Khamis, 2 Februari 2012

PANASS!! Ultras Kedah Mula Boikot Pasukan Bola Kedah!!


Ultra Kedah adalah kelab pemyokong fanatik yang sentiasa menyokong pasukan Kedah dikala susah ataupun senang. Namun bila Ultras sudah memBOIKOT, pasti ada sesuatu yang tak kena.. sambung baca dibawah,





Mc menyokong penuh BOIKOT yang ultras Kedah buat. Memang prestasi pasukan Kedah amat menyedihkan akhir-akhir ini. Terlalu banyak kekalahan tanpa sebarang jaringan. Pemilihan pemain import juga teruk. Kesilapan pengurusan menolak pemain import yang banyak berjasa dulu, adalah satu tindakan yang bodoh.

Marlon Alex James, pemain import pertahanan yang banyak membantu Kedah dalam menjuarai liga dan piala Malaysia pada tahun-tahun yang lepas. Namun di tolak mentah-mentah oleh pengurusan dan jurulatih atas alasan yang tidak munasabah. Namun Marlon mendapat tawaran dari ATM dan prestasi Marlon di ATM sekarang sangat cemerlang.

Berbanding pemain import Kedah sekarang, yang lebih banyak panaskan kerusi pemain simpanan dari bermain bersama pasukan utama. Tahap permainan pemain import lebih teruk dari pemain tempatan.

Sudahlah pada awal musim ini pasukan Kedah melepaskan ramai pemain utama, contohnya seperti Azmi Muslim dan beberapa orang pemain lagi. Pengambilan pemain baru pulak yang tidak berkualiti, jadi pasukan Kedah sekarang banyak buang pemain bagus, dan kumpulkan pemain yang tidak bagus.

Adakah ini pengurusan yang cekap? Dulu semasa Datuk Othman Aziz menjadi pengurus, rasanya pasukan Kedah antara pasukan yang amat digeruni, sekarang? Akibat percaturan politik yang melampau, presiden dan pengurus yang dilantik hanya berdasarkan keperluan politik, hasilnya? pasukan Kedah umpama sayur yang boleh ditelan oleh pasukan lain bila-bila masa sahaja.

Jika mahu pasukan Kedah kembali seperti dulu, tindakan drastik perlu dilakukan untuk menyelamatkan pasukan bola sepak Kedah.

Orang Kedah takmau tengok pasukan Bola Sepak Kedah macam dulu ka?


McTheory:
Pas ni jaga apa pun lingkup..bukan tau buat kerja pun..

6 ulasan:

paktam@ berkata...

> SAYA SOKONG 200% TINDAKAN KELAB ULTRAS KEDAH
>DOK P STADIUM ASYIK KALAH JER...BAIK P DOK RUMAH !!!

Tanpa Nama berkata...

biasalah tuu lumrah manusia..dah kalah dia kata macam2laa..takkan seumur hidup hng ja nak menang..bagi kat lain sama PAS baru 1 penggal merintah...semua hng nak pulun..tamak haloba kedarah namanya....

hangkedee berkata...

Apa kata lantik Mat Sabu...rit mah jadi pengurus mat putt jadi tukang karut .pasti juara trible.Ingat Pas pintu gol NO 121.

Tanpa Nama berkata...

Mat put tukang kutip bola pun dah hebat dah

xplayer berkata...

>WEI UNNON...MAIN DAH 4 KALI...TAPI BARU SUMBAT 1 GOL!!!
>TAMAK HALOBA APA...PILIH PMAIN IMPORT PON XRETI...YG SUMBAT 1 GOL TU PON PEMAIN LOKAL!!!
>NAMPAK SANGAT XRETI NAK URUS TEAM!!!
>BAGI PERINTAH 10 PENGGAL PON...KALU ORG YG BUKAN PAKAR..BAHASA MUDAHNYER...XRETI LANGSUNG@BODO SOMBONG..MACAM TU LER RESULTNYER!!!!
>KITA XMAU...BEKAS PEMAIN TUJU POT/EX PEMAIN TOI... JADI PENGURUS BOLA/PRESIDEN KFA!!!HEHEH

paktam@ berkata...

>harap miasai saja lebat...tapi???
>yg satu tu...angkat tangan nak jadi presiden...tapi urus bini-bini dia tau ler..tapi nk bg nasihat urus team....hancusssss!!!
>biasa ler...jawapan standard dari penyokong pas totok..asyik dok minta masa lgi untuk perintah...tapi bila bg depa perintah lg....kalu kalah jugak...depa mintak lagi nk perintah!!!
>org sembang pasai bola(unnon 1:55 pm)....dia sembang pasai politik!!!
>pirahhhhhh!!!