melepaskan jawatan selaku Ketua Jurulatih Kedah selepas pelbagai spekulasi panas menimpa kem Hijau Kuning sejak pasukan tersebut tersingkir dari saingan Liga Super musim depan.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Wan Jamak berkata, beliau reda dengan apa yang berlaku namun pada masa sama berasa kesal berikutan masih banyak tugasan di Kedah gagal diselesaikan.

Kelmarin laman portal ESPN STAR.MY melaporkan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Hamdan Mohamed Khaleb mengesahkan Wan Jamak telah pun meninggalkan kelab itu dengan cara baik.

USTAD AZIZAN BILA PULAK?


Sebelum ini timbul spekulasi beliau telah dipecat selepas Kedah disingkirkan dari Liga Super. Posisi tersebut diganti oleh jurulatih dari Croatia, Mario Tot bagi kempen Piala Malaysia pada 22 Ogos ini. - Anak Kedah

Khazali Din dan Ustaz Azizan bila pulak? Mampukah jurulatih Mario Tot mengubah nasib Kedah, selagi pengurusan bola sepak Kedah yang lemah? Atau beliau akan menjadi mangsa keadaan seperti mana, jurulatih-jurulatih Kedah yang lain.

McTheory:
Pengurusan kena tukar menyeluruh..bukan hanya jurulatih..

Jumaat, 10 Ogos 2012

HANGIT!! BOLA SEPAK KEDAH!! Penyokong Suruh Tukar Seluruh Pengurusan Pasukan Bola!!


Gunalah Khimat Jurulatih bertaraf dunia, kalau Pengurusan kacau bilau, banyak kepala dan ‘Syiok’ sendiri tak jadi juga.jangan nak membazir wang rakyat. Setiap kali kalah tukar pemain, tukar jurulatih… Tapi tiada perubahan.

Apa kata kali ni kita tukar semua dalam pengurusan bola sepak Kedah. Untuk seterusnya boleh layan video dibawah..



McTheory:
Apa kata kita tukar kerajaan negeri, sahih lagi ok..

Jumaat, 20 Julai 2012

TUDIAA!! Terima Kasih Kerajaan Negeri Kedah, Pasukan Bola Sepak Kembali Ke Liga Perdana!!



Pasukan Kedah kalah lagi.. nampaknya Kedah kembali ke Liga Perdana, iaitu Liga bawah daripada Liga Super.. percapaian paling teruk setelah beberapa tahun tidak pernah mencatatkan sebarang kejayaan.

Mc mengucapkan tahniah kepada Pengurusan Pasukan Kedah, Kerajaan Negeri dan semua yang terlibat dengan KFA. Nama Pasukan Kedah yang digeruni sebagai lagenda bola sepak terhakis disebabkan politik dalam pasukan bola.

Beri kuasa kepada orang yang tidak pandai mentadbir, seolah-olah kita memberi bunga kepada seekor beruk. Tentunya rosak bunga yang cantik itu dikerjakan..  ucapan tahniah juga kepada rakyat Kedah yang memilih Pas sebagai kerajaan negeri.. inilah hasil paling baik dan paling kagum yang kita boleh nampak.. Senang cerita TAHNIAH LA SEMUAA!!


McTheory:
Yang baik semuanya datang dari Allah, yang buruk tentunya datang dari Pas Kedah!!

Ahad, 24 Jun 2012

TUDIAA!! Kalah! Kalah! Kalah! Apabila Kedah Kalah Lagi!! #TukarKedah


Mc lambat keluarkan video ni.. tapi lambat atau cepat pasukan bola sepak Kedah asyik kalah saja!! Mc sokong kalau rombak pengurusan pasukan!! Kalau rombak pun tak jalan, apa kata kita terus tukar Presidennya sekali!! Undur undur Azizann!