Sponsor

Memaparkan catatan dengan label KFA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KFA. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Mei 2015

Sedutan Jaringan Liga Premier Kedah VS DRB Hicom



Gol perlawanan Kedah v DRB Hicom FC. Kemenangan buat Kedah melalui gol Kedah oleh Shakir dan Sandro. Terbaiklah Hijau Kuning!!



Gol perlawanan Kedah v DRB Hicom FC. Kemenangan buat Kedah melalui gol Kedah oleh Shakir dan Sandro.
Posted by Persatuan Bolasepak Kedah - KFA - on Friday, May 1, 2015

Sabtu, 11 Oktober 2014

HOT!! Tewaskan Kelantan 3- 0 .. Lang Merah Menang Bergaya! #KedahSerataRata


Malam ini merupakan malam bersejarah bagi rakyat Kedah. Apabila pasukan bolas sepak kita layak ke Separuh akhir buat julung kalinya setelah kemarau panjang dgn kejayaan.

Pasukan helang merah menang bergaya dgn Aggregat 4-3 setelah peluang hampir musnah apabila kita kalah 3-1 di Kelantan tempohari.

Tahniah Kedah, tahniah pasukan hijau kuning. Slogan pulun Kedah pulun dipraktikan membawa kejayaan.

Helang Merah Terbang Makin Tinggi!

Anda memang terbaik!!

Komen Dato Seri Haji Mukhriz Mahathir apabila Kedah layak ke separuh akhir..



Sabtu, 25 Januari 2014

HOT! Video GOL Kedah vs Perlis 4 - 1, Lang Merah Menganas!! #HanyaDiKedah #ThisIsDarulaman

Lang Merah menganas lagi..

Nampaknya Lang Merah menganas lagi semalam. Jaringan 4 - 1 mengalahkan Perlis! Pada yang terlepas untuk menonton perlawanan semalam. Boleh tengok video kat bawah ni. Cuma videonya agak kurang memuaskan. Tapi boleh la kalau setakat nak layan..

#ThisIsDarulaman


Kedah baru, Lang Merah, Semangat baru..

Pulun Kedah Pulun..

Rabu, 2 Oktober 2013

HOT! Jurulatih Kedah di PECAT Hanya Guna Phone Call? #KedahAmanMakmur


Mc dah kata dah dari artikel Mc yang pertama tentang masalah KFA. Selagi masih ada penganggu dalam KFA sampai bila-bila pun KFA takkan jadi sebuah badan bola sepak profesional. Ada ka patut pecat jurulatih guna telefon?

Siapa yang pecat tu? Apakah ia orang yang sama yang menjadi virus dalam KFA?

Sampai bila kita nak simpan orang macam ni dalam sebuah badan bola sepak profesional, selagi mangkuk dua orang ni ada dalam KFA, sampai sudah la bola sepak Kedah takkan berkembang. Sebab puak ni bukan profesional, depa buat KFA ni serupa syarikat sdn bhd.

Gaji depa kontrol, sesuka hati nak letak gaji pemain. Sapa depa berkenan, depa ambik, sapa depa tak suka, depa pecat. Macam tu profesional? Kalau pandai bodek puak ni, rasanya gaji pemain akan tinggi, kalau tak pandai bodek, tunggu kena buang la jawabnya.


McTheory:
Selagi ada depa tu, selagi tu la lingkup KFA ni..

Rabu, 28 Ogos 2013

PANASS!! Kenapa Pemain Kedah Tahun 2007/08 Lari Meninggalkan Pasukan? #KedahAmanMakmur


Masih ingatkah kita kejayaan pasukan bola sepak Kedah pada tahun 2007 dan 2008. Di mana pasukan bola sepak Kedah berjaya memenangi tiga piala berturut-turut. Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia. Tidak dinafikan nama 'sang kenari' hijau kuning amat digeruni oleh kawan atau lawan.

Tiada pasukan yang mampu 'mengalahkan' pasukan hijau kuning ini dengan mudah. Jikalau Kedah kalah pun, ianya hanya 1 dari 20 perlawanan. Kiranya pasukan bola sepak Kedah memang berada disatu tahap yang lebih tinggi.

Tapi selepas pada tahun 2008, pasukan Kedah jatuh merudum. Tentu ada sebabnya. Apakah pemain tak kualiti? Tak, pemain tetap sama. Apakah jurulatihnya orang lain? Tak.. jurulatihnya tetap sama. Cuma dibawah pemerintahan Kerajaan yang berbeza.


Bukan Mc nak tuduh Kerajaan Pas tidak pandai menguruskan sebuah pasukan bola sepak. Tapi itulah hakikatnya. Sikap tidak mengambil berat menyebabkan sebuah pasukan yang amat hebat berpecah, hancur dan akhirnya Kedah tersungkur hinggalah sekarang.

Salah Pas kerana mereka tidak mempedulikan pemain. Mereka terlalu percaya dan banyak membiarkan 'golongan' terlalu pandai dalam KFA mencaturkan segala. Bila ada manusia 'terlalu' pandai, ia akan merosakan segalanya, sebab 'terlalu pandai' tu membuktikan dirinya tu kosong dan syok sendiri!

Dalam KFA juga ada politik yang tersembunyi, dalam KFA juga ada 'warload' yang hanya mahu cakapnya saja perlu di dengar. Manusia ini yang mengatur gaji, pemain hingga melebihi kuasa yang ada pada pengurus dan jurulatih.

Bila ada manusia yang terlalu pandai ni menguasai keadaan, pemain akan jadi lemah dari segi mental dan fizikal. Cakap pemain langsung tak pakai, malah pemain yang mereka tak suka, akan ditekan sehingga menjejaskan tumpuan terhadap permainan, lalu meninggalkan pasukan.

Sejak 2008, kali terakhir pasukan Kedah menawan 3 piala. Berapa ramai pemain Kedah pada zaman itu yang tinggal pada pasukan sekarang?

Dimana Pelam, Pak Long, Mie yeh, Hasmawi? Yang tinggal hanya Badrol Bakhtiar dan Khairil Muhymeen. Kenapa mereka meninggalkan pasukan? Tentu ada masalahnya kann?

Pada zaman Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil, Allahyarham menjaga pemain seperti anak-anaknya sendiri dan cukup mengambil berat tentang hal pemain. Sejak beliau pergi ke rahmatullah, tidak ada lagi Pengurus berbuat demikian. Masa Othman Aziz ada, ok lagi la. Bila Othman Aziz dah tinggalkan Pasukan Kedah, terus 'manusia bijak pandai' tu mencorak kan segala hingga pasukan jadi rosak!

Mc sudah menghubungi kesemua pemain yang meninggalkan pasukan Kedah, kesemuanya memberikan jawapan yang sama, iaitu individu 'bijak pandai' dalam KFA tu, patut di keluarkan terlebih dahulu jika mahu melihat KFA bangkit semula sebagai persatuan bola sepak yang cemerlang.

Jika 'individu bijak pandai' tu masih ada dalam KFA, mereka percaya, pemain Kedah sekarang akan menerima nasib yang sama seperti mana mereka kena dulu!


McTheory:
Ada dua orang 'bijak pandai' dalam KFA tuu.. nak tau sapa? nanti kita sambung..

Khamis, 25 Julai 2013

HOT! Mukhriz Presiden Baru KFA, Harapan Baru, Kenari Terbang Tinggi! #KedahAmanMakmur @MukhrizMahathir


Pada semua rakyat Kedah, tak kira yang berada di dalam negeri atau pun diluar negeri. Semalam MB kita Datuk Mukhriz sudah secara rasminya menjadi Presiden KFA mengantikan MB Kedah yang lepas Tan Sri Azizan.

Berbekalkan MB Kedah yang muda ni, Mc dapat rasakan akan ada perubahan besar terhadap bola sepak Kedah.

Kat bawah ni ucapan penuh dari Datuk Mukhriz,


Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan izinNya, maka dapat kita bersama dalam Messyuarat Luar Biasa KFA
pada petang ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Ahli-Ahli Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) yang telah memberi kepercayaan sebulat suara kepada saya selaku Presiden KFA sehingga tahun 2014.
Sesungguhnya amanat dan tanggungjawab ini amatlah berat memandangkan sukan bolasepak amat memberi “kesan yang mendalam ” kepada Negeri Kedah Darul Aman dan rakyat keseluruhannya.

Kesempatan ini juga saya ingin merakamkan penghargaan dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman ( KFA ) iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Di Raja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak di atas jasabaik dan sumbangan beliau kepada Persatuan Bolasepak Negeri Kedah Darul Aman.

Dewasa ini banyak pihak memperkatakan mengenai sukan nombor satu Negara iaitu bolasepak. Ia adalah sejenis sukan yang agak luas untuk diulas dan diperkatakan.Tetapi bagi saya, kita sebagai pihak yang bernaung di bawah KFA mempunyai satu hasrat yang sama iaitu mahu melihat kejayaan demi kejayaan dilakarkan sekaligus mengharumkan nama baik negeri Kedah dalam bidang sukan terutamanya bolasepak.

Maka kita seharusnya bertanya pada diri kita sendiri, selama kita diamanahkan memikul amanah dan tanggungjawab ini, sejauh manakah atau apakah yang telah kita sumbangkan bagi kemajuan dan kecemerlangan KFA.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

KFA mempunyai beberapa agenda pembangunan untuk dibangunkan. Kita mempunyai pasukan Liga Perdana, Pasukan Piala Presiden, Pasukan Futsal, Pasukan Bolasepak Pantai, Kenari Kid dan seumpamanya selain Pembangunan Kejurulatihan atau Pengadilan. Selaku Presiden yang baru, saya akan menilai semula keperlua program- program yang sedia ada ini bagi memastikan ianya bersesuaian dengan kos dan matlamat KFA itu sendiri.

Suka atau tidak, pasukan Liga Perdana kita amatlah penting bagi menggambarkan sebenar imej KFA. Jika kuat dan menang, maka ia akan memberi impak yang amat besar pada KFA. Sebagai contoh, kutipan tiket dan jumlah penonton akan bertambah jika kita menang, begitu jugalah sebaliknya.

Para penyokong walau di mana-mana sekalipun mahukan pasukan kesayangan mereka mencapai kemenangan. Tetapi yang lebih penting adalah mutu persembahan, jika kalah sekalipun mutu permainan mereka mestilah bagus dan penyokong pasti akan berpuas hati.

Inilah yang mahu saya tekankan, konsistensi pasukan perlu sentiasa seimbang, semua yang terlibat haruslah mengambil ingatan bahawa penonton datang dan membeli tiket, mereka mahukan sesuatu yang terbaik daripada kita.

Sepertimana kita sedia maklum bahawa saingan Piala Malaysia
(Primier Cup) 2013 akan bermula 2 minggu selepas Hari Raya Aidilfitri. Pengundian pertandingan Piala Malaysia akan diadakan pada 27 Julai 2013 nanti dan saya amat berharap Pasukan Utama kita akan dapat bersaing dan mencapai kejayaan demi kejayaan sehingga kita layak ke pentas Final nanti. Saya bukanlah ingin mendabik dada, tetapi saya percaya kepada kualiti pemain-pemain yang ada dan mereka mempu mencapai kejayaan, Insyaallah. Kejayaan pasukan kita nanti juga pastinya adalah hadiah utama kepada peminat nombor satu bolasepak Kedah iaitu KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Saya dimaklumkan dalam setahun, KFA berbelanja lebih dari RM6 Juta Ringgit. Di kesempatan ini saya merakamkan berbanyak terima kasih kepada PKNK khususnya yang menjadi penyumbang terbesar. Selain daripada itu kita juga menerima sumbangan dari Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang berjumlah hampir RM 6 juta. Pelaburan kita agak besar jika dibandingkan dengan pasukan-pasukan Liga Perdana lain, tetapi mereka dilihat lebih berjaya dari kita apabila berjaya melakar kejayaan bermakna baru-baru ini.

Perkara ini membuatkan saya terfikir, apakah pasukan bolasepak kita diurus dengan betul? Atau perlukah satu lonjakan paradigma di dalam sistem pengurusan sukan bolasepak negeri Kedah ini? Saya bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan kelab- kelab terkemuka di peringkat antarabangsa bagi membolehkan para penggerak bolasepak di negeri Kedah ini akan dapat mempelajari dan mendalami ilmu pengurusan pasukan, pengurusan stadium, pengurusan kelab penyokong dan pengurusan kewangan pasukan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian ,

Sepertimana pihak tuan-tuan sedia maklum, kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional hari ini mempunyai ‘Akujanji’ yang khas berkaitan dengan sukan bolasepak. Ianya terkandung di dalam manifesto Barisan Nasional Negeri Kedah Darul Aman menjelang PRU yang lepas. Ianya adalah untuk menebus kembali kegemilangan Bolasepak Kedah melalui pembangunan di semua peringkat di seluruh Negeri Kedah Darul Aman. Oleh yang demikian, tugas kita menjadi semakin mencabar dengan harapan yang menggunung daripada seluruh penyokong pasukan Hijau Kuning!

Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha mengadakan kongres ( EGM ) pada hari ini.Bagi saya, setelah diberi amanah sebagai Presiden yang baru ini, ingin saya nyatakan rasa hormat saya ke atas kelebihan, pengalaman serta kepakaran yang tuan-tuan miliki dan sama-samalah kita berkongsi ilmu dan kepakaran yang ada bagi mengangkat mutu sukan bolasepak di Negeri Kedah Darul Aman.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ahad, 12 Ogos 2012

PANASS!! Akhirnya Jurulatih Kedah Letak Jawatan!! Azizan dan Khazali bila lagi?? #TukarKedah

KHAZALI DIN BILA PULAK?

WAN Jamak Wan Hassan akhirnya melepaskan jawatan selaku Ketua Jurulatih Kedah selepas pelbagai spekulasi panas menimpa kem Hijau Kuning sejak pasukan tersebut tersingkir dari saingan Liga Super musim depan.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Wan Jamak berkata, beliau reda dengan apa yang berlaku namun pada masa sama berasa kesal berikutan masih banyak tugasan di Kedah gagal diselesaikan.

Kelmarin laman portal ESPN STAR.MY melaporkan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Hamdan Mohamed Khaleb mengesahkan Wan Jamak telah pun meninggalkan kelab itu dengan cara baik.

USTAD AZIZAN BILA PULAK?


Sebelum ini timbul spekulasi beliau telah dipecat selepas Kedah disingkirkan dari Liga Super. Posisi tersebut diganti oleh jurulatih dari Croatia, Mario Tot bagi kempen Piala Malaysia pada 22 Ogos ini. - Anak Kedah

Khazali Din dan Ustaz Azizan bila pulak? Mampukah jurulatih Mario Tot mengubah nasib Kedah, selagi pengurusan bola sepak Kedah yang lemah? Atau beliau akan menjadi mangsa keadaan seperti mana, jurulatih-jurulatih Kedah yang lain.

McTheory:
Pengurusan kena tukar menyeluruh..bukan hanya jurulatih..

Jumaat, 10 Ogos 2012

HANGIT!! BOLA SEPAK KEDAH!! Penyokong Suruh Tukar Seluruh Pengurusan Pasukan Bola!!


Gunalah Khimat Jurulatih bertaraf dunia, kalau Pengurusan kacau bilau, banyak kepala dan ‘Syiok’ sendiri tak jadi juga.jangan nak membazir wang rakyat. Setiap kali kalah tukar pemain, tukar jurulatih… Tapi tiada perubahan.

Apa kata kali ni kita tukar semua dalam pengurusan bola sepak Kedah. Untuk seterusnya boleh layan video dibawah..



McTheory:
Apa kata kita tukar kerajaan negeri, sahih lagi ok..

Ahad, 24 Jun 2012

TUDIAA!! Kalah! Kalah! Kalah! Apabila Kedah Kalah Lagi!! #TukarKedah


Mc lambat keluarkan video ni.. tapi lambat atau cepat pasukan bola sepak Kedah asyik kalah saja!! Mc sokong kalau rombak pengurusan pasukan!! Kalau rombak pun tak jalan, apa kata kita terus tukar Presidennya sekali!! Undur undur Azizann!

Jumaat, 22 Jun 2012

PANASS!! Prestasi Merudum, Penyokong Kedah Mengamuk!! #TukarKedah


Akhirnya penyokong pasukan bola sepak mengamuk dan mahu pengurusan di tukar!! Sememangnya penyokong pasukan Kedah sudah bosan dengan tindak tanduk pengurusan pasukan Kedah yang selalu memberikan banyak alasan apabila pasukan Kedah tewas dalam perlawanan.

Terbaru, jurulatih pasukan Kedah pernah menyalahkan pemain dan penyokong dalam setiap kekalahan pasukan Kedah. Mungkin disebabkan demikian, menyebabkan penyokong pasukan bola sepak Kedah mengamuk!!

ALOR SETAR - Prestasi Kedah dalam Liga Super semakin tidak memberangsangkan selepas berehat hampir sebulan, malah kedudukannya yang kini berada dua tercorot jelas menghampakan perasaan penyokong setia mereka selama ini.


Kalah kepada Kelantan 2-1 pada minggu lalu dan terbaru kepada Johor FC dengan jaringan sama melengkapkan nasib malang Hijau Kuning untuk merekodkan sembilan kekalahan setakat ini.


Terbaru ulasan Ketua Jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan selepas tewas kepada Johor FC Selasa malam lalu membuktikan beliau semakin kehabisan ikhtiar dalam meningkatkan kembali mentaliti dan semangat pemain Hijau Kuning yang semakin hilang punca.


Dibarisi ramai pemain berpengalaman dan bertaraf bintang seperti Khyril Muhymeen, Baddrol Bakhtiar, dan Mohd Sabree Abu, selain dibantu dua pemain import berpengalaman, Abd Elfatah Safi dari Magribi dan Vedran Gerc dari Croatia, mereka masih belum mampu melakukan sesuatu buat pasukan.


Sama ada salah taktikal, formasi mahupun tidak mengikut arahan, semua itu perlu dilihat kembali untuk memastikan Hijau Kuning terus mampu beraksi dalam Liga Super pada musim depan.


Menyelusuri maklum balas di laman sosial dan blog sukan di seluruh tanah air, rata-rata rakyat Kedah, terutamanya penyokong tegar Hijau Kuning seolah-olah sudah hilang sabar dengan persembahan hambar pasukan kesayangan mereka yang dipamerkan pada musim ini.


Malah, ada juga suara-suara yang membayangkan Kedah pasti menjadi calon tepat untuk turun pangkat ke Liga Perdana pada musim depan sekiranya gagal menyaingi pasukan tercorot, Kuala Lumpur pada pertemuan ke-20 di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.


Sementara itu, Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah pada masa sama turut menerima desakan daripada peminat agar melakukan sesuatu dalam usaha menyelamatkan maruah sukan kegemaran nombor satu di negeri Jelapang Padi ini.


Pengerusinya, Nor Asmadi Hamzah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, malah perkembangan berkenaan mampu membuatkan penyokong tidak berminat untuk bertandang ke SDA lagi.


Katanya, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) perlu membuka mata dan mengambil pendekatan drastik bagi tempoh beberapa baki perlawanan dan harapan untuk kekal dalam saingan Liga Super pada musim depan masih ada jika bermula dari sekarang.


“Di mana sahaja bila bercakap pasal mutu bola sepak Kedah sudah tidak ada pujian, malah perasaan tidak puas hati diluahkan mereka hari ini dan masing-masing menuntut perubahan dan KFA perlu menyelesaikan segera masalah ini.


“Sebelum ini, sudah ada dua gelombang demonstrasi diadakan peminat untuk mendesak perubahan di peringkat KFA dan kami tidak mahu gelombang ketiga menyusul sekali lagi dalam masa terdekat ini,” katanya. - sinarharian

Mc salah seorang para peminat bola sepak yang hardcore.. Mc juga kecewa dengan prestasi pasukan Kedah. Atas sebab demikian Mc pernah menemubual Datuk Othman Aziz bekas pengurus pasukan Kedah untuk mengenal pasti masalah pasukan Kedah dan janjinya jika UMNO/BN merampas balik Kedah dari tangan kerajaan Pas.




McTheory:
Jom kita KALEH balik la noo...

Rabu, 23 Mei 2012

EKSKLUSIF!! Cabaran Segmen Khas Untuk Peminat Bola Sepak Kedah!! Othman Aziz in da house! #saveKedah

apakah kita nak biarkan ini terus jadi kenangan?

Mc percaya peminat bola sepak Kedah pernah bersorak bangga apabila pasukan bola Sepak Kedah berjaya mencipta sejarah memenangi ketiga-tiga piala selama dua tahun berturut-turut. Selama dua tahun kita memenangi ketiga-tiga piala dibawah pengurusan yang sama, jurulatih yang sama dan pemain Kedah juga yang sama. Malah pemain import juga dikekalkan. Untuk mengingatkan kembali zaman kegemilangan pasukan Kedah, Mc sertakan video dibawah untuk tontonan semua.



Kenapa selepas itu, pasukan bola sepak Kedah prestasinya menurun? Apakah punca sebenarnya, kejatuhan pasukan bola sepak Kedah? Untuk mengetahui jawapannya, tengok dulu video dibawah ni.



Untuk pengetahuan pembaca dan peminat bola Kedah. Selepas BN kalah di Kedah pada tahun 2008. Kerajaan negeri Kedah dikuasai oleh Pas, ini bermakna organisasi tertinggi didalam KFA juga berubah. Malah presiden KFA juga dipegang oleh Ustaz Azizan (ishh Azizan lagi).

Pada mulanya memang tidak memberi sebarang kesan. Setelah beberapa bulan (Pas menjadi kerajaan negeri), Pengurus pasukan bola sepak Kedah, Datuk Othman Aziz yang di cop orang 'UMNO' didalam KFA, telah ditekan dan difitnah berulang kali sehingga beliau meletak jawatan sebagai pengurus. Ini semua terjadi kerana tekanan politik, dan KFA telah di politikkan oleh individu tertentu.

Selepas pasukan Kedah kehilangan seorang pengurus pasukan yang berjaya. Kemudian, pasukan Kedah juga kehilangan ramai pemain berbakat besar, akibat lari dari kemelut yang melanda pasukan Kedah. Kesan daripada kehilangan pemain, hingga merosakkan strategi jurulatih, Azraai Khor juga undur diri dari pasukan Kedah kerana tekanan yang dihadapi oleh beliau.

Tahukah anda, semua ini terjadi apabila kerajaan Pas mula memegang tampuk kerajaan negeri. Malah pentadbiran KFA juga telah dipolitikkan oleh mereka. Akibat permainan politik yang melampau, akhirnya pasukan bola sepak Kedah yang rebah dan tidak bermaya.


Selepas 2007,  bola sepak Kedah tidak lagi memperolehi apa-apa lagi kejayaan. Malah tahun ini paling teruk! Pasukan Kedah telah mengharungi 17 perlawanan. Namun hanya menang 6 kali dari 17 perlawanan. Akibatnya pasukan Kedah sekarang sudah hampir tersingkir untuk ke Liga Perdana (Liga level 2).

Bagaimana untuk kita selamatkan maruah bola sepak Kedah kembali.. semalam Mc pergi berjumpa dengan bekas pengurus pasukan Kedah yang hebat tu, Datuk Othman Aziz, setelah berbual dengan beliau. Mc percaya beliau ada 'rahsia' dan strategi untuk kembalikan maruah pasukan bola sepak Kedah. Tak payah cakap banyak, tengok video dibawah...


Anda tak boleh nafikan peranan beliau semasa 2006 dan 2007, kerana beliau memang berjaya dan buktikan apa yang beliau katakan. Mc rasa, rakyat Kedah perlu melakukan sesuatu selepas ini.. selama 3 tahun pasukan Kedah (pentadbiran Pas juga 3 tahun) tidak memperolehi apa-apa kejayaan, malah dimalukan saja. Apa kata kita cuba kaleh balik kerajaan negeri ke BN. Lepas tu kita tengok adakah pasukan bola sepak Kedah dapat kembali ke landasan kemenangan, atau Datuk Othman Aziz hanya bercakap kosong?

Kalau ikut track record, Mc percaya beliau dapat lakukannya... takkan kita nak tunggu pasukan Kedah hancur lebur lunyai baru kita nak sedar? adehh..


McTheory:
Yakinkanlah diri sendiri, berjuanglah sejiwa murni.. murni apoo.. kalo dah kena suap! heh..

Sabtu, 19 Mei 2012

GEMPAR!! Pasukan Bola Kedah Kalah disebabkan Penyokong!!


Mc rasa ramai yang akan melenting dengan posting ni. Jurulatih bola sepak Kedah kata, pasukannya kalah disebabkan tekanan dari penonton? pehh..  tak percaya baca sendiri.

Jurulatih pasukan bola sepak Kedah Wan Jamak Wan Hassan berkata kekalahan pasukannya di tempat sendiri adalah disebabkan pemain beraksi dalam keadaan tertekan di hadapan penyokong.

Wan Jamak berkata anak buahnya yang tertekan terpaksa bermain bersungguh-sungguh bagi memenuhi hasrat penonton yang hadir di Stadium Darul Aman (SDA)untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.

Katanya perkara ini amat membimbangkannya kerana pemain tidak beraksi dengan baik di tempat sendiri berbanding bermain di tempat luar yang mana mereka seolah-olah tiada tekanan dan boleh beraksi dengan baik.

“Saya juga amat kecewa dengan sikap segelintir penyokong yang tidak mengahargai usaha yang dilakukan pemain-pemain sepanjang 90 minit perlawanan untuk menghasilkan gol,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di SDA di sini, malam tadi.

Katanya beliau juga tidak takut kepada pasukan lawan tetapi takut kepada pemainnya sendiri kerana mereka gagal berfungsi sebagai satu pasukan tetapi bermain secara individu.

Wan Jamak berkata pasukannya mempunyai pemain yang ternama seperti Badrol Bakhtiar dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang tidak berfungsi sebagai satu pasukan dan ini mengundang kepada kekalahan di gelanggang sendiri.

Pada saingan Liga Super malam tadi, Kedah gagal mengutip tiga mata penuh setelah tewas 1-3 kepada PKNS Selangor menerusi jaringan gol Helmi Loussaief dan Mohd Nizaruddin Yusof pada minit ke-45 dan ke-51.

Penyerang import Kedah dari Croatia, Vedran Gerc merapatkan kedudukan menerusi jaringan pada minit ke-58 menerusi penalti sebelum Rudie Ramli melengkapkan kemenangan PKNS dengan menjaringkan gol ketiga pelawat pada minit ke-79.

“Saya akui ada pemain yang tidak menunjukkan prestasi baik dan kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan menyebabkan terpaksa membuat rombakan terhadap pertahanan disebabkan dua pemain utama iaitu Azmizi Azmi dan Khairul Helmi Johari digantung perlawanan.

“Saya terpaksa meletakkan pemain muda di bahagian pertahanan walaupun bukan posisi asal mereka. Beberapa kesilapan dan salah faham antara pemain menyebabkan pasukan lawan dapat membolos gawang pasukan,” jelas Wan Jamak. – Bernama

tengoklah keadaan pasukan Kedah sekarang..
Lihatlah kedudukan pasukan Kedah sekarang. kedudukan ke3 terakhir, hanya 4 kemenangan daripada 17 perlawanan. Apakah setiap kekalahan pasukan Kedah datangnya dari penyokong? Kenapa pihak pengurusan hijau kuning tidak menyalahkan pengurusan dan diri sendiri? tetapi menyalahkan penyokong?

Sudah tentulah penyokong mahukan kemenangan. Malah ada penyokong yang datang sejauh 100KM semata-mata untuk menyokong pasukan kesayangan mereka. Keluar duit minyak, keluar duit tol, beli tiket, berhimpit, letih penat. Semata-mata nak sokong pasukan keramat hijau kuning. Tak adillah penyokong disalahkan.. penyokong tengok perlawanan keluar duit, tapi pemain bola sepak dan pengurusan dibayar beribu-ribu untuk memastikan pasukan Kedah menang!

Mc tak salahkan seratus peratus kepada pengurusan, tapi kalau bukan salah pengurusan, nak salah sapa? takkan penyokong?

Kalau pengurusan KFA tak dapat buat apa-apa, Mc percaya, musim depan pasukan Kedah akan bermain di Liga Premier.. iaitu Liga Malaysia Level 2. Sedihnyaa...

Rindulahh.. pengurusan Tok Man Aziz dengan Azraai Khor dulu.. gandingan mantap!


McTheory:
Awat la sejak Pas jadi kerajaan ni, asyik kalah saja?? hmm..

Khamis, 2 Februari 2012

PANASS!! Ultras Kedah Mula Boikot Pasukan Bola Kedah!!


Ultra Kedah adalah kelab pemyokong fanatik yang sentiasa menyokong pasukan Kedah dikala susah ataupun senang. Namun bila Ultras sudah memBOIKOT, pasti ada sesuatu yang tak kena.. sambung baca dibawah,

Sabtu, 21 Januari 2012

TUDIAA!! Bola Kedah Kalah Lagi!! Letak Jawatanlah Presiden dan Pengurus!!

UNDURLAHHH!! PRESIDEN & PENGURUSAN KFA


Memang patut undur pun.. kalau boleh sekali dengan Jurulatih.. dah masuk 4 perlawanan, bukan kata menang, nak dapat 1 GOL pun takdak. Bolos lagi banyak la dok ada. Sebelum terlambat, baik tukar orang laa.. Pemilihan pemain IMPORT pun macam haramm.. siapa pilih gamaknya? Tak membantu langsung!!
APA LAGI YANG KFA MAHU "KAN" DENGAN BOLA 
SEPAK DI KEDAH.
NAK CARI PENGARUH ORANG @ LUBUK DUIT KA..........

POLITIK PUNCA KEMEROSOTAN PASUKAN KEDAH DARULAMAN????